Penampilan kabinet dapat menyumbang kepada perubahan suasana dalam ruang dapur anda. Oleh itu, langkah penjagaan yang betul perlu diambil bagi memastikan ketahanan kabinet.
Ketahui lebih lanjut mengenai bagaimana untuk membersihkan kabinet dapur anda dengan mudahmenggunakan bahan-bahan yang ada di rumah saja.
1. Pembersihan kabinet dapur
– Bagi kabinet dapur daripada Melamine, cara pembersihannya ialah dengan membuang segala kotoran yang melekat membersihkannya.
– Gunakan kain lembap span yang telah dilembapkan dengan air suam dan lap pada bahagian yang terkena kotoran melalui cara gerakan bulatan.
Ads
2. Membersihkan minyak dan asap
– Segera bersihkan kabinet dapur anda daripada tumpahan minyak atau bekas menggoreng.
– Sekiranya anda telah memasang hood dapur, maka sentiasa pasangkan hood dapur itu sewaktu memasak agar ia dapat menyerap segala asap daripada proses memasak.
Ads
3. Bahan pembersih
– Air suam bersama sedikit pencuci atau air sabun boleh digunakan sebagai bahan pembersih untuk kabinet dapur anda.
– Namun, elakkan kelembapan keterlaluan untuk kabinet dapur yang diperbuat daripada kayu.
– Elakkan penggunaan produk pencuci yang mengandungi ammonia atau bahan menghakis yang lain bagi mengelakkan kerosakan dan calar pada kabinet dapur.
4. Penggunaan cuka
Ads
– Cuka merupakan salah satu bahan yang boleh digunakan bagi membersihkan kesan minyak pada kawasan celahan dapur dan kabinet dapur anda.
– Caranya ialah dengan melarutkan cuka dalam sedikit air, kemudian dimasukkan ke dalam botol penyembur dan sembur di tempat berminyak dan gosok sehingga bersih.
– Jika kotoran sangat degil, gunakan cuka yang tidak dicampur air untuk kesan pembersihan yang lebih berkesan.
5. Keadaan kering
– Anda harus memastikan bahagian dalam kabinet dapur yang berasaskan kayu agar sentiasa berada dalam keadaan kering. Ini adalah bagi mengelakkan kerosakan dan serangan serangga perosak.
– Selain itu, anda juga harus memastikan tingkap terbuka bagi memastikan material kayu ‘dapat bernafas’ dalam udara yang segar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Anda masih mencari-cari sumber idea inspirasi dekorasi hiasan dalaman yang menarik dan lain daripada yang lain? Apa kata, anda ambil dekorasi dalaman rumah yang berkonsepkan ‘Minimalist Industrial’ sebagai pilihan buat kediaman anda.
Jika anda mahukan dekorasi dalaman rumah yang tampak lebih moden, bergaya dan tidak sama dengan rumah orang lain, konsep seperti ini sememangnya amat sesuai untuk anda.
Bukan itu sahaja, dekorasi dalaman rumah yang berkonsepkan ‘Minimalis Industrial’ ini amat sesuai bagi anda yang gemarkan warna yang gelap seperti hitam, kelabu dan coklat.
Ini kerana, konsep ‘Minimalis Industrial’ ini memang tampak lebih bergaya jika dipadankan dengan warna-warna seperti ini. Maka oleh itu, buat anda yang gemarkan warna yang gelap seperti ini pasti akan jatuh cinta dengan idea konsep ini.
Sumber: Facebook Kakideko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Bukan je khuatir lihat lalat banyak hinggap di rumah, mata pun rimas. Macam-macam cara dah cuba, selesainya sekejap je. Nak guna gam, bukan lalat je melekat, orang pun sekali. Nak hilangkan kesan gam tu bukan mudah. Nak guna lampu biru tu, lalat macam dah pandai lah pula. Tak ada pun yang tertarik. Nak dipukul guna reket lalat tu, lagi banyak pula yang datang.
Apa kata kita tambah cara lebih organik. Buat perangkap sendiri dengan menggunakan botol terpakai dan pisang. Cara-caranya boleh lihat dalam video yang disediakan.
Teknik perangkap lalat ni sebenarnya sesuai juga digunakan pada lalat buah di kebun. Teknik penyediaan sama, cuma botol bersaiz kecil seperti yang dikongsikan oleh Wiwi Suryani.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tong sampah, bukan sekadar baunya menggangu deria bau. Kewujudnnya di dapur turut mengganggu penglihatan. Yang lebih menggangu adalah, sebiji tong sampah perlu diperuntukkan ruang khas. Cara bijak untuk sorok tong sampah di ruang dapur perlu diambil kira.
Akibatnya, ia memakan ruang dan tidak idel untuk kediaman yang mempunyai dapur bersaiz kecil seperti SOHO, apartment bawah 800 kaki persegi dan sebagainya.
Idea terbaik penyelesaian masalah sorok tong sampah ini adalah dengan membina sebuah struktur khas untuk menyimpan tong sampah tersebut. Lebih bijak, jika struktur tersebut dapat digunakan bagi tujuan lain seperti ruang kerja tambahan, rak simpanan dan sebagainya. Berikut idea ruang simpanan tong sampah yang sesuai untuk anda lakukan
Kini terdapat kabinet dapur yang dilengkapi dengan tong sampah yang dibina sekali diagar tidak kelihatan di luar. lebih mudah dan dapat mengelak bau yang kurang meyenangkan keluar dari kawasan dapur.
Terdapat juga tong sampah yang boleh digantung pada pintu kabinet anda. ini memudahkan kerja di dapur dan lebih bersih. Ia dilengkapi dengan tempat menyimpan plastik sampah dan lebih praktikal. Jika anda berminat boleh klik di link di bawah untuk pembelian.
Tip untuk elakkan rumah dan dapur anda berbau dan di haiwan perosak menetap di dalam rumah anda, pastikan setiap malam sebelum tidur tiada sampah di dalam tong sampah dapur anda.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!