Berita

Program i-MILIKI Kini Menawarkan Pengecualian Duti Setem 100 Peratus Bagi Pemilikan Rumah Pertama

Share

Khabar gembira khusus bagi anda yang masih belum memiliki rumah pertama kerana kerajaan kini telah mengumumkan pengecualian duti setem 100 peratus  bagi pembelian rumah berharga RM500,000 dan ke bawah menerusi program inisiatif Pemilikan Perumahan Keluarga Malaysia (i-MILIKI). 

Manakala, bagi pemilikan rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta akan berpeluang mendapat pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus. 

Pengumuman program i-MILIKI tersebut telah dimaklumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat. 

Katanya lagi, kerajaan melakukan pelbagai cara untuk memudahkan pemilikan rumah kediaman dalam kalangan Keluarga Malaysia seperti pemberian insentif pengecualian cukai duti setem bagi perjanjian pindah milik harta tanah dan perjanjian pinjaman.

Inisiatif i-MILIKI melibatkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama secara peringkat atau tier harga rumah.

“Pengecualian itu adalah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh mulai 1 Jun 2022 sehingga Disember 2023,” katanya semasa berucap pada pelancaran Home Ownership Programme (Program Pemilikan Kediaman) (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah di Pusat Pameran Mid Valley di sini hari ini.

Sebelum ini insentif berkenaan diperkenalkan sejak HOC yang dimulakan pada 2019 hingga 2021 dan masih diteruskan bagi pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000 sehingga 31 Disember 2025.

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Sumber: Astro Awani 

Baca artikel seterusnya di bawah;

Nak Beli Rumah Jangan Ikut 5 Kepercayaan Karut Ni

IKLAN