
Capsicum atau lada bangala lebih sensitif perlu dijaga berbanding cili besar. Ia lebih mudah diserang perosak dan penyakit yang berpunca dari virus. Walaupun telah menggunakan biji benih yang berkualiti, ia bukan petanda anda selamat dari sebarang ancaman penyakit terutama yang berpunca dari tanah.
Tapi, Mell Akmal berjaya menghasilkan capsicum yang cantik macam beli dekat kedai dengan hanya pembiakan biji benih dari lada yang dibeli dari pasar. Apa yang perlu dilakukan?
CARA BIAK CILI CAPSICUM
1. Beli capsicum dkt pasar berdekatan
2. Ambil biji nya, dan rendam dalam air semalam
3. Biji yang terapung tu dibuang . Yg lain saya letak atas tisu basah dalam bekas bertutup. Pastikan tisu sentiasa basah.
4. Lepas seminggu, benih yang dah keluar akar sy pindahkan ke tanah.
5. Spray air 2 kali sehari.
6. Sy letak ditempat berbumbung, tapi still kena cahaya matahari.
7. Gambar pertama usia anak pokok lebih dr 10 hari.
8. Bila dah besar sikit sy spray vitamin siam 2x seminggu. Untuk kuatkan akar dan membantu pertumbuhan pokok serta menggalakkan pokok berbunga dan berbuah.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Jenis Pokok Hiasan Dijadikan Penyeri Laman, Harga ‘Kayangan’ Boleh Cecah Ribuan Ringgit

5 Jenis Pokok Hiasan Dijadikan Penyeri Laman Harga ‘Kayangan’ Boleh Cecah Ribuan Ringgit. Terdapat pelbagai sebab pokok hiasan ini cukup bernilai harganya. Mungkin kerana unik, sukar dijumpai dan faktor penjagaan yang rumit, sebilangan besar pokok di bawah ini dijual di pasaran Malaysia pada harga mencecah ribuan malah ratusan ribu ringgit.
Walaupun harganya mahal melebihi seutas rantai emas atau mungkin seolah tidak masuk akal, ‘Pokok Kayangan’ ini terus menjadi buruan dan rebutan penghobi dunia hijau.
Lebih mengejutkan, harga pokok melonjak lebih tinggi mengikut jenis, corak, saiz dan bilangan daun. Jika berada dalam kategori pokok ‘rare’, keratan batang dengan sehelai daun sahaja sudah beribu harganya.
Malah ramai peminat laman yang sanggup menghabiskan duit mencecah ribuan ringgit untuk mengumpul pelbagai spesies pokok-pokok ini untuk dijadikan koleksi penyeri laman dan ruang kediaman.
1. ORKID
Pokok orkid atau nama saintifiknya Orchidaceae mempunyai pelbagai spesies, aneka warna, bentuk, harum, tahan lama, unik dan pesona keindahannya menjadi penyeri laman serta ruang kediaman
Siapa sangka pokok orkid yang asalnya tumbuh liar di hutan mampu mencecah hampir RM1 juta sepokok untuk spesies tertentu. Ketika ini, terdapat sebanyak 25,000 hingga 35,000 spesies orkid dengan kira-kira 1,000 ‘genera’ di seluruh dunia.
Kebanyakan spesies orkid liar dan hibrid menjadi produk pertanian dan holtikultur yang berharga tinggi. Antara orkid bernilai tinggi adalah dari spesies Orkid Gold of Kinabalu atau nama saintifiknya Paphiopedilum Rothchildianum, menduduki tempat kelima dalam senarai orkid termahal dunia, iaitu berharga RM27,270 sepokok.
Ia mahal kerana mengambil masa selama 15 tahun untuk mekar berbunga dan dipercayai tergolong dalam spesies di ambang kepupusan.
Spesies orkid Shenzhen Nongke yang hanya ada di China pula dilaporkan dijual dengan harga £160,000 (RM912,484) sepokok yang mengambil masa lapan tahun penyelidikan oleh saintis di negara itu bagi mencipta bunganya yang cantik dan elegan.
Orkid dari genus Cymbidium itu dipercayai paling mahal di dunia, hanya mekar setiap empat hingga lima tahun sekali, selain ia melambangkan sosiobudaya negara China dan aroma yang wangi.
2. BONSAI
Bonsai adalah seni membantutkan pokok dalam pasu supaya membawa penampilan kerdil daripada pohon besar berusia puluhan atau ratusan tahun. Lazimnya, saiz terkecil bonsai atau ‘mame’ bonsai hanya sebesar syiling 50 sen dan yang terbesar seelok-eloknya tidak lebih daripada satu meter tinggi.
Terdapat pelbagai spesies pokok yang boleh dijadikan bonsai. Antara spesies bonsai tunggal yang menarik terdapat dalam negara ini adalah spesies bonsai tempatan ‘cucur atap’, yang hanya boleh didapati di Kelantan dan Terengganu.
Gubahan pokok ini kebiasaannya dijual pada harga RM100 hingga RM200, namun ia mampu menjangkau sehingga puluhan ribu mengikut keunikan gubahan dan usianya. Pokok harga ‘kayangan’ ini apabila mampu mencecah RM25,000 sebatang jika dikategorikan sebagai bonsai kelas pertama.
Selain itu, beberapa jenis pokok yang sesuai dijadikan bonsai seperti pokok bunga kertas, kesinai, asam jawa, kemuning, ara dan melati. Semakin unik hasil gubahan Bonsai dan semakin matang umurnya, semakin tinggi jugalah nilainya.
Antara Bonsai termahal seperti spesies Wrightia Religiosa berusia 40 tahun dengan anggaran harga sekitar RM80,000 hingga RM90,000.
Minat terhadap pokok bonsai mendorong segelintir pemilik premis kediaman sanggup membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk membelinya.
Jadi tidak hairanlah bonsai juga menjadi lambang ‘status’ bagi pemilik kediaman kerana harganya yang mahal, tak semua pemilik laman mampu jadikan pokok ini sebagai penyeri rumah.
3. BROMELIAD (BUNGA NENAS)
Bromeliad sejenis tanaman hiasan eksotik yang tergolong dalam famili Bromeliaceae. Secara semula jadi, pokok bromeliad mudah dijumpai tumbuh dan hidup di atas pokok sebagai pokok tumpangan (epifit), di atas tanah, di celahan batu dan di tepi tebing gunung.
Terdapat lebih 3,700 spesies pokok bromeliad dengan pelbagai bentuk daun dan variasi warna yang menarik. Namun, kebanyakannya bromeliad berwarna terang dan apabila kembang, ia akan bertahan sehingga beberapa bulan.
Keunikan kombinasi warna dan daunnya menjadikan bromeliad kini antara tumbuhan hiasan untuk menyerikan halaman kediaman. Malah mudah dijaga, tidak memerlukan siraman setiap hari serta penjagaan yang rapi.
Namun bukan calang-calang harganya pokok yang berasal dari Amerika Selatan ini, ia juga mampu dijual pada harga ribuan ringgit.
4. KELADI EKSOTIK
Pokok Keladi ialah sekelompok tumbuhan dalam keluarga Araceae yang ditanam sebagai tanaman hiasan. Antara jenisnya seperti Aglaonema, Anthurium, Dieffenbachia, Epipremnum, Philodendron, Spathiphyllum dan Syngonium; dan juga Alocasia, Caladium dan Colocasia.
Pernah viral seketika dahulu, tanaman keladi eksotik antara pokok hiasan berharga bagi peminat laman. Ia mampu mencecah harga RM10,000 hingga RM35,000 sepokok bergantung pada jenis spesies dan keunikannya.
Sebagai contoh pokok keladi jenis colocasia midnight berharga RM24,000 sepokok, manakala jenis ‘Topeng Firaun’ harga pasaran antara RM10,000 hingga RM20,000 sepokok bagi pokok matang dan anak pokok dijual pada harga RM5,000 hingga RM8,000 sepokok.


Keladi jenis ‘Black Stan Variegated’ pula boleh dijual pada harga RM24,000 dan pokok matang pada harga RM38,000 sepokok.
Semakin sukar spesies keladi eksotik ini diperolehi, semakin mahal harganya di pasaran.
5. MONSTERA
Pokok Monstera (Monstera deliciosa) adalah sejenis tumbuhan daripada keluarga Araceae yang sering dijadikan tanaman hiasan yang mempunyai rupa bentuk yang unik dan cantik.
Keunikan tumbuhan ini adalah dimana bentuk daunnya yang berwarna hijau serta berlubang dan saiz daunnya juga besar. Pokok ini menjadi pilihan ramai kerana ia sesuai ditanam sebagai tanaman dalam rumah (indoor plants) atau dijadikan tamanan hiasan dalam pasu.
Pokok ini juga lebih dikenali sebagai pokok ‘Keladi Monstera’ atau ‘Cheese plant’ disebabkan bentuk lubang-lubang pada dunnya seakan lubang pada cheese. Ini juga berkait dengan daun pokok ini pada tumbuhan yang matang boleh menjadi sangat besar, berkilat, berwarna hijau gelap, daun terbelah-belah dan berlubang-lubang bergantung kepada spesis dan cara penjagaannya.
Pokok montera yang termasuk didalam keluarga memanjat (climbing plants) ini mempunyai 50 spesis dimana mampu tumbuh sehingga ketinggian 20 meter.
Pokok Monstera yang mempunyai daun berciri unik seperti ada tompokan berwarna cerah dan bermotif marmar dijual dengan harga yang mahal kerana sukar untuk didapati. Varian harga seperti Monstera Albo dijual pada harga USD100 (RM441) hanya bagi keratan batangnya sahaja kerana keunikannya dan juga faktor ada permintaan yang tinggi di kalangan pencinta Monstera . Hasil tinjauan, sepohon pokok Monstera albo dan bagi jenis Monstera Thai Constellation dijual pada harga RM1500-RM2500.
Monstera Albo Marble, Monstera Aurea Marble dan Monstera Albo Halfmoon antara yang mempunyai nilai pasaran tinggi.Nilaian harga pokok-pokok ini bertambah tinggi bergantung kepada kematangan dan saiz daun, kesihatan akar, saiz batang dan keadaan fizikal daun yang tiada cacat cela. Malah mampu dijual sehingga puluhan ribu ringgit.
IMPIANA: Jika berkemampuan apa salahnya untuk mengumpul koleksi pokok kayangan ini. Malah jika bijak percaturan, hobi tersebut boleh dijadikan pendapatan sampingan dengan menjual anak-anak pokok yang ada.
Mesti Baca:Rupa-rupanya Pokok Bonsai Termasuk Dalam Kategori Karya Seni. Patutlah Mahal.
Baca Lagi Di Sini:Teknik Tanam Bunga Kertas Dalam Pasu Gantung, Unik Dan Cantik
Artikel Menarik: Kalau Ada Anak Kecil Di Rumah Elak Tanam Jenis Pokok Keladi
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip Suburkan Pokok Pudina, Siapa Sangka Herba Masakan Ini Boleh Jadi Baja

Tip suburkan pokok pudina, siapa sangka herba masakan ini boleh jadi baja. Daun pudina bukan sekadar digunakan dalam masakan, malah sangat popular sebagai campuran minuman kerana aromanya yang menyegarkan. Berbaloi jika tanam sendiri di rumah.
Tip Suburkan Pokok Pudina, Siapa Sangka Herba Masakan Ini Bokeh Jadi Baja
Salah satu cara mudah untuk membiak pokok pudina adalah melalui pucuk. Kaedah ini bukan sahaja senang dilakukan, malah dalam tempoh kurang sebulan, anda boleh menghasilkan puluhan anak pokok pudina. Perkongsian ini datang daripada Agro Tani yang menunjukkan cara tanam pudina menggunakan pucuk.
Tanam Pokok Pudina Guna Pucuk, Cepat Beranak-Pinak
Awal-awal dulu, saya beli dua pasu kecil pokok pudina dari nurseri. Harganya RM10 untuk satu pasu, jadi RM20 juga saya keluarkan untuk dua pasu.
Walaupun harga itu boleh tahan, saya tetap beli sebab isteri memang minat bau daun pudina. Lagipun niat saya nak gandakan pokok ini di rumah. Alhamdulillah, dalam tak sampai sebulan, pokok pudina saya dah membiak sampai penuh berpuluh-puluh pasu.
Saya guna dua teknik mudah, pertama, celup atau rendam batang dalam air sehingga berakar. Kedua, saya terus tanam pucuk ke tanah. Berdasarkan pengalaman saya, tanam menggunakan pucuk jauh lebih cepat dan mudah untuk pokok membesar serta bercambah.
Cara-cara tanam pokok pudina menggunakan pucuk:
1. Pemilihan medium (saya guna tanah sawit campur)
2. Saya pilih pucuk matang, saya ada sertakan gambar yang telah dilabel A dan B. Kedua-duanya adalah pucuk, yang membezakannya adalah pucuk matang dan pucuk tidak matang.
– Gambar A merujuk kepada pucuk yang kurang matang, batangnya berwarna hijau muda, peratus untuk hidup adalah kurang.
– Gambar B merujuk kepada pucuk yang telah matang, batangnya berwarna purple muda, peratus untuk hidup Insya-Allah lebih tinggi. Pilih pucuk begini.
3. Selesai memilih pucuk, cucuk pucuk tersebut ke dalam medium yang telah dipilih (pastikan medium telah digembur terlebih dahulu).
4. Siram medium sehingga basah lencun.
5. Letakkan di kawasan teduh di antara seminggu ke dua minggu.
6. Pucuk yang berjaya hidup akan sentiasa hijau dan mula menampakkan pertumbuhan.
7. Dedahkan kepada cahaya matahari secara beransur-ansur.
INFO
– Pokok pudina yang telah stabil boleh diletakkan di bawah matahari penuh
– Anak pokok boleh dibaja seusia dua minggu dalam kuantiti yang sedikit.
Petua Nak Suburkan Pokok Pudina Supaya Tumbuh Merimbun:
Tanamkan bunga cengkih ke dalam pasu. Dengan izin Allah pokok pudina akan tumbuh dengan subur. Cubalah!
Sumber: Agro Tani dan Ieda Zainol
Baca artikel lain juga: Daun Pudina Jadi Hitam? Jangan Panik, Ini Rahsianya!
Tanam Daun Pudina Teknik 3T (Tanaman, Tinggal, Tuai) Guna Bekas RM 2.10
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tanam Pegaga Gantung Subur Merimbun, Jimat Ruang & Senang Nak Petik!

Pegaga merupakan salah satu ulam tradisional yang sangat digemari di Malaysia. Bukan sahaja enak dijadikan ulam, tetapi ia juga boleh dijadikan hiasan di laman.
Pegaga sebenarnya boleh ditanam secara gantung selain di atas tanah. Bila ditanam secara gantung lebih mudah untuk dipetik. Paling seronok bila tengok pokoknya tumbuh subur dan rimbun.
Bagi yang suka makan ulam pegaga ini, boleh tanam sendiri ikut kaedah gantung. Caranya boleh ikut panduan yang Izam Ijam ini.
KAEDAH TANAM PEGAGA GANTUNG:
Bahan-bahan yang diperlukan:
Medium cocopeat 100%
Baja fertigasi AB 1.5 ec atau 50ml A 50ml B 20 liter air
Racun serangga brogard + garlic oil
Polibeg tanpa lubang bawah
Pokok pegaga
Cara penanaman:
1. Isi cocopeat dalam polibeg basahkan. Pastikan polibeg tiada lubang bawah.
2. Ambil pokok pegaga, boleh beli di pasar dan pastikan ada akar atau cabut kat belakang rumah (kalau ada).
3. Potong daunnya dan tanam dalam polibeg sekurang kurangnya 5 pokok untuk satu polibeg. Kemudian siramkan permukaan polibeg tadi dengan air baja AB sebanyak 240ml atau satu cawan sehari.
4. Letakkan polibeg di tempat yang tidak terkena hujan dan seeloknya kena panas pagi.
5. Selepas seminggu gantung polibeg boleh letakkan di tempat yang panas dari pukul 8-12 tengah hari. Panas sampai petang pun tak mengapa.
6. Siram polibeg 2 kali sehari pagi dan petang atau siram polibeg sehingga berat purata 2kg. Jangan lebih nanti akar lemas dan busuk.
7. Sembur racun serangga seminggu sekali, seeloknya guna racun organik. Petik dan boleh terus dimakan.
8. Kalau malas nak siram gunalah sistem fertigasi. Pastikan air siraman sudah dicampurkan baja AB.
9. Usia 1 bulan boleh tuai. Jangka hayat pegaga ini boleh sampai setahun jika rajin prunning daun.
Sumber: Izam Ijam
Baca Lagi Di Sini: Jual Rumah Teres Beli Rumah Flat Keluasan 753kps, Makeover Cantik & Selesa!
Artikel Menarik: Transformasi Rumah Flat 650 Kaki Persegi, Dekorasi Simple Tampak Elegan & ‘Cozy’!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI