Baru buka periuk nak ciduk nasi, tapi dah lembik dan berbau. Frust nya! Rasanya baru je masak pagi tadi, tak kan dah basi?
Pasti ramai yang pernah lalui situasi seperti ini. Jadi IMPIANA nak kongsikan beberapa cara yang boleh kita praktikkan supaya nasi yang dimasak tahan lebih lama.
CARA BUAT NASI TAHAN LEBIH LAMA
1. Cuci beras hingga bersih
Ads
Cuci dan bilas beras sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali atau lebih. Ini kerana beras yang dicuci tidak bersih dan masih ada sisa air bilasan beras akan membuatkan nasi yang dimasak akan cepat basi. Lebih elok jika gunakan air tapis untuk mencuci beras.
2. Perahan limau nipis
Perahkan limau nipis kedalam periuk dengan beras yang sudah dibilas. Tidak perlu banyak pun, cukup sekadar setengah biji limau. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.
Ads
3. Bersihkan periuk
Sebelum memasak nasi pastikan dahulu periuk yang digunakan tidak mempunyai sebarang kotoran atau karat yang melekat. Kotoran nasi yang melekat pada periuk akan menyebabkan nasi mudah basi dan bakteria yang ada akan menjejaskan rasa dan bau pada nasi yang telah masak nanti.
4. Lap wap pada penutup
Ads
Mak-mak mesti selalu pesan agar jika nasi yang dimasak dengan menggunakan periuk nasi elektrik haruslah digempurkan dahulu sebelum ia masak sepenuhnya. Namun perlulah dilap dahulu wap air yang ada pada tudung periuk tersebut. Ini akan membuatkan nasi masak dengan elok berderai dan lembut.
5. Secubit garam
Cara ini adalah untuk melambatkan nasi untuk basi. Malahan akan membuatkan nasi lebih tahan lama dan tidak akan menjejaskan rasa atau kualiti nasi yang akan dimasak. Ada yang mengatakan bahawa nasi juga akan lebih rasa sedap dan kenyal.
Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kini semakin ramai pemilik kediaman yang menjadikan kediaman mereka sebagai tempat untuk sumber sayuran seharian. Malah ada yang menetap di bandar turut sama menanam pokok buah-buahan sebagaimana di kampung-kampung. LAMAN senaraikan enam sayuran yang anda boleh tanam sendiri walaupun anda rasa susah dan mustahil untuk hidup subur.
Asparagus Kaya dengan vitamin B, C dan kalsium asparagus boleh menjadikan edible garden anda lebih bervariasi. Diklasifikasikan sebagai tanaman perennial, pucuknya segar boleh dituai hanya selepas 8 bulan. Disebabkan ia merupakan tanaman perennial, rumpun asparagus boleh membiak dengan banyak apabila mencecah usia 2 tahun dan mampu kekal sehingga 20 tahun. Cara tanaman adalah menggunakan biji benih atau kaedah crown iaitu akar bertunas. Digalakkan menanam pada batas.
Waktu Menanam: Iklim tropika membenarkan asparagus ditanam pada bila-bila masa.
Waktu menuai: Tuai pada tahun kedua kerana ia semakin matang dan merimbun.
Kubis
Kubis lazimnya ditanam di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland atau Kundasang. Ini kerana tumbesarannya memerlukan suhu yang rendah dan bagi membentuk bola kubis. Namun, kubis masih boleh ditanam di tanah rendah dan masih boleh dinikmati dengan enak meskipun memiliki daun terbuka. Kubis termasuk dalam kategori Brassica oleracea yang sekeluarga dengan sayuran seperti brokoli, bunga kubis, kale dan sebagainya. Cara tanaman adalah menggunakan biji benih. Ia boleh ditanam dalam pasu mahupun pada batas.
Waktu menanam: Tiada waktu tertentu untuk iklim tropika atau tanah rendah.
Waktu menuai: Tuai pada dua hingga tiga bulan usia tanaman
Salad (Lettuce) Lettuce atau salad terdiri daripada beberapa jenis seperti butterhead atau Boston yang memiliki bentuk bulat dan daun berkedut, cos dan semicos yang memiliki daun panjang dan rangup, serta loose leaf yang tidak memiliki jantung dan berbentuk bulat. Digalakkan menuai biji benih terus ke tanah kerana ia tidak sesuai dialihkan. Penyiraman dilakukan setiap hari bagi mengelakkan tanah kering.
Waktu menanam:. Sesuai ditanam sepanjang tahun kerana lettuce tahan kepada cuaca panas.
Waktu menuai: Boleh dituai selepas usia tanaman 8 hingga 10 minggu. Tuai bahagian luar lettuce dari masa ke masa kerana ia akan tumbuh yang baharu selepas dipetik. Anda juga boleh menuai keseluruhan salad sekali gus.
Bok Choy (Sawi Cina) Satu tanaman yang tidak sukar dijaga dan boleh dituai dalam masa singkat. Memiliki rasa yang segar dan rangup. Ia boleh ditanam dalam pasu jika kekurangan kawasan tanah. Penanaman menggunakan biji benih di kawasan indoor atau terus pada batas. Menariknya tanaman dalam pasu boleh dijadikan hiasan meja, namun harus mendapat cahaya mencukupi.
