Pintu Oven Meletup, Ini 5 Faktor Bahaya Yang Ramai Tak Sedar

Bayangkan tengah sibuk masak untuk keluarga, tiba-tiba BOOM!,  pintu oven kaca meletup depan mata. Suara jeritan, serpihan kaca berterbangan, anak-anak yang tengah bermain dekat dapur terus menangis ketakutan. Inilah realiti yang berlaku pada sesetengah pemilik rumah bila aspek keselamatan dapur diabaikan. Nampak macam remeh, tapi kesannya boleh trauma seumur hidup. Sebab tu penting untuk kita tahu apa punca sebenar insiden macam ni berlaku dan macam mana nak elakkan daripada terjadi di rumah kita sendiri.

Kejadian seperti ini bukan sekadar menyebabkan kerugian, malah boleh mencederakan. Impiana kongsikan beberapa faktor risiko dan langkah keselamatan yang semua pemilik rumah perlu tahu:

  1. Oven Tak Dipasang Dengan Betul

Pemasangan oven built-in yang tidak ikut spesifikasi (terutamanya ruang pengudaraan) boleh menyebabkan haba terkumpul, lalu memecahkan kaca.

  1. Guna Peralatan Yang Tak Sesuai Dalam Oven

Letak tray atau bekas plastik, kaca biasa atau bahan tidak tahan haba boleh menyebabkan letupan kecil bila suhu tinggi dicapai.

  1. Masalah Kaca Oven Berkualiti Rendah

Ada oven murah guna kaca tempered berkualiti rendah, lama-lama boleh pecah sendiri akibat tekanan haba berulang.

Pintu Oven Meletup, Ini 5 Faktor Bahaya Yang Ramai Tak Sedar 

  1. Kaca Dah Retak, Tapi Tak Perasan

Retakan halus pada pintu oven mungkin tak nampak, tapi bila oven dipanaskan, retakan itu boleh kembang dan pecah.

Ads
  1. Oven Tak Pernah Servis atau Dibersihkan

Minyak & kotoran boleh menyebabkan suhu tak stabil dalam oven. Bahagian mekanikal juga boleh rosak tanpa disedari.

Langkah Keselamatan: 

Pintu Oven Meletup, Ini 5 Faktor Bahaya Yang Ramai Tak Sedar

✅ Pastikan oven dipasang oleh teknikal profesional

✅ Elak guna bahan selain “oven-safe”

Ads

✅ Periksa pintu kaca jika ada retak kecil

✅ Servis dan bersihkan oven secara berkala

✅ Jauhkan anak kecil semasa oven digunakan

Ads

Kesimpulan: 

Jangan pandang ringan aspek keselamatan di dapur. Letupan kecil macam ni boleh jadi tragedi besar kalau terkena pada ahli keluarga. Pastikan rumah anda bukan sahaja cantik, tapi juga selamat!

Mesti Baca: Elak Risiko Anak Terjatuh Dari Rumah Bertingkat, Ini Tip Keselamatannya!
Baca Lagi Di Sini: 5 Kesilapan Besar Yang Wajib Anda Jauhi Ketika Mengubahsuai Rumah
Artikel Menarik: Boleh Jadi Punca Kebakaran, 5 Jenis ‘Extension Plug’ Perlu Elak!

Sumber: Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads