Cuaca mungkin boleh berubah-ubah, tetapi warna hijau sentiasa menjadi salah satu pilihan popular apabila tiba masa untuk mendekorasi semula kediaman. Warna yang sinonim dengan alam semulajadi ini merupakan simbol pertumbuhan, keharmonian, kesegaran, dan kesuburan. Dari sudut hiasan dalaman, warna hijau sentiasa boleh diguna pakai tidak kira apa gaya dan bajet anda. Bermacam pecahan warna hijau yang kita pernah dengari contohnya, hijau pucuk pisang, hijau zaitun serta hijau lumut. Dengan pilihan yang luas ini anda hanya tinggal pilih mana satu yang sesuai dengan ruangan anda. Satu fakta menarik, mata manusia boleh membezakan warna hijau lebih banyak berbanding warna-warna yang lain. Hebat kan?
Walaupun begitu, janganlah terlalu ghairah menghias dengan warna hijau tanpa meletakkan sebarang limitasi kerana jika keterlaluan sakit juga mata nak melihatnya. Jadi jika anda sedang memikirkan bagaimana untuk menghiasi kediaman dengan warna hijau, anda telah datang ke tempat yang betul. Sudahkah anda bersedia untuk membawa makna baru pada kediaman dengan idea-idea reka bentuk menarik digabungkan bersama warna hijau yang menawan.
MENGAPA PILIH WARNA HIJAU?
Hijau adalah warna yang paling sesuai untuk dibawa ‘masuk’ ke dalam rumah kerana ia adalah warna yang melambangkan keseimbangan dan keharmonian. Ia juga warna yang memberi tenaga dan menjanjikan pembaharuan. Untuk benar-benar menikmati kesan positif warna hijau ini pada interior anda, pilihlah warna hijau yang bersesuaian dengan mood yang ingin dikecapi.
RUANG TAMU
Cukup hanya dengan memfokuskan kesebuah perabot kerana dalam ruangan ini ia mampu menjadi tumpuan dan juga sebagai focal point ruang tamu. Biarkan dinding polos tetapi berkarakter bagi mendapatkan latar belakang yang sempurna. Lengkapkan gaya ruang tamu dengan memilih aksesori seperti pasu dan tumbuhan botani agar lebih menyerlah dan nyaman.
RUANG MAKAN
Ads
Langsir hijau digantung buat penambah seri ruang makan yang dipenuhi warna-warna neutral kayu. Tumbuhan hijau dalam vase kaca yang polos diletakkan diatas meja sebagai aksesori tambahan.
DAPUR
Ads
Dua rona hijau digabungkan pada kabinet dan dinding dapur. Aksesori dan kemasan putih buatkan dapur nampak lebih rapi serta menjamin kesegaran yang mampu bertahan seiring trend semasa.
Kabinet hijau dengan counter top putih amat sepadan digandingkan dengan pemegang berwarna emas. Selain itu karpet oriental vintaj dihamparkan memberikan lebih tekstur pada dapur anda.
BILIK TIDUR
Ads
Bilik tidur memerlukan aura yang menenangkan serta nyaman dan ia memang mudah untuk dicapai sekiranya anda mengambil kira penggunaan warna hijau. Kepala katil hijau baldu ini di neutral kan dengan meja sisi kayu dan pasu berbelang hitam putih.
BILIK MANDI
Umumnya, tandas atau bilik mandi adalah tempat yang terkecil dalam keseluruhan rumah. Jadi ia merupakan ruang yang paling sesuai buat anda yang ingin bereksperimentasi dengan warna. Warna hijau digabungkan dengan dinding bata merah dibiar kasar agar tampak jelas kontras antara dua permukaan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ini merupakan salah satu daripada masalah utama yang sering kita hadapi apabila memelihara kucing. Pasti sofa kesayangan anda akan dicakar si comel, kerana ‘mencakar’ merupakan tabiat si kucing untuk melepaskan geram.
Ketahuilah sebenarnya kita tidak boleh hentikan tabiat mencakar yg dilakukan oleh kucing kerana itu memang habitat mereka. Apa yg kita boleh buat ialah dengan melatih mereka mencakar pada objek yg dikhaskan.
Berikut ialah beberapa tips yang boleh kita guna untuk mengelak perabot dari menjadi ‘mangsa’ mereka:
1. Spray – cara yang paling mudah dan sering digunakan. Pastikan botol spray sentiasa bersebelahan perabot. Kita bertindak menyembur percikan air dari botol bila kita terpandang mereka “dalam percubaan” hendak mencakar. Katakan ‘tidak’ atau ‘no’ dengan tegas pada kucing anda. Namun cara ini agak kurang berkesan kerana kita sentiasa harus berada di sekitar perabot untuk memastikan mereka tidak mencakar.
