Siapa kata tak boleh buat kabinet dapur dekat rumah sewa? Faham, sesetengah pemilik tidak benarkan penyewa memaku atau menebuk lubang walau sebatang paku yang menjadi keperluan. Dengan ada sistem kabinet dapur pasang siap dari IKEA, ia bukan sahaja penyeelsaian terbaik untuk andayang menyewa, malah untuk yang berjimat dan bajet tak berapa nak cun seperti yang dikongsikan oleh Eiro Lilo Nasir.
Disebabkan kabinet dapur mahal sangat tambahan rumah pun sewa, Lilo buat keputusan untuk beli kabinet dapur ikea dan pasang sendiri je. Total untuk kabinet dapur, paip dan sinki RM 935 sahaja kalau pasang sendiri. Tanya dekat kedai kabinet dapur, harganya hampir RM 2-3K. Berikut barang-barang yang Lilo gunakan untuk membina kabinet dapur di rumah sewa:
Kabinet ikea 3 pintu (Knoxhult )
sinki (Fyndig)
Table top p kedai welding (upah orang tebuk)
pasang sinki + buat paip (buat senidiri)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip: Kediaman Kelihatan Sentiasa Baru
- PALITAN WARNA BARU
Bosan dengan suasana ruang kediaman anda, inilah masa terbaik untuk anda bermain dengan warna. Tukar langsir dengan warna cerah dan tukar warna sarung kusyen bagi mencetus suasana segar, harmoni dan tidak keterlaluan.
- ALIHKAN AKSESORI LAMA
Aksesori yang pelbagai akan membuat hiasana kediaman anda kelihatan sarat. Oleh itu, simpan atau jualkan aksesori lama dan gantikan dengan aksesori baru yang lebih moden dan minimalis mengikut konsep kediaman anda. Kediaman anda pasti akan kelihatan sentiasa dipenuhi dengan item menarik.
- KEHADIRAN ELEMEN LUAR
Letakkan sedikit sentuhan natural ke dalam kediaman anda dengan dekorasi bunga-bunga segar, ranting kayu atau buah-buahan. Walaupun dengan sentuhan kecil dari luar, ia akan mengingatkan anda suasana sentiasa berubah dan memberi kesegaran kepada anda.
- NAIKKAN KARYA SENI
Gantikan beberapa lukisan atau gambar pada dinding bagi mewujudkan suasan harmoni. Fikirkan rona cerah, landskap segar dan natural.
- TUKAR FUNGSI PERABOT
Anda boleh menukar fungsi asal perabot bagi menampakkan ia sebagai idea baru dan unik. Sebagai contoh, anda tukarkan kegunaan rak buku kepada rak tuala dan tempatkan ia di bilik air.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Cuci Kipas Siling Mudah Dan Praktikal
Perasan tak? Bila kita menggunakan kipas siling di rumah, mesti kita akan rasa panas jugak. Seolah-olah kipas tu tak dibuka pun. Tapi, level kelajuan kipas tu dah maksimum. Mula lah kita hairan, kenapa jadi macam itu. Rupa-rupanya, bila kita periksa kipas tersebut, penuh dengan habuk dan debu yang tebal. Sebab apa boleh jadi ada banyak habuk dan debu tebal? Mungkin tiada masa untuk cuci atau malas nak cuci. Jadi, anda jangan risau. Kini, saya akan menunjukkan satu cara untuk cuci yang mampu membersihkan kipas siling itu, sebersih-bersihnya seperti baru beli.
Cara yang akan saya terangkan ini adalah cara cuci yang dapat membersihkan kipas tanpa menyebabkan lantai kotor dengan habuk dan debu. Langkah pertama adalah, ambil sarung bantal yang tidak digunakan dan sediakan satu botol semburan yang mengandungi cuka. Untuk membuat semburan cuka tersebut, anda perlulah bancuhkan 2 sudu besar cuka dengan sedikit air di dalamnya dan masukkan ke dalam botol semburan. Jika tidak ada cuka, boleh juga menggunakan sabun pencuci yang lain. Baik mari kita sambung. Selepas sudah siap semburan cuka, ambil semburan tersebut dan semburkan di seluruh sarung bantal.
Selepas sudah semburkan di sarung bantal, ambil sarung bantal itu dan tutup setiap bilah kipas siling di rumah anda. Apabila dah sarung, waktu ini lah anda kesatkan habuk-habuk di bilah kipas tersebut dan lakukannya berulang kali sehingga anda berpuas hati. Dengan cara ini, dapat mengelakkan habuk-habuk dari kipas itu, jatuh ke lantai.
Jadi, bagaimana? Adakah anda berpuas hati dengan cara ini? Boleh kongsikan kepada rakan-rakan anda tentang tips mudah ini.
Sumber: Sirap Limau (https://siraplimau.com/cara-bersihkan-kipas-siling/
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Tiada Bajet Untuk Pasang Lantai ‘Vinly’, Gunakan Tikar Getah Ini Sebagai Penyelamat, Lebih Jimat!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip Beli Peti Sejuk Baru, Ini Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu
Jika anda sedang berkira-kira untuk membeli peti sejuk baharu ataupun baru pertama kali ingin membeli untuk rumah anda, mungkin terdapat sedikit kebingungan di mana nak mula mencari. Maklumlah peti sejuk bukan macam baju, boleh nak cuba-cuba dulu.
Kalau tersalah beli saiz baju boleh tukar, tapi kalau salah beli peti ais? Jadi terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum anda mula membuat pilihan. Lihat list yang IMPIANA senaraikan bagi memudahkan panda. Selamat mendeko!
KENALI PERBEZAAN PETI SEJUK BERDIRI DENGAN PETI SEJUK BUILT-IN
Kebiasannya kita lihat peti sejuk berdiri digunakan di kebanyakan rumah di negara ini tetapi tahukah anda terdapat juga peti sejuk jenis built-in yang dibina mengikut citarasa dengan saiz yang anda inginkan. Jadi, adalah penting untuk mengetahui perbezaan antara kedua-duanya sebelum anda mula membeli-belah, terutamanya jika anda masih lagi tidak pasti tentang jenis peti sejuk yang diingini.
Peti sejuk berdiri bebas dan mudah untuk dipasang kerana ia hanya perlu kan ruang yang cukup dan soket untuk berfungsi. Lain pula untuk peti sejuk built-in, ia dibina terus ke ruangan kabinet dan boleh dipadankan bersama keseluruhan dapur anda. Anda juga boleh binakan peti sejuk jenis built-in ini dengan seluas luasnya jika anda mahu.
PILIHAN ORIENTASI PETI SEJUK
Adakah anda mahukan peti sejuk jenis menegak, peti sejuk beku di bahagian atas atau bawah? ataupun peti sejuk jenis melintang, peti sejuk sebelah menyebelah? Apapun pilihannya, pastikan anda telah mengambil kira tentang cara penggunaan yang akan mempengaruhi pergerakan bagi memudahkan aktiviti di dapur.
CIRI-CIRI YANG SESUAI DENGAN KEGUNAAN ANDA
Sila lihat balik di dalam peti sejuk anda ada sekarang dan fikirkan tentang semua perkara yang anda suka tentangnya, atau apa yang anda ingin ubah dan tambah. Buatkan satu checklist agar mudah anda lihat antara keperluan dan keinginan. Jangan terlalu ghairah memilih sampaikan fungsi yang tidak relevan pun anda mahu. Membazir namanya tu..
UKURAN YANG TEPAT
Sama ada anda sedar atau tidak, peti sejuk memang akan mengambil ruang yang banyak di dapur. Memang sesetengan kediaman telah menyediakan ruang khas untuk peti sejuk tetapi anda juga perlu ,mengambil kira ruang pada belakang peti sejuk untuknya “bernafas” dengan lancar. Jadi seelum pergi membeli, pastikan anda telah siap-siap mengambil ukuran ruang dan untuk lebih selamat biarkan ruang besar sedikit daripada saiz peti sejuk yang dibeli.
KECEKAPAN TENAGA PETI SEJUK
Kebanyakan produk elektrik sekarang adalah lebih efisien dan mesra alam berbanding barangan yang dikeluarkan sepuluh tahun yang lalu. Jadi adalah lebih mudah untuk anda memilik peti sejuk baru yang menjimatkan tenaga dan bil elektrik anda. Di samping itu, penggunaan peti sejuk yang berteknologi hijau juga dapat membantu kita menyelamatkan bumi dari tercemar.
Kredit foto (top image): Pexels
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI