Pemuda ambil alih tanaman jagung manis, ladang hasilkan 280,000 tongkol jagung manis setiap musim, pulangan cecah RM9k. Keputusan seorang anak muda untuk meneruskan perusahaan kecil tanaman jagung milik keluarganya nyata tidak sia-sia apabila kini mampu menjana pendapatan ribuan ringgit hasil daripada kebun yang diusahakan.

Pemuda Ambil Alih Tanaman Jagung Manis, Ladang Hasilkan 280,000 Tongkol Jagung Manis Setiap Musim, Pulangan Cecah RM9k

Muhammad Hafizie Alwi, 28, berkata segala yang dikecapinya hari ini merupakan hasil usaha gigih dan kesungguhan, bukannya sesuatu yang diraih dengan mudah.

Empat tahun lalu, beliau mengambil alih sepenuhnya kebun jagung keluarga seluas 0.8 hektar, walaupun tidak memiliki sebarang latar belakang dalam bidang pertanian.

“Saya pernah bekerja di stesen minyak dan langsung tiada pengalaman dalam pertanian. Banyak perkara saya tidak tahu, termasuk cara mengawal penyakit tanaman serta penggunaan peralatan yang sesuai,” katanya.

Pemuda Ambil Alih Tanaman Jagung Manis, Ladang Hasilkan 280,000 Tongkol Jagung Manis Setiap Musim, Pulangan Cecah RM9k

Ads

Menyedari kekurangan tersebut, anak jati Lubuk Merbau ini tidak teragak-agak mendapatkan bimbingan daripada Jabatan Pertanian Perak bagi mempelajari teknik penanaman yang betul, termasuk pemilihan baja dan kaedah penjagaan tanaman jagung manis yang lebih berkesan.

Dengan tunjuk ajar dan pemantauan berterusan daripada pegawai pertanian, Hafizie kini mampu mengendalikan ladang jagung seluas 8.5 hektar bersama bantuan tiga pekerja, dengan hasil tuaian yang mampu menampung permintaan pasaran tempatan.

“Jagung manis ada permintaan yang stabil. Dengan teknik yang betul, hasilnya sangat memuaskan,” ujarnya.

Ads

Beliau turut memanfaatkan pelbagai bentuk bantuan yang disediakan kerajaan khusus untuk golongan muda dalam sektor pertanian. Bagaimanapun, katanya, proses mendapatkan geran bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan pemantauan intensif selama enam bulan bagi menilai tahap komitmen usahawan.

“Saya memohon geran agropreneur muda tahun lalu, dan tahun ini baru diluluskan. Geran itu banyak membantu dari segi penyediaan peralatan seperti pam air, polipaip, baja dan racun untuk meningkatkan hasil tanaman,” jelasnya.

Kini, ladang yang diusahakannya mampu menghasilkan kira-kira 280,000 tongkol jagung manis setiap musim, dengan pulangan yang mencecah sehingga RM9,000, satu pencapaian membanggakan bagi anak muda yang memilih untuk kekal dalam bidang pertanian warisan keluarga.

Ads

Sumber: Sinar Harian

Baca artikel lain juga: Peroleh Pendapatan Bersih Lebih RM20k Sebulan, 5 Rakan Karib Usahakan Tanaman MMT

 

Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI