Seperti umum mengetahui, sememangnya terdapat banyak pilihan rangkaian jenama dan model barangan elektronik televisyen yang ada dijual pasaran. Boleh dikatakan juga, ada bermacam-macam jenis, teknologi, bentuk rekaan, saiz paparan skrin visual dan sebagainya.
Tetapi, apa yang membuatkan televisyen keluaran jenama barangan elektrik terkemuka antarabangsa, LG Electronics Malaysia (LG) bagi siri model terbaharu LG QNED81 ini berbanding dengan televisyen yang lain? Sudah pasti anda ingin mengetahui jawapannya, betul tak?!Televisyen rangkaian model LG QNED81 ini boleh disifatkan sebagai salah sebuah televisyen ‘Beauty With Brain’. Ini kerana, meski televisyen ini mempunyai reka bentuk yang ringkas namun ia tetap tampak begitu sangat elegan dan menawan.
Bukan itu sahaja, televisyen LG QNED81 ini didatangkan dengan rekaan bingkai yang bertemakan ’Super Slim Design’ membuatkan barangan elektronik ini tampak begitu anggun selain mampu memberikan ruang hiasan dalaman kediaman yang lebih praktikal dan luas.
Bukan hanya sekadar memiliki reka bentuk yang cantik semata-mata, LG QNED81 TV ini dilengkapi dengan fungsi pemprosesan teknologi LG a7 AI PROCESSOR 4K Gen6 bagi bertujuan untuk memberi paparan visual yang berkualiti dan audio yang lebih jelas menerusi fungsi AI Picture Pro dan Sound Pro.
Tidak hanya sekadar itu sahaja, paparan visual LG QNED81 TV ini turut dikuasakan dengan teknologi oleh Quantum Dot dan NanoCell, yang mana ianya mampu menghasilkan warna paparan visual yang lebih terang, jelas serta tepat seakan sama seperti warna sebenar walaupun pada tahap kecerahan yang tinggi.
Ads
LG QNED81 TV ini diklasifikasikan sebagai sebuah televisyen yang pintar kerana turut didatangkan dengan fungsi teknologi ThinQ dan webOS. Fungsi yang tersedia ini membolehkan anda memuat naik lebih daripada ratusan aplikasi antaranya seperti YouTube, Netflix, Disney+ Hotstar, Google Play dan macam-macam lagi.
Bagi anda yang peminat kaki Gaming khususnya, LG QNED81 TV ini sememangnya pilihan yang sangat sesuai untuk anda. Ingin tahu mengapa? Ini kerana televisyen ini telah dilengkapi paparan visual dengan teknologi Dolby Vision HDR 4K 120Hz.
Ads
Selain itu, paparan televisyen ini juga turut disokong dengan teknologi Nvidia GeForce NOW. Menarik bukan?
Apa yang paling menarik sekali mengenai televisyen LG QNED81 ini, ia telah didatangkan dengan alat kawalan jauh yang berteknologi tinggi iaitu Magic Remote Control. Pada alat kawalan jauh televisyen ini telah dicipta dengan sistem kendalian paparan skrin dengan fungsi klik dan leret yang sememangnya memudahkan anda.
Ads
Jangan ada yang tidak tahu, alat kawalan jauh televisyen ini juga membolehkan anda mengawal pengendalian televisyen tanpa alat kawalan jauh dengan hanya menggunakan suara anda sahaja. Memang sangat berteknologi tinggi lah kata orang!
Bagi anda yang ingin memiliki televisyen rangkaian model LG QNED81 ini, terdapat beberapa pilihan saiz layar paparan skrin visual yang boleh anda pilih iaitu 55”, 65”, 75” dan 83”.
Jadi anda tunggu apa lagi, segera dapatkan televisyen ini dengan membuat pembelian secara dalam talian sekarang selagi stok masih ada. Untuk maklumat lanjut serta pembelian secara dalam talian, sila layari laman sesawang rasmi LG Malaysia di https://www.lg.com/my/tvs/lg-65qned81sra
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KUALA LUMPUR, 1 NOV 2017 -Berikutan kejayaan Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9, Shopee iaitu platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan memulakan musim akhir tahun dengan melancarkan Jualan Murah Super 11.11 dari 1 hingga 11 November. Pengguna boleh bersedia menghadapi tawaran hebat berganda termasuk Jualan Murah RM11, penghantaran percuma, hadiah harian dan banyak lagi. Dengan sokongan daripada jenama ternama seperti Petronas, Digi dan Watsons serta rakan rasmi seperti Ambank, CIMB, Maybank, Public Bank dan RHB, Jualan Murah Super 11.11 Shopee dijangkakan akan menjadi acara jualan mega akhir tahun yang paling sensasi.
“Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 pada bulan lepas mencatat kejayaan besar kerana kami merekodkan peningkatan pesanan sebanyak tiga kali ganda dan trafik pengguna sebanyak lima kali ganda dalam tempoh 24 jam. Sokongan memberangsangkan daripada semua pengguna kami mendorong kami untuk melancarkan Jualan Murah Super 11.11 ini. Kali ini, kami menampilkan lebih daripada 3,000 jenama dan usahawan pilihan yang menawarkan potongan harga berganda sehingga 90% dan lebih 100,000 produk yang dibawah Jaminan Harga Terendah Shopee,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Pengumuman Bajet 2018 baru-baru ini telah menggariskan e-dagang sebagai salah satu pemacu utama ke arah membangunkan digital ekonomi Malaysia, yang dijangka boleh menarik pelaburan sebanyak RM700 juta dan menawarkan 2,500 peluang pekerjaan. Sebagai platform e-dagang yang terkemuka di Malaysia dengan lebih daripada 150,000 usahawan aktif, Shopee komited untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana tempatan dan membantu mereka membina perniagaan e-dagang menerusi insentif komisyen sifar (0), penghantaran percuma ke seluruh Malaysia dan kempen mega seperti Jualan Murah Super 11.11 Shopee untuk meningkatkan pendapatan mereka.
“Kami teruja dapat menyertai Jualan Murah Super 11.11 Shopee tahun ini sebagai salah satu rakan niaga rasmi. Tempoh akhir tahun adalah masa kemuncak untuk orang ramai membeli-belah sebagai persiapan sempena tahun baru atau sebagai hadiah. Kami gembira Shopee menerajui trend ini secara dalam talian dan melancarkan satu kempen yang memberikan penjimatan berganda di samping memudahkan pengguna untuk memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini,” kata How Lih Ren, Ketua Jabatan iTelco Digi.
Bermula 1 November, pengguna Shopee boleh menikmati potongan harga bagi pelbagai jenis produk dari kategori popular termasuk 3 pusingan ‘Shocking Sale’ setiap hari yang menampilkan koleksi 50 jenis produk kegemaran pada harga terendah. Permainan ‘Spin to Win’ juga dilancarkan semula dengan pelbagai jenis hadiah bernilai sehingga RM300,000 untuk dimenangi setiap hari. Keseronokan ini meningkat pada hari Kempen Jualan Murah Super 11.11 Shopee yang membariskan tawaran tanpa henti selama 24 jam termasuk jualan murah RM11, penghantaran percuma dengan pembelian minima RM20, potongan harga atas produk berjenama popular di Shopee Mall dan banyak lagi. Selain itu, lebih 100,000 produk yang dijamin pada harga terendah. Sekiranya mana-mana pelanggan terjumpa produk yang sama dijual pada harga yang lebih rendah di platform lain, Shopee akan memberi ganti rugi sebanyak 120% perbezaan harga tersebut.
“Jualan Murah Super 11.11 Shopee merupakan masa terbaik untuk anda mendapatkan potongan harga terhebat bagi memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan. Kami berharap anda semua boleh menyertai acara jualan mega akhir tahun yang paling sensasi,” tambah Ho.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mungkin ada di kalangan anda yang menghadapi masalah kutu beras di rumah dan tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Jangan ada yang tidak tahu, kini ada cara yang anda boleh lakukan untuk menghapuskan serangga perosak itu dari kediaman anda buat selama-lamanya.
Malah, ada cuma hanya memerlukan satu produk sahaja untuk menghalang daripada makhluk serangga perosak ini hidup dan bermaharajalela di dalam bekas simpanan beras anda.
Apa yang ada cuma perlukan adalah sebuah kotak ‘Rice Protector’ yang dijual di kedai barangan kelengkapan rumah, Daiso. Untuk pengetahuan anda, produk ini mengandungi beberapa peket kecil cili yang digunakan sebagai pembasmi makhluk serangga perosak kutu beras.
Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu meletakkan sepeket ‘Rice Protector’ ini ke dalam bekas simpanan beras anda dan ia terbukti mampu bertahan daripada sebarang makhluk serangga perosak selama tiga bulan. Mudah bukan?
Sekiranya anda mahu mendapatkan produk ‘Rice Protector’ ini, anda boleh membelinya di mana-mana cawangan kedai Daiso di seluruh Malaysia atau anda boleh sahaja mendapatkan ia dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee.
Apabila peti sejuk di rumah sudah lama digunakan, mungkin akan meninggalkan kesan calar atau pun kemek pada permukaan luar badan peti ais anda.
Jika anda mahu menukar peti sejuk yang baharu pula, tetapi ia masih lagi elok untuk diguna pakai. Sayang dan membazir kalau tukar peti sejuk yang baharu kan oleh hanya kerana terdapat kesan calar serta kemek pada permukaan luar badannya, betul tak?
Tidak dinafikan, jika ada kesan calar dan kemek pada permukaan luar badan peti sejuk ini memang boleh membuatkan ‘sakit mata’ melihatnya. Tetapi kini anda tidak perlu lagi berdepan dengan situasi sedemikian kerana ada cara mudah untuk mengatasi masalah anda tersebut.
Bukan sahaja memudahkan malah ia sangat menjimatkan dan anda tidak perlu berbelanja besar pun bagi untuk menutupi segala cela pada permukaan luar badan peti sejuk anda. Apa yang hanya cuma anda perlukan adalah ‘Fridge Magnet Miniature’ yang comel ini.
Lihatlah hasilnya, bukan sahaja ia dapat menutupi segala cela pada permukaan luar badan peti sejuk anda malah ia membuatkan ia tampak lebih menarik dan unik. Jangan ada yang tidak tahu, ia ada bermacam-macam bentuk yang menarik tau!
Sekiranya anda ingin memiliki ‘Fridge Magnet Miniature’ ini, anda boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini untuk pembelian.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.