Kediaman yang sempurna bukan sahaja mempunyai ruang dalaman yang selesa dan teratur malah sesebuah rumah yang sempurna juga perlu menitikberatkan keindahan taman atau lamannya. Seperti rumah semi-D milik En. Ahmad Othman dan Pn.Hayatie Hashim yang terletak di Batu Pahat, Johor ini.

Dengan keluasan lebih 10 ribu kaki persegi, pemilik telah memanfaatkan segenap penjuru rumah dengan baik sekali. Seni bina kontemporari yang diterapkan pada rumah Puan Hayatie telah dipadankan dengan konsep melayu tradisional untuk gazebo yang tersergam indah di halaman kediaman beliau.

Selain mendapat inspirasi dan idea melalui perkongsian di platform kelab dekorasi (Kelab Kaki Deko) di media sosial, Puan Hayatie juga seringkali menjadikan majalah dekorasi sebagai bahan rujukan bagi mendapatkan ilham membina gazebo dua tingkat yang indah ini.

Menurut pemilik lagi, bagi menyiapkan gazebo berukuran 12×12 kaki dan 14×14 kaki ini beliau telah menggunakan kayu balau dan kayu cengal yang juga merupakan kayu terpakai daripada tiang elektrik yang lama. Kreatif sungguh kan! Jom IMPIANA bawakan and menikmati senibina gazebo yang tersergam indah ini dengan lebih dekat lagi.

Pemilik Bina Gazebo Dari Kayu Tiang Elektrik Terpakai. Hasilnya Secantik Ini!

IKLAN

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI