Berita baik buat semua penduduk Malaysia, program vaksinasi kita sedang berjalan dengan lancar! Sepeti yang dimaklumkan kerajaan, sasaran vaksinasi sehingga ke 300,000 setiap hari tercapai malah melebihi seperti yang dirancang. Ini membuatkan negara Malaysia akan mecapai imuniti kawanan awal lebih awal daripada yang di jadualkan.
Tentu sekali rakyat Malaysia rindu akan suasana melepak di kedai mamak, berjumpa dengan rakan-rakan dan melakukan riadah seperti sediakala. Meninjau laman social di media massa, rat-rata teruja untuk kembali seperti sedia kala. Malah ada yang berjanji akan datang ke semua kenduri kawan-kawan selepas ini, rindukan suasana kenduri kendara.
Dos kedua juga sudah didapati, malah kerajaan telah mengeluarkan garis panduan buat penerima lengkap vaksin untuk menjalani kehidupan ini. Sementara menunggu 14 hari tempoh vaksin ini berkesan, ayuh kita rancang activiti untuk di buat selepas ini.
Menonton Wayang
Hampir dua tahun kita tidak dapat menonton filem blockbuster di wayang. Pasti ada yang merindui untuk menonton di skrin besar bersama-sama yang tersayang pada hari minggu atau selepas waktu bekerja. Sudah tentu ‘vibe’ menonton wayang sangat berbeza berbanding menonton filem di rumah kerana menonton wayang membuatkan kita seperti berada di dimensi sendiri. Terngiang-ngiang juga aroma jagung bertih karamel dan kerepek kentang yang dijual di luar pawagam. Mereka juga pasti merindukan kalian juga.
Ads
Taman Tema
Ada yang merindui bunyi desiran air, ada yang merindui gelongsor air ‘extreme’ seperti Vuvuzela mahupun Monsoon 360 terumatanya golongan berkeluarga dan anak-anak muda. Sudah tentu orang ramai mula gian untuk berseronok di taman tema air seperti Sunway Lagoon, Lost World Of Tambun dan banyak lagi.
Ads
Berseronok di Surf Beach, Sunway Lagoon disulami dengan persembahan DJ yang mengagumkan sudah tentu menjadi signature buat para pengunjung. Para pengunjung turut dapat berpiknik sambil berjemur di tepi pantai buatan manusia. Selain itu juga, orang ramai boleh bermain gelongsor air extreme, Vuvuzela dan Monsoon 360 bersama kawan-kawan di sana. Tambahan pula, 90% kawasan di Sunway Lagoon terdedah kepada cahaya matahari dan sinaran ultraviolet boleh membunuh kuman-kuman.
Ads
Berkelah
Bagi pencinta alam sekitar pula, pantai dan air terjun menjadi destinasi pilihan. Pantai Chenang, Pantai Cherating, Air Terjun Pelangi dan Air Terjun Kemensah menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk berkelah kerana mempunya pemandangan yang cantik serta menenangkan. Kita juga dapat menghirup udara segar selain daripada dikelilingi pokok-pokok hijau. Ramai yang gemar berbabeque setelah penat mandi-manda.
Café Hoping
Anda tidak ada lagi gambar untuk dimuat naik ke Instagram? Inilah masanya untuk raikan hujung minggu atau cuti umum anda dengan menikmati secawan kopi dan sarapan lewat pagi di kafe. Pelbagai menu yang fancy boleh didapati di setia kafe. Selain daripada menikmati ‘brunch’ anda, anda boleh berOOTD di sekitar kafe kerana suasananya sangat estetik seperti Breakfast Thieves, Botanica & Co, Merchant Lane dan banyak lagi.
Kalau nak disenaraikan terlalu banyak aktiviti menarik yang boleh anda lakukan bersama keluarga. Jadi bersiap sedialah untuk kembali berseronok seperti dulu seperti mana yang anda sering impikan ketika berada di dalam rumah sewaktu pandemik. Walaubagaimana pun, kesihatan perlu diutamakan dengan menjaga penjarakan sosial dan memakai pelitup muka agar kadar jangkitan penularan wabak Covid-19 tidak meningkat
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tembok atau dinding kediaman yang mengelupas tidak kira interior mahupun exterior adalah antara perkara yang biasa berlaku. Bahkan, masalah ini kerap berlaku pada dinding yang baru dicat. Jika hal ini terjadi pada dinding rumah anda, janganlah terburu-buru untuk memanggil tukang untuk memperbaikinya kerana ada beberapa cara mudah yang boleh anda lakukan sendiri. Sebelum itu, anda perlu kenalpasti punca cat pada dinding mengelupas