2. Scratching Post (Tempat mencakar) – Kucing lazimnya gemar mencakar selepas makan dan juga bila bangun tidur. Oleh sebab itu, letak lah scratching post berdekatan dgn favourite spot mereka. Letak juga tempat mencakar berdekatan dgn perabot atau bersebelahan tempat makanan dan minuman si Comel. Sekiranya kita nakkan kucing bukan sahaja mencakar tetapi tidur dan memanjat di satu tempat, sediakan juga Cat Tree. Pelbagai tempat mencakar boleh didapati di pasaran.
3. Pelekat – Kebanyakan kucing benci dengan benda2 yg melekat pada bulu atau tapak kaki mereka. Gunakan double-sided tape yg tidak memudaratkan atau meninggalkan sebarang tanda (stain) pada karpet atau sofa juga pd kucing kita. Pelekat yg bersifat lutsinar ini mudah memperdaya si Comel yg degil. Awas! Jgn anda pula yg terperangkap dan duduk di atas pelekat tersebut.
4. Potong kuku kucing – Memotong kuku kucing mungkin membantu mengurangkan tabiat mencakarnya. Sebaik-baiknya lakukan ketika kucing anda masih kecil.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jika dibiarkan karat pada alatan besi ini, kerana ia akan semakin bertambah.
Bagi yang menghadapi masalah karat pada besi ini, boleh cuba perkongsian daripada Miela Hassan ini.
Pintu besi yang penuh karat kembali bersih dan licin selepas disembur dan disental dengan produk pembersih oven saja yang boleh dibeli di kedai Eco.
Cara mudah bersihkan karat pada permukaan besi
Saya nak kongsi cara nak hilangkan karat atau buat maintenance pintu kebal ni. Semoga dapat membantu.
Karat bukan kaleng-kaleng. Al maklum 10 tahun tak pernah servis. Semua palang chrome ada tompok-tompok karat.
Ini selepas dibersihkan kali pertama. Dah clear.
Rahsianya produk pembersih inilah beli kedai Eco saja. Jimat. Harga tak sampai RM5 pun kalau beli secara online.
Caranya;
-Spray tempat berkarat dan biarkan selama 5 minit.
-Kemudian sental dengan berus besi lembut,
-Selepas itu terus lap dengan kain bersih. Pastikan betul-betul chrome ya.
Pernah atau pun tidak anda terfikir bagaimana perabot yang perbuat daripada kayu rotan tampak klasik ini boleh dipadankan dengan dekorasi yang berkonsepkan moden ini. Adakah ia boleh dan sesuai untuk dipadankan bersama? Pasti perkara ini pernah menjadi persoalan anda sebelum ini.
Bagi anda yang meminati pemilihan perabot yang diperbuat kayu rotan dan dekorasi yang berkonsepkan moden ini, kedua-dua elemen ini sebenarnya boleh dipadankan bersama dan mendapatkan hasil dekorasi hiasan dalaman yang tampak cantik.
Ada beberapa perkara serta cara yang betul perlu anda tahu bagi menggabungkan perabot rotan dan dekorasi yang berkonsepkan moden.
Untuk maklumat anda, pemilihan perabot yang diperbuat daripada rotan ini amat sesuai untuk dipadankan dengan mana-mana konsep dekorasi hiasan dalaman rumah seperti Minimalis, Bohomien dan Scandinavian.
Namun begitu, pemilihan perabot tersebut haruslah mempunyai rekaan yang bersesuaian dengan konsep dekorasi yang ingin ditonjolkan bagi setiap ruang dalaman kediaman.
Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan cara yang betul untuk padankan perabot yang diperbuat rotan dengan dekorasi yang berkonsepkan moden ini, anda boleh menonton video segmen Tip Impiana kali ini pada pautan di bawah:;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
"Vented, Condenser & Heat Pump"- Kenali 3 Jenis 'Dryer' & Punca 'Overheat' Sebabkan Kebakaran. Mesin Pengering Pakaian (dryer) bagaikan satu keperluan dan gaya hidup buat pemilik kediaman masa kini. Ia dapat menjimatkan masa, lebih-lebih lagi bagi kediaman yang berkeluasan terhad seperti kondominium dan apartmen.