Sudah pasti ramai yang beranggapan untuk menukar lantai di kediaman akan menelan belanja yang besar kerana kerja yang leceh dan mengambil masa.
Tetapi berbeza bagi lelaki ini. Menerusi perkongsiannya di lama facebook, Encik Khairul Ezuwan telah berjaya menukar lantai diruang tamu kediamannya dengan kos kurang dari RM1000!
Hanya dengan menggunakan kepingan vinyl yang dibelinya sendiri, lantai di ruang tamu berukuran 300 kaki persegi milik Encik Khairul yang lusuh dan bosan telah bertukar wajah dengan serta merta.
Di antara bahan yang dibeli olehnya adalah seperti 13 kotak (1 kotak berharga RM 58) Luxury PVC Plank berketebalan 3mm dan panjangnya 3 x 6 inci serta Gam khas Vinyl Glue (satu tong berharga RM68).
Ads
Vinyl jenis PVC Plank ini merupakan antara alternatif baharu dalam dekorasi melibatkan lantai kediaman yang mana tidak semestinya kita harus mengekalkan lantai jubin yang dipasang oleh pemaju kerana segalanya bergantung kepada kreativiti pemilik kediaman tersebut.
Ads
Malah tidak perlu berbelanja besar jika ingin menukar penampilan lantai kerana segala-galanya boleh dilakukan sendiri, apa yang penting rajin dan sabar seperti yang telah dibuktikan oleh pemilik kediaman ini.
Untuk maklumat, sebarang pengubahsuaian yang beliau lakukan adalah secara DIY tanpa mengupah mana-mana syarikat kontraktor. Disebabkan melakukan sendiri kerja-kerja memasang lantai vinyl maka beliau dapat menjimatkan kos renovasi yang bernilai RM3000-RM4000 dengan hanya mengeluarkan harga kos membeli barang-barang sebanyak RM1000 sahaja.
Antara peralatan yang digunakannya adalah seperti Pembaris L, Pisau, Pensel, Berus Cat, Gunting dan Kain buruk untuk membersihkan sebarang kotoran sebaik sahaja selesai kerja-kerja pemasangan.
Ads
“Saya banyak merujuk video tutorial di youtube tentang proses pemasangan lantai vinyl ini dan rasa bertuah kerana anak saya yang berumur 8 tahun juga turut membantu serta menyatakan bahawa lantai ini kalis air” ujar Pengurus Insuran ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bukanlah mudah untuk Nuraishah membuat keputusan meninggalkan kariernya sebagai Pereka Grafik dan pulang ke kampung halaman bagi memulakan kehidupan baru sebagai petani. Nekad dan yakin dengan rezeki yang telah ditetapkan, kini sudah tujuh bulan beliau menjalani rutin harian yang serba ringkas berbanding dengan kehidupan ditengah hiruk piruk kawasan bandar.
Pada usia 27 tahun, Nuraishah telah menjadi inspirasi buat ramai orang diluar sana supaya tidak takut untuk mengejar cita-cita yang membuatkan kita lebih gembira dalam jangka masa yang lebih panjang.
Nuraishah yang tinggal bersama ibu dan seekor kucing kesayangannya kini menjalani rutin harian dengan pergi ke kebun setiap pagi dan menjual hasil tanaman organik sebagai sumber pendapatan.
” Terdapat lebih kurang 20 jenis sayur yang saya sentiasa tukar setiap kali menuai. Antaranya bayam, tomato, terung, bendi,sawi,, salad dan juga daun sup”, ujarnya.
Menurutnya lagi, bukanlah mudah untuk memulakan dan menguruskan kebun tersebut, memandangkan 95% kerja dikebun diuruskan oleh Nuraishah sendiri. Tetapi beliau tetap positif dan optimis dalam meneruskan transformasi hala tuju kehidupannya.
Negara Morocco terletak jauh di Afrika Utara dan merupakan salah satu daripada tiga negara yang mempunyai pantai dikedua-dua Atlantik dan Mediterranean. Ia sering menjadi subjek fantasi indah yang romantis dan mewah. Reka bentuk dalaman dengan ciri morocco dapat mencerminkan kekayaan tradisi, budaya dan sejarah negara tersebut menjadikan ia satu konsep yang digemari untuk kediaman di serata dunia.
Dalam posting kali ini kita ingin meninjau sebuah kediaman yang terletak di Bandar Bersejarah Melaka, Atlantis Residence Kota Syahbandar milik Puan Irene Faridah Ismail dan pasangannya Dr Maznisham Mohd Su’ud. Konsep kontemporari morocco yang menjadi pilihan pasangan ini telah diilhamkan sejak zaman pengajian Puan Irene di Universiti Islam Antarabangsa lagi selain dipengaruhi dengan kunjungan ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah dua tahun yang lalu.
Menurut pemilik, rumah kondominium berkeluasan 1,265 kaki persegi ini baru sahaja didiami semenjak Januari yang lalu. Kedudukan yang agak tinggi iaitu di aras 32 menjadikan proses pengubahsuaian agak mencabar tatapi mujur segalanya berjalan dengan lancar berkat dari kerjasama dan kata sepakat pasangan ini. Pemilik telah melakukan perancangan awal yang teliti sebelum mula menghias rumah dengan menyediakan pelan serta lakaran deko bagi memudahkan lagi proses mendeko yang telah dipersetujui bersama.
Walaupun kos keseluruhan yang agak besar namun hasilnya amat menarik dan memuaskan hati. Kawasan ruang tamu menjadi kegemaran pemilik, mahligai indah ini juga dilengkapi dengan 2 bilik tidur dan satu bilik air. Panel pembahagi ruang bermotifkan geometrik morocco serta lampu-lampu perhiasan morocco yang menghiasi ruangan itu telah menjadi daya penarik yang sukar untuk pengunjung lupakan.
Di sini IMPIANA kongsikan beberapa keping gambar kediaman indah untuk tatapan pembaca, semoga terinspirasi dan terus bersemangat untuk mendeko. Semoga berjaya!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Semua orang berasa jijik dengan serangga yang satu ini. Lipas adalah serangga yang menjengkelkan. Ia sejenis serangga yang kotor dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Rumah pun akan terkesan menjadi tidak bersih dan kurang sihat disebabkan lipas.
Salah satu cara yang berkesan untuk membasmi lipas adalah dengan membersihkan rumah anda. Anda juga disarankan untuk menutup lubang di dalam rumah. Tapi jika masih ada lipas yang berkeliaran di kediaman, anda boleh mencuba dengan cara ini.
Apa yang perlu anda sediakan adalah timun. Caranya sangat mudah, letakkan saja potongan timun di dalam bekas aluminium yang bersih. Tindak balas timun dan bekas aluminium akan menghasilkan bau yang kuat untuk membunuh lipas. Letakkan bekas itu ditempat yang menjadi sarang lipas.
Cara ini terbukti secara alami menghalau lipas dari rumah anda untuk selamanya. Selain itu juga, anda harus sentiasa bersihkan kediaman bagi menghindar serangga menggelikan ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Hanya menggunkan langsir sahaja, pelbagai impak dan ekspresi dapat dizahirkan. Seperti contoh, rumah yang sempit kelihatan luas dengan hanya menggunkan langsir namun pada teknik yang betul.