Lewat ini, seluruh dunia digemparkan dengan penularan virus COVID-19 yang boleh menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan.
Dengan bilangan kes yang kian meningkat saban hari, rakyat Malaysia dilihat semakin panik dan bimbang dengan keselamatan mereka. Dek kerana paranoid dengan virus COVID-19 ini, pelbagai langkah pencegahan yang tidak perlu pun kita ikut. Antaranya adalah pemakaian topeng muka dan sarung tangan ketika keluar membeli keperluan.
Tahukah anda, topeng muka hanya perlu dipakai oleh mereka yang tidak sihat sahaja. Manakala pemakaian sarung tangan untuk menghindar dari jangkitan virus adalah tidak efektif sama sekali.
Itulah yang dikongsi seorang Doktor dalam Instagram beliau. Menurut Dr. Say Shazril, memakai sarung tangan ketika membeli barang tidak efektif dalam mengelak dari terkena jangkitan malah lebih merbahaya!
To Glove Or Not To Glove?
Ads
Pemakaian gloves (atau sarung tangan) cukup popular bila saya keluar membeli barang keperluan rumah. Persoalannya, adakah memakai gloves efektif dalam mengelakkan terkena jangkitan COVID-19?
Jawapannya TIDAK, MALAH IA LEBIH BERBAHAYA.
“Sebab ape pulak doc? Bile pakai gloves takdelah kulit jari kita sentuh virus tu”. Secara teorinya betul apa yang anda fikirkan tapi secara praktikalnya tidak.
Ads
Ada dua sebab:
1. Sarung tangan atau gloves boleh menjadi pengangkutan untuk penyebaran virus.
Contohnya anda beli groceries sambil pakai gloves then dengan gloves yg sama anda bukak pintu kereta, pegang stering, singgah pam minyak kejap & akhirnya buka tombol pintu rumah sebelum anda buang gloves tu. Kalau lah ada virus pada awal2 anda beli groceries tu tak ke dari supermarket, sekarang virus tu dah ada dalam kereta anda, di pam minyak & akhirnya di rumah anda?
2. Apabila anda pakai gloves somehow anda tak akan basuh tangan dengan lebih kerap yelah sebab mesti anda fikir “selamat dah tangan aku dalam perlindungan gloves ni takyah dah aku basuh tangan” & jika membasuh tangan ini tak dapat dijadikan “habit” bayangkan apa akan berlaku sekiranya anda kehabisan gloves? Sentuh sana sini & tak basuh tangan sebab yelah tiada “habit” itu. Sedangkan jika anda tak pakai glove, anda akan kerap mencuci tangan/ hand sanitize. Lepas beli groceries hand sanitize, lepas isi minyak hand sanitize, sebelum bukak pintu rumah hand sanitize bukankah lebih selamat? Leceh kena hand sanitize sokmo? Sebab tu lah kerajaan suruh duduk rumah!
Ads
In a nutshell amalkan nasihat WHO (World Health Organization) yang ternyata lebih efektif, mudah & murah ini:
1) KERAP BASUH TANGAN ANDA DENGAN AIR & SABUN/ HAND SANITIZER
2) ELAKKAN DARIPADA MENYENTUH MUKA ANDA
3) JAGA JARAK ANDA DARIPADA ORANG LAIN SEKURANG-KURANGNYA 1 METER
Tambah satu lagi nasihat daripada kerajaan kita
4) DUDUK RUMAH IKUT PERINTAH
Pertandingan dekorasi ruang bacaan keluarga sempena dekad membaca kebangsaan yang dilancarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini cukup mendapat sambutan yang menggalakan. Siapa sangka, pertandingan yang dilancarkan di dalam alam maya ini mendapat sambutan yang cukup memberansangkan. Sebanyak 232 penyertaan diterima daripada peserta seluruh Malaysia.
Pelbagai program atau aktiviti digiatkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menggalakkan dan menanam minat membaca dan seterusnya meningkatkan budaya dan amalan membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia bersempena dengan kempen Dekad Membaca Kebangsaan 2020;
Salah satu program yang dianjurkan ialah Pertandingan Dekorasi Ruang Bacaan Keluarga yang merupakan program anjuran Bahagian Ensiklopedia, Dewan Bahasa dan Pustaka. Program ini berkonsepkan pertandingan yang mengetengahkan elemen dekorasi ruang bacaan sekeluarga di rumah bagi mewujudkan budaya dan minat membaca dalam kalangan ahli keluarga. Pertandingan ini juga akan menjadi satu galakan kepada masyarakat Malaysia untuk memiliki ruang bacaan sendiri dalam kediaman masing-masing.
Terdapat lapan pemenang dalam pertandingan ini hadiah yang ditawarkan seperti yang berikut: Pertama : Wang tunai RM1500.00 dan Sijil Penghargaan Kedua : Wang tunai RM1000.00 dan Sijil Penghargaan Ketiga : Wang tunai RM700.00 dan Sijil Penghargaan 5 Hadiah Sagu Hati : Wang tunai RM300.00 dan Sijil Penghargaan. IMPIANA cukup berbesar hati menyiarkan dan berkongsi kepada semua tentang dekorasi mereka ini. Jom kita lihat hasil barisan pemenang ini:
Pemenang pertama: Nor Hisham B Ismail
Inspirasi Permaidani Kasih
Konsep ruang bacaan ini mengambil inspirasi pelibatan kami dalam pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama. Kami mempunyai kecenderungan dan minat dalam pelbagai bidang daripada sukan, budaya, muzik, flora dan fauna kepada bidang akademik dan motivasi diri.
Semua bahan bacaan berkaitan perkara tersebut dijadikan koleksi bacaan pilihan kami. Susun atur dan aksesori hiasan ruang membaca mengambil konsep santai dan praktikal untuk setiap ahli keluarga – sudut si kecil dengan bahan bacaannya, ruang selesa permainan dalaman untuk seisi keluarga serta ruang kerja untuk yang perlu menyiapkan tugasan. Selain aksesori yang dibuat sendiri menggunakan bahan kitar semula seperti bekas letak pencil dan replika bumi, ruang ini menjadi lebih kondusif dan menarik dengan hiasan ‘pokok viral’ , cermin muka, penimbang berat, alat muzik tradisional serta hiasan lain yang sentimental kepada kami. Ruang ini merupakan ruang yang selesa dan membuatkan kami lebih kerap berinteraksi dan menggunakan waktu lapang dengan aktiviti membaca dan rekreasi dalaman bersama-sama. Ruang ini memberi inspirasi dan menyemarakkan keakraban serta kasih sayang antara kami sekeluarga.
Pemenang Kedua :Muhammad Sufian b Talib
Pustaka Mini al-‘Areefiy
Ruang bacaan ini berkonsepkan moden kontemporari. Oleh kerana ruang bilik ini agak terhad dan dalam masa yang sama, perlu memuatkan pelbagai bahan bacaan, maka penggunaan wall-shelves adalah amat penting bagi memaksimumkan ruangan. Oleh itu, saya membina sebuah rak buku berketinggian 3 meter tinggi yang ditempah khas memenuhi salah satu dinding yang terdapat di dalam ruangan tersebut. Ini memberi impak elegan dan berintelektual tinggi walaupun tinggal hanya dalam sebuah rumah di pangsapuri berkos rendah (PPR).
Dengan penggunaan wall-boxes sebagai tempat susunan sebahagian buku dan bahan bacaan selain hiasan yang minimum namun menarik, ia berjaya memberi tarikan kepada ahli keluarga untuk menghabiskan masa membaca di dalam pustaka ini. Saya turut menempatkan televisyen namun menggantikan penggunaannya sebagai monitor komputer riba. Jarak antara tempat duduk dan tv tersebut memberi keselesaan kepada ahli keluarga untuk menulis, mencari bahan untuk kajian, membaca koleksi e-book atau sebagai ruang Bekerja Dari Rumah (BDR). Komputer riba yang disimpan di bahagian bawah meja dapat mengurangkan penggunaan meja dan memberi impak keluasan.
Ruangan bacaan hendaklah tampak menarik. Ini bagi memastikan ia menjadi pusat tumpuan seluruh ahli keluarga dan memupuk minat membaca. Sudah semestinya ruangan ini harus menjadi ruang paling utama dalam membina keperibadian seluruh ahli keluarga.
Pemenang Ketiga:Mohd Niza b Othman
Lepak Corner
Berkonsepkan santai dan bercirikan gaya Inggeris melalui perabot dan kerusi yang digunakan, ruang tengah boleh dijadikan kawasan berdiskusi untuk seisi keleuarga, juga ruang untuk membaca al-quran.
5 pemenang saguhati:
Hani Nabila Bt Mohd Abduh
Husna Binti Azam
Muhammad Abid Farhan Bin Nor Asmadi
Salbiah Bt Beseth
Munirah Binti Mohd Hardi
Cukup menarik bukan hasil dekorasi mereka.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi anda yang menetap di tanah air, mungkin ada segelintir di kalangan anda yang masih belum mengenali dengan syarikat pengeluar barangan kelengkapan rumah, Wells yang merupakan sebuah jenama terkemuka di negara Korea.
Untuk maklumat anda yang khususnya tidak pernah mendengar atau mengenali dengan lebih dekat jenama Wells ini telah mula menapak di pasaran Malaysia bermula pada pembukaan tahun 2023.
Namun begitu, meski jenama ini baru sahaja mula mengorak langkah dalam pasaran Malaysia, jenama Wells sebelum ini telah mengetengahkan rangkaian produk seperti mesin penapis air dan udara kepada orang ramai selama lebih 21 tahun di negara Korea. Hebat bukan?
Terbaharu, bagi memgembangkan lagi jenama ini di pasaran tanah air serta Asia Tenggara, bagi pembukaan tahun baharu 2023 ini Wells Malaysia kini telah membuka ‘showroom’ yang pertama di Malaysia yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur, secara rasmi pada tanggal 11 Januari 2023.
Disifatkan sebagai satu langkah yang sangat komprehensif untuk jenama Wells Malaysia, dengan pembukaan ‘showroom’ yang pertama ini sudah pasti ia akan membolehkan orang ramai dan seluruh rakyat tanah air berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan serta melihat kesemua rangkaian produk jenama ini.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung di ‘showroom’ Wells Malaysia yang pertama di Malaysia ini dengan segera. Ingin tahu waktu operasinya? jangan bimbang! Untuk pengetahuan anda, ‘showroom’ ini beroperasi pada setiap hari, dari jam 11 pagi sehingga 8 malam.
Alamat lokasi: 110, Jalan Maarof Bangsar, 59000 Kuala Lumpur.
Untuk info serta maklumat lanjut mengenai Wells Malaysia, sila layari laman sesawang rasmi di www.wellsmalaysia.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Kalau anda mula ingin berjinak atau baru nak memulakan hobi berkebun sebaiknya jangan cuba dulu pokok yang susah hidup. Ini kerana apabila pokok tersebut mati atau gagal membesar anda akan rasa down. Sebaiknya cubalah dulu tanam pokok yang mudah dan senang dibiak. Bila tengok hasilnya subur baru lah semangat berkebun tu makin membara. Jom kami kongsikan tanaman yang paling mudah hidup, pilihan tepat bagi follower yang baru berjinak-jinak untuk bertaman.
Spider Plant sesuai di dalam pasu tinggi kerana juntaian daun dan anak-anak pokok menghasilkan bentuk unik dan natural. Untuk membiakkan tanaman ini apa yang diperlukan adalah Spider Plant matang yang telah mengeluarkan anak pokok. Ikuti langkah mudah pembiakan Spider Plant.
Potong anak pokok dari induknya. Pastikan anak pokok mempunyai sekurang-kurangnya 6 helai daun dan berakar supaya ia mudah hidup. Jika anak pokok belum berakar, boleh celupkan ke dalam penggalak akar.
Sediakan medium penanaman anak pokok 3:2:1 (3 tanah loam, 2 bahan organik: 1 pasir)
Masukkan anak pokok ke dalam pasu yang telah disediakan. Biarkan ia selama 2 minggu di bawah cahaya matahari lembut atau teduhan.
Setelah daun-daun mulai segar dan membesar, anak pokok boleh diubah ke kawasan yang lebih terbuka.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.