Ramai geng dekor IMPIANA lihat berjaya DIY kabinet dapur walaupun tak ada asas yang tinggi dalam pertukangan. Terbaru, IMPIANA lihat EN. Azman Man berjaya menghasilkan kabinet dapurnya sendiri dengan kos RM 2K. Nak tahu, cara dan perkakas yang diperlukan, boleh baca perkongsian EN. Man
Masa nak buat 50/50 yakin dengan tak yakin jadi. Isteri nak kabinet design macam dia tengok dekat swiss masa bercuti, semua laci kat dalam nampak simple. Tanya kedai harga memang agak tinggi sehingga 5 angka. Beranikan diri buat sendiri. Pergi Ikea tengok sample kabinet dan tiru sikit-sikit. Alhamdulilah siap walaupun hampir sebulan nak siapkan. Almaklumlah buat sorang. Kos beli barang kasar dalam RM1600 + barang2 kecik2 saya agak dalam 2k siap semua. Siap kabinet bawah, kabinet atas dan kabinet peti ais.
Barang-barang yang diperlukan
Saya guna base plywood 18mm – 2 keping RM180
laci, kabinet atas dan kabinet peti ais sy guna chipboard( harga 95/pcs + siap potong RM25) guna 5pcs chipboard saiz 6×8 kaki).. ukur saiz yang kita nak & kilang potong, balik skrew je
table top beli kat hardware 12×2 kaki ( RM280 )
Semua pintu kabinet sy guna Arcylic 1mm
RM 60/pcs ( Guna 6 pcs / 4×6 kaki )
Sticker white glitter untuk pintu juga RM200 ( 10 meter )
Itu je kos yang besar yang lain-lain harga murah-murah je ( saya tak kira berapa ? ) Ada lebih chipbord sikit saya buat table bar untuk duduk berdua. Klu ada kamahiran sikit, pandai ukur saiz yang tepat, ada masa dan keberanian, insyaAllah boleh buat. Harga dapat jimat banyak kalau boleh buat sendiri..
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Air dekat stop cork meleleh je. Itu mungkin tanda getah di dalam stop cork dah rosak. Macam mana pula kalau pemulas patah? Tapi, macam mana nak tuka? perlu ke panggil kontraktor semata-mata nak tukar getah stop cork atau ganti yang baru?
Ijoy Rudies berkongsi cara untuk tukar stop cork di chenal Youtube. Mudah je rupanya. Jom kita lihat video yang disediakan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Keinginan untuk memiliki rumah pasti semua ada bukan? Tetapi 1001 persoalan bermain diminda, ditambah pula dengan situasi masa kini. Hilang pekerjaan, hilang punca pencarian dan banyak lagi yang berlaku di luar sana. IMPIANA tahu apa yang anda lalui dan hadapi, tetapi kami tahu yang anda kuat semangat dan rezeki ada di mana sahaja kalau kita ada kemahuan, Inshaa Allah. Begitu juga dengan kisah kali ini, ingin milik rumah tapi masih ada tanda tanya bukan? IMPIANA rungkaikan kali ini.
Kali ini pilihan rumah dengan hub Homebuying Myra semuanya selesai. Konsep dan inovasi baru ini diatur untuk mengubah masa kini yang membosankan dan rumit dengan perjalanan membeli rumah lebih mudah.
Selama bertahun-tahun, industri harta tanah tidak menunjukkan perubahan ketara terhadap proses pembelian rumah yang kompleks. Baru-baru ini, Myra memperkenalkan laman web mereka dengan proses 4 langkah mudah untuk memudahkan perjalanan membeli rumah untuk pembeli rumah pertama kali. Sebagai tambahan terbaru kepada ekosistem pendidikan Myra, mereka membawa kita platform digital baru – aplikasi web tempahan rumah, Myra’s Homebuying Hub, untuk meneruskan misi mereka dengan mengekang halangan yang ada dalam proses tempahan rumah konvensional semasa.
Aplikasi tempahan baru, yang dapat diakses melalui laman web Myra, mempermudah keseluruhan proses pembelian kerana terdapat contoh dokumen yang perlu dihantar serta maklumat lain yang disediakan untuk membimbing anda dalam perjalanan membeli rumah anda bersama dengan kalkulator dalam talian untuk menyelesaikan pinjaman bank bulanan anda ansuran pembayaran balik. Pembeli dengan mudah dapat memuat naik dokumen ke dokumen peribadi mereka ke profil mereka di aplikasi. Myra kemudian dapat menyemak dokumen dan menawarkan bantuan dari segi penyerahan dokumen. Aplikasi ini juga berfungsi sebagai portal untuk mengemas kini pembeli pada tempahan mereka.
Myra komited untuk membuat perbezaan
Mempunyai pasaran sasaran muda, pasukan di Myra sedar bahawa seluruh perjalanan membeli rumah berjalan lama dan membosankan, terutamanya proses membuat tempahan rumah kerana melibatkan banyak perkara yang tidak biasa dilakukan oleh pembeli rumah pertama.
Wendy Lim, Pengurus Besar Myra mengatakan, “Kami memulakan dengan apa yang kami mampu dengan laman web, sebuah perjalanan 4 langkah yang disederhanakan yang merangkum keseluruhan perjalanan kepemilikan rumah menjadi istilah awam. Setelah mendapat respons positif, kami mula memikirkan lebih banyak mengenai bagaimana kami dapat meningkatkan keseluruhan pengalaman bagi pembeli rumah yang masih muda. ”
Sebagai majoriti utama rakyat Malaysia dilengkapi dengan akses terhad untuk pendidikan membeli rumah, Myra’s Homebuying Hub bertindak sebagai cabang pendidikan tambahan di laman web mereka sekarang untuk memberi tumpuan kepada bidang lain yang dimiliki oleh pembelian rumah dan memberikan pendidikan yang lebih baik, lebih bermaklumat dan berpandu.
Penyelesaian digital untuk cabaran semasa
Myra’s Homebuying Hub diciptakan untuk menyelesaikan dua masalah utama – kekurangan kemudahan dan kehausan pengetahuan. Pertama, pelanggan Myra dapat memperoleh pengalaman terbaik dan paling lancar. Kedua, maklumat di aplikasi menutup jurang pengetahuan melalui pendidikan dan kesedaran.
Sama seronoknya dengan membeli rumah untuk pertama kalinya, pembeli rumah perlu mengira ansuran, pembayaran balik semasa, kadar faedah dan pemeriksaan Nisbah Perkhidmatan Hutang (DSR). Dalam kebanyakan keadaan, tugas-tugas ini
dilakukan secara manual dan ditulis pada sehelai kertas, menyusahkan pembeli rumah sekiranya mereka kehilangannya dan tidak dapat mengingat kembali pengiraan penting ini.
Dengan ciri aplikasi seperti kalkulator ansuran dalam talian, penilaian pengiraan DSR, panduan penyerahan dokumen dan petua tambahan untuk pembeli rumah, Myra memastikan pengalaman membeli rumah mereka lancar dan mendidik bagi pemilik rumah mereka.
Pada masa lalu, pengumpulan dokumen untuk tujuan permohonan pinjaman juga merupakan proses manual bolak-balik yang sangat tidak efisien untuk semua pihak yang terlibat. Sering kali membuat lawatan peribadi ke pejabat pemaju untuk menyediakan dokumen seperti penyata KWSP, borang EA, cukai pendapatan dan banyak lagi, pembeli rumah pertama yang muda cenderung terbeban dengan banyaknya dokumen yang perlu disediakan.
Kini, kedua-dua pihak dapat melewatkan proses penghubung manual yang membosankan dan Myra dapat melancarkan semuanya secara digital serta mengeluarkan resit rasmi setelah pembayaran. Pembeli rumah, sebaliknya, akan menikmati kemudahan rujukan untuk sebarang dokumen yang mereka perlukan untuk menyelesaikan tempahan, dan pada masa yang sama, mendapat bantuan pantas dari pasukan Myra sepanjang perjalanan untuk memiliki rumah mereka.
Pada akhirnya, pembeli rumah Myra dan bakal pembeli rumah akan mempunyai salinan digital semua dokumen yang diperlukan yang dapat mereka rujuk atau muat turun untuk penggunaan dan rujukan masa depan mereka – walaupun mereka tidak meneruskan tempahan Myra semasa atau mempertimbangkan semula pembelian rumah lain pada masa akan datang.
“Kami ingin membina keseluruhan ekosistem Myra yang akan dilalui oleh setiap individu yang ingin menjadi pembeli rumah, untuk melihat apa sahaja yang berkaitan dengan rumah atau pembelian rumah. Aplikasi tempahan mungkin merupakan salah satu inovasi pertama kami, tetapi ia pasti bukan yang terakhir, ”tambah Wendy.
Dijangka akan dilancarkan pada Januari 2021, Myra’s Homebuying Hub akan mengumpulkan, menyimpan dan mengendalikan maklumat peribadi individu sesuai dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) dan telah memperoleh Sijil SSL untuk memastikan keselamatan privasi setiap pengguna aplikasi. Untuk maklumat lebih lanjut, lawati www.myra.com.my.
Mudahkan segalanya hanya di hujung jari anda. Tepuk dada tanya selera.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Konsep Farmhouse atau rumah ladang adalah kediaman utama di kawasan pendalaman ataupun ladang. Sehingga kini, konsep ini masih menambat hati sesetengah pemiat dekorasi kerana rekaan nya yang unik disamping ia membuatkan sesebuah kediaman itu tampil lebih selesa, damai dan santai.
Nama pemilik: En. Zali
Jenis kediaman: Teres
konsep dapur: Modern farmhouse
Pereka dan kontraktor kabinet dapur: Woooot Carpenter
Namun, ramai beranggapan konsep farmhouse ni kebiasaanya diminati oleh 40-an ke atas dan sudah ketinggalan zaman. Tetapi tidak bagi Encik Zali. Bagi mengelak konsep farmhouse yang dibawa tidak kelihatan ketinggalan zaman, pemilik telah menyuntik elemen moden terutamanya pada kemasan.
Sebelum pereka dan kontraktormenzahirkan dapur impian, pemilik telah melakukan beberapa kajian terutamanya melalui perkongsian idea di Pintrest. Berdasarkan beberapa keping paparan gambar yang diambil dari pintrest, pemilik berkongsi idea yang dihajati bersama pereka yang telah dilantik Iaitu Woot Carpenter.
Transaksi antara dapur dan ruang tamu adalah counter island yang menjadi ruang serba guna untuk pemilik. Ia menyediakan tempat simpanan tambahan di bahagian bawah serta berfungsi sebagai ruang kerja tambahan dan juga meja makan yang berupaya memuatkan enam hingga tujuh orang dalam satu masa.
Keseluruhan struktur kabinet dapur diperbuat daripada kayu keras jenis nyatoh yang dipadankan dengan Quartz Stone Worktop berwarna putih. Memilih rekaan jenis shaker door yang ringkas bertujuan menyerlahkan perincian lain yang digunakan. Melengkapi permukaan kayu nyatoh, pereka mengenakan spray paint rona hijau pakai atau fern green.
Disebabkan saiz dapur agak terhad, pemilik memilih rak kabinet terbuka pada bahagian dinding atas untuk kelihatan libih luas. Seperti dapur berkonsepkan farmhouse yang lain, tidak lengkap rasanya tanpa ventilation hood jenis Wall-mounted chimney yang disadur dengan kemasan spray paint rona hijau pakis
Elemen moden diselitkan pada kemasan backsplash dan lantai tempaan khas. Untuk backsplash, pemilik memilih jubin berbentuk honey comb rona putih yang disusun secara bersahaja antara transisi permukaan konkrit berona peach. Secara tidak langsung, ia menyerlahkan lagi rekaan backsplash dapur ini.
Sedikit palitan kemewahan dan nilai vintaj turut diterapkan sebagai kemasan terakhir dapur ini. Bukan emas, tetapi rona tembaga pada pemegang kabinet dapur, lampu dinding, lampu pandent dan retractable flexi-hose mixer pada sinki.
Walaupun konsep farmhouse dikatakan ketinggalan zaman, dengan gabungan beberapa elemen dan pemilihan rona malar seagr menjadikan keseluruhan dekorasi dapur ini kelihatan unik dan tersendiri. Oleh itu, tidak kira apa jua penerapan konsep dalam sesebuah dekorasi anda perlu bijak suai padan untuk menghasilkan identiti tersendiri.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.