SEBAB CAT TEMBOK MENGELUPAS
1. Umur cat yang yang sudah lama (mengapur) sehingga daya lekatnya berkurang.
2. Kondisi dinding yang lembap, salah satu penyebab utama pengelupasan cat tembok (flaking) adalah kondisi tembok yang lembap. Hal ini mungkin berlaku disebabkan oleh banjir, terdapat aliran air pada dinding secra kerap dan dalam tempoh yang lama akibat kebocoran atau sebagainya
3. Proses cat dilakukan sebelum konkrit dinding kering dalam tempoh yang sepatutnya
4. Proses kemasan dinding yang kurang baik juga antara sebab cat pada dindin atau tembok mengelupas atau tidak melekat
5. Kualiti cat yang tidak baik turut memainkan peranan. Sebab itu, anda perlu semak denagn penjual bukan sekadar jenis cat malah tempoh ketahanan cat yang dibeli
6. Teknik cat yang salah. Ini antara faktor penyumbang utama kepada masalah cat cepat mengelupas. Antara perkara yang kerap diabaikan adalah, dinding yang hendak di cat tidak dibersihkan terlebih dahulu. Sehinggakan sisa atau lapisan cat lama tidak di singkirkan. Hal ini pendorong keapda lapisan cat baru mengelupas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ruang tamu adalah ruang paling utama dalam sesebuah kediaman. Bosan bukan kalau sudah bertahun konsep yang sama dan aura yang sama diruang tamu anda. Ini lah salah satu punca yang membuatkan kita semua bosan untuk berada di rumah dengan lebih lama. Hari ini IMPIANA nak kongsikan sedikit ilmu macam mana anda boleh ubah ruang tamu anda dengan sekelip mata tanpa belanja yang banyak. Kalau bijak memilih tak sampai RM100 pun.
Malaysia Tersenarai Sebagai Pengeksport ke 6 Terbesar Produk Kayu. Program Inkubator Reka Bentuk TIMB3R (DIP), kali ini disokong oleh kerjasama antara 13 pereka tempatan dan 15 pengeluar.
Didorong untuk mengembangkan industri perkayuan dan perabot negara pada skala global, TIMB3R DIP akan menyaksikan para peserta bekerjasama untuk menghasilkan rekaan yang berkualiti tinggi mereka bentuk dan mencipta produk kayu dan perabot buatan Malaysia yang unik dan bernilai tinggi untuk pasaran antarabangsa. Ini akan memuncak dalam pameran Export Furniture Exhibition (EFE) pada tahun 2023.
The kickstart of TIMB3R Design Incubator Programme 2.0
Merasmikan pelancaran yang diadakan di Mandarin Oriental ialah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin. Sambil memuji inisiatif itu, beliau mendedahkan, “Eksport perabot secara konsisten menyumbang antara 0.6% dan 0.8% kepada KDNK negara dalam tempoh lima tahun lepas. Di sebalik wabak kini, industri perabot Malaysia telah mencatatkan jualan yang membanggakan dan eksport perabot kayu kini diramalkan meraih lebih RM12.5 bilion daripada RM10.6 bilion yang dicatatkan pada 2020.”
Turut dalam agenda pada hari itu ialah Hackathon, proses pemadanan yang menghubungkan setiap pereka dengan pengeluar yang paling melengkapi konsep reka bentuk mereka. Sebanyak 15 peserta pereka-pengilang telah ditubuhkan. Satu produk—bermula daripada perabot, bahan binaan, lampu dan barang hiasan—akan dihantar oleh setiap peserta pada penghujung proses enam bulan.
TDIP 2.0 Manufacturer & Designer Matching Process #1
Pengerusi Majlis Perkayuan Malaysia (MTC), Hajah Norrida Yusoff, menambah, “DIP TIMB3R tahun lepas menghasilkan pembangunan 14 produk seperti perabot bilik tidur dan ruang tamu, jubin geladak dan pod penyusuan—semuanya akan dipersembahkan di Pameran Perabot Eksport (EFE) 2022 akan datang pada Mac ini di KLCC. Tahun ini, kami teruja untuk melihat apa lagi kumpulan pereka dan pengilang baharu yang akan dibawa ke plat kayu.”
TDIP 2.0 Speech by Chairman of Malaysian Timber Council, Hajah Norrida Yusoff
Program yang bermula pada 2020 itu dianjurkan bersama oleh MTC, Majlis Perabot Malaysia (MFC) dan Institut Pereka Dalaman Malaysia (MIID). Ia turut disokong oleh Majlis Pengacuan dan Jentera Kayu Malaysia (MWMMJC) dan Persatuan Pengilang Kayu dan Perabot Bumiputera Malaysia (PEKA).
Tonton Video Menarik Di Youtube IMPIANATV (KLIK DI SINI)
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!