Dapur adalah antara ruang yang paling mudah dan banyak menjadi tempat pembiakkan bakteria. Bakteria ini pula boleh menyebabkan masalah atau mengundang penyakit kepada kesihatan seperti cirit-birit. Jadi, salah satu cara untuk memastikan dapur sentiasa bersih dan terhindar dari bakteria, ia perlu dalam keadaan kemas dan tersusun.
Untuk memastikan dapur anda sentiasa kemas dan tersusun, sudah pasti ruang penyimpanan atau rak untuk menyusun barang perlu disediakan. Tak semestinya untuk dapur yang tersusun dan kemas perlukan belanja yang besar seperti menyediakan kabinet, rak ringkas sudah memadai. Seperti yang dilakukan oleh corleone Chong. Hanya dengan bermodalkan kurang dari RM 100, sebuah rak beserta conter top berjaya dibina. Berikut, antara barang-barang yang diperlukan:
Bahan-bahan:
3 batang besi angle slotted (10 kaki panjang) (RM 15/batang)
30 biji Nut (RM 0.30/sebiji)
4 biji bracket (RM 0.50/sebiji)
4 keping tapak getah (RM 1/unit)
6 biji bakul (2.12/biji)
Counter top guna dari meja terpakai
Ads
Cara-cara:
1. Potong besi angle sloted mengikut saiz yang telah ditetapkan. Untuk lebih mudah, bawa ukuran ke ekdai dan upah mereka untuk buat pemotongan
Ads
2. Pasangkan kerangka besi angle slotted yang telah siap dipotong menggunakan nut
Ads
3. Untuk cantumkan bahagian counter top pada kerangka angle slotted, gunakan bracket
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tanggungjawab memastikan kediaman sentiasa bersih dan bebas habuk bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Jika tidak dilakukan dengan kerap, persekitaran di rumah boleh menjadi tidak sihat dan mungkin juga mendatangkan kemudaratan untuk kesihatan isi rumah lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengidap asthma. Antara kawasan yang paling senang habuk berkumpul adalah pada bilah-bilah kipas. Tak kira lah kipas siling mahupun kipas berdiri, semua bilah dan celah celah jaring penutup pasti akan dipenuhi habuk jika kita tak bersihkan dengan konsisten. Semakin dibiar, semakin banyaklah habuk yang akan terkumpul. Jadi dalam perkongsian kali ini, pemilik akaun fb Puan Alosnida Musa ada memberikan tips bagaimana nak elakkan kipas daripada cepat habuk dengan menggunakan campuran air bersama DUA bahan yang amat murah dan mudah didapati. Selamat mencuba!
Caranya:
1. Bersihkan dan buang semua habuk pada bilah dan jaring kipas seperti biasa.
2. Campurkan pelembut pakaian, cuka dan airkedalam bekas kosong yang lain. Nisbah campuran ialah 1:1:1 untuk setiap bahan.
3. Kacau sebati kesemua bahan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol spray yang bersih supaya lebih mudah untuk digunakan.
4. Semburkan campuran tersebut pada permukaan bilah dan jaring kipas sehingga rata.
5. Biarkan cecair pada kipas selama 5 minit sebelum di lap dengan kain yang lembap.
6. Kemudian keringkan kipas yang telah di lap tadi dan kipas sudah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat.
7. Ulangi semula langkah-langkah diatas antara 2 atau 3 bulan sekali. Semoga berjaya!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Musim dah mula panas berdenting ni, Air cond memang kerap terpasang sahaja lah tak kira siang mahupun malam. Kalau hari-hari dihidupkan air-cond tu maunya hujung bulan bil elektrik sampai mulut tercengang tengok harganya yang melambung. Oleh itu, anda perlu bijak menggunakan air-cond di waktu panas ni. Berikut antara tip yang di berikan oleh TNB untuk menjimatkan penggunan elektrik ketika menggunakan air-cond:
1. Tetapkan penggunaan suhu air-cond antara 23-25 darjah celsius ahaja
2. Selenggara bahagian penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin.
3. Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi padatahap optimum.
4. Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.
5. Pada waktu malam, buka kipas dan tetapkan masa penghawa dingin untuk ditutup. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam penghawa dingin dipasang. Tambahan, penggunaan kipas adalah lebih murah dan membantu pengedaran udara di dalam bilik.Pengguna juga diingatkan agar menggantikan penghawa dingin yang berusia lebih 10 tahun kerana unit-unit tersebut tidak lagi cekap setelah bertahun-tahun digunakan.
6. Bagi mereka yang ingin membeli penghawa dingin baharu, adalah dicadangkan supaya memilih penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana lebih banyak bintang bermaksud peralatan tersebut lebih cekap berfungsi.
7. Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerapa penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kita cenderung berfikir bahawa kerja pembersihan itu agak merumitkan. Namun, realitinya, ia boleh menjadi cepat dan mudah, apabila anda merancang dengan betul dan mempunyai alat yang bersesuaian untuk melaksanakannya. Berikut adalah 5 petua atau tip mudah untuk anda bermula:
#1 Bermula dengan membuat perancangan: Tandakan kawasan yang perlu diberi tumpuan, dan periksa sama ada anda memerlukan bantuan luaran. Anda tidak perlu membersihkan keseluruhan rumah anda dalam satu masa. Sekiranya anda harus melakukannya, bahagikan ia sekurang-kurangnya kepada dua hari atau dua minggu. Ini bukan sahaja membuat tugasan membersih lebih mudah diurus, anda juga tidak akan bosan atau terlalu letih pada akhirnya.
#2 Periksa sama ada anda alat anda betul-betul sebelum anda menggunakannya: Dalam setiap tugas yang kita uruskan dalam kehidupan harian, memilih dan menggunakan peralatan yang sesuai adalah sangat mustahak. Beberapa peralatan yang sering ditemui di kediaman kita tidak semuanya digunakan untuk melakukan pembersihan. Adakah anda bertanya peralatan seperti apa?
Sepeti produk Pelbagai Guna WD-40®, yang mana ia sangat bagus untuk menghapuskan minyak, gris, kotoran, dan kesan degil melekit. Apabila menggunakan produk ini, ia juga melindungi logam daripada karat dan hakisan. Bayangkan pagar dan gril. Ia juga amat berkesan dalam membantu menanggalkan pelekat lama, menyingkir bahan lekatan yang ketat pada pita, label dan pelekat dengan mudah.
#3 Bersihkan dari atas ke bawah: Fikirkan mengenai graviti dan bagaimana habuk yang bergerak-gerak. Oleh itu, ia perlu dimulakan dari permukaan yang lebih tinggi- lekapan ringan, kipas, penghawa dingin, langsir dan tingkap, dan gerakkan ke bawah. Ini bermaksud akhir sekali baru bersihkan lantai anda.
#4 Tidak perlu ada rasa sayang: Tanpa menyedarinya, kita sering menyimpan barang-barang yang sebenarnya tidak begitu diperlukan dan barangan itu bertimbun dan bertindih. Oleh itu, sebelum tahun baru bermula, tanya diri anda adakah anda masih menggunakan barangan tersebut dalam tempoh setahun lalu. Jika jawapannya tidak, maka sudah tiba masanya untuk anda membuangnya. Sekiranya anda mempunyai banyak barangan seperti itu, anda juga boleh membuat jualan garaj bagi menukarkan barangan yang tidak diperlukan itu kepada wang.
#5 Ceriakan diri anda: Pembersihan boleh menjadi tugas yang sangat memuaskan dan menyeronokkan. Tetapi jika anda tidak biasa menikmati proses pembersihan atau anda cepat jadi bosan, hidupkan semula suasana yang mengembirakan seperti memainkan lagu-lagu kegemaran anda. Dengan semua perkara ini, yang memberi perbezaan adalah sikap. Oleh itu, ia adalah perkara yang amat baik apabila anda dapat melakukan kerja pembersihan dengan rasa seronok, dan anda cenderung untuk melakukannya dengan lebih kerap, atau lebih bagus.
Diharap dengan 5 petua atau tip ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah yang rumit dan mungkin merunsingkan anda selama ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.