Papan pemotong merupakan salah satu peralatan yang wajib ada di dapur setiap orang. Ia memudahkan aktiviti memotong sayur-sayuran mahupun daging dan ikan. Kerja pemotongan akan jadi lebih teratur dan selamat.
Papan pemotong yang diperbuat daripada material plastik terutamanya, memang mudah kotor dan bertukar kehitaman. Tambahan lagi jika pemiliknya seorang yang rajin masuk ke dapur. Walaupun sudah dicuci dengan sabun, disental dengan span, kotoran ini sangat degil dan susah untuk tanggal. Tapi anda tidak perlu khuatir lagi, kerana IMPIANA ada caranya…
Anda hanya perlukan 3 bahan ini :
Limau Nipis
Baking Soda
Cuka Epal
Langkah-langkahnya :
1) Potong limau nipis kepada dua bahagian
Ads
2) Taburkan baking soda pada keseluruhan papan pemotong.
3) Gosok papan menggunakan limau yang dipotong tadi.
4) Biarkan selama 10 minit.
Ads
5) Selepas 10 minit, gosok semula papan menggunakan baki limau tadi.
6) Kemudian tuang cuka epal ke permukaan papan dan gosok/sental sehingga puas hati.
Ads
7) Boleh juga gunakan berus besi bagi menjamin kotoran tertanggal dengan mudah.
8) Akhir sekali, bilas papan sehingga bersih dan putih seperti baru.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Menjadi impian semua terutamanya wanita untuk memiliki sebuah kediaman yang indah. Namun, bagi yang sudah berkahwin, sebarang tindakkan yang diambil perlu mendapat restu dari si suami.
Begitu juga hasrat isteri kepada Bijen Mohd. Hasratnya untuk memiliki kabinet dapur ikea telah di luahkan. Si suami menzahirkan hasrat isterinya namun dengan olahannya yang tersendiri disebabkan oleh kekangan bajet. Tapi, lihatlah hasilnya.
Isteri: Kanda kanda. Dinda nak kabinet dapur IKEA, boleh? Suami: Lukislah. Mana kanda tahu apa yang sedang bermain di fikiran dinda.” Ayat respon standard untuk menangguhkan kehendak nafsu.
Setelah seminggu berlalu, siaplah lukisan kabinet dapur idaman beliau.
Isteri: Ini dapur yang dinda impikan. Siap juga akhirnya. Nah! Suami: Urmm, akhirnya? Okay, we’ll see. Masa ni masih 50:50 lagi nak buat kabinet dapur. Duduk rumah sewa je kot.
Setelah tertangkapnya tikus yang terakhir hari tu, saya pun mulakan kerja housekeeping di dapur. Dalam tengah dok buat sisih, sapu, susun, seragam dan sentiasa amal tu datanglah pula idea dan semangat kerajinan yang luar biasa untuk merealisasikan impian isteri.
Lalu kerja membeli barang dan menukang pun dilakukan dengan penuh ketekunan sepanjang 2-3 minggu ni sampai ke jam 1-2 pagi setiap hari.
Akhirnya siap juga dapur yang dirancang. Dapur pintar berteknologi hijau yang ergonomik tanpa mengenepikan DNA IKEA. Kah! Ciri-cirinya akan diterangkan dalam gambar nanti.
Tak IKEA sangat pun tak apalah. Apa yang penting fungsi dan praktikalitinya. Walaupun murah, usaha yang dicurahkan tu tak ternilai harganya. Jadilah untuk buat hadiah anniversary tahun ni.
Kos yang terlibat dalam projek kali ini:
a. 2 meja banquet sebagai countertop. Kena cari yang kaki tebal 32mm x 32mm agar tahan lasak. Guna L bracket untuk menyokong bahagian tengah meja dan mengikat meja pada dinding agar tidak bergerak.
46 cm (L) x 120 cm (P) x 75 cm (T) RM115 – Lazada
46 cm (L) x 150 cm (P) x 75 cm (T) RM123 – Lazada
b. Tikar getah Maslino untuk lapik atas countertop supaya meja tahan lebih lama. Kalis air dan tak calar-calar sangat bila buat kerja atas tu.
7 kaki (L) x 2 meter (P) RM24 – Kedai perabot
c. Tirai mandi untuk dibuat langsir dapur dan countertop. Pakai tirai mandi dari jenis polyester ni sebab kalis air dan tahan kulat. Mudah nak cuci, maklumlah kerja di dapur ni tak sah kalau tak comot. Potong dan jahit balik sendiri.
180 cm (L) x 180 cm (P) x 3 helai RM60 – Shopee
d. Singki baru dan perkakas (penapis, paip, dll). Ganti sebab singki lama dah uzur dan usang. Barulah nampak fresh sikit.
RM95 – Kedai hardware
e. Laci 4 tingkat. Muat 3 tingkat saja bawah meja banquet (countertop). Lagi satu yang lebih tu letak bawah meja dapur gas.
Jenama Simply Living. RM50 (rasanya, resit tak jumpa) – Giant
Lain-lain:
Meja dapur gas – Sedia ada
Rak 4 tingkat – Sedia ada
Wayar langsir spring – Sedia ada
Rak dinding IKEA As-is – Sedia ada
Kos RM467-500 lebih kurang.
Rak dan tempat simpan pinggan mangkuk dan bekas makanan ekstra setelah dikeringkan. Bagi mengurangkan kesesakan di atas countertop.
Senarai barang dapur pintar. Ada 2 cara mengisi senarai semak ni;
a. Tick-kan barang yang dah habis untuk create urgency. Supaya para suami faham dengan tugas dan tanggungjawabnya menyediakan keperluan barang dapur di rumah. Terus je tangkap gambar dan Whatsapp suami barang yang dah habis minta dia belikan.
b. Tick-kan barang yang masih ada. Supaya para isteri dapat belajar erti bersyukur bila dia tengok rupa-rupanya ada banyak lagi sumber makanan di dapurnya selain dari makanan yang dah habis.
Tepi peti ais tu pulak ada timer bila diperlukan. Juga ada jadual lori sampah sebab kat sini tak boleh buang sampah sebarangan. Banyak babi hutan buat sepah nanti.
Setting rak yang ergonomik bagi memudahkan capaian barang semasa sedang masak. Tong gas tu pula adalah tong gas standby kalau-kalau gas utama (di sebalik tirai) habis. Maka isteri tak ada alasan nak gantung periuk bila gas habis atau bising nak induction cooker.
Kipas tu pun wajib ada di dapur. Korang yang biasa duduk dapur tahulah betapa azabnya bekerja di sektor oil & gas ni.
Inilah gunanya label maker. Senang nak kenal pasti plag bila banyak-banyak. Tak adalah buang masa dok cari plag itu yang mana, plag ini yang mana.
Menyahut seruan kerajaan untuk membuat pengasingan sisa pepejal dari punca guna container IKEA. Mesra alam sungguh dapur ni.
Ruang simpanan barang yang jarang dipakai di bawah meja. Selak je langsir boleh terus keluarkan storage box utuk ambil barang. Gunakan kotak yang telus cahaya so boleh nampak barang apa yang nak dicari dari luar.
Cara lain adalah buat senarai inventori barang dalam kotak. Senang nak cari barang. Tak ada dah nak buang masa cari di setiap kotak. Oh! Jangan lupa catit kalau ada in-out barang.
Sediakan juga stool untuk memudahkan anak-anak berdikari basuh tangan dan basuh pinggan sendiri. Cuma jaga pisau dan benda tajam yang berbahaya jangan sampai mudah dicapai oleh mereka.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tidak kira besara atau kecil mana kediaman yang di diami, desewa mahupun rumah sendiri semuanya perlu diperindahkan. Indahnya dan cantik bukan bermaksud perlu bermewah-mewah, tapi cukuplah ikut kemampuan dan menyenangkan mata yang memandang. Sebab itu wujudnya perumpamaan ” RUMAH KU SYURGA KU”.
Seperti perkongsian Puan Nurul Dian. Kediamannya yang berkeluasan 650sqft ayang merupakan rumah PPR DBKL berjaya di tata hias secara ringkas namun indah dengan tema rona hitam dan putih.
RM 20K telah diperuntukkan untuk menghias keseluruhan kediaman ini. Namun, setiap keperluan dibeli secara berdikit-dikit.
Memandangkan si suami menggemari rona hitam dan si isteri pula memilih putih, keduanya berjaya diimbangi sehingga kelihatan kediaman ini bak gambar yang menghiasi laman sesawang Pintrest atau “insta-worthy”
Kelihatan kediaman ini didominasi oleh rona putih. Palitan rona hitamnya pula pada perincian dekorasi seperti sofa, rak dinding, lampu dan sebagainya. Mesti ramai antara kita yang terfikir agak sukar untuk menyelenggara kediaman yang mempunyai warna putih terutaanya sekali apabila mempunyai anak yang masih kecil dan aktif.
Puan Dian mempunyai tip yang ringkas dan tersendiri untuk anaknya yang berusia 2 tahun:
1. Sekurang-kurangnya, dua minggu sekali lantai perlu dimop
2. Elak habuk mudah melekat terutamanya pada lantai dan bahagian-bahagian laian, sapu sampah selang sehari
3. Untuk anak, ajar atau rutin kan mereka untuk makan di meja dan bukan disofa
4. Bab buat sepah biasalah anak-anak kecil. Jangan dibataskan eksplorasi mereka. Selesai bermain, sama-sama mengemas secepat mungkin
Rumah sempit dan kecil, sudah pasti ruang pengstoran adalah masalah utama. Selain menyediakan rak atau almari simpinan yang mencukupi, lagi salah satu cara yang lebih bijak adalah dengan memanipulasi ruang tertentu untuk menjadi ia sembagai tempat simpanan tambahan dengan cara menggantung.
Berikut 10 cara mudah dan murah untuk menyediakan ruang simpanan tambahn tergantung di dalam kediaman anda
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.