Kunjungan team Impiana ke kawasan kediaman eksklusif di Cyberjaya ini nyata amat berbaloi apabila kami disajikan dengan dekorasi yang begitu stylish dan elegan. Meneliti cerita pemilik kepada penulis mengenai dekorasi dan konsep yang dipilih, penulis amat mengagumi minat yang ditunjukkan oleh pemilik yang mesra di sapa Brian ini. Lebih menarik setiap susunan item dekorasi serta perabot yang terdapat di dalam kediaman ini tidaklah mahal. Paling penting pemilik bijak menyuai padan dan mencari perabot yang kena dengan konsep pilihannya.
Bak kata pemilik, “Mahu menghias kediaman jangan fikirkan yang mahal-mahal sahaja, barang murah tapi jika bijak menghias boleh membuatkan kediaman nampak menarik. Satu lagi, kita perlu pandai mencampur elemen kerana itu akan membuatkan anda lain dari orang lain,” ujarnya lagi.
Brian yang menetap sendirian ini amat meminati rona merah . Nyata dia bijak menyuai padan aksesori dengan perabot yang ada. Pilihan ini juga bersesuaian dengan rona kelabu,putih, dan hitam yang begitu sinonim dengan rekaan industri. Beberapa ruang dicalit merah bagi menyuntik mood ‘fun’ pada sesebuah ruang.
BIJAK BERMAIN RUANG
Bagi menguatkan susun atur pembahagi ruang makan dan ruang tamu, Brian menambah susunan blok bata konkrit di ruang makan supaya elemen raw dalam konsep industri berjaya di realisasikan. Malah bukaan balkoni yang luas menghadap taman mini turut dijadikan tempat istirahat dan menjadi pilihan tetamu untuk bersembang.
Ads
Oleh kerana Brian gemar menjemput dan melayan tetamu ke rumahnya, anak sulung daripada 10 orang adik beradik ini, lebih mementingkan keselesaan kepada tetamu dan ahli keluarganya yang kerap berkunjung ke kediamannya. Ini alasan mengapa dirinya memilih untuk membeli rumah tiga tingkat walaupun hidup bujang.
Memiliki keluasan kira-kira 297.3 meter persegi , kediaman jurutera yang berasal dari Taiping, Perak mempunyai keseluruhan lima bilik tidur dan enam bilik air. Kediaman yang cukup luas serta memerlukan kreativiti pemilik untuk menata keseluruhan ruang kediaman ini. Ternyata hasilnya begitu mengagumkan.
Beralih ke ruang santai di tingkat atas , Brian nyata pandai bermain warna menerusi penataan kerusi berona kuning dan biru firus dengan rekaan kerusi vintaj. Sedikit sebanyak ruang ini mampu membawa kita ke satu suasana kampung.
Ads
” Ruang ini adalah ruang kesukaan ibu saya. Apabila bersama saudara yang lain , ruang ini menjadi tempat mereka bercerita.” Ujarnya mesra.
BILIK TIDUR RINGKAS BERGAYA
Ads
Bilik tidur tetamu dihias ringkas tanpa peletakan item sarat kerana pemilik mahukan ruang yang kelihatan lapang dan kemas. Apabila di aju tentang konsep bilik ini, dia nyata lebih mementingkan keselesaan buat mereka yang menginap.
” Saya tidak mahu hiasan yang terlalu sarat di ruang ini kerana saya mahukan konsep hotel yang ringkas dan selesa.”
Bagi bilik tidur sendiri, Brian mencipta kelainan dengan menggunakan kertas dinding rumah lama diolah menjadi hiasan pada kepala katil. Semua hasil dekorasi ini dibuat hasil perbincangan pemilik dan V Plus Interior Sdn Bhd yang berjaya merealisasikan impiannya.
Selain bilik tidur, kediaman ini juga terdapat satu bilik yang dijadikan bilik khas ruang solat yang di tata hias tenang tanpa sebarang perabot sarat.
Secara keseluruhannya, kediaman pemilik ini begitu menepati citarasa dirinya yang begitu menggemari konsep industrial dan retro. Persembahan setiap ruang adalah melambangkan karakter dan minat dirinya yang diterjemahkan dalam olahan menarik di kediaman sendiri. Rumah yang cantik bagaikan satu terapi buat dirinya setiap hari.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Jika dahulu ramai antara kita yang suka memenuhi setiap sudut dan ruang dalam rumah dengan pelbagai perabot serta aksesori sehinggakan kalau tidak dikawal kediaman akan nampak sesak dan penuh dengan perabot. Kini ramai yang lebih gemarkan dekorasi sederhana tetapi sedap mata memandang. Ditambah dengan saiz kediaman kini yang tidak sebesar dan seluas kediaman 20 atau 30 tahun dahulu, maka pemilik kediaman perlu bijak menghias.
Kali ini, IMPIANA ingin memaparkan kediaman PPA1M milik seorang wanita ini yang baru mendapat sentuhan sebuah syarikat dekorasi dalaman bajet, milik Pn Anis Syuhada. Menurut Anis beliau mendapat panggilan untuk menatarias rumah yang baharu dimiliki oleh seorang kakitangan Imigresen dengan pilihan tema Modern Minimalist di dalam kediaman berkeluasan 850 kaki persegi berkapasiti 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
Kediaman sederhana ini terletak di Kepong dan baharu didiami oleh pemilik sebaik sahaja segala proses dekor siap sepenuhnya dalam masa sebulan. Dengan bantuan Anis dan juga idea pemilik yang inginkan dekorasi sederhana tetapi menarik maka siapa sangka rumah ini kelihatan menarik walaupun tanpa dekorasi berlebihan.
Dibawah ini IMPIANA buat kompilasi gambar untuk tatapan pembaca yang lain, simple dan moden, tak banyak perabot dalam rumah, hanya yang penting sahaja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Biar dapur kecil asalkan kita puas hati dengan kualiti yang ada dan memberi ilham sehabis baik untuk menyerlahkan seri dan nilai praktikalnya.
KECIL TIDAK BERMAKNA SEMUA BENDA KENA SIMPLE. BOLEH JE KITA PADANKAN ASAL ADA PLANING DAHULU.
Warna kena nampak cantik dan tak bosan. tak pe sesekali anda boleh bermain dengan warna terang. Bukan sekadar nampak cantik, tapi nak nampak selesa dan tak resah bila berada di dalamnya.Tidak kira pastel atau terang yang penting anda happy bila lihat dapurnya.
CONTOH ILHAM WARNA YANG MENARIK UNTUK SEBUAH DAPUR. CERIA DAN CANTIK!
kemasan kaunter kalau boleh biarlah berkualiti. Dalam kita menyiapkan dapur cantik dan berkualiti, bahagian atas ini janganlah berkira kerana ia penting untuk melakukan tugas di dapur. Malah kualiti kaunter top juga antara elemen estetika yang warjar di jaga
MATERIAL JUGA PENTING AGAR DAPUR NAMPAK CANTIK DAN CLASS. ADKALA MATERIAL ASAS JE PUN TAPI PANDAI MIX DAN MATCH NAMPAK CANTIK DAH.
Kabinet tertutup padu sampai ke siling bagus. Tetapi bosan juga kalau semua tertutup. Dah macam dapur kapal terbang. Jadi kalau dan seunit dua kabinet terbuka tak salah. Terutama untuk mengeringkan pinggan mangkuk. Susunan yang cantik pasti membuat hati tertarik.
KEPELBAGAIAN BENTUK KAUNTER DAN MENEPATI FUNGSI DI DAPUR. RUANG NAMPAK HIDUP DAN CANTIK JIKA BIJAK ANDA MENGGUNAKANNYA.
Pelan lantai kena bijak. RUANG KOMPAK ini juga perlu kaunter sarapan dan ruang untuk meltak peti sejuk. Jadi jangan ketinggalan ye menempatkan segala bagai keperluan asas di dapur dan rancang dengan teliti keperluan anda.
MASUKKAN SEMUA KEPERLUAN DALAM 1 RUANG. KOMPAK , BIJAK DAN TIDAK MENYUSAHKAN KITA BERGERAK.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Selalunya di kediaman rumah landed, pasti bahagian bawah tangga menuju ke tingkat atas dibiarkan kosong atau dijadikan tempat stor simpanan barang, tetapi tidak bagi pemilik kediaman jenis Teres 1-Tingkat di Jeram, Kuala Selangor iaitu Pn Haslina Hassan yang mahukan rumahnya tampil menarik dengan hiasan dalaman terkini.
‘Memang niat saya dan suami ingin menjadikan ruang bawah tangga lebih bermanfaat kerana ramai orang membiarkan bahagian ini kosong tanpa sebarang kemasan serta mahu ia nampak berbeza daripada rumah orang lain’, ujar Cikgu Haslina yang mengajar subjek Sains di sebuah sekolah kerajaan.
Penulis amat tertarik dengan usaha yang dijalankan oleh pemilik untuk menaiktaraf bahagian bawah tangga rumah untuk menjadi tempat berehat serta sesuai untuk digunakan oleh tetamu yang datang bertandang dan menyukai cetusan idea di kabinet tv rumah ini.
Menurut Pn Haslina, beliau mendapat bantuan daripada kontraktor pertukangan yang dikenali dalam laman sosial instagram untuk merealisasikan idea beliau iaitu mempunyai kabinet yang memukau mata dalam rumah yang berkeluasan 1500 kaki persegi.
“Walaupun menelan belanja yang agak tinggi serta mengambil masa selama 6 bulan untuk disiapkan secara berperingkat, kami tetap berasa bangga dan amat berpuas hati dengan pilihan dekor yang kami lakukan dalam rumah ini”, katanya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!