Tidak ramai antara kita yang mengambil kisah atau peduli akan kebersihan mesin basuh. Zahir nya kelihatan bersih, hakikat yang kita sendiri tidak lihat adalah bahagia belakang dinding drum mencuci. Terfikir tak nak bersihkan atau tinjau keadaan di bahagian belakang tersebut?
Tanpa anda sedari dinding drum pencuci yang tidak bersih antara punca berlakunya alahan terutamanya buat kanak-kanak yang mempunyai kulit yang nipis. Puas lah si ibu menjemur tilam dan permaidani. Walhal, punca sebenar adalah dari mesin basuh yang digunakan untuk mencuci baju yang dianggap SENTIASA BERSIH
Tahukah anda bahawa masin basuh yang tidak bersih 60x ganda lebih kotor dari tandas?
Sewajarnya, mesin basuh perlu diselenggara dan dicuci sekurang-kurangnya 1 kali setahun. Berikut, 2 cara mudah untuk mencuci mesin basuh anda:
1. BAKING SODA DAN CUKA
Jika mesin basuh anda mempunyai tetapan “tube cleaning”, guna kan tetapan tersebut dan masukkan baking soda bersama cuka. Jika tiada, gunakan tetapan “soak” dan biarkan ia terendam selama 5 minit, kemudian di cuci lagi dan biarkan lagi setengah jam. Selesai kitaran cucian, cuci bersih mesin basuh anda dengan mengenakan tetapan cucian normal
2. CUCIAN MANUAL
Sebelum ini, IMPIANA ada berkongsi cara seorang ibu yang membersihkan drum mesin basuh secara manual. Cara ini lebih yakin dan tidak memerlukan bantuan orang luar untuk melakukannya. Baca artikel berikut: Bila Mesin Basuh Dah Lama, Mula Lah Cucian Tak Bersih. Lihat Apa Yang Wanita Ini Lakukan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Mop Karpet Untuk Basmi Kuman Dan Bakteria
IMPIANA nak tanya, bila kali terakhir anda mencuci karpet atau permaidani di rumah? Tahu kah anda, selain dapur, tempat atau habitat terbaik pembiakkan kuman dan bakteria di dalam kediaman adalah karpet. Jadi, vakum sahaja tidak memadai. Jika dahulu, mak-mak kita akan jemur dan tepuk karpet tersebut menggunkan penyapu untuk membuang habuk yang terperangkap.
Kepanasan matahari yang di terima ketika di jemuran sedikit sebanyak dapat membasmi kuman yang terperangkap atau bertapa di dalam karpet. Sekarang agak mustahil untuk dilakukan tambahan bagi yang mendiami apartmen. Jadi apa cara yang paling mudah untuk anda lakukan. Puan Syariah Farhana Syed Fadzil atau lebih mesra dikenali fana berkongsi teknik membasi kuman dengan menggunkan mop untuk karpet.
Siapa yang pernah mop karpet? kelakar kan mop karpet. Fana tahu karpet boleh di mop dari seorang pembantu rumah. Bila di sedang mop karpet, fana tanya. Karpet boleh mop ya? Dia jawab boleh untuk nyah habuk. Sebab lepas vakum, masih ada habuk dan kuman pada karpet.
Artikel berkaitan: Cara Mudah Cuci Karpet Tanpa Guna Air Yang Banyak Tapi Betul-Betul Bersih
Dari peristiwa itu, puan fana akan pastikan setiap seminggu sekali karpet di dalam kediamannya akan dimop. Namun, karpet perlu di mop mengunkan air campuran khas garam dan detol. Tambahan puan fana, sebaiknya sediakan mop baru dan khaskan untuk kegunaan mengemop karpet.
Bahan-bahan:
Air satu baldi
2 sudu besar garam
1 tutup cecair detol asli
Cara-cara:
1. Jerang air sehingga mendidih
2. Setelah mendidih, tuangkan nya ke dalam baldi dan campurkan garam bersama detol. Kacau rata.
3. rendamkan mop di dalam air campuran tadi seketika dan perah sehingga hampir kering dan tiada air yang menitik
4. mop keseluruhan permukaan karpet
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(GAMBAR)Suami & anak Redha Ibu Obses Hias Rumah, Tapi Hasilnya Memang Terinspirasi
Kita memang sedia maklum, tatkala berpindah sahaja dari kediaman lama ke kediaman baharu impian untuk menghiasnya seindah mungkin boleh dikategorikan sebagai satu misi hidup dan mati. Ia harus dilakukan sehabis baik mengikut kemampuan diri. Jika tidak mewah pun sekurang-kurangnya ia cantik pada pandangan mata, kemas dan terjaga rapi biar pun dengan sedikit suntikan aksesori. Tidak dapat tidak sudah tentu kita mahukan imej dan azam baharu mengekalkan keindahan rumah itu. Dan misi itu penulis temui dalam pasangan bahagia Mohd Fadly Daud dan isteri Intan Suria di kediaman baharu mereka di Puncak Bestari.
INFO KEDIAMAN
PEMILIK: Mohd Fadly Daud dan Intan Suria
JENIS KEDIAMAN: Teres dua tingkat (Unit tengah)
LOKASI: Puncak Bestari
KONSEP INTERIOR:Vintaj Kontemporari
KELUASAN: 22 kaki x 70 kaki
SPESIFIKASI: Sebuah ruang tamu + makan, 4 buah bilik tidur, sebuah bilik utiliti dan 3 buah bilik air.
25 Disember 2014 merupakan hari bersejarah buat mereka kerana itu lah tarikh mereka sekeluarga berpindah masuk ke kediaman baharu dari kediaman sewa yang dihuni sejak berbelas tahun lalu. Sebelum berpindah pemilik terutama sekali sang isteri, Intan Suria sudah nekad untuk menghias kediaman sebaik mungkin. Perlu ada perubahan dan perbezaan. Ini lah masa sesuai untuk dia mencurahkan idea menghias rumah.
Menurutnya, sewaktu menyewa di kediaman lama di pinggir Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) tidak banyak yang diusahakannya bagi mencantikkan ruang dalam kediaman berikutan kekangan ruang. Perabot juga tidak banyak waktu itu. “Alhamdulillah dengan rezeki yang Tuhan beri, maka dapatlah saya dengan bantuan suami menzahirkan apa yang tersimpan dalam hati selama ini,” ulas Intan di awal sesi temu bual.
Kediaman Intan sekeluarga memang tidak menghampakan. Pemilik yakin dan tegas dalam hal menetapkan skema warna keseluruhan kediaman. Kesinambungan warna utama iaitu putih, biru dan coklat jelas diterapkan dari luar fasad kediaman hinggalah ke bilik tidur.
“Biru dan putih memang warna kegemaran saya maka penguasaannya jelas ketara dalam ruang kediaman sama ada dinding atau perabot. Bukan bermaksud lambang personaliti, namun warna ini memang menyuntik ketenangan, nyaman dan damai saat berada di dalamnya. Berbanding dahulu, kini kami sekeluarga memang banyak menghabiskan masa bersama di dalam rumah. Jarang sangat keluar melainkan ada urusan penting,” tegas Intan yang cukup ceria bercerita.
Sebelum berpindah masuk, pemilik telah melakukan sedikit penambahan ruang masak di bahagian belakang iaitu unjuran 8 kaki ke belakang untuk dapur basah. Ruang ini memudahkannya menyiapkan hidangan keluarga tanpa risau ruang dapur kering sedia ada berkecah atau berminyak. Selebihnya adalah idea-idea dekorasi yang direalisasikan oleh Intan dengan bantuan Fadly.
“Suami banyak membantu saya dalam melakukan kerja-kerja berat seperti mengecat dan bertukang. Dan anak-anak juga turut saya libatkan terutama dalam hal mengemas dan mengalihkan kedudukan aksesori atau perabot apabila tiba mood saya hendak mengubah visual interior,” maklum Intan sambil tersenyum ke arah suami yang mengangguk setuju.
Dalam rancak penulis dan Intan berbual Fadly cuba mencelah,”Saya dan anak-anak menjadi team sokongan kepada semua hasrat Intan. Kami tahu, apa sahaja perubahan dekorasi yang ingin dilakukan, semuanya adalah untuk keselesaan kami juga biarpun kadang-kandang perubahan itu baharu sahaja dilakukan
Sebelum berpindah masuk ke kediaman baharu, Intan cukup rajin mengumpul idea dekorasi dengan membelek majalah IMPIANA dan DAPUR Impiana serta membaca buku rujukan. Namun apa yang paling menarik perhatian penulis ialah kegigihan dia dan rakan melawat unit-unit kediaman contoh yang banyak dibuka oleh pihak pemaju perumahan.
“Kita perlu rajin sikit mendapatkan idea jika tidak mahu mengupah pakar hiasan dalaman. Kutip lah idea dekorasi sebanyak mungkin. Tentukan konsep yang berkenan di hati sebagai panduan. Menentukan konsep sengat penting agar mudah untuk kita tetapkan jenis serta reka bentuk perabot, warna dan corak yang mendominasi ruang,” nasihat Intan.
KONGSI WARNA KOD
Menceritakan kisah usaha menghias kediamannya ini, Intan menjelaskan bahawa kebanyakan perabot yang ada adalah perabot baharu. Usaha mix and match untuk mendapatkan konsep vintaj kontemporari banyak bersandarkan kepada skema warna utama yang menjadi pilihan.
“Asalnya saya mahu warna terang iaitu biru atau hijau, dan hasil perbincangan dengan suami, maka kami memilih biru, putih dan coklat sebagai warna-warna sokongan. Dinding utama ruang tamu dan makan ini kami gunakan cat Nippon Skyblue selebihnya adalah warna putih solid. Bagi memastikan adanya kesinambungan, saya mensyaratkan perabot dan aksesori lain tidak lari jauh daripada warna-warna ini. Manakala untuk daun pintu , troli makanan dan bingkai cermin serta kerusi besi taman, Fadly bantu saya mengecatnya menggunakan Sea Master 6632 berasaskan minyak”
“Set meja makan kayu dari Ikea, sofa chesterfield dan dua buah ottoman bulat dari Ain Furnishings menjadi pilihan sebagai kemudahan seisi keluarga. Kertas dinding berpelekat yang dapat dilihat sewaktu melangkah masuk ke rumah itu pun berasaskan warna biru dan putih. Saya beli di Kaison pada harga yang amat murah. Pasang sendiri sahaja, itu kan lebih mudah?,” terang Intan menjelaskan skema warna kediaman.
GIAN MENDEKO
Intan memaklumkan bahawa dia suka mengubah susun atur aksesori dan perabot yang ada sekurang-kurangnya sebulan sekali. “Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk saya mendapatkan imej visual ruang agar sentiasa segar. Ia juga adalah satu bentuk terapi. Saya cepat berasa bosan tetapi Alhamdulillah suami dan anak-anak amat memahami. Dalam menerapkan idea baharu, saya tidak suka bertangguh. Ia harus dilakukan dengan segera.”
Terbaharu bagi menyuntik imej segar dalam ruang tamu dan makan, pasangan pemilik bersatu hati dan tenaga memasang sendiri lipstik dinding atau wainscoting. Wainscoting yang kini semakin digilai pencinta seni hiasan kediaman mampu melahirkan imej ruang elegan dan kemas.
“Hendak jimatkan kos pemasangan, maka kami menempah pakej wainscoting menerusi online. Kami memberikan ukuran dinding yang perlu kepada pembekal dan mereka akan memotong kepingan panel kayu lipstik dinding berdasarkan ukuran panjang dan tinggi dinding. Memandangkan ini pengalaman pertama kami memasang wainscoting, keadaan agak sedikit kelam kabut. Namun atas usaha gigih, kami berjaya menyiapkannya dalam dua hari,” terang Intan dalam nada puas biarpun ada sedikit kecacatan namun ia masih boleh disembunyikan.
Usai sesi fotografi dijalankan, penulis sempat bertanya kepada anak remaja perempuan pemilik; Alya 16 tahun tentang ketaksuban ibu mereka menghias rumah, dalam nada bersahaja dia menjawab,” Kami reda cara ibu kalau nak rumah ini kekal cantik”.
Tip pasang sendiri wainscoting
- Pemilik telah mengukur 39 kaki panjang x 3 kaki tinggi dinding untuk ruang pemasangan wainscoting ini.
- Untuk setiap kotak, peruntukan 3 kaki panjang telah ditetapkan bagi mendapatkan hasil terbaik.
- Dengan menggunakan gam silikon yang didatangkan bersama pakej tempahan, proses melekapkan panel ke dinding perlu dilakukan segera kerana gam ini cepat mengeras.
- Ukuran perlu dilakukan dengan tepat sepanjang proses pemasangan, maka pastikan anda memiliki alat ukuran yang bersesuaian.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Guna Tuil Jenis Pemegang Bukan Tombol Pintu, Ini Sebabnya
Memang terdapat banyak tombol atau pemegang pintu di pasaran. Pelbagai jenama dan berbeza-beza harganya. Rupanya, bukan rekaan dan jenama yang menjadi keutamaan ketika memilih. Doktor Perubatan Rehabilitasi Kamarul Ariffin Nor Sadan punya penjelasan rekaan pemegang pintu yang macam mana sesuai digunakan
Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik/rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) bukan tombol pintu (knob).
Baca juga: (VIDEO) Tak Susah Pun Tukar Sendiri Tombol Pintu Rosak, Mak-Mak Pun Boleh Buat
Kenapa saya sarankan tuil jenis pemegang bukan tombol pintu?
- Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
- Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
- Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombo menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
- Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
- Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
- Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang. InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa , ibubapa kita pun akan selesa.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI