
Pempengaruh luah kecewa penyewa rumah enggan bayar sewa, siap tuduh tuan rumah penceroboh. “Saya menyesal menyewakan rumah kepada orang yang berperangai bermuka-muka seolah-olah dia yang menceroboh rumah sendiri.”
Itulah luahan seorang pempengaruh media sosial, Mohd. Shafiq Zulkarnain apabila menceritakan pengalaman pahit berdepan dengan penyewa rumahnya yang dikatakan gagal melunaskan bayaran sewa sejak sekian lama.
Menurutnya, penyewa terbabit bukan sahaja tidak membayar sewa, malah bertindak biadab apabila mendakwa tuan rumah sendiri menceroboh kediaman dan menghinanya, malah turut mengugut untuk menghubungi pihak polis.
“Awalnya, dia bayar sewa tepat pada masa dalam tiga bulan sahaja. Selepas itu, bayar sewa tak penuh, kadang tak bayar langsung.
“Kami tak dapat menghubunginya kerana nombor kami disekat dan dia tidak tandatangan perjanjian sewa rumah,” ujarnya.
Tambah Shafiq, penyewa tersebut hanya berhubung menerusi orang ketiga sehingga polis akhirnya terpaksa masuk campur.
“Anggota polis beritahu saya, penyewa buat laporan menyatakan kami kunci pintu rumah dan menghalanginya untuk mengemas keluar dari rumah itu.
“Akhirnya, dua anggota polis membantu dan mengiringi penyewa mengemas keluar rumah sebabkan keadaan rumah yang terlalu bersepah dengan longgokan barang,” jelasnya.
Perkara itu turut mendapat perhatian warga maya di media sosial yang menyifatkan insiden tersebut sebagai satu pengajaran besar buat pemilik rumah agar lebih berhati-hati memilih penyewa pada masa hadapan.
Sumber: Sinar Harian dan Instagram Mohd Shafiq Zulkarnain
Baca artikel lain juga: Penyewa Dari Neraka Larikan Tingkap, Bumbung Dan Pintu Rumah
Cara Atasi Penyewa Degil, Tak Bayar Sewa Tak Nak Keluar Rumah!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.