Persediaan Musim Banjir, Langkah Bijak Elak Kerugian & Panik Untuk Pemilik Rumah

Persediaan musim banjir menjadi keutamaan terutama bagi pemilik rumah yang tinggal di kawasan rendah atau berhampiran sungai. Musim tengkujuh sering kali membawa risiko air naik secara tiba-tiba, menyebabkan kerosakan fizikal, tekanan emosi dan kerugian kewangan. Dengan persiapan awal yang betul, risiko ini dapat dikurangkan dan keselamatan keluarga lebih terjamin. Berikut adalah panduan lengkap untuk menghadapi musim banjir.

1. Kenalpasti Risiko Kawasan

  • Semak status rumah anda dalam zon banjir menggunakan maklumat dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) atau portal rasmi kerajaan.
  • Kenalpasti paras air tertinggi yang pernah berlaku di kawasan rumah anda.
  • Pantau ramalan cuaca dan amaran banjir dari MET Malaysia atau aplikasi rasmi yang berkaitan.

2. Sediakan Kit Kecemasan Banjir

Persediaan Musim Banjir, Langkah Bijak Elak Kerugian & Panik Untuk Pemilik Rumah

Pastikan kit ini mudah dicapai dan lengkap dengan:

Ads
  • Dokumen penting (IC, surat tanah, insurans) dalam bekas kalis air
  • Ubat-ubatan asas dan preskripsi
  • Lampu suluh, bateri dan power bank
  • Makanan tahan lama dan air mineral
  • Pakaian bersih, tuala dan selimut
  • Whistle, pisau kecil dan alat pelbagai guna
  • Hand sanitizer, tisu basah dan mask

3. Lindungi Barangan Berharga

Persediaan Musim Banjir, Langkah Bijak Elak Kerugian & Panik Untuk Pemilik Rumah

  • Alih perabot penting dan barangan elektrik ke tempat tinggi seperti rak atau tingkat atas.
  • Simpan barangan berharga seperti komputer riba, dokumen dan barang kemas dalam bekas kalis air.
  • Cabut semua plug peralatan elektrik apabila ada amaran banjir.

4. Sediakan Laluan Evakuasi & Pelan Keluarga

  • Tentukan laluan keluar yang paling selamat dan dekat dengan pusat pemindahan.
  • Tandakan lokasi pusat pemindahan sementara yang terdekat.
  • Sediakan senarai nombor kecemasan seperti bomba dan jiran terdekat.
  • Latih anak-anak mengenai tindakan keselamatan sewaktu kecemasan.

5. Pastikan Rumah Tahan Air

  • Tampal rekahan atau lubang pada dinding dan lantai bahagian bawah rumah.
  • Sediakan sandbag atau penghadang air pada pintu dan tingkap aras bawah.
  • Semak sistem saliran rumah dan pastikan longkang tidak tersumbat.

6. Semak Perlindungan Insurans Rumah

Persediaan Musim Banjir, Langkah Bijak Elak Kerugian & Panik Untuk Pemilik Rumah

Ads
  • Pastikan polisi insurans rumah anda merangkumi perlindungan banjir.
  • Pertimbangkan tambahan perlindungan banjir jika rumah berada di kawasan risiko tinggi.

7. Simpan Barang Keperluan Dalam Kereta

  • Makanan ringan
  • Air minuman
  • Selimut
  • Pakaian ganti
  • First aid kit

Stok ini penting jika anda perlu berpindah pada saat-saat kecemasan.

Ads

Persediaan Adalah Kunci

Persediaan musim banjir adalah langkah bijak untuk mengelakkan kerugian besar dan memastikan keselamatan keluarga. Banjir mungkin tidak dapat dielakkan, tetapi kesannya boleh diminimumkan dengan perancangan awal. Jangan tunggu air naik baru mahu bertindak! Rancang bersama keluarga dan pastikan semua tahu peranan masing-masing. Bersedia hari ini, selamat esok hari.

Mesti Baca: Selamatkan Barang Elektrik Ditenggelami Banjir, Paling UTAMA Jangan Hidupkan Untuk Test!

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads