Ada tiga cara yang dikongsikan untuk rumah sentiasa wangi seperti rumah orang kaya. Tapi, boleh abaikan yang ada alkohol dan gantikan dengan cuka. Hasilnya tetap sama.
Bahan-bahan:
3 biji lemon
Garam
Pelembut baju
Bunga cengkih
Cuka
Cara Membuat:
Pilihan 1:
Potong lemon kepada 4 bahagian. Kemudian masukkan ke dalam bekas kecil Masukkan 3 sudu garam di antara lemon yang telah dibelah tadi.
Diikuti dengan pelembut baju.
Boleh letak di bahagian ruang rumah.
.
.
.
Ads
Pilihan 2:
Potong lemon kepada 4 bahagian. Masukkan ke dalam bekas kecil.
Kemudian, letakkan garam, bunga cengkih dan cuka.
Ads
Pilihan 3:
Potong lemon kepada 4 bahagian. Masukkan ke dalam bekas kecil. Letakkan garam dan cuka. Ambil bekas tersebut dan letak pada penjuru ruang, bilik air atau ruang tamu.
Hasilnya, bau dari bahan ini seperti berada di rumah orang kaya. Paling penting, tak perlu guna banyak duit untuk beli air freshener. Malah, bahan ini mampu bertahan sehingga 2 minggu.
.
Ads
IMPIANA : Jimat dan wangi. Kalau nak tahu bau rumah ala-ala orang kaya, bolehlah buat macam nie.
DRACAENA TRIFASCIATA Penapis Udara Semulajadi, Senang Dijaga & Sesuai Dekorasi Minimalis. Pokok Dracaena Trifasciata atau lebih dikenali sebagai lidah mak mentua (juga dikenali sebagai lidah jin), adalah salah satu tanaman hiasan yang sangat popular dalam dekorasi dalaman rumah.
🌿 Nama Saintifik: Dracaena trifasciata (dulu dikenali sebagai Sansevieria trifasciata)
🌿 Nama Tempatan: Lidah Mak Mentua / Lidah jin
Pokok lidah mak mentua bukan sekadar cantik untuk dekorasi, tapi ada banyak kelebihan lain yang ramai tak tahu.
1. Penapis Udara Semula Jadi
Disenaraikan oleh NASA sebagai pokok penapis udara terbaik!
Menyerap toksin seperti formaldehyde, benzene & xylene dari udara.
Bagus untuk ruang tertutup seperti bilik tidur & ruang kerja.
2. Hasilkan Oksigen Waktu Malam
Berbeza dengan kebanyakan pokok, lidah mak mentua hasilkan oksigen waktu malam.
Sebab tu sesuai sangat letak dalam bilik tidur untuk bantu tidur lebih nyenyak! Malah sesuai juga diletakkan pada ruang tamu dan dapur.
3. Senang Dijaga
Tak perlu siram hari-hari, tahan kering, dan tak cerewet. Tahan lasak dan senang dijaga
Ideal untuk orang yang sibuk atau baru nak mula tanam pokok.
4. Sesuai untuk Dekorasi Minimalis
Bentuk daun yang tegak dan sleek sangat kena dengan konsep moden, MUJI atau Scandinavian.
5. Anti Serangga
Ada yang percaya bau pokok ni boleh halau nyamuk dan serangga kecil.
Begini cara tanam dan jaga pokok lidah mak mentua (Dracaena trifasciata) supaya kekal cantik dan subur dalam rumah:
1. Pilih Medium Tanah Yang Sesuai
Guna tanah yang cepat kering, campuran tanah hitam, pasir dan sedikit cocopeat sangat sesuai. Elak tanah terlalu lembap sebab akar pokok ini mudah reput.
2. Guna Pasu Bertakung Air
Pilih pasu berlubang di bawah untuk pastikan air keluar dengan baik.
Elak air bertakung sebab pokok ni tak suka akar terendam lama.
3. Cahaya & Lokasi
Pokok ni suka cahaya terang tapi tak kena matahari terus.
Sesuai sangat letak tepi tingkap, balkoni atau meja berhampiran cahaya.
4. Siraman Berpada
Siram seminggu sekali atau bila tanah nampak kering.
Jangan terlebih air, cukup basahkan sedikit saja.
5. Baja Untuk Kesuburan
Baja sebulan sekali pun dah cukup, guna baja organik atau baja cecair.
6. Pembiakan
Boleh dibiakkan dengan belah anak pokok (paling mudah) atau potong daun dan tanam terus dalam tanah.
1. Letak pokok ni dalam pasu tinggi di sudut rumah atau atas rak terapung, confirm naik seri ruang tu!
2. Kalau nak kombinasi cantik dan berfungsi, tanam lidah mak mentua dalam pasu rotan putih atau concrete pot simple tapi classy!
IMPIANA: Jadi bagi yang sedang mencari pokok yang sesuai untuk diletakkan dalam rumah, boleh pertimbangkan pokok lidah mak mentua ini. Bukan sahaja mudah dijaga namun dapat membersihkan udara dalam kediaman secara semulajadi.
Impikan rumah yang sedap mata memandang tapi bajet pula tak seberapa? Jangan risau, anda bukan keseorangan. Ramai sebenarnya teragak-agak nak mulakan renovasi sebab risau kos lari kawalan. Tapi realitinya, rumah tetap boleh nampak kemas, cantik dan selesa walaupun bajet terhad, asalkan tahu trik dan keutamaan. Nak tahu macam mana nak ‘bijak’ waktu ubahsuai rumah? Jom baca sampai habis,tip ni memang wajib tahu sebelum anda mula.
Jangan cuba ubah semua ruang sekaligus. Kenalpasti kawasan utama seperti dapur, ruang tamu atau bilik air, tempat yang paling kerap digunakan. Fokus pada ruang ini dulu sebelum beralih ke ruang lain.
Letak bajet utama dan tambah sekitar 10-15% sebagai ‘buffer’ untuk kos tak terjangka seperti kerosakan tersembunyi atau perubahan kecil di saat akhir. Ini bantu elakkan tekanan kewangan semasa proses berjalan.
Jangan buang semua. Kadang pintu kayu lama, kabinet atau tingkap masih boleh diguna semula dengan sedikit kemasan. Teknik upcycle seperti cat semula atau tukar pemegang pun dah beri wajah baru pada sesuatu elemen.
Tak perlu guna material mahal untuk nampak eksklusif. Contohnya lantai SPC atau vinyl boleh beri efek moden dengan kos lebih rendah berbanding kayu asli. Jubin atau cat yang berkualiti sederhana pun dah cukup memadai jika dipasang kemas.
Jangan tergoda dengan harga paling murah. Dapatkan beberapa sebut harga, semak hasil kerja sebelum ini dan pastikan komunikasi jelas sejak awal. Kontraktor yang baik akan bantu jaga bajet tanpa kompromi pada mutu kerja.
Perabot built-in memang menarik tapi harganya tinggi. Untuk bajet terhad, beli modular atau perabot loose terlebih dahulu. Ini beri fleksibiliti dari segi bajet dan susun atur, dan boleh dinaik taraf kemudian.
Renovasi tak semestinya mahal kalau kita bijak merancang dan tahu apa yang kita mahu. Asalkan ada perancangan awal, keutamaan yang jelas dan sikap terbuka untuk improvisasi, rumah boleh kelihatan segar dan selesa walaupun dengan bajet sederhana.
Rak televisyen yang tepat naikkan seri ruang tamu, elak sumbat segala jenis hiasan. Kita selalu meletakkan segala macam gambar dan hiasan bersama televisyen. Mungkin dari aspek visual ia nampak cantik tersusun. Tetapi soalnya kini di mana mata kita mahu difokuskan?
Segala visual di tempatkan dalam satu tempat dan umpama merebut perhatian isi rumah. Mana tempat untuk kita beri tumpuan? Dinding televisyen sewajarnya dihias secara minimum.
Pereka yang peka selalunya menempatkan televisyen dan sistem penstoran supaya kelihatan kemas. Ia bagi memastikan agar ruang yang ada dapat dimanfaatkan tanpa mengganggu tumpuan ketika menonton.
Seperti biasa anda boleh merancang kedudukan televisyen berdasarkan pelan lantai. Jadi ukur kedudukan televisyen berdasarkan tempat duduk anda. Ini adalah kerana ada di antara kita yang suka duduk di lantai, hanya selesa dengan bantal besar sahaja.
Ada juga yang gemarkan sofa lembut yang agak mendap apabila diduduki dan ada juga yang suka sofa yang agak tinggi sedikit seperti sattee. Jadi pastikan bahagian tengah televisyen berada di kedudukan aras mata kita.
* Rak televisyen jenis bina dalam misalnya mampu menempatkan pelbagai barang penting dan hiasan minimum. Televisyen nampak lebih selesa ditonton.
*Bagi rak televisyen dengan potongan kabinet tertutup pula, segala barang-barang perhiasan disimpan kemas agar tidak mengganggu fokus tontonan tuan rumah.
*Warna rak tv juga turut mempengaruhi pemilihan rak tv. Pilihan warna gelap membantu menyerlahkan lagi visual televisyen.Kebanyakan kabinet bina dalam tertutup kemas dan tidak mengganggu pandangan.
*Rak televisyen dengan sentuhan moden pula mampu menjimatkan ruang. Sesuai untuk pemilik rumah kecil. Pemiliihan warna lembut memberi keselesaan deria pandang pada ruang kecil ini.
*Rekaan rak televisyen boleh dibuat secara horizontal atau pun vertical. Ia mampu menyerlahkan nilai elegan sesebuah ruang yang pada dasarnya ringkas dan kosong.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.