Waktu menanam: Sepanjang tahun
Waktu menuai: Boleh dituai dalam masa 4 minggu dengan ketinggian 12 hingga 18 inci.
Bunga kubis Anda boleh menjimatkan kos dapur dengan menanam sendiri bunga kubis kerana harganya yang lebih mahal berbanding sayuran lain di pasaran. Cara menanam ialah dengan semaian anak benih dalam bekas semaian atau pasu. Ia mengambil masa sehingga sebulan lebih sebelum mengeluarkan bunga kubis. Lakukan siraman setiap hari bagi mengelakkan tanah kering. Selepas hasil bunga kubis dituai (selepas 3-4 bulan), biarkan tanaman induk kerana ia akan mengeluarkan anak pokok pada bahagian batang. Anak pokok ini boleh dicantas dan dibiakkan.
Waktu menanam: Sepanjang tahun
Waktu menuai: Tuai apabila bunga kubis sudah matang lebih kurang 3 hingga 4 bulan usia tanaman.
Brokoli Sayuran jenis hardy vegetable ini memerlukan suhu rendah, pancaran matahari penuh dan air mencukupi untuk hidup subur. Namun, ia masih boleh ditanam di Malaysia kerana terdapat penyelidikan yang mendapati tanaman ini boleh hidup subur melalui cuaca tropika. Cara tanaman menggunakan semaian biji benih selama 5 hingga 7 minggu (atau sehingga 5 helai daun) sebelum dipindahkan ke batas yang kalis hujan. Anda perlu bersabar bagi menantikan brokoli menghasilkan ‘bunga’. Tanda kematangan brokoli boleh dilihat pada jambak bunga yang padat dan berwarna hijau iaitu sekitar 70 hingga 80 hari.
Waktu menanam: Sepanjang tahun
Waktu menuai: Mengambil masa sehingga 3 bulan untuk dituai.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Jerawat pada muka mahu pun badan sering dikaitkan dengan hormon atau gaya hidup terutamanya jenis pengambilan makanan. Jerawat pada muka mahu pun badan sering dikaitkan dengan hormon atau gaya hidup terutamanya jenis pengambilan makanan. Rawatan terbaik adalah mendapatkan khidmat dari pakar kulit. Namun, ia bukan lah satu-satunya penyelesian.
Seperti yang berlaku pada seorang jejaka dari California bernama Brian Turner. Keadaan muka yang berjerawat teruk sejak usia 14 tahun menyebabkan dia mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat rundingan pakar kulit. Selain rawatan, pakar kulit turut menasihatkan Brian untuk tidak mengambil makanan berasaskan tenusu dan yang telah diproses.
Namun, selepas 70 minggu tempoh rawatan, jerawat Brian kembali. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk melakukan pemulihan dalam gaya yang berbeza. Selain tetap mengekalkan untuk mengambil makanan tenusu dan yang telah diproses, Braian turut menasihatkan orang ramai agar menukar sarung bantal. Bagi yang mempunyai masalah jerawat badan pula, pastikan cadar diganti setiap hari.
Dengan tambahan rutin yang lain, kini kulit Brian 100% bebas dari jerawat.
Ramai antara kita yang memilih untuk hantar toto atau comforter ke dobi kerana beranggapan toto yang tebal pastinya leceh untuk dicuci.
Walhal, dengan mengikuti teknik genius perkongsian Puan Nurul Ain Syed Mohd ini, memang ternyata amat mudah untuk mencuci sendiri toto sendiri.
Tak perlu lagi anda susah-susah angkat keluar/masuk kereta toto yang berat tu.
Lihat caranya :
CARA BASUH COMFORTER/ TOTO
Dulu selalu pakai cara A. Namun selepas jumpa cara basuh comforter/toto/selimut dengan betul itu hari, sekarang saya guna cara B pula. Katanya dobi pun basuh macam ni.
Kenapa? Untuk elak material comforter dari rosak. Tak mahulah terburai isinya atau terkoyak apabila habis proses basuhan nanti kan. Hurm. Mungkin ada betulnya juga.
Caranya mudah ya amat.
1. Gulung gulung dulu sebelum masuk mesin
Gulung ikut saiz mesin. Saya guna mesin 8kg
2. Pastikan masuk secara menegak seperti dalam gambar B.
3. Letak bahagian kotor dibahagian luar gulungan untuk pembersihan lebih efektif.
Hasilnya, memang bersih dan material tak rosak. Perlu letak cecair pencuci lebih sikit.
Apapun ini sesuai untuk kotoran minor sahaja.
Jika ada sebarang najis atau kotoran melampau perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Selepas itu, baru boleh masuk mesin. Taknak masuk mesin pun tak mengapa. Lambatlah sikit keringnya nanti. Terpulang.
.
Kalian pula guna cara yang mana. A atau B?
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.