Profil Taman
Pemilik: Azri bin Haji Azmi & Dr. Zuhrah binti Zakaria Kediaman : Teres unit hujung Lokasi: Jalan Damai Puspa 8, Alam Damai, Cheras. Keluasan Taman: 1200 kps.
Tidak menyangka pemilik taman yang kemas tersusun ini pada mulanya sukar menerima hobi bertaman sebagai sesuatu yang menarik. Setiap perincian di dalam tamannya yang mempunyai pelbagai elemen reka bentuk pada pandangan penulis langsung tidak mencerminkan bahawa beliau sebelum ini kurang berminat dengan alam.
Azri mengakui sejak dari awal beliau tidak pernah mempunyai hati untuk bertaman. Langsung tidak berminat. Hanya pasangannya, Dr. Zuhrah binti Zakaria yang memasang impian memiliki taman herba di sebahagian halaman ketika mula mendiami kediaman ini. Namun, oleh sebab kekangan masa dengan jadual yang sentiasa terisi, taman herba mulai kurang dikunjungi dan ketika inilah kecintaan isterinya itu kepada taman mulai ‘berjangkit’ kepadanya.
Sebelum memiliki taman yang dipenuhi koleksi Bromeliad, laman telah di jadikan ruang untuk bereksperimen dengan pelbagai konsep oleh pemilik. Menurutnya kos penanaman rumput menggunakan khidmat kontraktor lebih mahal berbanding melakukannya sendiri. Pemilik hanya mengeluarkan modal sekurang-kurangnya RM300 untuk penanaman rumput. Pengubahsuaian dilakukan sendiri dan berskala kecil, sebahagian besar ruang sedia ada dikekalkan. Oleh kerana sering mengubah wajah tamannya, keadaan tanah asal telah mulai serasi dengan tanaman. Jadi, tiada perubahan ketara dilakukan kepada struktur tanah.
IKLAN
Hanya sebahagian kecil kawasan berumput dibuang bagi peletakan paving. Manakala bahagian meletakkan kenderaan diratakan supaya mempunyai aras sekata yang sebelum ini sedikit mendaki. Secara tidak langsung bahagian laman menjadi sedikit tinggi, lalu pemilik mencipta anak tangga menuju ke laman. Dengan panduan anak tangga ini tetamu secara refleks akan melangkahkan kaki menuju ke tamannya.
Oleh sebab reka bentuk taman terdahulu lapang dan terbuka, pemilik ingin mengubah wajah taman menjadi lebih dingin dan tenang. Pengubahsuaian bahagian belakang dimulakan terlebih dahulu dengan peletakan batu pemijak pebble wash berwarna kuning dan kelabu bersaiz 1 kaki x 2 kaki. Bahagian sekitarnya dimasukkan batu kerikil lebih besar menghasilkan lantai taman yang lebih variasi selain daripada permukaan rumput.
Ruang santai dikemasi jubin lantai dibina bersebelahan taman belakang. Dengan sedikit meninggi berserta anak tangga untuk membezakan fungsinya, ruang ini dibentuk bersetentang dapur kering memberikan kesinambungan dalam dan luar untuk ahli keluarga pemilik menikmati minum petang dan sebagainya. Manakala di bahagian hadapan, paving berbentuk bulat dibina sendiri oleh pemilik menggunakan kaedah DIY yang mudah dan ringkas.
IKLAN
IKLAN
Langkah-langkah membina paving bulat gaya Azri Hj Azmi
Biarpun baru sahaja memulakan minat bertaman, Azri Hj Azmi memiliki kepakaran dan bakat terpendam. Beliau mampu menghasilkan pavingDIY yang menarik tetapi mudah dilakukan. Ayuh ikuti langkah pembinaan yang dilakukan sendiri oleh Azri bagi menonjolkan ruang santai bahagian paling hadapan laman.
1. Ratakan permukaan tanah dan letakkan lapisan pasir kemudian ratakan sekali lagi. Lakarkan bentuk paving yang didingini dan tandakan menggunakan kayu. Seterusnya susun batu berbentuk segimpat berwarna hitam mengikut corak yang diingini. Tekankan kepada permukaan supaya ia tidak mudah bergerak. Warna hitam dipilih sebagai border paving.
2. Kemudian susun lapisan kedua batu berwarna putih. Susun kemas mengikut bentuk bulat.
3. Seterusnya, susun batu putih sehingga memenuhi keseluruhan bentuk paving yang dipilih tadi.
4. Langkah seterusnya taburkan batu kerikil di celah-celah paving dan di luar batu border. Padatkan
Kaedah pertanian moden yang menuai banyak faedah untuk diri sendiri dan persekitaran
Pelaksanaan PKP buat kali ketiga ini mungkin sedikit berbeza dengan waktu pelaksanaan yang pertama pada bulan Mac 2020 dimana kini, ramai dikalangan kita telah mampu menyesuaikan diri dengan norma baharu. Kita telah menguruskan gaya hidup untuk realiti yang kian berbeza sambil mempelajari kemahiran yang baru untuk mengisi masa lapang. Ramai diantara rakyat Malaysia telah membiasakan diri dengan bekerja di rumah, hanya ke pejabat ikut giliran atau apabila diperlukan. Ini membenarkan kita untuk meluangkan lebih masa di rumah untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang digemari seperti bersenam. Untuk yang mementingkan kesihatan pemakanan, mereka mengambil peluang ini untuk meningkatkan kemahiran memasak bagi menjamin kesihatan sambil menjimatkan kos kehidupan. Sepanjang tempoh PKP/PKPB, kita dapat melihat kemerosotan pengimportan sayur-sayuran segar akibat sekatan perjalanan yang dikuatkuasakan di seluruh Malaysia. Sekatan ini menyebabkan kelewatan penerimaan sayur-sayuran segar oleh para peniaga runcit justeru mengemukakan persoalan tahap kesegaran sayur-sayuran yang kita peroleh untuk masakan harian.
Oleh sebab yang demikian dan juga kerana ramai yang makin mementingkan gaya hidup yang lestari dan lebih sihat, sebilangan rakyat Malaysia kini giat memulakan perkebunan akuaponik – suatu kaedah pertanian yang semakin popular di negara kita. Kaedah akuaponik telah berkembang menjadi sesuatu yang popular di kalangan rakyat tempatan kerana ia membolehkan kita menikmati sayur-sayuran yang segar hasil tanaman di halaman rumah sendiri!
Apa itu pertanian akuaponik dan bagaimana ia berfungsi?
Kadang-kadang dikelirukan dengan hidroponik, akuaponik adalah cara pertanian yang revolusioner dengan menggunakan sumber daya minimum untuk menghasilkan tanaman dan sayur-sayuran yang terbaik. Ia merupakan kaedah pertanian yang menggabungkan akuakultur menggunakan ikan dan hidroponik di mana hasilnya ditanam tanpa tanah. Ekosistem perkebunan tanpa tanah ini memberi tumpuan kepada pemberian makanan kepada ikan lalu membiarkan hasil buangan mereka memainkan peranan. Setelah ikan-ikan ini menghasilkan sisa-sisa mereka, sisa-sisa yang berkhasiat ini akan disaring dan diubah menjadi pemakanan tanaman yang kemudiannya disalurkan melalui saluran paip ke dalam biji-biji benih agar dapat tumbuh dengan sebaiknya.
Bagaimana cara memulakan pertanian akuaponik?
Keperluan utama yang harus ada untuk memulakan pertanian akuaponik adalah ikan, ruang untuk membina ladang anda, dan penapis air. Menurut Dr. Richard Ng, seorang petani akuaponik yang juga pengasas Farm2Fork – penyedia perkakasan akuaponik untuk beberapa ladang – keseimbangan ekologi memainkan peranan besar dalam kejayaan ladang akuaponik. Beberapa faktor yang menyumbang kepada perkembangan ladang termasuk nisbah ikan ke air, spesies ikan yang diternak (Dr. Richard mengesyorkan Tilapia untuk mereka yang baru bermula) dan suhu ladang.
Dr. Richard Ng memeriksa menara sayurnya di ladang Akuaponik
“Terdapat begitu banyak faktor yang perlu dipertimbangkan kerana faktor-faktor ini perlu saling melengkapi dan seimbang untuk membuahkan hasil yang signifikan. Penapis air yang kita gunakan juga mampu mendatangkan perbezaan. Tanpa sistem penapisan yang betul, peredaran yang berlaku antara air, tanaman dan ikan tidak akan berfungsi dengan baik,” kata Dr Richard.
Setelah lima tahun berusaha untuk memperbaiki catatan prosesnya, Dr. Richard akhirnya menemui komponen yang tepat untuk memastikan ekosistem yang seimbang bagi memastikan hasil yang terbaik. Sebagai contoh, setelah melakukan beberapa kajian dan eksperimen, Dr. Richard mendapati bahawa ketika menggunakan sistem penapisan air Waterco Malaysia, ia dapat mempercepatkan proses tanpa mempengaruhi ekologi sistem dan ia juga tidak menyebabkan kerosakan iklim malah menjimatkan perbelanjaan secara keseluruhan. Waterco Malaysia, penyedia penyelesaian sehenti yang terkemuka untuk persekitaran air yang selamat dan sihat, juga merupakan satu-satunya syarikat penapisan yang dianugerahkan pensijilan Climate Certified dari Australia. Kini, Dr. Richard dan Waterco telah banyak bekerjasama untuk membantu industri akuaponik.
Ladang Akuaponik Dr. Richard Ng dengan sistem penapisan air yang dipasang oleh Waterco Malaysia
“Apa yang perlu diketahui adalah kepentingan penggunaan produk/peralatan yang mesra alam dan pada masa yang sama tidak menambahkan kos berlebihan. Idea utama pertanian akuaponik adalah manfaat persekitaran dan sosial bagi masyarakat. Kami berpegang pada etos itu untuk terus kekal mampan.”
Walaupun pelaburan keseluruhannya kelihatan besar pada awalnya, ada banyak sebab mengapa pulangan dari pelaburan ini bermanfaat bukan hanya untuk kesihatan tetapi juga untuk persekitaran kita.
1. Hasil tanaman yang dimakan membawa lebih banyak faedah kesihatan
Akuaponik merupakan kaedah pertanian tanpa tanah yang tidak menggunakan racun perosak atau baja kimia. Pertanian akuaponik bergantung pada ikan dan putaran ekosistem. Ini bermaksud racun perosak dan baja kimia tidak sesuai untuk kaedah pertanian ini kerana ia akan membahayakan ikan lalu mempengaruhi ekosistem secara negatif. Kaedah ini boleh dikatakan 100% selamat kerana ia hanya memanfaatkan sisa ikan yang dihasilkan daripada pemakanan berkualiti. Walaupun tidak
menggunakan bahan kimia, hasil tanaman akuaponik dapat tumbuh dengan cantik dalam masa 30 hari dari segi rupa, saiz dan citarasa. Sekiranya anda rasa anda tahu bagaimana rasa keenakan sayur-sayuran, anda pasti terkejut dengan kesegaran sayur-sayuran hasil akuaponik yang tidak tertanding!
Penumbuhan anak benih sayur di ladang akuaponik
2. Mudah dijaga
Pertanian akuaponik sesuai untuk semua! Bukan seperti pertanian tradisional, tanaman akuaponik tidak memerlukan siraman air secara konsisten dan kerana ia tidak menggunakan tanah, anda tidak perlu mencabut rumpai. Bagi pertanian akuaponik, anda tidak perlu risaukan kekerapan siraman air atau keperluan tanah.
