Kali ini team LAMAN berpeluang berkunjung ke sebuah taman kampung di Alor Gajah, Melaka milik Mohd Johari Bin Haji Yunus . Memiliki kediaman yang berlatar belakangkan pemandangan indah Banjaran Titiwangsa, bagaikan satu bonus buat lokasi kediaman pemilik sekeluarga. Menghampiri kediaman ini, penulis sudah merasakan suasana hening dan sunyi serta terasa begitu damai sekali.

Pemilik menyatakan “ Ilham membuat taman ini adalah idea daripada Cikgu Anuar yang merupakan adik ipar saya. Boleh dikatakan 100% adalah garapan beliau. Malah pokok-pokok juga dibawa olehnya yang merupakan koleksi di kediamannya di Kulim, Kedah. Setelah mengambil kira aspek kesesuaian persekitaran rumah. Kami juga memilih spesies tanaman yang secocok dan mampu memberi impak kepada kediaman kampung ini. Kerja-kerja pembinaan telah diserahkan kepada Cikgu Anuar dan proses menyiapkan taman ini mengambil masa selama satu bulan sahaja”, jelas pemilik membuka bicara pertemuan kami.

Dari aspek pembahagian ruang, bahagian depan halaman dihiasi dengan hamparan batu-batu kerikil berwarna putih yang membentuk laluan, diselang-selikan dengan pemijak kaki konkrit yang disusun rapi. Apa yang menarik pemijak kaki konkrit ini diukir dengan motif bunga dan berwarna hitam, begitu jelas kelihatan dan menonjol apabila berlatar belakangkan hamparan batu-batu putih. Menurut pemilik, beliau mengupah mereka yang pakar untuk menyediakan batu pemijak tersebut.

IKLAN

Pasu bunga pelbagai saiz dengan warna coklat diletakkan di sudut-sudut tertentu bagi memecahkan impak monotoni. Di bahagian tepi hamparan batu-batu kerikil tadi pelbagai spesies tanaman ditanam. Pokok lidah buaya, Yucca, Kesinai, Cycas, Cordyline, Asplenium dan sebagainya ditanam secara berkelompok. Terdapat juga spesies orkid pelbagai warna turut menjadi pilihan dan menghiasi taman beliau.

“Jika diikutkan saya pada mulanya dahulu tidak meminati aktiviti bertaman ini. Tetapi setelah kediaman ditata cantik oleh Cikgu Anuar maka timbul keinginan untuk menjaga laman ini. Bermula dari itu, sedikit demi sedikit saya mula jatuh sayang kepada tumbuh-tumbuhan dan menjaganya dengan baik sekali. Lagipun sejak saya bersara, inilah aktiviti yang mengisi masa lapang dan mengeluarkan peluh saya setiap hari”, tambahnya lagi.

IKLAN

Ruang kedua, iaitu halaman belakang rumah diolah bagi mewujudkan ruang interaksi sekeluarga. Selain dari spesies tanaman berbunga, pemilik memilih pokok-pokok buah seperti mangga, ciku dan sebagainya. Secara tidak langsung pemilihan pokok buah merupakan strategi serampang dua mata, bukan sahaja untuk mendapatkan hasilnya malah dapat memberi teduhan. Namun peletakan spesies-spesies tersebut telah diambil kira supaya keindahan panorama Banjaran Titiwangsa di bahagian belakang kediaman tidak terlindung untuk mereka nikmati.

Pembinaan wakaf amat sinonim dengan landskap kampung. Elemen ini dianggap penting sebagai tempat berehat sama ada sebelum menaiki rumah selepas pulang dari bekerja ataupun sebagai tempat berkumpul seisi keluarga atau kawan-kawan di waktu lapang. Justeru, bagi menyambung tradisi ini pemilik telah membina sebuah wakaf kayu. Kesemua kayu tersebut merupakan kayu-kayu asal yang dibawa dari rumah lama di kampung. Tidak hairanlah setiap kali tetamu bertandang ke rumahnya mereka pasti teruja untuk merasai suasana berada di gazebo ini. Menghayati pemandangan mempesonakan Banjaran Titiwangsa, merasai hembusan angin yang menyejukkan sambil menikmati juadah petang yang disediakan antara momen paling menyeronokkan bagi mereka sekeluarga. Kedudukan gazebo yang terletak di bahagian sisi rumah menyediakan laluan terus dari dapur. Lokasi strategik gazebo ini memudahkan akses penghuni kediaman untuk keluar masuk dari dapur dan juga ke gazebo. Jom kita nikmati keindahan laman pemilik yang dipaparkan ini.

IKLAN

Pentingkan Kebersihan Dan Kekemasan Rahsia Laman Kampung Ini Terjaga Cantik Pentingkan Kebersihan Dan Kekemasan Rahsia Laman Kampung Ini Terjaga Cantik Pentingkan Kebersihan Dan Kekemasan Rahsia Laman Kampung Ini Terjaga Cantik Pentingkan Kebersihan Dan Kekemasan Rahsia Laman Kampung Ini Terjaga Cantik Pentingkan Kebersihan Dan Kekemasan Rahsia Laman Kampung Ini Terjaga Cantik Pentingkan Kebersihan Dan Kekemasan Rahsia Laman Kampung Ini Terjaga Cantik Pentingkan Kebersihan Dan Kekemasan Rahsia Laman Kampung Ini Terjaga Cantik Pentingkan Kebersihan Dan Kekemasan Rahsia Laman Kampung Ini Terjaga Cantik Pentingkan Kebersihan Dan Kekemasan Rahsia Laman Kampung Ini Terjaga Cantik Pentingkan Kebersihan Dan Kekemasan Rahsia Laman Kampung Ini Terjaga Cantik

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI