Laman, adalah satu terapi yang mungkin ramai tidak tahu. Tidak kisah keluasan laman itu sebenarnya, jika tumbuhan hijau yang tersusun rapi dapat menyerlahkan dengan landskap kejur pasti sejuk mata yang memandang. Tahukah anda laman ini sangat la penting. Landskap ini di sebut sebagai lanskap kejur atau hardscape. Jika anda bijak mengenakannya landskap kejur ini, pastinya laman anda akan nampak lebih berseri dan mudah untuk penjagaan.
Konsep sebegini adalah untuk yang agak kurang rajin untuk maintain laman, tetapi inginkan laman yang cantik. Bolehlah lakukan di rumah anda jika anda jatuh hati dengan konsep sebegini.
Sebelum ni, banyak kali dah Impiana kongsikan khasiat kulit pisang pada tanaman. Namun takut ada yang lupa dan mungkin ada yang tidak tahu, Impiana kongsikan lagi sekali khasiat dan kegunaan kulit pisang dari NorlieNature
Dari membazir buang ke dalam tong sampah, apa kata kita manfaatkan, banyak kebaikan kulit pisang sebenarnya tau
Kulit pisang sangat kaya dengan kalsium, magnesium, sulfur, potassium, fosphat dan sodium. Semua bahan ini sangat penting kepada tanaman dari segi pengeluaran akar yang banyak, menggalakkan pertumbuhan dan membantu dalam penghasilan bunga dan buah yang tinggi. Kulit pisang menjadi salah satu alternatif bahan baja organik yang murah dan mudah diperolehi. Bermaksud bukan sahaja boleh menikmati buahnya yang berkhasiat tetapi juga kulitnya boleh diolah semula menjadi zat makanan kepada tanaman.
Ramai orang menggunakan kulit pisang sebagai pengganti baja kimia. Kulitnya yang sangat mudah terurai membolehkannya memberikan nutrien apabila digunakan sebagai semburan foliar. Foliar merupakan baja dalam bentuk cecair yang sering digunakan terus kepada daun tanaman. Cara membuat semburan tersebut mudah sahaja iaitu dengan menggunakan bahan seperti kulit pisang, garam, kulit telur. Campurkan semua bahan ke dalam air dan terus semburkannya kepada daun. Anda juga boleh mengisar semua bahan ini dengan menggunakan mesin pengisar.
Kulit pisang merupakan antara elemen yang mudah untuk terbiodegradasi (dapat diuraikan atau direputkan melalui tindakan biologi oleh mikroorganisma seperti bakteria). Jadi salah satu cara terbaik ialah dengan menjadikannya sebagai timbunan kompos atau baja. Caranya ialah hanya cincang atau rendam kulit pisang terlebih dahulu dan uraian tersebut akan meningkatkan kandungan kalium dan fosforus dalam baja atau kompos anda.
Tomato adalah antara sayur yang mudah untuk dijaga tetapi untuk menjadikan tomato anda lebih subur, anda sebenarnya boleh menggunakan kulit pisang. Kandungan seperti kalium, besi dan kalsium yang terdapat dalam kulit pisang akan membolehkan tomato mendapatkan nutrien yang diperlukan sepanjang musim. Hanya letakkan dua kulit pisang di bahagian bawah dan tambahkan semula tanah untuk menutup kulit pisang tersebut. Anda juga boleh letakkan benih tomato di atas kulit pisang yang ditutupi dengan tanah tadi.
Memandangkan kulit pisang boleh menggalakkan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan, jadi ia juga sangat baik dijadikan baja untuk benih. Caranya ialah dengan potong beberapa kulit pisang ke dalam kepingan kecil dan tanam ke dalam tanah, letakkan betul-betul di bawah lapisan atau di bahagian bawah bekas tanaman. Pastikan benih tidak menyentuh kulit pisang secara langsung pada masa penanaman kerana ia mungkin akan merosakkan akar kecil anak semaian.