“Setelah beberapa kegagalan yang diharungi, saya telah dapat mengenal pasti bahawa kegagalan dalam pertanian jenis ini selalunya diakibatkan kurangnya pengetahuan tentang asas pertanian, seperti keluasan ladang dan jumlah ikan yang diperlukan. Semua ini memainkan peranan besar dalam mengembangkan ladang akuaponik yang berjaya dan mampan,” tegas Dr. Richard.
“Asalkan anda memahami sains di sebalik akuaponik, penjagaannya pasti tidak akan menjadi masalah.”
Jumlah ikan yang sesuai digunakan mengikut ukuran tangki yang tepat memainkan peranan penting dalam pertanian Akuaponik.
3. Menjimatkan ruang tanah
Salah satu daripada banyak masalah yang dihadapi dalam pertanian tradisional adalah keperluan tanah yang besar untuk mengusahakan tanaman. Walaupun Malaysia bernasib baik kerana mempunyai banyak tanah yang luas untuk pertanian, tidak semua lokasi sesuai dijadikan kebun lagi-lagilah dengan perubahan iklim yang berterusan. Kaedah pertanian akuaponik yang tidak memerlukan tanah membolehkan sesiapa sahaja memulakan usaha pertanian di halaman rumah mereka! Bagi mereka yang ingin mengkomersialkan hasil tanaman, ruang yang lebih besar akan diperlukan dan untuk tujuan ini, bangunan terbengkalai juga boleh digunakan. Ini bermaksud kita tidak perlu menubuhkan ruang yang khusus buat pertanian jenis ini kerana penggunaan ruang yang sedia ada sudah mencukupi!
Ladang Akuaponik di belakang rumah.
4. Menyelamatkan perairan kita
Selain dapat memanfaatkan ruang yang ada, kebaikan akuaponik adalah ia satu kaedah pertanian yang menggunakan air yang sedikit namun tetap menghasilkan tanaman yang sama dengan pertanian tradisional yang memerlukan air berjumlah besar sepanjang hari. Bukan hanya itu, jika ladang pertanian tradisional terletak berhampiran sumber air (misalnya tasik), baja yang digunakan mungkin akan meresap ke sumber air yang berdekatan lalu mendatangkan kemudaratan akibat racun yang wujud dalam baja kimia tersebut. Bahan pencemar ini tidak hanya akan mempengaruhi sumber air bagi penduduk yang bergantung padanya untuk memasak dan mandi, ia juga boleh menjejaskan hidupan akuatik.
Akuaponik menggunakan 10% air berbanding dengan pertanian tradisional kerana nutrien air dikitar semula dalam proses gelung tertutup. Pembaziran tambahan tidak akan wujud kerana ekosistem ini bergantung pada kitaran air yang akan terus berulang. Dengan perubahan iklim yang dihadapi seluruh dunia, ianya amat penting untuk mengitar semula sumber yang diperlukan.
Paip air yang terpasang dari atas akan mengalir ke tanam-tanaman
Ini hanyalah beberapa faedah utama pertanian akuaponik dimana ia boleh dijadikan penyelesaian kesihatan untuk memperoleh sayur-sayuran segar untuk dinikmati sekeluarga. Ia mudah untuk dikendalikan dan sememangnya mesra alam! Dengan PKP3.0 yang kini masih berterusan, anda boleh memulakan pertanian akuaponik sebagai salah satu projek baru yang anda boleh usahakan di rumah!
Stepping stone atau batu pemijak adalah aksesori lantai laman untuk tujuan laluan. Ia penting sebagai pilihan untuk memastikan rumput yang terhampar tidak rosak apabila dipijak disamping menambah tekstur dan pattern pada lantai laman. Namun, harganya di pasaran boleh tahan mahal juga. Sekeping RM 10-15. Nak pakai bukan sekeping 2 pula tu.
Salah seorang admin kelab kaki dekor En. Asrul Achoi berkongsi DIY stepping stone yang sangat mudah, jimat masa, dan jauh lebih murah
BAHAN-BAHAN:
?Pebble wash harga dalam Rm23.00
?semen biasa sekampit 50kg baru Rm 13.00.
?jaring besi saya dah lupa berapa harga semeter..tapi bawah Rm 10.00.
?kalau setengah ela pasir sungai tu lebih kurang rm30.00.
?Gam kraf
?Berus cat 1 inci lebar
?besen empat segi
CARA-CARA:
1. sapukan keseluruhan gam dilantai bekas biru berkenaan. Kemudian tabur batu. Pastikan batu yang ditabur rapat
2. Lebihan batu dikeluarkan balik dari besen. Kemudian dijemur sehingga gam kering dan pastikan ibatu melekat pada permukaan besen
3. Untuk kerja2 semen.
➡️sediakan baldi…masukkan semen…pasir kasar..kalau nak tambah batu kelikir pon boleh.kemudian kacau adunan sehingga sebati dan likat.
➡️proses ini kena lebihkan semen…supaya batu pebble wash akan lebih grip pada semen apabila siap nanti.(lebih tahan)5. Tuangkan semen kedalam bekas.masukkan jaring 6. ayak sedikit…untuk ratakan semen..automatik akan terlevel dengan sendirinya apabila diayak. untuk ukur ketebalan..ambik lidi..kemudian cucuk kedalam bekas yang dituang semen tadi..ketebalan standart 2inci atau lebih..ikut kepada tuan2 dan puan2.
7. 24jam kemudian..telangkopkan bekas biru…hentak2 sedikit..secara sendirinya…semen itu akan tertanggal..sebab..gam tak terlalu kuat lekat pada bekas plastik tersebut.8. jerangkan air panas..kemudian tuang diatas permukaan batu pebble wash tersebut. Tujuan untuk kembangkan gam itu kembali.9. ambil berus dawai..kemudian berus dipermukaan batu tersebut untuk membuang gam yang terlekat tadi.10. Cuci dengan sabun untuk lebih bersih 11. tunggu sehingga kering..kemudian sapukan syalek batu untuk menaikkan warna batu tersebut.siap.
Moga memberi mamfaat kepada kawan2 disini
Yap Cheng Hock atau lebih dikenali sebagai Sunny Yap memang sudah dikenali bagi peminat taman gaya Bali Kontemporari kerana dia merupakan seorang pereka landskap dan pemilik tapak semaian Soon Lee Landscape di Sungai Buloh yang sering menjadikan konsep popular ini asas dalam reka bentuk tamannya.
Tidak mempunyai pendidikan khas dalam menghasilkan reka bentuk taman tidak membatas Sunny untuk mendapatkan ilmu ini secara berperingkat melalui pemerhatian dan pengalaman. Lebih meminati konsep taman yang kemas dan kurang penyelenggaraan, gabungan konsep Bali dan moden kontemporari ini berjaya diserlahkan dalam rekaan tamannya.
Berkongsi prinsipnya dalam mereka bentuk taman, Sunny berkata “Saya gemar pada taman yang direka tidak terlalu padat tetapi pada masa yang sama menonjolkan elemen-elemen penting taman tropika seperti kehijauan, batuan, air dan kayu. Penekanan kepada taman yang kurang penyelenggaraan dipilih supaya tujuan utama untuk mewujudkan taman tidak tersasar. Oleh itu bagi mewujudkan ‘roh’ Balinese, saya cuba bawakan kayu berukir dan arca. Manakala gaya kontemporari dikhususkan kepada pemilihan kemasan dan elemen hardscape.”
Mengenali Sunny Yap sejak tiga tahun lalu serta telah banyak kerja tangan yang dihasilkan dilihat menonjolkan cita rasa Sunny yang gemar kepada kesederhanaan. Jika dilihat pada penataan ruang hadapan kediaman ini, Sunny hanya menempatkan beberapa batang palma, bambu dan tumbuhan epifit sebagai elemen softscape. Kesederhanaan ini tidak kelihatan membosankan kerana ia diadun serasi bersama panel dinding berukir bagi mengalihkan pandangan supaya lebih tertumpu kepada kemasan dinding ini.
Kemasan dari Thailand ini tidak menyebabkan keseluruhan taman kelihatan padat dan sesak kerana ia hanya lah sebahagian kecil daripada keseluruhan reka bentuk taman.
Elemen yang ingin ditekankan di dalam taman ini adalah ruang lantai yang menampakkan hampir keseluruhannya ditutupi kepingan konkrit bersaiz 2 kaki x 2 kaki dan batu kerikil saiz sederhana yang di susun di antaranya. Menurut Sunny, tujuan pemilihan turapan kepingan konkrit ini adalah untuk mengurangkan penyenggaraan serta menampilkan taman dalam bentuk yang lebih kemas dan teratur.
Beralih kepada prinsip-prinsip reka bentuk yang digunakan oleh Sunny, pergerakan atau sequence di dalam taman ini ditonjolkan melalui pengulangan warna dinding serta pengulangan material simen dan batu kerikil pada lantai. Secara kasarnya, ruang hadapan yang majoritinya dipelopori oleh warna kelabu pada hardscape kelihatan sedikit monotoni, tetapi jika diteliti ia sebenarnya bertujuan menyatakan kesatuan komposisi ruang sisi dan menguatkan sense of order yang diwujudkan pemilik merangkap pereka ini.
Ruang belakang pula dilengkapi elemen air bersama kolam ikan hiasan, pelantar kayu serta meja makan yang disusun kemas, keselesaan berada di ruang ini dirasakan di tahap optimum dengan reka letak simetri yang dipamerkan. Selain daripada itu, seleksi tanaman yang kekal sederhana juga menyebabkan komposisi tiga dimensi dari sisi, hadapan dan bawah ruangan ini terasa seimbang dan menenangkan.
Sekali lagi Sunny menekankan objektif dia dalam menghasilkan taman ini adalah untuk mengelakkan kerja-kerja penyenggaraan yang sukar dan terlalu rapi. Menurutnya, “ Dari segi pemilihan tanaman sehingga lah kepada jenis kolam yang ingin dibina, saya akan memastikan ia tidak memerlukan penyenggaraan kerap. Ini kerana, taman yang terlalu banyak elemen boleh menyebabkan kos penyelenggaraan menjadi lebih tinggi berbanding kos pembinaan taman. Jadi, bagi mengelakkan taman terabai lebih baik saya menumpukan kepada penggunaan ruang dan kekemasan semasa mereka bentuk taman ini.”
Keutamaan dalam reka bentuk taman ini secara keseluruhannya tidak tertumpu kepada menghasilkan elemen ganjil atau kontras untuk menarik perhatian. Penekanan atau fokus ditonjolkan melalui penyatuan keseluruhan kawasan taman ini menggunakan kaedah pengulangan warna dan garis lurus pada dinding serta lantai, elemen-elemen kecil serta ruang-ruang yang dibentuk. Sense of order dapat dirasai dari awal berada di bahagian hadapan sehingga ke hujung taman.
Sunny sempat berkongsi rasa mengenai tamannya. Katanya, “Taman saya bukanlah sebuah hasil seni yang menakjubkan, tetapi cukup lah ia menjadi sebuah ruang yang mudah difahami dan dirasai keselesaannya”. Ringkas dan padat, ucapannya itu menjadi inspirasi untuk penulis dan mungkin juga pembaca semua untuk diaplikasikan kepada taman yang akan dibina kelak.
Pada setiap ruang bahagian rumah ada fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ruangan peribadi di bilik tidur yang merupakan tempat privasi bagi suami...