
Metrics Global Sdn Bhd
Alamat : B-01-12, to 15. Gateway Kiaramas
Corporate Suite, Level 1
No.1, Jalan Desa Kiara
Mont Kiara 50480
Kuala Lumpur, Malaysia
No.Tel : +603-6201 3999
Facebook/ Website : https://metricsglobal.com.my/
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Jangan Abaikan, Ini 6 Manfaat Rumah Bersih Untuk Kesihatan Anda!

Kebersihan rumah bukan hanya tentang estetika, tetapi juga memainkan peranan penting dalam kesihatan dan kesejahteraan diri.
Rumah yang bersih tidak hanya memberikan keselesaan visual, malah turut mencipta persekitaran yang sihat untuk kita tinggal.
Dalam konteks ini, terdapat enam manfaat utama yang boleh diperoleh apabila kita menjaga kebersihan rumah dengan teliti. Mari kita kaji secara lebih mendalam bagaimana kebersihan rumah mempengaruhi kesihatan diri.
Rumah yang bersih mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan diri. Berikut adalah enam manfaat utamanya:
- Mengurangkan Risiko Penyakit: Dengan membersihkan rumah secara berkala, anda dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit seperti flu, demam dan alergi. Rumah yang bersih membantu menghalang pembiakan bakteria dan virus yang boleh menyebabkan penyakit.
- Meningkatkan Kualiti Udara Dalaman: Membersihkan rumah membantu menghilangkan debu, alergi dan kotoran lain dari udara dalaman. Ini dapat meningkatkan kualiti udara dalam rumah dan mengurangkan risiko masalah pernafasan seperti asma dan alahan.
- Menjaga Kesihatan Mental: Keselesaan dan ketenangan rumah yang bersih dapat membantu mengurangkan stres dan kecemasan. Rumah yang kemas dan teratur memberikan persekitaran yang lebih positif dan menenangkan untuk meluangkan masa bersama keluarga.
- Mempromosikan Aktiviti Fizikal: Aktiviti membersihkan rumah seperti menyapu, mengemas dan mencuci dapat menjadi bentuk latihan fizikal yang baik. Ini membantu meningkatkan keanjalan tubuh dan menjaga kesihatan jantung dan kardiovaskular.
- Meningkatkan Produktiviti: Rumah yang bersih dan teratur mencerminkan keadaan mental yang lebih teratur dan fokus. Ini boleh membantu meningkatkan produktiviti dan konsentrasi dalam melakukan kerja rumah, pekerjaan, atau aktiviti lain.
- Mencipta Ruang Yang Selamat: Membersihkan rumah dapat mengurangkan risiko kecederaan seperti tergelincir atau terjatuh akibat kotoran atau barang-barang yang bersepah. Rumah yang teratur membantu mencipta persekitaran yang selamat untuk anda dan keluarga anda.
Dengan menjaga kebersihan rumah, anda tidak hanya menjaga kesihatan diri sendiri, tetapi juga meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Konsep ‘Modern English Luxury’ Sentuhan Merah Jambu, Penuhi Citarasa Pemilik Kediaman

Isi Kandungan
ToggleKonsep ‘Modern English Luxury’ Sentuhan Merah Jambu, Penuhi Citarasa Pemilik Kediaman. IMPIANA berkesempatan berkunjung ke kondominum di Presint 5, Putrajaya baru-baru ini. Melihat dekorasi dan konsep yang menjadi pilihan pemilik dalam menata rias kediaman.
Kondominium ini hanya berkeluasan kecil, hanya 796 kaki persegi dengan 2 bilik namun atas garapan White Dot Sdn Bhd, syarikat pereka hiasan dalaman yang dilantik berjaya merubah wajah kondomonium yang kosong pada asalnya kepada konsep ‘Modern English Luxury’ yang tampak cukup glamor, hanya dalam masa 2 bulan.
Perkara yang menarik perhatian, apabila konsep ini diberi sentuhan feminin dengan percikan rona merah jambu yang merupakan citarasa dan permintaan daripada pemilik rumah sendiri. Sekaligus menyerlahkan aura glamor, mewah namun tetap mempunyai elemen ‘soft and sweet’.
Dekorasi Konsep Selaras Citarasa Pemilik Kediaman
Menurut Co Founder White Dot Sdn Bhd, Maslin Md. Ramly, konsep dan dekorasi Modern English Luxury ini disesuaikan mengikut citarasa pemilik kediaman.

“Jika dilihat konsep ‘Modern English Luxury’ kebiasaannya ada sentuhan gold, rona beige, white, off white & peach. Namun kami selaraskan dengan kehendak pemilik kediaman juga yang mahukan rona merah jambu dalam dekorasi kediaman,” ujar Maslin.
Tambahnya lagi, pemilik kediaman menitik beratkan dekorasi bahagian ruang tamu kerana ia menjadi tempat untuk luangkan masa dengan anak selain ruang dapur untuk menyediakan juadah buat keluarga.
“Pemilik kata, kalau boleh area living nak rasa macam di hotel setiap kali duduk dengan anak,” jelas Maslin lagi.
Bijak Memaksimumkan Fungsi Ruang Terhad
Istimewanya pada kediaman ini, meskipun memiliki keluasan terhad, namun pereka bijak memaksimumkan fungsi ruang. ‘Built in’ Diamond Mirror pada ruang makan bukan sahaja berfungsi sebagai dekorasi kediaman yang mampu memberi efek luas, namun berperanan menjadi ruang penstoran tambahan.
“Rumah ini bahagian ‘dining’ nya kecil, jadi pemilik meminta supaya ruang tersebut nampak lebih luas. Jadi kami bina Diamond Mirror yang juga boleh menjadi storage agar pemilik boleh meletak pinggan mangkuk dan barangan kecil, ujar Maslin.
Bukan itu sahaja, bahagian hadapan depan juga dibina dressing area menempatkan wardrobe untuk kegunaan pemilik kediaman.
“Bahagian hadapan pada asalnya ingin dijadikan tempat solat, namun mempunyai ruang yang terhad. Jadi kami cadangkan, memanfaatkan ruang tersebut dengan membina small walking wardrobe untuk pemilik kediaman,” kata Maslin.
Semoga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi buat pemilik kediaman lain yang mempunyai ruang keluasan terhad.
Info Kediaman:
Nama Pemilik:Nadiah Hani
Pereka Hiasan Dalaman: White Dot Sdn Bhd
Jenis Kediaman: Kondominum
Lokasi: Antara Residence, Presint 5, Putrajaya
Tempoh Renovasi & Hias Kediaman : 2 Bulan
Keluasan Kediaman:796KPS
Spesifikasi Ruang Kediaman:
-2 Bilik Tidur
-2 Bilik Air
-Entrance Foyer
– Dapur
– Laundry
– Ruang Makan
– Ruang Tamu
– Balkoni
-Dressing Area
Material Digunakan:
- Kabinet Dapur (Block Board Spray Paint Finish)
- Dinding- PVC (Wainscotting Spray Paint Finish)
- Shoe Rack (Block Board Laminated Finish)
- TV cabinet (Block Board & PVC Flutted Spraypaint Finish)
- Lantai (SPC flooring)
- Custom Made Chesterfield
- Kaunter Pulau (Quartz Stone)
Mesti Baca: Idea ‘LOUVERS SHELTER’ Berkonsep Inside Out, Ruang Santai Di Laman Rumah
Baca Lagi Di Sini: Rumah Berkonsep ‘Modern Earthy’ ANDI BERNADEE, Serlah Estetik Kediaman
Artikel Menarik: Ubah Suai Rumah Pusaka Uzur Usia 50 Tahun Jadi Konsep Vintage Retro!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pokok Bunga Kertas Nampak Merimbun, Ini Caranya

Melihat bunga kertas yang subur dan mekar di halaman adalah satu kepuasan. Tetapi kadang kala bila kita tanam tak menjadi macam mana yang kita lihat di halaman orang. Apakah teknik yang mungkin boleh membuatkan pokok bunga kertas atau Bougainvillea ini subur dan dapat dibentuk dengan sempurna. Perkongsian dari Encik Mahadir Hj Han ini cukup menarik. Mudah dan praktikal untuk pengemar bunga kertas untuk mulakan tanaman pokok bunga kertas ini agar menjadi tanaman bunga yang paling subur dan cantik di halaman rumah anda.
Perkongsian ini dinamakan teknik ‘lentur dan selit’
Jika ada pokok bunga kertas yang panjang dan rasa sayang untuk mencantas, apa perlu anda lakukan. Ini jawapan dan teknik yang Encik Mahadir Hj Han lakukan.
Tarik atau lenturkan pada paras yg boleh sahaja. Klau keras, tarik perlahan.. terbaiknya buat Masa pokok tengah layu sbb kandungan air di dalam batang berkurangan. Biasanya saya akan puasakan pokok selama 2-3 Hari tanpa menyiram air. Sekiranya kita tidak menggunakan tali atau dawai untuk tujuan tarik, kita boleh selit-selitkan sahaja antara satu sama lain sama ada dahan atau ranting.
Selamat Mencuba.
Nota: warna putih pada ranting tu adalah tape paip yg digunakan untuk tujuan tarik.
Pokok bunga kertas mudah dijaga, tahan lama dan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Tumbuhan ini mampu bertahan sehingga lebih 20 tahun. Ia dibiakkan melalui keratan batang, cantuman dan tut. Pokok bunga kertas merupakan pokok berkayu yang memanjat dan menjalar.
Ia juga boleh dikacukkan bagi menghasilkan dahan yang pelbagai dan bunga yang berlainan warna. Tumbuhan ini memerlukan medium tanah jenis campuran tanah bakar, baja organik dan pasir sungai. Ia bertujuan untuk membuatkan tanah menjadi lebih poros agar air senang mengalir serta mengelakkan air bertakung.
Sebelum memasukkan tanah campuran, letakkan serpihan pasu atau bata bagi menutup sebahagian daripada lubang pasu. Kemudian, masukkan baja organik atau tahi ayam yang telah diproses setebal 2 inci untuk menjadikan tumbuhan lebih sihat.
Tanah juga perlu digemburkan supaya ia mendapat pengudaraan yang baik. Dahan dan ranting yang mati perlu dipangkas agar pucuk dan bunga baru dapat tumbuh dengan baik. Pokok bunga kertas perlu dibaja dua minggu sekali dengan baja organik sebulan sekali yang mengandungi kandungan kalium. Akhir sekali, tumbuhan ini perlu sentiasa berada di bawah cahaya matahari dan tidak lembap atau terlindung bagi mengelakkan jangkitan bakteria.
Baca Artikel berkaitan: Pokok Bunga Kertas Unik Dan “Rare” Yang Boleh Beli Online Dari “Trusted Seller”
Nak macam-macam info lagi? Join Channel Telegram Geng Laman IMPIANA
JOM sertai workshop IMPIANA atas talian untuk mempelajari tentang bagaimana untuk membuat sistem siraman automatik sendiri dengan MUDAH dan MURAH! Jom cepat-cepat daftar diri anda di
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI