Sandpaper vine mendapat nama dari fizikal daunnya yang kasar macam kertas pasir. Tanaman dari Maxico ni boleh hidup subur dalam iklim Malaysia. Menariknya, ia amat mudah dibiakkan sama ada dari biji benih atau keratan batang. Kalau nak beli anak pokok nya di nurseri, harga antara RM 25-35 bergantung kepada saiz.
Siti Hanora berkongsi cara mudah dan cepat biak anak pokok sandpaper vinedari biji benih bersama-sama rakan dalam group Kebun Tepi Rumah. Jom kita lihat caranya:
Saya kurang minat menanam bunga. Tetapi bunga ungu berdaun dan berbatang kasar ini mudah ditanam, mudah hidup, tak perlu dijaga rapi….jadi saya tanam. Jom tengok bagaimana nak menyemai bunga sandpaper vine yang cantik ini.
Bunga muda berwarna ungu muda. Berbunga tak kira masa hujan atau panas
Muncul bunga ungu tua menambah seri macam tocang Rapunzel. Masa ni bunga cantik sangat. Bunga ungu tua ini akan gugur menyebarkan warna ungu di merata tempat. Indah sungguh
Apabila bunga bertukar warna menjadi hijau dan akhirnya coklat menunjukkan bunga akan gugur
Ads
Bunga berguguran terbang ke tanah macam helikopter. Bunga inilah yang dijadikan benih
Ada dua jenis benih, bulat dan tirus. Ambil Yang bulat untuk disemai. Yang tirus tak hidup jika disemai
Ads
Dah tumbuh…nampakkan bulat benihnya
Bunga ni jatuh dan tumbuh sendiri dalam bekas minyak yang ada pokok cekur. Lama2 cekur pun mati….Dah boleh alih di pasu atau tanam di tanah
Kalau rajin buat pergola. Takpun pacak tiang yang kukuh untuk pokok ini menjalar. Saya tanam di beranda dapur. Panjat tiang batu dan dawai. Dapat air dari hujan dan aircond. Tak payah siram. Tau2 berbunga. Cantikkan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Banyak dah kes Impiana tengok dalam media sosial pergaduhan antara jiran disebabkan ubah suai pagar je. Benda kecil, kenapa perlu tarik muka sesama jiran? Yang nak ubah suai pagar tu pun, bukan boleh sebarangan buat ye. Ada undang-undang yang perlu anda patuhi.
Melangsir dari blogspot Tips ubahsuai rumah, berikut cara-cara memohon kebenaran bina atau ubahsuai pagar rumah. Namun, undang-undang dan syarat ubah suai bergantung pada pihak berkuasa tempatan masing-masing.
1. Sediakan surat permohonan membina pagar baru ke MBSA
Untuk kemudahan anda, saya telah sediakan contoh surat permohonan membina pagar baru dalam bentuk fail pdf, anda boleh download contoh surat DISINI. Semak contoh surat tersebut & taip semula mengikut kesesuaian anda. Cetak 2 salinan surat ini & tandatangan kedua-duanyanya.
2. Sediakan gambar rumah sedia ada
Ambil gambar rumah anda & fokuskan kepada pagar rumah yang ingin anda bina semula. Sebaiknya ambil gambar depan/tepi/belakang jika rumah jenis lot tepi. Bagi rumah lot tengah anda hanya perlu ambil gambar depan+belakang rumah sahaja. Cetak gambar ini dalam kertas A4.
3. Isi borang permohonan permit letak bahan binaan MBSA
Sila download borang permohonan permit letak bahan binaan yang telah saya upload DISINI. Borang ini asalnya warna kuning cair, jadi anda perlu cetak borang ini atas kertas kuning @ fotostat atas kertas warna kuning cair. Borang ini boleh juga diambil di kaunter 1, Jabatan Bangunan tingkat 8 MBSA. Isi semua maklumat yang diminta dalam borang tersebut seperti;
– alamat rumah & nama pemilik rumah/pemohon serta nombor telefon anda
– tulis nama kontraktor yang akan membina pagar anda serta alamat syarikat kontraktor; jika anda sendiri yang membeli bahan binaan & mengupah pekerja serta mengawasi kerja pembinaan, tulis sahaja nama anda sebagai kontraktor & tandatangan borang tersebut
4. Isi borang permohonan sewaan tong roro
Sila download borang permohonan sewaan tong roro yang telah saya upload DISINI. Borang ini asalnya warna hijau cair, jadi anda perlu cetak borang ini atas kertas hijau @ fotostat atas kertas warna hijau cair. Borang ini boleh diambil di kaunter Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam di tingkat 4 MBSA. Isi semua maklumat yang diminta dalam borang tersebut seperti;
– nama pemilik rumah & nombor telefon
– tarikh memulakan kerja pembinaan pagar
– alamat lokasi pembinaan & alamat surat menyurat
– pilih jenis tong roro yang ingin disewa, biasanya pilih 1 unit tong roro bersaiz 3 tan
5. Surat kebenaran jiran
– Jika ubahsuai pagar baru melibatkan pagar sebelah yang dikongsi dengan jiran, anda perlu mendapatkan kebenaran ubahsuai pagar dari jiran sebelah kiri atau kanan.
– DOWNLOAD SURAT DI SINI & minta jiran sebelah anda mengisi & tandatangan borang tersebut.
6. Submit surat permohonan & borang ke MBSA
Buat 2 salinan surat permohonan & sediakan kesemua borang serta gambar rumah dan kemukakan dokumen tersebut ke kaunter 1, tingkat 8 Jabatan Bangunan MBSA, Shah Alam. Simpan satu salinan surat permohonan yang telah di cop oleh mbsa untuk rujukan anda. Biasanya pegawai kaunter akan terima permohonan anda jika semuanya lengkap. Salinan surat ini anda perlu tunjukkan di kaunter sewaktu anda follow-up status permohonan di MBSA.
BILAKAH PERMOHONAN AKAN MENDAPAT JAWAPAN MBSA?
Selepas submit surat permohonan, MBSA akan beri tempoh 14 hari bekerja untuk memberi jawapan bersurat. Anda perlu follow-up dengan di MBSA seminggu sekali, jika bernasib baik MBSA akan keluarkan surat jawapan dalam tempoh kurang dari 14 hari. Dalam surat tersebut secara ringkasnya MBSA akan beri kebenaran untuk anda membina pagar dengan syarat membayar fee permit letak bahan binaan & fee sewa tong roro.
TIP: Kalau tak nak pening kepala urusan dokumentasi, sebaiknya lantik perunding bertauliah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Nak elakan atau atasi masalah sinki tersumbat, perkara pertama yang terlintas diminda adalah dengan menyiram air panas pada saliran. Namun, tahukah anda bahawa dalam islam membuang air panas tidak boleh dilakukan sebarangan. Hal ini disebabkan air pans yang dibuang akan melukai bangsa jin bahkan boleh membunuhnya
Dengar macam tahyul. Akan tetapi hal ini telah banyak dibincangkan di dalam hadis dan fatwa. “Dan terkadang dan ini sering terjadi pada sebagian orang– bahawa ada orang yang mengganggu jin atau jin merasa manusia ini sengaja mengganggu mereka, dengan mengencingi jin atau menyiram air panas, atau membunuh mereka. Meskipun manusia sama sekali tidak mengetahuinya.” (Majmu’ Fatawa, 19/40)
tuang air panas
Kenapa? sebelum tu haru fahami bahawa bilik air terutamanya lubang saliran sinki menjadi tempat kegemaran bangsa jin seperti yang tertera di dalam hadis
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bercerita bahawa Iblis meminta tempat tinggal kepada Allah. “Ya Allah, Adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi, maka berilah pula aku tempat tinggal,” kata iblis. Allah SWT berfirman; “Tempat tinggalmu adalah kamar mandi atau jamban.” (HR. Bukhari)
Sheikh Abdul Aziz turut berpesan agar kita membaca bismillah saat mencurahkan tuang air panas ke dalam sinki atau bilik air kerana khuatir di situ terdapat jin.
Beliau menambah; aku pernah menghadiri proses ruqyah atas seseorang yang kerasukan jin, roqi berkata kepada jin yang merasukinya atas dasar apa dia dirasuk? Si jin berkata; dia menuangkan air panas kepada salah seorang anakku sehingga menyebabkan ia terbunuh.
Lalu roqi berkata; mungkin dia tidak mengetahui ada anakmu di tempat itu?
Si jin menjawab; mengapa dia tidak membaca bismillah sehingga dia berhati².
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Teknik Tanam Cili Menjadi-Jadi, Baru Hasil Buah Lebat. Memang ramai suka bercucuk tanam. Antara tanaman yang wajib adalah lada. Tapi, lada ni kalau di tanam tak kena cara memang pokok subur tapi kedekut buahnya. Tapi, kalau cara nya betul, tanam 2 pokok pun puas makan. hari-hari boleh tuai cili segar. Nak tahu cara tanam cili menjadi-jadi dan buah lebat, boleh ikut perkongsian Mohd Amri
Menanam cili ada satu perkara yang agak sukar. Tapi kalau kena tekniknya, sebenarnya seronok dan cabaran itu menjadi sebagai guru kita. Sekali tanam tak jadi itu biasa, tanam lagi dan lagi sehingga jumpa cara tersendiri.
Pagi ini saya sempat memetik cili besar yang ditanam secara gantung. Hanya satu polibeg sahaja cili besar yang saya tanam. Selebihnya ialah cili solok, dan cili padi akar. Sengaja buat pelbagai, supaya senang isteri “berbelanja” di kebun encik suami kan. Hihi.
. Suka saya kongsikan teknik asas yang digunakan.
1. Buang tunas air. Saya tak kata wajib buang tunas air. Tapi jika nak pokok rimbun macam kanopi, cubalah. Boleh tengok video saya buang tunas air di sini.
2. Buat kawalan serangga secara berkala dan mesti disiplin. Seminggu sekali mesti sembur. Saya jimatkan masa dengan campur booster untuk gemukkan tanaman dengan bahan kawalan serangga terus. Senang.
3. Pembajaan boleh sama ada organik atau baja bebentuk cecair. Tapi dalam pengalaman saya, penggunaan baja organik lebih melembutkan medium tanah.
4. Jika ada rumput-rumput liar tumbuh, cabut dan buang supaya pokok lebih selasa. Kalau tak, baja tu pergi kepada rumput sahaja.
5. Pastikan juga jarak antara dua pokok (dua polibeg) tidak terlalu dekat supaya ada ruang bagi mengelakkan serangga perosak berkumpul, dan ada ruang pengudaraan yang baik.
6. Pastikan medium tidak terlalu basah kerana akar pokok mudah masam dan reput. Boleh guna hujung jari untuk semak keadaan medium. Tanam sikit sikit, tak berbaloi nak beli alat semak mahal mahal kan. Agak agak jela ya.
Itu sahaja laa teknik ringkasnyaa. Semoga tentuan semua happy dengan tanaman masing masing. Yang beri pokok tumbuh pun Allah, yang bagi lebat pun Allah, kita semua berhajat kepada Allah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!