Kehadiran team LAMAN menjengah kediaman ini disambut mesra oleh pemilik kediaman. Peluang meneroka setiap inci taman tidak di siakan sebaliknya penulis begitu teruja melihat satu lagi rekaan taman yang tampil unik melalui reka bentuk gazebo dwi fungsi.

 

Menurut pemilik taman “Jika dilihat secara keseluruhan taman saya ini ringkas sahaja kerana kami sekeluarga lebih gemarkan ia nampak lapang dan menghijau. Kelebihan unit kediaman yang terletak di corner lot memungkinkan kami memiliki tanah lebih luas untuk aktiviti keluarga dan sebagainya. Malah anak saya juga gemar menghabiskan masa di halaman rumah,”tambah pemilik lagi membuka bicara pada pagi itu.

Kehadiran gazebo berukuran 5 meter x 5 meter begitu menarik perhatian penulis. Ini kerana kebiasaannya gazebo tampil dengan saiz lebih kecil serta berkonsep terbuka tetapi berlainan sekali yang dimiliki oleh pemilik kediaman ini. Saiz yang besar serta mempunyai pintu dan dinding yang tertutup seolah-olah sebuah rumah kecil di laman kediaman. Apabila diajukan tentang fungsi gazebo ini pemilik mempunyai sebab kukuh membinanya malah reka bentuk menarik ini menyerupai rumah tradisional masyarakat Melayu.

Pemilik Bina Gazebo Oversize Yang Ditukar Jadi Surau Kecil Ketika Berkumpul Adik-Beradik. Memang Unik!

Pemilik Bina Gazebo Oversize Yang Ditukar Jadi Surau Kecil Ketika Berkumpul Adik-Beradik. Memang Unik!

Pemilik Bina Gazebo Oversize Yang Ditukar Jadi Surau Kecil Ketika Berkumpul Adik-Beradik. Memang Unik!

Menurut pemilik “ Gazebo atau pun rumah kecil ini saya terapkan sendiri reka bentuk yang diingini kemudian saya dapatkan tukang kayu yang didatangkan khas dari Terengganu. Menggunakan kayu cengal, ia adalah binaan kukuh dan menjadi lokasi khas apabila kami menganjurkan majlis bersama ahli keluarga. Kebiasaannya ia dijadikan surau kecil untuk kami menunaikan solat beramai-ramai. Bagi menambah fungsi, tempayan lama diterbalikkan bersebelahan gazebo ini untuk dijadikan lokasi tempat duduk. Memang meriah sekali pada waktu malam ketika menganjurkan majlis keramaian,” tambah pemilik lagi.

Mendapatkan idea seperti membaca buku-buku landskap dan majalah untuk membiasakan diri dengan tumbuh-tumbuhan antara salah satu cara pemilik yang banyak memberi manfaat padanya dalam proses binaan taman. Baginya setiap rujukan amat perlu dalam menambahkan ilmu sebelum melakukan sesuatu.

“ Jika halaman luar didominasi oleh elemen kejur, untuk ruang dalam pula saya lebih sukakan elemen air memonopoli ruang. Kehadiran kolam bukan sahaja mewujudkan kitaran udara yang lebih segar sejuk tetapi turut menyumbang pada bunyi air yang sangat menenangkan. Kolam ikan yang dibina pada courtyard ini secara tidak langsung membuatkan seluruh ruang dalam kediaman ini begitu damai dan merehatkan,” tambah pemilik lagi.

Courtyard yang terletak berdekatan dapur ini boleh diakses daripada car porch tanpa penghuni perlu masuk ke ruang utama terlebih dahulu. Di samping itu juga dek kayu dibina bersebelahan kolam ini sebagai lokasi santai untuk pemilik sekeluarga duduk santai sambil menikmati hidangan. Malah dinding dan struktur bumbung sengaja dibina menggunakan material telus pandang agar ia menerima pencahayaan semula jadi.

Ads

Pemilik Bina Gazebo Oversize Yang Ditukar Jadi Surau Kecil Ketika Berkumpul Adik-Beradik. Memang Unik!

Pemilik Bina Gazebo Oversize Yang Ditukar Jadi Surau Kecil Ketika Berkumpul Adik-Beradik. Memang Unik!

Pemilik Bina Gazebo Oversize Yang Ditukar Jadi Surau Kecil Ketika Berkumpul Adik-Beradik. Memang Unik!

Pemilik Bina Gazebo Oversize Yang Ditukar Jadi Surau Kecil Ketika Berkumpul Adik-Beradik. Memang Unik!

Pemilik Bina Gazebo Oversize Yang Ditukar Jadi Surau Kecil Ketika Berkumpul Adik-Beradik. Memang Unik!

Ads

“Menghabiskan masa di kawasan dapur antara ruang yang begitu saya gemari. Ini kerana kehadiran elemen air dan dalam masa yang sama saya boleh menikmati pemandangan hijau di taman melengkapkan suasana yang diingini oleh kami seisi keluarga. Selain itu material kayu menjadi pilihan dalam struktur kediaman ini kerana selain natural, kayu begitu sesuai dengan konsep yang ingin saya tonjolkan iaitu moden tradisional,” ungkap pemilik lagi.

 

Kehadiran pokok kelapa di halaman pemilik melengkapkan lagi penataan taman berkonsep kampung. Jiwanya terasa tenang mengimbau kembali nostalgia membesar dalam kelompok budaya masyarakat Melayu dan menjadi garapan dalam mewujudkan kediaman yang begitu dekat di jiwa.

 

Pemilik juga menyatakan bahawa setiap kali ingin membina sebuah taman, faktor utama yang harus difikirkan oleh setiap pemilik adalah maintenance. Andai pemilik kediaman sibuk dengan tugasan harian di pejabat dan jarang berada di rumah, kaedah selamat ialah pilihlah tumbuhan yang mudah dijaga. Malah tidak salah andai laman tampil seringkas mungkin. Sebaiknya taman  adalah mengikut kemampuan dan gaya hidup kita sehari-hari. Kesilapan dalam perancangan awal kebiasaannya bakal mengundang kos tambahan buat pemilik suatu hari nanti.

Tip Membina Sendiri Taman

Ads

1. Kenali taman anda. Jika anda baru sahaja membeli sebuah kediaman, hidup bersamanya sekurang-kurangnya selama setahun. Ini kerana pada tahun pertama, anda akan mula mengenal pasti tumbuhan dan belajar tentang persekitaran taman. Berjalan-jalan dan lihat taman anda dari sudut yang berbeza iaitu dari tingkap atas dan juga bawah. Ini akan menentukan pemandangan yang bagaimana anda inginkan apabila berada di dalam rumah. Buatlah  nota di mana arah matahari naik dan jatuh kerana anda mungkin ingin melindungi pemandangan yang tidak diingini.

2. Fikirkan tentang apa yang anda mahukan daripada sebuah taman. Adakah ia bakal menjadi sebuah ruang yang menghiburkan bagi anak-anak anda, ruang menuai hasil sayur-sayuran atau pun ruang anda menjamu mata menikmati keindahan flora dan fauna. Rancang fungsi taman anda sebaiknya di atas sehelai kertas sebelum ia direalisasikan dalam bentuk nyata.

3.  Adalah penting untuk mengetahui tentang jenis tanah anda. Laburkan sedikit wang untuk mengetahui sama ada tanah anda adalah asid, alkali atau neutral kerana tanah yang baik akan menentukan sama ada pokok yang ditanam subur atau pun tidak.

 

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI