Sukulen menjadi semakin popular kerana dua sebab. Pertama, mereka adalah menarik dan keduanya mereka hampir-hampir tidak dapat dimusnahkan. Tumbuhan ini dapat menyesuaikan diri dengan keadaan kering di seluruh dunia, dari Afrika hingga ke gurun-gurun di Amerika Utara. Kita bernasib baik kerana penyesuaian mekanisma ini telah menjelmakan kepelbagaian bentuk dalam bentuk tumbuhan yang menakjubkan, termasuklah daunnya berbentuk pendayung, padat melata, dan rimbun atau turutan daun seperti air mata bercucuran.
Sebagai kumpulan, sukulen adalah sebahagian daripada tumbuhan yang begitu dikenali ramai seperti spesies Aloe dan Agave. Kaktus merupakan kumpulan unik dalam siri sukulen. Sukulen juga dapat menyerlahkan penampilan mereka terutamanya sebagai tanaman di dalam bekas atau pasu.
Habitat
Kebanyakan sukulen boleh didapati di kawasan-kawasan kering seperti savana, separuh gurun dan gurun. Suhu yang tinggi dan kadar penyejatan yang rendah memaksa tumbuhan ini untuk mendapat dan mengumpul air untuk terus hidup di musim kering yang panjang. Sukulen kadangkala menjadi seperti epipthytes atau tumbuhan udara. Ini berlaku kerana mereka hanya atau tidak langsung bersentuhan dengan tanah, dan semuanya bergantung kepada kebolehan mereka untuk menyimpan air dan mendapatkan nutrien melalui cara lain. Fenomena ini boleh dilihat pada spesies Tillandsia. Sukulen juga banyak didapati dari spesies tumbuhan di persisiran pantai dan tasik yang kering, yang terdedah kepada kadar larutan mineral yang tinggi dan merbahaya kepada spesies tanaman yang lain.
Menanam Sukulen
IKLAN
Tidak kira apa jenis sukulen yang kita tanam, peraturannya adalah sama. Berikut merupakan langkah-langkah umum yang perlu diberi perhatian untuk mendapatkan sukulen yang berkualiti:
a) Cahaya
Sukulen sukakan cahaya terang. Perhatikan daun-daunnya bagi mengenal pasti cahaya yang diterima mencukupi atau sebaliknya. Kebanyakan spesies akan terbakar sekiranya ia terdedah kepada sinaran matahari secara mengejut. Daunnya akan bertukar perang atau putih akibat mengelupas dan tisu lembutnya akan musnah. Sebaliknya, sukulen yang tidak menerima cahaya secukupnya akan mula meregang, batangnya memanjang dengan jarak daun yang jauh. Keadaan in dipanggil sebagai asetoliation. Sebagai solusi, pastikan sukulen menerima cahaya yang cukup dan mereka perlulah dipangkas ke bentuk asal.
b) Cuaca
Sukulen dapat bertahan di dalam cuaca lebih sejuk daripada sangkaan ramai. Di kawasan gurun, di mana selalu berlakunya perbezaan suhu yang amat ketara di antara malam dan siang, sukulen mampu bertahan di dalam cuaca yang sejuk, kadangkala sehingga ke paras 40° F. Secara idealnya, suhu paling sesuai untuk sukulen adalah di antara 70° F dan 85° F pada waktu siang dan di antara 50° F ke 55° F di waktu malam.
IKLAN
c) Air
Sukulen perlu disiram dengan banyak terutamanya ketika musim kemarau. Kombinasi spesies sukulen yang ditanam di dalam bekas atau pasu perlu dibiarkan kering di antara waktu menyiram, tetapi elakkan dari menyiram secara berlebihan. Semasa musim hujan, spesies ini berkeadaan dorman, jadi kurangkan aktiviti penyiraman kepada setiap dua bulan. Penyiraman secara berlebihan dan tumbuhan mereput adalah merupakan penyebab utama kegagalan tumbuhan tersebut untuk hidup. Namun perlu ditekankan bahawa sukulen yang disiram secara berlebihan pada mulanya akan kelihatan sihat. Tanpa kita sedari, punca kematian telah pun tercetus di bawah tanah iaitu apabila akarnya mulai rosak, serta ia mula menjalar ke atas dari sistem. Oleh itu, jangan biarkan akar sukulen terendam di dalam air.
Berikut merupakan simptom biasa yang memudahkan kita mengenal pasti sama ada sukulen tersebut menerima kurang atau lebih jumlah air siraman:
i) Lebih air siraman
Sukulen yang menerima air secara berlebihan akan menjadi lembut dan berwarna pudar. Daunnya menjadi kuning atau putih dan seterusnya akan hilang warna. Tumbuhan yang berada dalam keadaan ini sukar untuk dipulihkan, tetapi anda boleh cuba untuk mengeluarkannya dari bekas dan periksa akarnya. Sekiranya berwarna coklat dan reput, potong akar-akar tersebut dan masukkan balik ke dalam bekas bersama dengan media tanah yang lebih kering. Alternatif lain, potong sebahagian batangnya dari pokok induk dan lakukan pembiakan.
IKLAN
ii) Kekurangan air
Sukulen memerlukan air yang banyak pada awal pertumbuhannya. Tumbuhan yang menerima air siraman yang tidak mencukupi akan mula berhenti membesar, kemudian daun-daunnya akan gugur. Mereka juga akan membentuk bintik-bintik coklat di atas daun.
d) Media Tanah
Sukulen yang ditanam di dalam bekas atau pasu seeloknya mengandungi media tanah yang mudah kering. Sekiranya anda tidak mempunyai akses kepada media sebegini, lakukan pengubahsuaian kepada campuran media biasa dengan menambah bahan bukan organik seperti perlite bertujuan untuk menambah kadar pengaliran udara dan air. Tumbuhan ini biasanya mempunyai akar yang cetek yang membentuk seperti lapisan tikar padat hanya beberapa milimeter di bawah permukaan tanah.
Sukulen yang ditanam di atas tanah gemar kepada tanah yang sedikit berasid, pH di antara 5.5 ke 5.6. Sekiranya tanah tersebut terlalu berpasir, campurkan sedikit bahan organik untuk memelihara lembapan cukup bagi tumbuhan tersebut menggunakannya. Manakala bagi tanah liat, membina batas adalah pilihan terbaik.
e) Fertilizer
Semasa waktu pembiakan musim panas, lakukan pembajaan sebagaimana diperlukan oleh spesies tumbuhan lain. Elakkan melakukan aktiviti membaja semasa musim hujan.
Sakit jantung. Seramnya dengar kan. Tapi penyakit ini tidak mengira usia di zaman moden sekarang. Ia bukan sekadar dipengaruhi oleh faktor usia, malah tekanan dan gaya hidup. Salah satu untuk elak perkara ini mengancam anda, cuba amalkan minum jus campuran ramuan mudah yang dikongsi wanita ini.
Bulan lepas tiba-tiba mak kena serangan sakit jantung, bila masuk hospital doktor suspek mak jantung tersumbat ikut dari tahap kesihatan mak masa tu. Doktor suruh balik dulu dan lepas sebulan pergi hospital balik untuk buat angiogram. Masa balik dari hospital tu ada sorang kakak bagi saya petua Jus Jantung untuk amalkan hari-hari. Lepas Itu saya buat untuk mak dan kami 1 keluarga amalkan.Dan mak sudah amalkan selama sebulan sebelum pergi hospital balik. Alhamdulillah, semalam mak dah menjalani ujian angiogram dan doktor kata saluran darah semua berjalan lancar.
Di bawah ni saya kongsi resepi Jus Jantung yang kami amalkan
Jus Jantung ?
Sukatan Ramuan
Bahan-bahan (Untuk kisar):
1 cawan jus lemon (2biji lemon)
1 cawan jus halia (1 ketul besar)
1 cawan jus bawang putih (1 labu)
1 cawan cuka epal
1 cawan madu asli
Cara-cara:
1. Kisar semua bahan tanpa air. Lebih mudah guna mesin jus
2. Campurkan 1 can setiap satu dengan menggunnakan saiz cawan yang sama jus lemon, jus halia, jus bawang putih dan cuka apple.
3. Masak dengan api yg kecik selama 45min. (Agak-agak hingga tinggal 3 cawan) Sentiasa kacau agar campuran ini tidak berkerak.
4. Padam api, dan sejukkan.
5. Campur kan madu, kacau rata dan simpan didalam bekas yg bertutup.
SUKATAN MINUM
Ikut resipi asal hendaklah diminum 1 sudu makan selepas bangun tidur ketika perut kosong dan 1 sudu makan pada waktu malam sebelum tidur. (kalau rasa xleh nk telan kalau minum direct, bleh campurkn jus dlm segelas air). Kalau pesakit gastric, kena makan dulu, Jgn ambil jus ni time perut kosong. Pada yg belum ada sakit jantung, ambik satu sudu teh sahaja sehari…. Rasanya masam2 manis. Amalkan selama 30 hari utk melihat perubahan. Apapun, bersederhanalah dlm apa jua
KHASIAT JUS JANTUNG SIHAT
Selain amat sesuai utk pesakit jantung yg mempunyai masalah jantung tersumbat, Jus Jantung Sihat juga mempunyai byk khasiat2 lain spt;
– menurunkan kadar kolesterol dalam darah
– Membersihkan Salur Darah Yang Tersumbat
– Menyingkirkan Toksin Dalam Badan
– Menurunkan tekanan darah tingi
– Melancarkan peredaran darah
– Menurunkan kadar gula untuk pesakit diabetes
– Melawaskan penghadaman
– Merawat sakit dada
– Merawat asthma, resdung, gout
– Memulihkan pesakit stroke
– Menambah tenaga
– Membuang angin dalam badan
– Membuang kahak dan mencairkan lemak
– membantu melegakan sakit kepala
– Melegakan kebas tangan dan kaki
TIPS PENTING!!
1. Guna cawan yg sama utk menyukat
2. JANGAN menambah kadar jus dengan air terutamanya, bawang putih kerana bawang putih merupakan elemen terpenting dalam membantu menurunkan kolestrol dalam darah. Kandungan allicin dan d-sulphite dalam bawang putih mampu menyingkirkan kolestrol dan menghalang pembentukannya. Utk info tambahan, kita perlukan hampir 2kg bawang putih utk dptkan 1 cawan jus bawang putih.
3. Halia perlu dibersihkan betul2 kerana jika kulitnya tidak dibuang, jusnya akan berwarna gelap dan kelihatan kotor. Bersihkan kulit halia betul2 barulah jus yang diperah akan kelihatan cantik warnanya. Anggaran halia adalah 500gm
4. Gunakan madu asli. Beli dengan penjual yg dipercayai. Penggunaan madu tiruan boleh mengundang penyakit lain spt kencing manis.
5. Gunakan periuk kaca atau periuk tanah liat. JANGAN gunakan periuk ‘steel’ kerana ia ibarat ‘memakan zat’ bahan jus ini.
6. Tips mudah utk menyukat bahan bagi memastikan ia telah menjadi 3 cawan dari sukatan asal iaitu 4 cawan ialah; sblm mulakan proses memasak, masukkan hanya 3 cawan bahan dalam periuk. Tak kisah bahan apa yg masuk dulu. Cth; masukkan jus lemon, jus halia & jus bawang putih. Lihat aras bahan tersebut dlm periuk. Aras tu yg akan jadi panduan aras bahan 3 cawan. Kemudian masukkan cuka dan masak kira2 45min. Bila paras bahan dah turun hingga aras panduan tadi, tutup api. Proses ini penting sbb ratio bahan mesti lah sama dengan madu 3:3
Melihat tanaman Puan Bebiyana Tambi Khan atau lebih mesra di kenalai kak BB yang sihat dan produktif, ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia atau baja yang digunakan. Ini perkongsian kak BB di Leman sosial facebooknya:
Ramai yang tanya apa baja yang Kak BB guna untuk pokok lemon dan bendi supaya tumbuh subur seperti yang kita tanam.
Hari ni kita kongsi salah satu baja tambahan yang kita guna, ianya sangat berkhasiat, murah dan senang dapat namun sering terlepas pandang.
Setiap kali Kak BB bersihkan ikan, saya tak buang air cucian itu. Ada banyak khasiat dalam air tu.
Bukan untuk saya lah, untuk tanaman kita di belakang dan tepi rumah. Ini antara baja “natural” yang terbaik untuk pokok pokok bendi, lemon dan tanaman lain. Nampak kan, pokok pokok saya sihat?
Caranya : • Untuk air cucian ikan, kita siram je kat pokok pokok tanaman. Pokok pokok cepat subur bila guna baja ni.
• Sisa insang dan perut ikan kita buat baja. Kita dah banyak kali buat. Senang dan menghasilkan baja yang berkhasiat untuk tanaman kita.
Mana nak dapat sisa ikan ni? Pergi je kat pasar ikan, minta je dengan penjual ikan kat situ. Mereka bagi free, bawa tong je.
Tuangkan sisa ini kedalam tong atau baldi, tambah air lebih sikit menutupi sisa itu. Tutup tong/baldi, elok guna bekas yang ada penutup. Tak nak lalat masuk, bertelor dan berulat nanti. Letak jauh sikit kat belakang rumah.
Biarkan selama 2 minggu. Dalam masa 3 hari akan keluar bau yang “harum” dari bekas itu, jangan usik. Bau akan kurang selepas beberapa hari lagi.
Selepas 2 minggu, boleh buka tong itu, sisa insang dan perut ikan hancur dah. Baja kita dah jadi, boleh guna dah.
Caranya : untuk 1 sukatan baja tambah 3 sukatan air. Gaul hingga baja tu larut. Siram kat pokok pokok buah kita. Sangat baik untuk pokok limau, serai, halia dan cili yang kita tanam.
Sebagai pemilik taman, selain gemar menghias laman dengan pelbagai jenis bunga hiasan anda juga boleh menanam pelbagai jenis spesies berbunga wangi, yang mampu membuatkan kediaman tampil harum sepanjang masa. Untuk edisi kali ini, LAMAN membawakan anda 10 spesies pokok berbunga yang boleh ditanam di kediaman serta mampu menyuntik aroma segar buat penghuni.
Kehadiran pokok bunga ini memadai andai diselang-selikan dengan tanaman hiasan yang lain dalam bilangan minor. Ini kerana kekuatan harumannya mampu menyebarkan bauan wangi ke serata laman anda. Sebaiknya pilihlah lokasi yang anda ingini ia berada, contohnya jika gemar menghabiskan masa di kawasan laman belakang maka tanamlah ia di situ. Sama ada sebagai tanaman pagaran atau pun sebagai tanaman memanjat, ia bakal memberikan satu pengalaman terbaik yang tidak akan anda lupakan kewujudannya sampai bila-bila.
Cananga odorata
Cananga odorata atau lebih dikenali dengan nama tempatan sebagai kenanga. Bunga ini telah terbukti menjadi peneman manusia sejak zaman-berzaman. Merupakan bunga tradisional dan amat digemari di Malaysia kerana harumnya semerbak. Baunya lebih tajam di kala senja. Ia adalah sejenis tumbuhan saka dan boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Bunga kenanga berwarna hijaun kekuningan, tidak begitu menonjol dan tumbuh berkelompok dengan enam hingga 10 kuntum pada setiap tangkai. Kelompok bunga ini berbentuk pita yang agak terpilin sepanjang 5 cm hingga 10 cm
Bunga kenanga banyak kegunaannya. Minyak ekstrak dari bunga ini diaplikasi dalam perubatan aroma teraputik yang boleh merehatkan jiwa, menghilangkan tekanan, insomia, mengubat tekanan darah tinggi, melancarkan haid bagi kaum wanita dan mengatasi masalah mati pucuk (impoten) untuk lelaki. Dipercayai berkesan untuk demam biasa atau demam malaria, bronkitis dan asma. Minyaknya juga selalu digunakan untuk produk kosmetik bagi mengurangkan garis penuaan iaitu sebagai penggalak kepada pertumbuhan sel-sel baru, merawat jerawat dan berkaitan dengan masalah rambut.
Bunganya sering dipetik dan disimpan dalam lipatan kain bagi mengharumkan pakaian. Di sesetengah tempat, kenanga digunakan dalam ritual dan upacara khusus, misalnya majlis perkahwinan. Sesuai ditanam di halaman rumah dan dipercayai dapat menolak ‘black magic’ seperti terkena buatan orang.
Rosa chinensis – Mawar
Bunga mawar, bunga ros atau nama saintifiknya Rosa chinensis merupakan sejenis tanaman saka dari genus Rosa. Ia telah lama dikenali oleh masyarakat Melayu dan disebutkan dalam Hikayat Bayan Budiman yang ditulis sekitar 1370an. Pada umumnya, mawar memiliki duri, berfungsi sebagai pegangan semasa memanjat. Ketinggiannya boleh mencapai dua hingga lima meter. Terdapat banyak spesies mawar di dunia. Sebahagian besar spesiesnya mempunyai daun yang panjangnya antara 5-15 cm. Bunganya terdiri dari lima kelopak dan berbentuk seperti mahkota. Warna bunga biasanya putih, merah jambu, kuning dan merah, bergantung kepada spesiesnya.
Selain dijadikan sebagai bunga potong, mawar juga memilik banyak manfaat. Antara lain ia digunakan untuk antidepresi, antiviral, antiradang dan sumber vitamin C. Minyak mawar yang diekstrak dari kaedah penyulingan dan penguapan kelopaknya boleh dijadikan parfum. Mawar juga dapat digunakan dalam produk teh dan jeli. Kerana keharuman dan warnanya, bunga mawar secara tradisinya dikaitkan sebagai bunga cinta.
Jasminum sambac – Melur
Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum sambac merupakan spesies tanaman yang berbau sangat harum dan mekar sepanjang tahun. Bunganya berwarna putih dan mendapat tempat istimewa dalam kebanyakan kaum di Malaysia. Ia merupakan elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan kerana keharumannya.
Bunga melur senang dicantas dan dibentuk. Ia menjadi pilihan sebagai tanaman bonsai di kebanyakan kuil penganut Buddha. Merupakan tanaman hias yang banyak kegunaannya. Keistimewaannya adalah untuk membuat minyak wangi, produk kosmetik, farmasi dan bahan campuran untuk mengharumkan teh. Motif bunga melur juga sering diabadikan pada hasil kesenian dan pertukangan tangan seperti produk sulaman dan ukiran perak. Terkini, bunga melur dipaparkan pada duit siling 20 sen yang baru.
Polianthes tuberso – Harum sundal malam
Harum sundal malam atau nama saintifiknya Polanthes tuberso, sejenis pokok berumpun berasal dari Amerika Tengah, seakan-akan pokok spider lily atau bakung. Bunganya berbau wangi, tetapi aromaya akan berkurangan selepas dipetik dari tangkainya. Namun begitu baunya akan terus kekal walaupun setelah dipetik sehinggalah ianya kering dan layu. Dalam keadaan optimum, tumbuhan ini kekal hidup dan menghasilkan bunga untuk tempoh masa yang lama.
Tanaman ini berkhasiat menurunkan panas badan dan menghilangkan bengkak. Ia juga dipercayai boleh digunakan untuk pemulihan emosi dan memperkuat inspirasi artistik dalam diri seseorang kerana kemampuannya menstimulasi sisi kanan otak. Bau wanginya seharum melati boleh menenangkan hati orang di sekitarnya. Ia juga digunakan untuk mengubati masalah susah tidur, influenza dan reumatik. Masyarakat Jepun menggunakan bunga ini sebagai lambang cinta. Manakala di Thailand, bunga ini menjadi kesayangan para peminat bunga kerana sifatnya yang harum dan tidak mudah layu.
.
Gardenia jasminoides – Kembang cina
Gardenia jasminoides atau pokok bunga kembang cina merupakan spesies renek berkayu yang mempunyai ketinggian dua meter. Tetapi ada juga jenis pokoknya yang tumbuh sehingga 12 meter. Daunnya berwarna hijau, berbentuk bulat, ringkas dan terletak dalam susunan berhadapan. Bunganya pula berwarna putih dan berbau wangi. Manakala buahnya berwarna oren dan berbentuk oval dengan ukuran panjang 1.5 inci.
Kerana keharuman, bunga ini mempunyai nilai komersil untuk dibuat minyak wangi. Ia juga mengandungi zat minyak penting seperti linalol dan styrolyl. Selain ditanam sebagai tanaman hiasan, spesies tanaman ini juga bermanfaat untuk mengubat penyakit seperti diabetes mellitus, demam, atau jika mengalami kesukaran membuang air besar. Dalam masyarakat Cina, ia sering digunakan sebagai ubat perancang keluarga.
Murraya paniculata – Kemuning
Bunga kemuning atau nama saintifiknya Murraya paniculata merupakan spesies pokok yang tingginya di antara tiga hingga tujuh meter. Struktur batangnya pendek dan berdaun rimbun. Daunnya bertingkat, berbentuk bujur telur songsang, hujung pangkalnya runcing, berwarna hijau licin dan berkilat, berbatang keras, berakar dan tidak berduri. Ia berbunga sepanjang tahun dan menghasilkan bau yang sangat tajam terutamanya di waktu malam. Warna bunganya pada peringkat awal adalah kehijauan dan bertukar menjadi putih bersih setelah mekar penuh.
Kemuning bersifat pedas, pahit dan hangat dan mempunyai kandungan kimia yang tinggi. Dari sudut perubatan, ia dimanfaatkan sebagai ubat pemati rasa, penenang, penghilang radang, dan pelancar peredaran darah. Sekiranya daun dan bunganya digiling halus dan disapukan ke badan, ia akan membuatkan kulit seseorang wanita kelihatan lebih cantik, halus dan bersih. Kemuning menghasilkan aura yang mententeramkan. Justeru, ia sangat baik jika ditanam di halaman rumah sama ada dijadikan sebagai tanaman hiasan atau tanaman pagar. Kerana karakter kayunya yang berwarna kuning coklat, ia juga sesuai dibuat sarung keris.
Plumeria obtusa – Kemboja putih Plumeria obtusa atau kemboja putih sangat cantik sekiranya dijadikan sebagai elemen taman. Pokok ini dianggap eksotik dengan bentuk batangnya yang sangat artistik dan dekoratif. Ia dapat hidup hingga puluhan tahun dan mencapai tinggi di antara 7-10 meter. Daunnya berwarna hijau dengan urat daun jelas kelihatan. Kemboja berbunga sepanjang tahun. Bahkan, pada bulan-bulan tertentu bunganya begitu banyak.
Selain cantik dipandang, kemboja juga menyimpan pelbagai manfaat. Getah putih yang terdapat di seluruh bahagian tanaman ini mengandung elemen yang dipercayai dapat mencegah pertumbuhan bakteria. Bunganya bermanfaat sebagai ubat untuk menurunkan panas badan, meredakan batuk dan melancarkan proses membuang air besar. Unsur yang terdapat di dalam kulit batangnya pula dapat menyembuhkan tumit yang pecah-pecah.
Mimusops elengi – Tanjung
Pokok bunga tanjung atau Mimusops elengi adalah sejenis spesies malar hijau. Pokoknya sederhana besar dan biasa ditemui di tepi-tepi jalan. Dengan struktur daun yang lebat dan rendang, ia dapat memberi teduhan daripada pancaran matahari. Dalam persekitaran yang baik, ia boleh tumbuh mencecah sehingga 18 meter tinggi. Ia berbunga sekitar April dan berbuah pada bulan Jun. Bunganya berwarna krim dan berbau wangi. Buahnya berbentuk bujur, berwarna hijau dan jingga setelah masak. Buahnya boleh dimakan dan mempunyai rasa sedikit manis serta dapat menjadi daya penarik kepada burung dan haiwan lain
Kerana aromanya, bunga tanjung biasa digunakan sebagai hiasan kepala dan kalung leher oleh masyarakat Melayu tradisional dan kaum India. Bunga tanjung boleh bertahan lama. Untuk mengembalikan keharumannya, bunga tanjung yang telah kering boleh direndamkan dalam minyak kelapa. Selain baunya, bunga tanjung juga digunakan untuk merawat penyakit ruam, menghilangkan bau nafas dan untuk mencuci luka.
Wrightia religiosa – Melati
Melati atau nama saintifiknya Wrigthia religiosa merupakan salah satu pokok yang cantik, mempesona dan berguna. Daunnya bulat, kecil dan berwarna hijau. Melati mengeluarkan bunga-bunga putih bersaiz kecil yang menghasilkan bau yang harum dan menarik. Ia berbunga untuk masa yang lama. Buahnya berbentuk seperti kacang panjang dan berkembang akan menggantikan bunga seterusnya. Ia cepat membesar, lasak dan dapat bertahan dalam cuaca yang keterlaluan.
Kebanyakan melati ditanam kerana kecantikan dan keharumannya. Melati melambangkan kesederhanaan yang dipaparkan melalui bunga kecil yang berkembang. Warnanya yang putih bersih serta tidak terlalu menonjol, melambangkan kesucian dan keelokan budi. Aroma harum yang lembut dan tidak terlalu tajam melambangkan kelembutan, nyaman dan tenang.
Bunga melati mempunyai pelbagai manfaat. Ia digunakan sebagai bunga tabur, bahan membuat minyak wangi, kosmetik, gubahan bunga, dan sebahagian daripada campuran teh. Tradisinya, ia dijadikan sebagai media perubatan. Akarnya digunakan untuk menyembuhkan penyakit kulit. Ia juga sering dijadikan pelengkap kepada pelbagai tradisi terutamanya dalam upacara perkahwinan. Melati senang dijaga dan hanya memerlukan pengawasan yang minimum. Ia dianggap suci oleh penganut Buddha dan sering dijadikan tanaman bonsai menghiasi kuil mereka.
Cestrum nocturnum – Jasmin
Cestrum nocturnum atau nama tempatannya Jasmin merupakan salah satu spesies tanaman malar hijau. Ia boleh tumbuh sehingga dua meter tinggi. Berdaun hijau pekat dengan bentuk orate dan berukuran 8-16 sm panjang dan 3-6 sm lebar. Bunganya berwarna putih kehijauan, berkembang dan mengeluarkan bau harum terutamanya di waktu malam. Baunya yang manis dan menyegarkan itu dapat dikekalkan sehingga fajar. Di waktu siang, bunganya akan menguncup, masih mengeluarkan bau tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
Jasmin sesuai ditanam berhampiran dengan laluan masuk, tingkap atau pintu utama, di mana keharumannya dapat dirasai dan dihargai. Di India dan negara-negara di Asia Selatan, bunga jasmin digunakan secara meluas untuk parfum, kegunaan perubatan dan upacara keagamaan. Namun terdapat beberapa bahagiannya yang beracun.
Penggunaan barangan elektronik 'Air Fryer’ ini bukanlah satu keperluan tetapi sekiranya ia ada sudah pasti akan memudahkan kerja anda di dapur. Misalnya, anda mahu...