Adakalanya, kita buntu untuk mencari gaya dan konsep untuk kediaman yang sempit. Ramai yang menjadikan alasan rumah sempit menyebabkan mereka sukar mendekor kediaman. Sebenarnya, sebesar dan sekecil mana pun kediaman, anda perlu bijak dalam merancang perletakan sesuatu barang dan perabot. Ia bertujuan untuk memastikan setiap inci ruang dapat digunakan secara optimum seperti yang di lakukan oleh puan Eda Yusri dan suaminya.
Rumah saya dan suami menyewa sahaja di Kampung Sri Aman Puchong. Walaupun rumah sewa, tapi kami nak kan rumah yang selesa bila penat balik dari bekerja. Jadi saya dan suami mengambil keputusan untuk cantikkan rumah sewa ni sementara tunggu rezeki dapat beli rumah sndiri. Rumah kampung ini pemilik buat atas tanah lot, satu blok ada 8 pintu rumah. Saiz dalam 650sq ft, disebabkan ada 3 bilik yang saiznya agak besar, ruang tamu jadi agak sempit.
Budget keseluruhan dalam 7k termasuk perabot-perabot baru dan secondhand, termasuk aircond. Kami peruntukkan lebih budget pada sofa, meja kopi, meja makan, katil dan tilam. Harga mungkin agak mahal tapi sebab nak beli untuk guna masa panjang, kami beli jenis yang berkualiti. Perabot sahaja pun ada warranty sampai 5 tahun, tilam pula warranty smpai 15 tahun disebabkan nak puas hati pakai
Ads
Masa yang diambil dalam 3 bulan. Kami beli barang sikit-sikit. Sebabnya baru kahwin, tiba-tiba rezeki dapat anak. so banyak duit nak guna lepas pindah sini dalam bulan 11 tahun lepas. Rumah ni kosong tak ada barang langsung. Saya bincang dengan suami untuk share beli barang sikit-sikit mula bulan 1 tahun ini. Alhamdulillah suami pula sokong dan minta saya dekor cantik-cantik. Kami hanya hias bilik dan ruang tamu. Nak buat kabinet dapur dekat rumah sewa tak berbaloi, nanti nak pindah juga.
Ads
Ads
Tip Dekor Rumah Sempit Puan Eda Yusri 1. Cuba elak gunakan wallpaper pada dinding kediaman kerana ia akan menyebabkan rumah sempit kelihatan lebih serabut dan sesak. Dinding kosong nampak lebih luas
2. Guna cermin pada bahagian dinding untuk dapatkan impak visual rumah kelihatan lebih luas
3. Sebelum beli perabot, ukur dulu ruang yang tersedia dan pastikan perabot yang dibeli tidak terlalu besar hingga menhadkan ruang legar.
4. Konsep minimalis amat bertetapan untuk kediaman jenis sempit kerana ia tidak memerlukan barang dan perhiasan yang sarat. Apa yang WAJIB untuk rumah sempit adalah ia perlu sentiasa kelihatan kemas dan teratur
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kita mungkin sudah melupakan gaya hias ala feature wall yang pernah satu ketika dahulu bagaikan benda wajib jika melaram dekorasi. Apa kata kita semarakkan kembali gaya seumpama itu. Cuma kita pelbagaikan lagi material untuk mewujudkan sebuah feature wall yang berkesan. Tahukah anda feature wall bertindak sebagai pencerita apakah mood yang hendak anda sampaikan dalam sebuah ruang. Jom kita usha apakah idea simple yang cantik untuk ruang kediaman kita.
WARNA DAN CERITA MEMBERI SERIBU ERTI SERTA MOOD DALAM SEBUAH RUANG…BAGAIMANA PEMILIKNYA…? TIDAK SALAH MEMILIH ELEMEN WARNA JIKA PERABOTNYA SEMUA KAKU DENGAN RONA KELABU.
SERIUS NAMUN BERGAYA. CITA RASA MASKULIN DENGAN SENTUHAN MODEN KLASIK.ANDA BERANI? PILIHAN CAT MATTE SUDAH MEMADAI MENJADIKAN RUANG NAMPAK EKSKLUSIF
SENI DAN ALAM BERSATU. ANDA YANG MENDAMBARKAN KEDAMAIAN DAN MENIKMATI SENI DALAM SANUBARI, JELAS BOLEH MENGABDIKAN DINDING RUMAHNYA KEPADA LUKISAN -LUKISAN YANG BERUNSURKAN ALAM DAN PELBAGAI LAGI SEBAGAI PEMUSATAN MATA. GANTUNG KE PELBAGAI JENIS BINGKAI BESAR UNTUK MENARIK PERHATIAN.
ANDA RASA KALAU BEGINI FEATURE WALL , ORANGNYA BAGAIMANA? ADA YANG MAHU TEKA?
INI FANTASY FOREST ATAU FASHION FIESTA? PALITAN RONA DINGIN YANG MENYENANGKAN DAN CORAK BUNGA MENDOMINASI RUANG DINDING. JELAS MENYERLAHKAN NILAI FEMININ YANG MENGGODA.
SATU LAGI PILIHAN WARNA DAN SENI LUKIS YANG MEWAH DENGAN BIASAN WARNA. ANDA SEORANG CERIA DAN BERFIKIRAN POSITIF APA SALAHNYA KITA BERMAIN WARNA CERIA DI RUANG TAMU. PERHATIKAN PERABOTNYA RINGKAS, MODEN DAN AGAK KAKU REKAANNYA.
MEGAH DAN ELEGAN. PILIHAN RONA MISTERI DAN MEWAH MENJADIKAN RUANG KEDIAMAN INI SANGAT ELEGAN DAN MEWAH. BIAR SIMPLE TETAPI AURANYA CUKUP LUAR BIASA. BERBEZA DARI WARNA LAZIM DAN PILIHAN RONA TABOO UMPAMA SATU BERONTAK DALAM GAYA.
PENGARUHI SUASANA. ALAM SEMULA JADI. KAMAR TAMPIL DAMAI DAN REDUP SUASANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pada ketika rakyat Malaysia sudah memasuki era baharu fasa endemik ‘tanpa pelitup muka’, di mana penggunaan pelitup muka tidak lagi diwajibkan di kebanyakan tempat awam termasuk dalam penerbangan, di pusat beli-belah dan sesetengah pejabat. Jadi sudah pasti perkara yang sering menimbulkan persoalan di kalangan ramai ialah bagaimanakah tahap kualiti udara kita masa kini?
Selain daripada kebimbangan umum tentang penyebaran Covid-19, lebih-lebih lagi kebanyakan orang kini sudah tidak lagi memakai pelitup muka, terdapat pelbagai bahan cemar lain yang perlu diawasi dan dihindari.
Pencemaran udara dan peningkatan bahan pencemaran di udara disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk juga aktiviti lazim seperti memandu kereta. Memandu memerlukan penggunaan bahan api, yang seterusnya menghasilkan bahan pencemar udara seperti karbon dioksida dan zarah berbahaya lain.
Punca pencemaran udara lain termasuk debu yang ditiup angin dan pembakaran terbuka, kegiatan pertanian, loji janakuasa, kilang dan juga tugasan harian di rumah kita sendiri. Lebih-lebih lagi, asap rentas sempadan yang ditiup angin dari negara-negara jiran. Satu contoh ialah pembakaran terbuka yang menyebabkan jerebu di kawasan tertentu negara.
Kualiti udara Malaysia kini berada pada tahap sederhana dan boleh diterima. Bagaimanapun, menghirup udara kualiti memuaskan sahaja tidak wajar untuk jangka panjang, kerana keadaan ini bukan sahaja mungkin menimbulkan masalah kesihatan tetapi jika tiada apa yang dilakukan sekarang, kualiti udara negara kita akan terus merosot. Berasaskan Indeks Kualiti Udara Malaysia, Sabah mempunyai kualiti udara paling bersih di Malaysia manakala Selangor mempunyai udara yang paling membimbangkan. Di Selangor, Kuala Selangor ditarafkan sebagai kawasan yang paling tercemar, diikuti oleh Shah Alam, Petaling Jaya dan Klang.
Selain daripada kualiti udara luar, kebersihan udara dalaman juga tidak kurang penting kerana ia 2 hingga 5 kali lebih tercemar daripada udara luar. Ini disebabkan oleh udara dalaman yang tidak banyak beredar, lebih-lebih lagi dengan tahap pengudaraan yang kurang baik. Ini seterusnya akan menyebabkan banyak bahan cemar bawaan udara seperti habuk, bulu haiwan peliharaan, debunga, virus dan bakteria biologi lain terus hidup di ruang dalaman. Hakikat inilah yang memerlukan usaha kita untuk memastikan udara yang lebih sihat dan bersih. Satu cara untuk mendapatkan udara yang lebih berkualiti ialah dengan menggunakan penulen udara.
Selain daripada meringankan beban pernafasan bagi mereka yang lebih mudah jatuh sakit, penulen udara boleh memainkan peranan penting dalam ruang dalaman sebagai penghapus acuan dan debunga dari udara, meneutralkan bau yang kurang menyenangkan, meningkatkan kualiti tidur keseluruhan dan mengurangkan alergen bagi mereka yang mengalami alahan atau haiwan peliharaan. Bukan itu sahaja, penulen udara juga melindungi wanita hamil dan ibu-ibu baru daripada bahaya bahan zarah dan menapis semua bahan pencemaran yang tidak boleh dibersihkan menerusi pembersihan harian biasa.
Penulen udara pintar serba baharu Coway Noble yang canggih dari segi teknologi terbukti dapat mengurangkan zarah halus seperti virus dan bakteria – dan merupakan alat kediaman yang sangat diperlukan di setiap ruangan dalam. Coway Noble telah menerima pelbagai anugerah reka bentuk bertaraf dunia dan bukan sahaja kelihatan anggun tetapi merupakan pembantu kediaman yang menambah baik kehidupan seisi rumah.
Antara ciri-ciri yang menjadikan penulen udara ini begitu unik dan berkesan ialah teknologi penapis Double HEPA yang terbukti dapat membasmi sehingga 99.999% varian Omicron SARS-CoV-2, Koronavirus Manusia (HCoV-OC43), dan virus Influenza A virus (H1N1). Penapis Double HEPA Coway diperkasakan dengan tambahan lapisan antibakteria dan lapisan antikulat yang menyediakan perlindungan berganda. Penulen udara Coway Noble dilengkapi dengan lima jenis penapis berbeza dan disokong oleh pensterilan UVC yang merupakan sebahagian daripada sistem penapis 6 langkah unik yang terbina di dalam penulen udara tersebut. Reka bentuk unik ini memberikan aliran udara berterusan yang sangat tulen, bersih dan paling penting sekali, selamat.
Langkah pertama ialah Pra-penapis 4D yang menyingkirkan zarah habuk besar, helaian rambut dan bulu haiwan peliharaan sambil mengalirkan udara dari setiap arah. Langkah kedua ialah Penapis Asap yang menghalang gas-gas berbahaya seperti Nitrogen Dioksida (NO2), dan langkah ketiga adalah mengurangkan alergen daripada anjing dan kucing dan juga kutu habuk dengan Penapis Alergen. Seterusnya dalam langkah 5, Penapis Double HEPA 4D bersedia menyahaktifkan 99.999% virus termasuk varian Omicron Covid-19, Influenza A (H1N1) dan Koronavirus Manusia. Akhir sekali, Pensterilan UVC dapat menyahaktifkan sehingga 99.9% bakteria seperti E.Coli.
Noble juga menggunakan penapis 4D pertama sepertinya dengan tahap penulenan 360°, yang direka khas untuk memerangkap, membersihkan dan mengalirkan udara dari setiap arah. Penulen udara Noble juga menggabungkan teknologi pintar terkini dengan melaporkan kualiti udara secara langsung. Petunjuk LED menyala pada bahagian atas penulen untuk memaklumkan pengguna dengan empat warna berbeza untuk menyatakan tahap pencemaran udara dalaman semasa. Petunjuk akan menyala dalam warna biru untuk baik, hijau untuk biasa, kuning untuk kurang baik dan merah untuk teruk.
Penulen udara ini juga dilengkapi dengan sensor habuk, cahaya dan gas dengan empat penetapan mod – smart (pintar), turbo, silent (senyap) dan eco (mesra alam). Penulen udara Coway Noble yang serba anggun ini boleh dipasang di mana-mana, walaupun dalam ruang yang kecil tanpa menimbulkan masalah.
**Double HEPA dengan bahan penapis lanjutan menyahaktifkan sehingga 99.999% Varian Omicron SARS-CoV-2, virus Influenza A (H1N1), Koronavirus Manusia (HCoV-OC43) dengan prestasi antibakteria dan antikulat berasaskan ujian yang dijalankan oleh Kolej Perubatan Veterinar, Universiti Kebangsaan Jeonbuk, Korea Selatan.
Untuk maklumat lanjut mengenai penafian di atas dan juga Coway Double HEPA, sila layari www.coway.com.my
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tema minimalist scandinavia semakin mendapat tempat utama di kalangan pencinta dekorasi rumah di Malaysia. Minimalis membawa maksud gaya hidup yang sederhana dan cukup sekadarnya. Tetapi di dalam konteks hiasan dalaman ianya membawa makna pemilihan perabot serta susun atur yang tidak terlalu crowded dengan pelbagai aksesori tambahan.
Kali ini IMPIANA ingin membawakan intepretasi seorang 3D Visualiser yang berasal dari Kuching, Sarawak tentang dekorasi yang bertemakan minimalis skandinavia.
En Hamini Madini merupakan pemilik rumah teres dua tingkat yang berkeluasan disebelah bawah 435 sqft serta 325 sqft disebelah bawah berkapasiti tiga bilik tidur dan dua bilik air telah memilih tema warna hitam dan putih sebagai warna utama di kediaman mereka.
“Kediaman ini berjaya disiapkan dalam masa dua bulan dan saya mula pindah masuk semasa bulan Ramadhan yang lepas dan segala susun atur di kediaman ini kami merujuk kepada laman perkongsian gambar atas talian iaitu pinterest“,katanya.
Selain itu, segala kelengkapan di rumah ini ada yang ditempah khas, dari Ikea, SSF dan kedai perabot yang berdekatan dengan rumahnya.
Lantainya ditatarias dengan Lush Vinyl Interlock Plank manakala dinding utama ditatah dengan White Artificial Brick. Walaupun memilih warna monokrom, tetapi beliau berjaya mencuri pandangan tetamu dengan meletakkan kerusi sandar berwarna kuning serta memasang two seater minibar sebagai partition di antara ruang makan dan dapur.
Berikut adalah idea yang dikongsikan oleh En Hamini Madini serta isterinya yang berkonsepkan minimalist skandinavia. Selamat berdeko!!
Sebelum (Dapur)
Selepas (Dapur)
Sebelum (Ruang Tamu)
Selepas (Ruang Tamu)
Sebelum
Selepas
Sebelum (Koridor Tangga)
Selepas (Koridor tangga)
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.