Langsir dan tirai adalah kemasan jendela yang paling umum kita lihat digunakan dalam rumah-rumah di Malaysia. Kebanyakan pengguna juga lebih suka langsir berbanding tirai kerana dengan langsir, lebih banyak gaya serta tekstur yang dapat diterapkan mengikut konsep rumah. Langsir adalah gantungan fabrik bertujuan menyekat atau menghalang cahaya dari masuk ke dalam rumah di samping berfungsi sebagai bidai privasi buat individu di dalam daripada terlihat oleh orang luar. Langsir yang sempurna dapat melengkapkan penampilan keseluruhan kediaman dan dapat membantu mengawal suasana dan aliran cahaya semula jadi ke dalam ruang.

Bermula pada tahun 2005 dengan nama CK Textiles, kini dikenali sebagai MK Curtains dimana huruf M dan K mewakili huruf pertama daripada nama keluarga pemilik iaitu Dato’ Calvin Khiu dan isterinya Datin Moon. Bersama, mereka menerajui MK Curtains menuju kegemilangan apabila jenama ini berjaya menembusi pasaran tempatan dengan menawarkan servis yang menyeluruh.

MK Curtain, Terajui Pasaran Langsir Tempatan

IKLAN

MK Curtain, Terajui Pasaran Langsir Tempatan MK Curtain, Terajui Pasaran Langsir Tempatan MK Curtain, Terajui Pasaran Langsir Tempatan

IKLAN

Dengan lebih 20 cawangan di seluruh Malaysia, MK Curtain kini merupakan jenama nombor satu langsir dengan one-stop-centre untuk pelanggan mendapatkan dan menempah langsir dari pelbagai jenis fabrik dengan design yang menarik. Disini juga pelanggan berpeluang mendapatkan khidmat rundingan dari pakar langsir yang ada. Bukan itu saja, mereka juga menawarkan khidmat mengukur langsir secara percuma untuk semua pelanggan. Pihak MK Curtain akan menghantar wakil ke rumah anda untuk mengambil ukuran bagi menjamin langsir yang sempurna. MK komited menghasilkan langsir berkualiti yang menepati citarasa pelanggan dari pelbagai latar belakang, membuatkannya dikenali ramai.

IKLAN

Selain langsir, MK juga mempunyai himpunan koleksi fabrik upholstry, wallpaper, perabot dan aksesori deko yang lain. MK yakin dengan kualiti dan perkhidmatan yang menyeluruh, jenama ini dapat melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa pula.

+ INFO KEDAI
Premis : MK Curtain HQ
Lokasi : 449, Jalan Nilai 3/10, Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Produk : Langsir serta aksesori, Wallpaper dan Perabot
Waktu Operasi : Buka setiap hari, 10 pagi – 8 malam

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI