
Capsicum atau lada bangala lebih sensitif perlu dijaga berbanding cili besar. Ia lebih mudah diserang perosak dan penyakit yang berpunca dari virus. Walaupun telah menggunakan biji benih yang berkualiti, ia bukan petanda anda selamat dari sebarang ancaman penyakit terutama yang berpunca dari tanah.
Tapi, Mell Akmal berjaya menghasilkan capsicum yang cantik macam beli dekat kedai dengan hanya pembiakan biji benih dari lada yang dibeli dari pasar. Apa yang perlu dilakukan?
CARA BIAK CILI CAPSICUM
1. Beli capsicum dkt pasar berdekatan
2. Ambil biji nya, dan rendam dalam air semalam
3. Biji yang terapung tu dibuang . Yg lain saya letak atas tisu basah dalam bekas bertutup. Pastikan tisu sentiasa basah.
4. Lepas seminggu, benih yang dah keluar akar sy pindahkan ke tanah.
5. Spray air 2 kali sehari.
6. Sy letak ditempat berbumbung, tapi still kena cahaya matahari.
7. Gambar pertama usia anak pokok lebih dr 10 hari.
8. Bila dah besar sikit sy spray vitamin siam 2x seminggu. Untuk kuatkan akar dan membantu pertumbuhan pokok serta menggalakkan pokok berbunga dan berbuah. Vitamin siam saya beli dekat Mariam Zain
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bawang Paling Sesuai Tanam Ketika Musim Panas Lit-lit Kalau Ikut Cara Wanita Ini

Iklim sekarang yang agak meruncing panas nya memang sesuai untuk kita tanam bawang. Al Maklumlah, bawang macam kambing tak suka air. Sebenarnya, untuk tanam bawang, kita perlu tentukan apa tujuan tanaman. jika untuk diambil daunnya, kaedah tanaman lain. Begitu juga untuk penghasilan bawang.
Berikut adalah perkongsian Azlina Mat Lazim cara untuk tanam bagi tujuan penghasilan daun bawang dan isi bawang.
1. Sediakan medium 2:1 (pasir dan tanah) untuk tanaman bawang
2. Potong sedikit bahagian kepala bawang untuk tujuan penghasilan daun bawang dengan cepat
3. Untuk hasilkan ulas bawang yang banyak dari sebiji bawang dewasa, Potong sedikit bahagian kepala dan akar.
4. Untuk bawang yang telah dibuang akar, Daunnya tidak boleh diambil kerana akan menyebabkan masalah sumber nutrien. lama kelamaan, bawang akan mati
5. Siraman hanya dilakukan apabila perlu. Bawang tak suka medium yang sentiasa basah kerana ia akan merosakkan bahagian isinya.
6. Tak perlu racun serangga untuk kawal perosak bawang. Ini disebabkan aroma bawang yang busuk memang tidak digemari oleh serangga perosak.
7. Penggunaan baja hanya dilakukan di awal-awal proses tanaman sahaja. Boleh gunakan apa sahaja jenis baja
8. Buang bunga bawang untuk elak isinya kurus dan tidak berkembang
9. Bawang boleh dituai apabila mencapai usia matangnya 2 bulan ke atas
10. Jenis bawang besar akan menghasilkan labu bawang nya yang banyak. manakala yang kecil sebaliknya.
Tip: Sisa potonggan bawang tadi jangan di buang. Rendam semalaman dan jadikan sebagai air siraman pada pokok
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
10 Tanaman Renek Berbunga Sesuai Cuaca Malaysia, Tahan Panas Dan Cuaca Kering

Malaysia dikenali dengan cuaca tropika yang panas dan lembap, tetapi ada juga musim kering yang mempengaruhi keadaan tanaman.
Bagi mereka yang ingin menghias halaman rumah dengan tanaman yang mudah dijaga dan tahan terhadap cuaca panas serta kering, berikut adalah sepuluh tanaman renek berbunga yang ideal:
1. Bunga butang (Gomphrena globosa)
Di gelar bunga butang disebabkan oleh bentuknya yang bulat seperti butang. Terdapat dalam beberapa warna pilihan antaranya yang paling diminati adalah ungu, pink dan putih. Mudah dibiakkan mulai biji benihnya yang terdapat di dalam kuntuman bunga.
2. Balong ayam (Celosia argentea)
Dari kelaurga yang sama dengan bunga butang, Balong ayam mempunyai warna-warna yang lebih terang seperti merah, kuning dan oren. Balong ayam juga mempunyai ahli keluarga yang lain seperti pokok kucing. Cara pembiakkanya juga melalui biji benih yang diambil dari bunga yang telah kering
3. Bunga pentas (Pentas lanceolata)
Tanaman renek ini mempunyai bunga berbentuk bintang yang tumbuh dalam bentuk gugusan yang besar. Warna merah adalah antara rona yang kerap menjadi pilihan. Untuk memastikan ia sentiasa berbunga dan merimbun, lakukan cantasan di bahagian hujung daun. Jika tidak lakukan cantasan, tumbuhan renek ini akan naik tinggi lebih satu meter dan sukar berbunga.
4. Bunga tahi ayam (Lantana camara)
Walaupun namanya bunga tahi ayam, baunya tidak lah sebusuk yang digamabrkan. tanaman yang berasal dari belukar ini amat digemari oleh serangga penghisap madu seperti rama-rama. Walaupun dalam satu gugusan yang kecil, ia mempunyai 2-3 warna yang berbeza. Perlu kerap lakukan cantasan untuk mengawal tumbesaran tanaman di samping menggalakkan penghasilan bunga yang optimum
5. Ros jepun (Portulaca spp.)
Tumbuhan jenis menjalar ini mempunyai batang yang menyimpan air. Terdapat lebih daripada 20 spesis portulaca di dunia dan ada diantaranya mempunyai khasiat terutamanya untuk kulit. Terdapat pelbagai rona yang ceria, Ros jepun mudah dibiakkan melalui keratan batang.
6. Alamanda (Allamanda spp.)
Alamanda mempunyai bunga yang berbentuk terompet berwarna kuning. Getahnya mempunyai khasiat terhadap kesihatan namun pada dos yang terentu. Dahulunya, ia kerap dipilih sebagai tanaman pagaran kerana warnanya yang terang. Mudah dibiakkan melalui keratan batang dan sesuai untuk semua jenis tanah.
7. Marigold (Tagetes patula)
Bunga yang kerap digunakan bagi tujuan keagamaan terutamanya hindu. Walaupun baunya kurang menarik, warna oren nya melambangkan kemewahan. Di dapati merigold mempunyai kandungan yang digeruni serangga seperti nyamuk dan serangga prosak. Oleh itu, tanaman berbunga renek ini menjadi pilihan sebagai tanaman untuk kawalan serangga biologi di kebun yang mengamalkan cara tanaamn organik
8. Bunga satay (Angelonia biflora)
Bagi anda yang ingin rasa laman ala-ala luar negara, tanaman ini antara yang sesuai membangkitkan tema tersebut. Kerap lakukan cantasan setiap eklai selesai berbunga untuk menggalakkan pertumbuhan bunga yang baru. Selain itu juga, tanaman ini amat mudah dibiakkan dari keratan batang walaupun kelihatan batangnya macam tak sesuai. Nak tahu caranya [klik sini]
9. Bungas kertas (Bougainvillea spp.)
Ramai akui, tanaman ini antara tumbuhan renek berbunga yang paling mudah di jaga dan tahan panas. Namun, tidak semua mampu menghasilkan bunga yang lebat. Nak tahu cara untuk hasilkan pokok bunga kertas berbunga lebat [klik sini]
10. Bunga cape (Plumbago capensis)
Tanaman renek jenis bushy ini mempunyai bentuk bunga seperti hydrangea. Rona yang berwarna biru memberi kelainan dan tekstur di laman anda. Untuk pastikan tanaman renek ini sentiasa menghasilkan bunga setiap hari, lakukan deadheading (potong bahagian yang selesai berbunga). Selain itu juga, pemangkasan perlu dilakukan kerap untuk mengawal pertumbuhan tanaman. jika tidak ia menjadi terlalu merimbun dan semak.
IMPIANA: Cantik tanaman berbunga renek ni dan senang jaga!
Baca Lagi Di Sini: Baja Chitosan Dari Kulit Udang Jadikan Tanaman Immun Serangan Kulat
Mesti Baca: KOMPILASI TIP Buat Sendiri BAJA ORGANIK Mudah Guna Bahan Dapur
Artikel Menarik: KULIT TELUR + CUKA Berkesan Atasi Masalah Bunga/Buah Gugur Sebelum Masanya!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pokok Bunga Turnera, Bukan Sekadar Penyeri Laman Tapi Boleh Hindari Haiwan Perosak

Isi Kandungan
TogglePokok bunga turnera selalu dilihat ditanam sekitar kebun, sawah padi malah di sekitar ladang kelapa sawit juga.
Tujuannya bukanlah sekadar untuk hiasa tapi ramai yang tak tahu pokok bunga Turnera ini berguna sebagai kawalan secara biologi untuk elak serangan perosak termasuklah khinzir.
Kaedah penanaman pokok bunga turnera atau pokok bunga pukul 10 ini juga boleh kita guna untuk melindungi tanaman yang kita usahakan sekitar rumah dari haiwan perosak. Berikut adalah kelebihan pokok bunga ini yang boleh kita guna.
Kawalan biologi elak serangan perosak termasuk babi
Pokok bunga Pukul 10 atau Turnera Subulata (bunga putih) biasanya ditanam di ladang kelapa sawit. Kalau perasan ada di sekeliling ladang kelapa sawit berhampiran pagar.
Bagi tanaman kelapa sawit bunga Turnera dan Air Mata Pengangin ditanam bertujuan untuk mengawal serangan perosak ulat bungkus yang menyerang tanaman kelapa sawit.
Bunga Turnera juga sesuai ditanam di kawasan tanaman seperti pisang, kelapa, ubi dan sebagainya.
Bunganya akan mula kembang pada pukul 10 pagi dan kuncup pada waktu petang. Itu sebabnya dipanggil pokok bunga Pukul 10.
Tanam pokok bunga turnera keliling kebun sebagai ‘pagar’
Bunga ini mengeluarkan bau yang tidak disukai babi/khinzir. Ia boleh tanam di sekeliling kawasan tanaman atau kebun untuk dijadikan sebagai ‘pagar’ bagi mengelak serangan perosak.
Kita sedia maklum babi aktif lewat petang dan malam. Aroma bunga ini bila malam semakin kuat. Bau ini mengganggu deria bau babi.
Kawal serangga perosak padi
Selain warna putih pokok ini juga ada yang mengeluarkan bunga kuning. Bunga berwarna kuning nama spesisnya Turnera umnifolia dan Turnera diffusa.
Pokok bunga ini banyak ditanam di kawasan sawah padi juga untuk mengawal serangga perosak. Pokok bunga ini mengeluarkan nektar yang menjadi makanan kepada serangga.
Bila ditanam di tepi sawah serangga ‘sahabat’ padi akan datang, dalam masa yang sama menjadi pemangsa atau memakan serangga jahat atau perosak semasa bersaing mendapatkan sumber makanan. Ia sekali gus mengawal serangan serangga jahat ini dari merosakkan padi.
Kaedah penanaman pokok bunga Turnera ini juga mudah, boleh dibuat melalui keratan batang. Bagi yang berhajat menanamnya, anak pokok ini boleh saja dibeli dalam talian.
Sumber: Keluarga.my, Pen. Pegawai Pertanian Semenanjung Malaysia – Cawangan Wilayah, Norfarhana Norazami
Mesti Baca: Pokok Siti Zubaidah Cantik Tapi Getahnya Bahaya, Hati Hati Tanam Di Laman
Baca Lagi Di Sini: Elak Terkena Getah Pokok Bunga Oleander, Ia Boleh Menyebabkan Gangguan Fungsi Jantung
Artikel Menarik: Cantik Namun Beracun, Anda Perlu Elak Dari Memetik 5 Jenis Bunga Ini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI