Kediaman yang ditonjolkan LAMAN pada kali ini, juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana mendapat sentuhan peribadi pemilik. Bermula daripada reka bentuk elemen kejur dan pemilihan soft landscape segala-galanya dilakukan sendiri tanpa mendapatkan khidmat mana-mana pereka landskap. Bagi pemilik kefahaman tentang ruang landskap di kediamannya banyak membantu dalam menjelmakan sebuah taman dinamik serta mempunyai connecting space di antara ruang dalam dan luar.

Kehadiran team LAMAN menjengah kediaman ini disambut mesra oleh pemilik kediaman. Peluang meneroka setiap inci taman tidak disia-siakan sebaliknya penulis begitu teruja melihat satu lagi rekaan taman yang tampil unik melalui reka bentuk gazebo dwi fungsi.

Pasangan guru Mohamad Fauzi dan Sufiana yang mengajar dan menetap di Kulim Kedah ini begitu ramah menerima kunjungan team LAMAN. Sudah pastinya pengalaman mereka membina sendiri taman bakal menjadi perkongsian yang sangat bermakna buat pencinta landskap di luar sana.

Menurut pemilik taman “Jika dilihat secara keseluruhan taman saya ini ringkas sahaja. Bolehlah dikatakan hasil reka bentuk taman adalah 100% daripada idea saya dan isteri. Kami rajin berkunjung ke merata kedai dan tempat untuk mencari ornamen dan peralatan taman yang dirasakan sesuai, dan memenuhi cita rasa kami dengan harga yang berbaloi,” jelas pemilik membuka bicara kami pada petang itu.

IKLAN

Kediaman yang diduduki sejak tahun 2004 mula dibina taman sedikit demi sedikit sejak 2010. Pada mulanya hanya bahagian hadapan sahaja yang mula diubahsuai dan elemen hardscape yang mula-mula dibina adalah sebuah water feature berukuran 12 kaki x 4 kaki. Water feature yang mempunyai orientasi mengadap ke arah kediaman yang menggunakan material natural stones ini mempunyai ceritanya yang tersendiri. “Idea dan pemilihan material saya lakukan sendiri dengan berkunjung ke kedai tiles dan juga nurseri. Saya banyak merujuk pada majalah LAMAN untuk mencari idea. Dari situ saya gabungkan faktor kos, idea dan kesesuaian untuk menzahirkan water feature ini. Bagi saya andai rajin mencari dan bijak merancang kos maka bertaman bukanlah sebuah hobi yang mahal,” ungkapnya lagi ramah sambil ditemani oleh isteri.

 

IKLAN

Mendapatkan idea seperti membaca buku-buku landskap dan majalah untuk membiasakan diri dengan tumbuh-tumbuhan antara salah satu cara pemilik yang banyak memberi manfaat padanya dalam proses binaan taman. Baginya setiap rujukan amat perlu dalam menambahkan ilmu sebelum melakukan sesuatu.

IKLAN

Menurut pemilik beliau dan isteri telah melakukan proses ubahsuai pada bahagian dapur dan juga ruang tamu. Justeru mereka telah mewujudkan sebuah ruang taman baru di tengah-tengah kediaman. Pemilik menyatakan dengan wujudnya ruang taman ini, mereka sekeluarga dapat menikmati suasana hijau landskap apabila menghabiskan masa di ruang santai.

Di samping itu juga sebuah water feature kecil dibina bersebelahan taman mini ini sebagai elemen menyuntik bunyian air di kawasan sekitarnya. Memandangkan ruang ini agak terlindung dari cahaya matahari maka menanam rumput sudah pastinya mengundang risiko rumput mati. Oleh itu pemilik telah menggantikannya dengan hamparan rumput tiruan.

Pasangan Cikgu Ini Gigih Bina Sendiri Laman Dari Zero Berbekalkan Minat Mendalam Pada Landskap Pasangan Cikgu Ini Gigih Bina Sendiri Laman Dari Zero Berbekalkan Minat Mendalam Pada Landskap Pasangan Cikgu Ini Gigih Bina Sendiri Laman Dari Zero Berbekalkan Minat Mendalam Pada Landskap Pasangan Cikgu Ini Gigih Bina Sendiri Laman Dari Zero Berbekalkan Minat Mendalam Pada Landskap Pasangan Cikgu Ini Gigih Bina Sendiri Laman Dari Zero Berbekalkan Minat Mendalam Pada Landskap Pasangan Cikgu Ini Gigih Bina Sendiri Laman Dari Zero Berbekalkan Minat Mendalam Pada Landskap Pasangan Cikgu Ini Gigih Bina Sendiri Laman Dari Zero Berbekalkan Minat Mendalam Pada Landskap Pasangan Cikgu Ini Gigih Bina Sendiri Laman Dari Zero Berbekalkan Minat Mendalam Pada Landskap Pasangan Cikgu Ini Gigih Bina Sendiri Laman Dari Zero Berbekalkan Minat Mendalam Pada Landskap Pasangan Cikgu Ini Gigih Bina Sendiri Laman Dari Zero Berbekalkan Minat Mendalam Pada Landskap Pasangan Cikgu Ini Gigih Bina Sendiri Laman Dari Zero Berbekalkan Minat Mendalam Pada Landskap Pasangan Cikgu Ini Gigih Bina Sendiri Laman Dari Zero Berbekalkan Minat Mendalam Pada Landskap

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI