Buat julung kalinya, majalah No. 1 pilihan ibu bapa Pa&Ma bakal menganjurkan ekspo bayi bertempat di SACC Shah Alam. Program yang bakal berjalan selama tiga hari dari 2-4 ogos 2019 bakal menjadi ekspo fiesta pilihan utama ibubapa tanah air. Print.
Fiesta anjuran yang mengangkat konsep fiesta dalam expo nyata berbeza daripada penganjuran ekspo lain. Selain menawarkan pelbagai produk jualan keperluan bayi dan ibu, fiesta turut dimeriahkan dengan banyak aktiviti menarik dan bermanfaat buat ibubapa dan juga anak-anak kecil.
Dengan 14 juta pengikut di media sosial dan digital menerusi 15 IP Nu Ideaktiv, penganjur menganggarkan lebih 100,000 pengunjung bakal mengunjungi ekspo ini hasil daripada promosi besar-besaran yang dijalankan. Pa&Ma sendiri juga merupakan jenama diyakini di kalangan pembaca, pengamal perubatan, syarikat penawaran servis dan pengeluar produk berkaitan dengan 3 juta pelayar portal Pa&Ma dan 1.3 juta pengikut di Facebook.
Ads
Menyedari akan kelebihan yang dimiliki, penganjur menawarkan ruang atau booth perniagaan kepada para pengusaha atau pengeluar produk bayi, kanak-kanak dan ibu untuk menempah booth jualan mereka di fiesta ini. Tawaran diskaun 10% diberikan menerusi pendaftaran awal atau Early Bird sehingga 25 Jun ini. Pengusaha boleh memilih tiga (3) kategori ruang niaga iaitu Gold, Silver dan Bronze. IMG_6192.
Ads
IMG_6214.
Ads
Untuk sebarang pertanyaan mengenai tempahan booth, Fb Pa&Ma Baby Fiesta atau layari www.majalahpama.my atau hubungi : 019 675 305
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kuala Lumpur, 10 Mei 2019 – Pilihan No. 1 para ibu di Malaysia1, JOHNSON’S® menambah baik ciri kelembutan dalam produk bayi dengan memperkenalkan JOHNSON’S® Baharu — rangkaian produk penjagaan bayi dengan formulasi Ultra Gentle yang mengandungi 0% paraben, ftalat, sulfat dan pewarna2, dan dihasilkan tanpa sebarang kerengsaan terhadap kulit bayi dan kanak-kanak kecil yang sedang berkembang.
Berucap sewaktu pelancaran rangkaian produk baharu hari ini, Encik Prashant Mahalingam, Pengarah Negara untuk Pengguna, di Johnson & Johnson Malaysia, berkata JOHNSON’S® yang baharu adalah bukan sekadar proses formulasi semula, tetapi ia merupakan proses menghasilkan semula rangkaian penjagaan bayi JOHNSON’S® secara keseluruhan dari perspektif pengguna atau ibu bapa. Proses ini turut dihasilkan oleh pengalaman dan pengetahuan mendalam jenama ini selama 125 tahun berkaitan kulit bayi dan sains pengeluaran.
“Untuk menghasilkan rangkaian produk JOHNSON’S® yang baharu, kami telah memberi keutamaan kepada ibu bapa — dengan mendengar pendapat lebih daripada 26,000 ibu bapa di seluruh dunia — dan menggabungkan maklum balas mereka dengan penemuan sains terkini untuk membentuk dan menambah baik produk kami dari luar dan juga dari dalam. Hasilnya adalah rangkaian produk penjagaan bayi JOHNSON’S® yang paling lembut sehingga kini, dan meningkatkan tahap piawaian Best for Baby™ kami dari formulasi sehinggalah reka bentuk pembungkusan,” katanya.
Sebagai pelancaran semula yang terbesar, JOHNSON’S® yang baharu telah menetapkan piawaian untuk kelembutan menerusi pemilihan bahan yang bermanfaat dan ketelusan bahan yang sepenuhnya. Menerusi reka bentuk pembungkusan yang baharu dan label yang mudah difahami oleh ibu bapa bagi mengenal pasti produk untuk kanak-kanak pada umur dan peringkat pembesaran yang berbeza, bahan dinilai dan menjalani proses jaminan kualiti yang ketat bagi memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa.
“Keselamatan akan sentiasa menjadi keutamaan kami di mana setiap produk JOHNSON’S® direka untuk memenuhi atau menjangkau piawaian kawal selia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,” tambah Prashant.
Apakah perubahan dengan JOHNSON’S® yang baharu?
• Pilihan bahan yang bermanfaat: JOHNSON’S® telah memilih setiap bahan dalam rangkaian ini dan telah menolak lebih 400 bahan sewaktu proses formulasi. Portfolio bahan telah dikurangkan sebanyak 50% dengan minyak yang diperoleh secara semula jadi seperti minyak kelapa dan biji kapas dipilih untuk menggantikan minyak mineral. Rangkaian baharu ini adalah 0% paraben, ftalat, sulfat dan pewarna2 – hanya kurang daripada 2% daripada bahan kosmetik di peringkat global yang memenuhi piawaian kelembutan ini.
