Air adalah keperluan asas yang begitu penting buat manusia. Tanpa air tidak akan ada hidupan di muka bumi ini memandangkan jisim badan manusia juga terdiri daripada 70% kandungan air. Justeru itu mencari sumber air yang bersih, berkualiti dan tidak tercemar adalah langkah-langkah yang perlu dititik beratkan agar kesihatan diri sendiri serta keluarga lebih terjamin.
- Air bersih yang disediakan ke rumah-rumah adalah air terawat dan selamat untuk diguna. Tetapi adakah ia benar-benar bersih untuk diminum? Walaupun memasak air adalah salah satu langkah tambahan untuk memastikan air diminum 100% selamat tetapi bagaimana dengan mikrob halus yang terdapat di dalamnya yang digunakan untuk pelbagai aktiviti di dapur seperti memasak dan sebagainya.
- Penapis air biasanya direka agar mampu menapis segala bendasing yang terendam di dalam kandungan air. Dengan segala pencemaran, karat, habuk dan mikrob yang tidak dapat dihalang dari mencemari air maka memiliki penapis air untuk kegunaan domestik kediaman adalah sesuatu yang perlu diutamakan.
- Contohnya anda memasak nasi, kandungan air yang diletakkan di dalam beras adakah selamat dari bahan karat dan bahan kimia yang lain seperti klorin. Ini adalah salah satu sebab mengapa pentingnya penapis air yang digunakan.
- Kadar pencemaran sekarang begitu tinggi berbanding dengan zaman dahulu. Walaupun air dirawat di loji sebelum disalur ke kediaman tetapi pastikah anda ia benar-benar bersih dari bangkai haiwan, karat, keladak dan bermacam-macam lagi. Dengan adanya penapis air, partikel halus di dalam molekul air ditapis sehingga ke zarah paling halus bagi membuang segala bendasing tersebut.
- Kini banyak terdapat filter di pasaran dengan pelbagai teknologi. Ada yang mahal dan ada juga yang murah sesuai dengan bajet anda. Pilihlah satu yang bersesuaian agar kesihatan anda sekeluarga terjamin sepenuhnya.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI