Pelan atau perancangan sesebuah kediaman yang seiring dengan gaya hidup mampu memberikan impak positif kepada penghuninya. Jalani kehidupan seharian dengan lebih selesa apabila tata rias kediaman yang menarik disuntik bersama praktikaliti pada setiap ruang di sanggar idaman anda.
Terletak di pinggir negeri Selangor, Kundang Estates merupakan salah satu perbandaran yang dibangunkan oleh Gamuda Land merangkumi kawasan berkeluasan 89 ekar. Dengan 573 unit kediaman, ia menawarkan sebuah pembangunan harmoni diilhamkan oleh gaya hidup keluarga moden.
“Anise” adalah rangkaian kediaman teres dua tingkat yang dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Datang dengan rekabentuk yang moden, kediaman berkeluasan 1733 kaki persegi ini tampil dengan jalan ceritanya sendiri. Pereka dalaman yang bertanggungjawab menata rias kediaman ini telah mengambil kira gaya hidup keluarga moden yang aktif tetapi pada masa yang sama, suka meluangkan masa bersama-sama.
Melalui pintu masuk utama kediaman, terlihat sebuah ruang dengan pelan terbuka, dibahagikan kepada tiga kawasan iaitu ruang tamu, ruang makan dan juga dapur. Walaupun berada dalam satu lantai yang sama, setiap ruang tersebut telah di hias dengan menggambarkan persekitaran yang praktikal dan multi-fungsi dalam kediaman keluarga ini.
Di sini, susun atur perabot memainkan peranan penting dalam membahagikan setiap ruang. Contohnya, susunan sofa di ruang tamu membelakangi ruang makan menunjukkan dengan jelas bahawa ia merupakan dua ruang yang berbeza dengan penggunaan yang berbeza. Terdapat juga sebuah meja konsol diletakkan dibelakang sofa tersebut sekaligus menjadikannya sebuah sudut pelbagai guna yang memenuhi keperluan setiap ahli keluarga.
Ads
SATU PELAN, MULTI-FUNGSI
Ruang makan kediaman ini pula tampak sempurna dilengkapi sebuah set meja makan 6 kerusi berwarna hitam dengan deretan lampu gantung yang menyinari segenap ruang. Menariknya, di sini juga terletaknya rak buku yang dibina khas dengan pintu berupa papan hitam. Sesuai untuk digunakan anak-anak ketika sesi belajar mahupun untuk menyiapkan kerja sekolah. Ini bererti ruang makan ini bukan sahaja digunakan ketika waktu makan tetapi juga digunakan untuk sebagai ruang ulang kaji bagi si cilik.
Ruang makan dwi-fungsi ini terletak betul-betul di sebelah dapur bagi memudahkan pergerakan penghuninya selain dilengkapi dengan kaunter sarapan (breakfast counter) dua tempat duduk. Dari sudut ini, si ibu dapat memantau anak-anak dari jauh sambil menyediakan juadah buat keluarga tercinta.
PENGGUNAAN RUANG NEGATIF
Kebiasaanya, pemilik kediaman mungkin buntu dan tidak pasti bagaimana mahu menggunakan sepenuhnya ruang bawah tangga tanpa terlihat kosong dan hambar. Di kediaman ini, ruang tersebut telah mengalami transformasi penuh, menjadikannya sebagai sebuah sudut dengan fungsi yang tersendiri.
Sebuah bench atau kerusi panjang di bina bagi menambah kapasiti tempat duduk agar bisa digunakan ketika tuan rumah mengadakan majlis keramaian mahupun perjumpaan. Idea bijak ini juga telah digunapakai untuk sudut belakang pintu masuk utama kediaman ini.
Terdapat sebuah rak kasut bersama tempat duduk yang ditempah khas (custom made) bagi memudahkan para tetamu dan juga tuan rumah. Elemen seperti ini bukan sahaja membuatkan kediaman tampil menarik taetapi juga dapat memastikan setiap ruang sentiasa dalam keadaan yang kemas dan bersih. Sekaligus memudahkan tugas-tugas pembersihan untuk pemilik.
Ads
IDENTITI KAMAR TIDUR
Dari kebanyakan ruang yang terdapat di sesebuah rumah, bilik tidur merupakan ruang yang paling peribadi. Walaupun ia mungkin tidak akan terlihat langsung oleh tetamu anda, bilik tidur juga berhak untuk diberikan perhatian. Inilah yang digambarkan dalam kediaman ini apabila setiap kamar tidur dihias dengan memberi sepenuh perhatian pada setiap kemasan dan perincian.
Penggunaan rona neutral bertona gelap masih lagi dikekalkan di bilik tidur utama, sama seperti ruangan di tingkat bawah. “Mood” atau persekitaran berkonsepkan moden kontemporari ini dapat membangkitkan perasaan tenang dan nyaman ketika sedang berehat.
Lain pula halnya untuk bilik tidur anak perempuan dan lelaki kerana masing-masing mempunyai kegemaran dan kecenderungan yang tersendiri. Bersesuaian dengan usia yang sedang meningkat remaja, penggunaan warna pastel yang lembut dan tidak terlalu terang telah menjadi pilihan untuk bilik anak gadis. Manakala untuk adik lelaki pula, suasa lebih ceria dan bertenaga telah diterapkan dengan penggunaan kertas dinding bercorak serta beberapa percikan warna-warna terang seperti merah dan kuning.
Ads
JUL 12 2019 IMPIANA AMALINA DECO RUMAH GAMUDA RAWANG CLOSEUP
+ INFO KEDIAMAN
Jenis Kediaman: Rumah teres dua tingkat
Konsep: Moden
Keluasan: 1733 kaki persegi
Spesifikasi: 4 bilik tidur, 3 bilik air
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Macam-macam dah resepi booster tanaman buat sendiri yang pernah di kongsikan oleh rakan-rakan IMPIANA. Kali ini, IMPIANA nak kongsikan resepi booster tanaman dari Pyan Sempoy.
Rutin setiap pagi sabtu saya akan siram ‘booster’ organik utk semua pokok agar lebih subur & sihat.. guna sisa-sisa dapur sahaja yang kita tak masak, tak makan, busuk atau expired
seperti kulit bawang, batang kangkung/bayam..kulit pisang, kulit nanas, kulit betik, kulit limau, kulit ubi kentang/keledek, kulit telur, air basuh beras, air kelapa tua, nasi basi, susu basi, roti expired, hampas kopi/teh dan lain-lain. Apa-apa pon boleh campur sekali yang penting organik
Untuk proses fermentasi (penapaian) yang lebih cepat boleh guna EM/yakult/ragi tapai atau gula merah/pasir sebagai makanan mikrob/bakteria membiak
lepas dah penuh campur semua kena tutup dengan kain ketat-ketat & buka seminggu sekali pada 1 bulan pertama & dikacau
Minimum kena peram 1 bulan baru sesuai digunakan. Perapan saya dah 4 bulan lebih lagi lama lagi bagus. Untuk permulaan boleh campur apa yang ada dulu seperti air basuhan beras + kulit bawang + gula. Yang lain-lain boleh tambah sikit demi sedikit ikut apa yang ada nanti sampai la penuh.
Ingat yer 1 bulan selepas campuran terakhir (penuh) baru guna. Tanda-tanda perapan bosster anda sedia digunakan adalah apabila kurang bau busuk. Bau dia macam tapai kira dah jadi la. Boleh guna untuk siram atau sembur
silakan dicuba & share jika bermanfaat
Spora putih menandakan dh cukup matang & adanya banyak bakteria/mikrob baik yg sgt aktif..
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Anda mempunyai kitchen kabinet berusia lebih dari 10 tahun? Sudah bosan dan ingin membina yang baru? Apa kata anda cat sahaja bukan saja nampak baru tapi ribuan duit juga dapat dijimatkan.
Barang-barang
Cat water based
• Cat Pearl Finish (cari cat dikhaskan untuk kayu)
• Pembersih Kabinet (pastikan ia serasi dengan catPrimer atau buat ubat anda sendiri)
• 1 Berus cat
• 3x Foam Roller
• Kain
• Span
• 120 Grit Sand Paper
• Tape
• Suratkhabar untuk alas
• Blok kayu atau Pyramid Painter
Tanggalkan semua engsel/tombol yang terdapat pada kabinet dapur anda.
Setelah ditanggalkan letakkan ia dalam satu bekas agar senang apabila ingin dipasang nanti. Kemudian tandakan semua tempat dengan tape atau buat label agar ketika memasang nanti tidak tersalah tempat.
Alaskan plastik atau kertas suratkhabar sebagai lapik kepada semua pintu kabinet yang telah ditanggalkan. Ini agar kerja-kerja mengecat anda tidak merosakkan lantai atau barangan lain.
Gunakan pembersih untuk membersihkan pintu kabinet. Anda juga boleh mencucinya menggunakan campuran cuka dengan air atau pun sabun. Lap sebersihnya hilang tanggal semua daki, kotoran hitam dan sawang. Gunakan vacuum untuk memudahkan kerja.
Setelah bersih anda boleh bersedia untuk proses seterusnya. Dengan menggunakan kertas pasir, sapu permukaan kayu kabinet dengan kertas pasir untuk melicinkan dan juga menghaluskan permukaannya. Ini dapat mencantikkan lagi permukaannya apabila siap dicat kelak.
Cat pintu kayu kabinet dengan cat water based untuk lapisan pertama. Setelah itu biarkan ia betul-betul kering. Proses ini mungkin mengambil masa semalaman.
Setelah selesai sapukan pula cat kayu tadi. Gunakan apa sahaja warna yang anda sukai. Biarkan kering.
Pasangkan kembali pintu kabinet. Kemudian tombol juga perlu dicat barulah nampak sempurna. Anda juga boleh menukar tombol baru mengikut citarasa.
LIHATLAH HASILNYA MEMANG NAMPAK BARU.
Sumber: http://www.littledekonings.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memang tidak sah kalau tiada kain lap atau lebih mesra dipanggil kain buruk untuk kegunaan didapur. Item penting ini sangat berguna untuk membersihkan segala jenis tumpahan atau sisa lauk serta kotoran dan minyak yang degil.
Dan selepas diguna, sudah tentu anda memerlukan tenaga yang lebih untuk menyental kotoran serta bau yang melekat. Kadangkala, kotoran tidak mahu tanggal dan terpaksa buang saja kain buruk tersebut.
Tetapi kini perkara tersebut sudah ada solusinya. Impiana ingin kongsikan bagaimana anda boleh mencuci kain buruk dengan mudah, supaya jadi lebih bersih dan wangi.
BAHAN-BAHAN
1. Air Panas
2. 1/2 cawan Soda Bikarbonat
3. Sedikit Cuka
CARA-CARANYA
1. Masukkan 1/2 cawan soda bikarbonat kedalam semangkuk air panas.
2. Tambahkan satu sudu cuka kemudian kacau sebati
3. Ambil kain buruk yang kotor dan masukkan kedalam mangkuk tersebut
4. Pastikan kain terendam sepenuhnya. Tambah air panas jika perlu
5. Biarkan kain direndam semalaman
6. Bilas kain dengan air bersih. Jemur hingga kering.
7. Hasilnya kain jadi bersih, bebas kotoran dan wangi!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
"Vented, Condenser & Heat Pump"- Kenali 3 Jenis 'Dryer' & Punca 'Overheat' Sebabkan Kebakaran. Mesin Pengering Pakaian (dryer) bagaikan satu keperluan dan gaya hidup buat pemilik kediaman masa kini. Ia dapat menjimatkan masa, lebih-lebih lagi bagi kediaman yang berkeluasan terhad seperti kondominium dan apartmen.