• Wangian yang direka dengan mengutamakan ibu dan bayi: Bau, ingatan dan emosi mempunyai kaitan yang rapat antara satu sama lain. Kajian menunjukkan bahawa pengalaman berbilang deria merupakan bahagian yang penting dalam perkembangan bayi yang sihat dan gembira. JOHNSON’S® bukan sahaja mengekalkan haruman ikonik yang dimiliki produk klasiknya yang terkenal dan disukai ramai serta dicipta untuk memaksimumkan saat-saat ikatan antara ibu bapa dan bayi mereka. Semua wangian kini diformulasi supaya bebas alergen dan mematuhi standard global Persatuan Pewangi Antarabangsa (IFRA) dan Institut Penyelidikan Bahan Pewangi (RIFM).
• Pembungkusan yang mesra ibu bapa: Botol JOHNSON’S® yang baharu kini dilengkapi dengan pam yang direka untuk penggunaan yang mudah menggunakan satu tangan supaya perhatian ibu bapa sentiasa tertumpu pada bayi.
• Produk yang direka khas untuk setiap peringkat dan umur bayi: Produk JOHNSON’S® bukan sahaja membersihkan dan melembapkan – setiap satu diformulasi khusus untuk memenuhi keperluan istimewa kulit bayi dan menjadikan saat-saat penjagaan sebagai peluang untuk mengeratkan hubungan antara bayi dan ibu bapa mereka serta mengukuhkan perkembangan mereka dengan sihat. Rangkaian baharu ini menampilkan empat ‘Umur & Peringkat’ bagi membantu ibu bapa memilih produk mengikut kumpulan masing-masing. Rangkaian penjagaan bayi JOHNSON’S® yang baharu sesuai untuk bayi yang baru lahir hinggalah yang berumur 6 tahun.
Sebab-sebab bayi memerlukan produk yang lembut
Untuk membantu para ibu Malaysia untuk memahami sebab-sebab bayi dan kanak-kanak kecil memerlukan penjagaan kulit yang lembut, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, Pakar Pediatrik dan Setiausaha Agung Persatuan Pediatrik Asia Pacific, memberikan penjelasan untuk soalan yang sering ditanya oleh ibu dalam pelancaran. Datuk Dr. Zulkifli menjelaskan bahawa kulit bayi masih dalam proses perkembangan dan oleh itu halus dan memerlukan pembersihan dan penjagaan yang rapi dan lembut. “ Epidermis atau bahagian kulit paling luar bayi baru lahir adalah 30% lebih nipis berbanding orang dewasa,” katanya.
“Kulit bayi yang lebih nipis bermakna ia tidak dapat menyerap dan mengekalkan kelembapan dan ini menyebabkan kelembapan mudah hilang dan menjadikan kulit kering,” tambahnya.
Dengan keadaan kulit bayi yang mudah kehilangan kelembapan, pembersih yang kuat hanya akan mengganggu pertahanan kulit dan menyebabkannya menjadi bertambah kering. Oleh itu, ibu bapa perlu memilih pembersih yang lembut, tidak mengganggu kulit bayi yang halus dan mengekalkan lapisan kulit dalam keadaan yang sentiasa lembap dan sihat.
Kenapa anda perlu CHOOSE gentle™
“Di JOHNSON’S®, kami sentiasa komited untuk memberikan hanya yang terbaik untuk bayi dan dalam dunia hari ini yang penuh cabaran, kami tetap bersemangat untuk menyokong ibu bapa untuk CHOOSE gentle, iaitu memberikan produk penjagaan bayi yang paling lembut untuk si manja mereka,” kata En. Prashant Mahalingam.
Beberapa orang selebriti yang juga menjadi ibu turut memberikan sokongan mereka kepada pelancaran JOHNSON’S® CHOOSE gentle™ dengan penampilan di majlis pelancaran JOHNSON’S® yang baharu. Aktres dan model Amyra Rosli, yang menjadi seorang ibu pada tahun 2017, merupakan penyokong produk penjagaan bayi yang lembut untuk anak lelakinya yang berusia 1 tahun 7 bulan, Aqeef Anaqi Bin Amar. Pilihan ‘gentle’ Amyra untuk Aqeef ialah JOHNSON’S®
Milk + Rice Bath and Lotion. “Anak lelaki saya aktif dan suka merangkak ke sana ke mari di lantai rumah dan saya perlu memastikan kulitnya tidak kering dan sentiasa dilindungi supaya dia dapat terus bergerak aktif dan meneroka dunia sekelilingnya,” kata ibu yang manis ini.
Aktres dan juruhebah radio yang terkenal, Gan Mei Yan turut menyokong para ibu Malaysia untuk CHOOSE gentle™. Mei Yan mempunyai seorang anak lelaki berusia 4 tahun, Seng Jo, dan baru sahaja melahirkan seorang anak perempuan, Seng Sum, 6 bulan yang lalu. Ibu kepada dua orang cahaya mata ini menyarankan JOHNSON’S® CottonTouch™ Wash and Lotion untuk bayi baru lahir dan bayi berusia bawah 12 bulan. “Bagi saya, setiap bayi baru lahir berhak mendapat produk penjagaan bayi yang paling lembut. Basuhan yang mudah dibilas dan losen yang ringan tanpa sisa yang melekit ini membolehkan saya memegang bayi saya Seng Sum dengan lebih kemas sewaktu mandi dan bertukar pakaian. Ia memberikan saya keyakinan untuk menangani bayi saya walaupun dengan pengalaman yang saya miliki sewaktu menjaga Seng Jo. Saya juga sukakan baunya… yang membuatkan saya ingin terus memeluk dan menggomol si manja saya. Untuk para ibu di luar sana, anda memerlukan penjagaan JOHNSON’S® yang paling lembut untuk bayi baru lahir!” jelas Mei Yan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Setelah penat mengemas dan menghias kediaman untuk hari lebaran yang semakin hampir, kadang-kadang tak menang tangan nak menyediakan juadah berbuka untuk keluarga. Jika nak ke bazar, tak larat pula nak menempuh ‘jem’. Di sini, IMPIANA berkongsi jalan penyelesaian untuk masalah anda.
LAUK merupakan platform penghantaran makanan yang menawarkan servis di sekitar Lembah Klang. Menurut Puan Fatin, perniagaan LAUK bermula dengan servis katering pada tahun 2016. Kemudian, Lauk meluaskan servis kepada penghantaran makanan. Sejak itu, Lauk sudah bertapak sebagai platform penghantaran makanan untuk tiga tahun.
LAUK bukan sahaja menyediakan servis penghantaran makanan dari restoran lain, LAUK juga menyediakan makanan yang dimasak sendiri. Selain dari itu, LAUK juga bekerjasama dengan MARDI melalui program MYSAVEFOOD. MYSAVEFOOD merupakan inisiatif untuk mengurangkan pembaziran sisa makanan di Negara kita. Mereka megambil makanan yang tidak terjual di bazar Ramadan dan menghantar makanan-makanan ini kepada golongan yang memerlukan. Tak lama lagi, LAUK akan menyediakan servis penghantaran groceries yang dijangka akan bermula selepas raya Aidilfitri.
Makanan dari lauk memang sedap! Macam mana IMPIANA tahu? Untuk pengetahuan anda, LAUK pernah menaja makanan untuk video Dekoraya IMPIANA bersama dengan golongan asnaf.
Untuk menggunakan servis LAUK, anda boleh download apps LAUK di Google Play Store. Anda hanya perlu pilih restoran atau makanan pilihan anda, buat pembayaran, dan LAUK akan menghantar makanan ke rumah anda. Anda juga boleh lawati laman sesawang [LAUK]. Nak tahu lebih lanjut mengenai menu yang ada bolehlah muatturun aplikasi [LAUK] sekarang!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
KUANTAN – Sebelum ini, tiada siapa pernah terfikir untuk membina sebuah hotel pesawat dalam hutan. Namun, ‘idea gila’ tersebut direalisasikan oleh dua beranak yang bernama Kevin Young Thien Sheng, 30, dan bapanya, Young Yeong Long, 61.
Kevin yang merupakan graduan sarjana muda Universiti Lim Kok Wing, berkata, hotel unik yang menggunakan pesawat Boeing 737-400 itu dijangka beroperasi pada awal tahun hadapan.
Pesawat yang dibeli daripada sebuah syarikat penerbangan di Selangor itu telah dipindahkan ke kawasan Sungai Lembing. Proses pemindahan pesawat merupakan antara proses yang sukar kerana mereka perlu memotong pesawat kepada beberapa bahagian, kemudian memindahkannya menggunakan lima buah treler dan dua buah kren untuk mengangkat bahagian pesawat. Proses pemindahan ini telah dijalankan pada awal bulan Mei.
Tanpa mendedahkan jumlah sebenar yang dibelanjakan untuk membeli pesawat, Kevin hanya memberitahu, ianya ‘sangat mahal’. Beliau juga perlu mematuhi prosedur yang sangat ketat.
Kevin merancang untuk membina hanya lima buah bilik daripada keseluruhan 36.57 meter (120 kaki) pesawat itu bagi memastikan keselesaan para pengunjung, Beliau juga berhasrat untuk mengekalkan ciri-ciri pesawat seperti pintu masuk bagi memberi pengalaman tersendiri kepada pengunjung.
Kevin mempuyai alasan tersendiri apabila disoal tentang lokasi hotel unik ini. Kawasan hutan menjadi pilihan Kevin kerana konsep semulajadi dan diharap menjadi pilihan pengunjung yang mahu melarikan diri dari kesibukan kota.
Mereka juga sedang mendaftarkan jenama hotel kapal terbang itu dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi ‘melindungi’ keunikan hotel tersebut. Kevin juga berkongsi perancangan masa panjang mereka yang berhasrat untuk membuka hotel dengan konsep serupa di lokasi berbeza
– BERNAMA
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.