Bagi anda yang berkebun berhampiran dengan kawasan hutan dan belukar. Selain monyet, antara ancaman utama yang merosak tanaman adalah babi hutan. Sekali diserang, kesan kemusnahan memang boleh buat patah semangat. Kebiasaannya, langkah yang paling mudah adalah dengan membina pagar di sekeliling kebun. Namun, ia melibatkan kos yang agak tinggi.
Siapa tak marah kalau tanaman atau ternakan kita mati dimakan babi. Macam – macam petua dah buat, tapi tetap tak selesaikan masalah.
Perasan tak kalau lalu di kawasan kebun sawit, mesti penuh pokok bunga warna putih kuning. Inilah POKOK BUNGA PUKUL 10 PAGI ( warna putih) atau nama lainnya BUNGA TURNERA.
Sesuai ditanam di kawasan kebun atau reban. Jadikan seperti pagar. Aroma bau bunga ini tak disukai babi hutan, kumbang atau haiwan perosak. Bau aromanya bertambah kuat pada waktu malam.
Ads
Pernah dilakukan kajian di Taman Botani Negara Shah Alam, terbukti berkesan mengawal serangan babi.
Kelabu telah terbukti menjadi salah satu pilihan warna kegemaran ramai. Warna kelabu tampak neutral dan amat versatile sehingga boleh dipadankan dengan hampir setiap warna dan corak. Adakah anda bercadang untuk menghias dengan kelabu? Sedikit peringatan, warna kelabu datang dalam beberapa tona, suam dan sejuk, jadi agak mudah untuk tersalah pilih. Jika anda mahukan ruang yang nampak moden, gunakan warna kelabu bertona sejuk tetapi berlainan pula dengan warna kelabu suam, ia akan membangkitkan perasaan yang lebih klasik dan kontemporari.
1. GABUNGKAN BEBERAPA TONA KELABU.
Jika anda hanya menggunakan satu tona warna yang sama, ruang mungkn akan kelihatan hambar dan membosankan. Jadi adalah penting untuk menggabungkan beberapa tona kelabu agar ruang tidak nampak flat. Mulakan dengan lapisan asas, pilih satu tona kelabu yang benar-benar memberi inspirasi kepada anda, kemudian lapiskan dengan tona kelabu yang berbeza melalui perabot, hiasan lembut dan aksesori lain. Lemparkan kusyen bercorak untuk menambah tekstur ruang.
2. PERABOT KELABU.
Jangan hadkan penggunaan kelabu hanya pada warna dinding. Jika anda suka warna ini, pertimbangkan beberapa buah perabot untuk menambah mood moden. Rak atau almari juga adalah cara yang baik untuk tambahkan kelabu pada ruang anda.
3. METALIK SEBAGAI ESEN KELABU.
Aksesori metalik yang indah sememangnya amat cantik dipadankan dengan palet asas kelabu. Gunakan warna kelabu untuk latar belakang neutral anda bagi memberikan tumpuan kepada hiasan metalik.
4. CIPTAKAN LATAR BELAKANG SEMPURNA.
Kelabu adalah warna paling sesuai yang boleh digunakan untuk menghiasi dinding anda. penggunaan cat atau wallpaper kelabu tidak akan menenggelamkan warna esen.
5. TAMBAH DRAMA DENGAN KELABU GELAP.
Gunakan kelabu gelap untuk anda yang berani dan bold. Cat sekali dinding serta siling dan ia boleh dikontraskan dengan hiasan berwarna terang dan menarik. Ruang serta merta akan menjadi lebih dramatik dan berkarakter.
6. KEHIJAUAN SEBAGAI PENYERI.
Tumbuhan hijau atau corak tropikal akan dengan mudah menjadikan ruang kelabu lebih segar dan ‘ringan’.
7. PASTEL PADANAN KELABU LEMBUT.
Letakkan sekali warna kelabu dengan warna-warna pastel untuk ruangan nampak lebih lembut dan mesra. Untuk mengelakkan ruang terasa terlalu girly, gunakan juga warna lebih gelap dan corak hitam putih untuk mendapatkan lebih tekstur.
8. JANGAN ABAIKAN LANTAI.
Jika anda tidak tahu mana untuk bermula, pandang kebawah. Lantai sering dilupakan walaupun ia merupakan tempat terbaik untuk mula memasukkan sedikit demi sedikit tona kelabu. Bentangkan permaidani, perabot dan aksesori untuk mewujudkan ruang tamu yang sesuai dengan anda dan keluarga.
9. MAHU RUANG KELIHATAN MEWAH? MARBLE JAWAPANNYA.
Mungkin tidak semua ingin melabur untuk marmar, ciri gaya marmar adalah cara yang baik untuk menggabungkan beberapa tona kelabu ke dalam ruang dikediaman anda. Kertas dinding bercorak marmar atau kaunter top marmar akan kelihatan anggun dan mewah apabila digabungkan dengan kelabu menjadikan ruang lebih mewah dan eksklusif.
Sumber Imej : Carian gambar Google
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ramai teringin bila melihat rekaan kabinet dapur yang mempunyai permukaan kaunter (counter-top) yang diberi kemasan konkrit (simen render). Tapi, ramai yang tak tahu sebenarnya tak mudah membina dan menguruskan countertop dari simen render ini. Antaranya ialah:
MUDAH CALAR DAN MEMERANGKAP KOTORAN
Anda lihat, dinding diperbuat daripada konkrit lebih kukuh berbanding daripada jenis material yang lain. Namun tidak seperti countertop. Untuk mendapatkan kemasan dan kesan simen render yang cantik, nisbah campuran konkrit sangat berbeza jika dibandingkan dengan adunan untuk dinding dan lantai.
Hal ini menyebabkan struktur konter top mudah merekah walaupun terdapat lapisan epoxy sebagai perlindungan. Di Celah retakan tersebut akan menyerap kotoran dan air yang sukar untuk dibersihkan. Lama kelamaan, ia menjadi habitat kepada bakteria.
PENYELENGGARAAN YANG RUMIT DAN SUSAH
untuk memastikan permukaan counter top anda sentiasa kelihatan bersih dan cantik, penjagaan perlu dilakukan secara kerap. Sekurang-kurangnya, 1-3 tahun sekali, epoxy atau perlindungan perlu di sapu semula. Gunakan papan pemotong dan alas ketika melakukan kerja diatas permukaan countertop.
MODAL YANG TINGGI DAN MASA YANG LAMA
Tak mudah untuk menghasilkan permukaan simen render yang cantik. Ia memerlukan kepakaran. Selain itu, lapisan epoxy perlu diletakkan. Kedua-dua perkara ini melibatkan kos yang tinggi. Tambahan, untuk apstikan permukaan konkrit betul-betul mengeras sempurna, ia memerlukan masa yang lama iaitu antara 24-28 hari. Baru lah ia betul-betul kukuh
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bukan mudah nak dpatkan kontraktor yang baik dan dapat menjalankan tugas dengan jujur dan cermat. Pemilihan kontraktor yang betul juga merupakan satu proses yang tidak boleh dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Kontraktor yang diupah akan menentukan kualiti dan keadaan kediaman anda. Jadi buatlah pilihan bijak dan elakkan buat keputusan dengan gelojoh.
IMPIANA ingin kongsikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan sebelum memilih kontraktor yang sesuai :
1. Ambil masa untuk lakukan kaji selidik dan menilai latar belakang kontraktor.
2. Dapatkan spesifikasi lengkap dari pihak kontraktor dan bandingkan dengan kontraktor yang lain. Pastikan spesifikasi yang diberi adalah sama seperti keinginnan anda dan harag yang mengikut pasaran semasa.
3. Hitam dan putih atau dokumen persetujuan perlu disemak dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
4. Jika boleh, minta kontraktor bawa anda lawat (site visit) tapak projek yang sedang dijalankan atau yang sudah disiapkan untuk melihat dengan lebih dekat hasil kerja serta kualiti projek.
5.Semak semula bilangan punca kuasa, jenis alatan elektrik, jenis bekalan elektrik, punca bekalan air dan sebagainya. Ramai pemilik yang terlepas pandang dan terperangkap dengan tambahan kos diakhir projek.
6. Beri keutamaan pada struktur binaan, ambil tahu jenis besi atau bahan yang digunkan. Pastikan ia menepati piawaian dan yang berkualiti.
7. Lebih menyakinkan jika kontraktor tersebut telah berdaftar dengan CIDB.Dengan lesen perniagaan yang sah, sudah tentunya mereka akan lebih profesional.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.