Anda boleh memberikan tanah anda lebih nutrien dengan hanya menanam kulit pisang ke dalam tanah. Gali tanah, letakkan kulit pisang dan tutup kulit tersebut dengan tanah yang sama. Lama-kelamaan kulit pisang tersebut akan mengeluarkan beberapa nutrien penting seperti besi, kalsium, kalium, dan fosforus.
Potong kulit pisang atau gunakan pisang kering sepanjang satu hingga dua inci dan tanamkan di sekitar pohon yang dijangkiti aphid. Aphid adalah sejenis serangga kecil daripada keluarga Aphididae yang merosakkan tumbuh-tumbuhan dengan menghisap air daun, batang atau akarnya. Bau kulit pisang tersebut dikatakan akan membuatkan aphid akhirnya hilang daripada pokok tersebut. Selain itu, anda juga boleh hanya gantungkan kulit pisang pada pokok yang dijangkiti serangga aphid dan tidak lama kemudian insyAllah serangga tersebut akan hilang.
Tumbuh-tumbuhan berasid seperti tanaman taman, rhododendrons, beri biru dan azalea mendapat manfaat daripada semburan cuka pisang. Cuka boleh meningkatkan kuantiti asid dan kandungan besi di dalam tanah jika digunakan dalam jumlah yang sedikit. Hal ini membolehkan tumbuh-tumbuhan tumbuh dalam keadaan lebih baik dan mengeluarkan daun yang lebih sihat. Caranya ialah dengan mencampurkan kulit pisang, air dan cuka.
Jika anda tidak mempunyai kawasan subur yang cukup untuk dijadikan baja, anda boleh ‘menciptanya’ sendiri. Hanya masukkan beberapa kulit pisang ke dalam baldi berisi air dan biarkan selama beberapa hari. Dalam masa beberapa hari selepas itu, anda akan mendapatkan air yang kaya dengan mineral serta nutrien dan boleh digunakan untuk tanaman anda.
Potong kulit pisang dan letakkannya di dalam bekas plastik dan tuangkan sedikit pati cuka epal ke dalamnya. Lubangkan penutup bekas plastik berisi semua bahan tersebut supaya serangga seperti lalat buah-buahan boleh masuk ke dalamnya dengan tujuan untuk memerangkapnya. Bau cuka dan pisang boleh menarik perhatian serangga tersebut untuk masuk ke dalam bekas yang akhirnya akan membuatkan mereka mati terperangkap di dalam cecair tersebut.
Burung dan rama-rama berfungsi dalam proses pendebungaan. Dengan meletakkan kulit pisang masak atau mencincang kulit pisang dapat menggalakkan kehadiran burung dan kupu-kupu ke laman anda.
Nak hasilkan bandi yang banyak, bukan sesuatu yang mudah. Walau pun telah diberi baja dan penjagaan yang rapi, belum tentu hasilnya optimum. Ini kan lagi untuk hasilkan pokok bendi bercabang. Puan Wahida Hambali, pemilik Sri Organik berkongsi cara untuk hasilkan bendi bercabang untuk hasil yang lebih banyak.
1. Pastikan tanah subur julat ph antara 5.8 hingga 6.8
2. Tanam hanya 1 pokok sahaja 1 point
Jarak tanaman : 1.5 kaki hingga 2 kaki antara pokok. 1 batas boleh tanam 2 baris. Saiz batas bendi 4 kaki lebar batas dan 5 kaki lorong kerja. Atau 4 kaki pun boleh. Ruang sangat penting utk pokok berkembang dengan baik
3. Pembajaan seminggu sekali. Jadual baja boleh rujuk posting saya sebelum ini. (Klik sini)
4. Kawalan serangga dan penyakit serta foliar seminggu sekali. Jadual juga ada saya sertakan pada posting sebelum ini. (Klik sini)
5. Penyiraman sehari sekali. Kalau hujan tidak perlu, kalau musim panas 2 kali sehari.
6. Semburan mikrob penyubur tanah diberikan sebulan 2 kali pada pangkal pokok dan tanah utk memastikan kesuburan tanah berada dalam keadaan yang baik sepanjang tempoh penanaman.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!