Tidak dinafikan, ada segelintir di kalangan anda yang gemar untuk meluangkan masa dan melakukan aktiviti riadah di ruang balkoni atau di kawasan laman kediaman.
Bukan sahaja ruang dalaman kediaman sahaja yang perlu dihias supaya tampak cantik, malah ruang riadah ini juga perlu dititikberatkan.
Ada pelbagai cara serta idea dekorasi untuk ruang balkoni dan kawasan laman kediaman menarik yang boleh anda lakukan antaranya menggunakan pemilihan aksesori seperti set meja kopi yang lengkap.
Bagi anda yang sedang mencari kelengkapan perabot meja kopi yang mempunyai gaya reka bentuk yang moden, anda boleh sahaja mendapatkan meja kopi dengan rekaan terbaharu ini.
Ads
Selain didatangkan dengan gaya rekaan terkini, meja kopi ini tampak unik dan lain daripada yang lain. Ia juga amat sesuai bagi anda yang gemarkan gaya konsep yang moden.
Ads
Sekiranya anda mahu memiliki kelengkapan meja kopi seperti ini, anda boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Cuaca yang panas menyebabkan penggunaan penghawa dingin digunakan semaksimum yang mungkin. Selain penghawa dingin, tentulah banyak lagi barangan elektrik yang menggunakan tenaga elektrik. Keadaan ini menyebabkan bil elektrik anda setiap bulan akan bertambah berkali ganda.
Panel 9 Keping dah siap upgrade. Esok TNB akan baca meter. Lepas tu dah boleh supply power ke inverter/controller hibrid tu. Bateri baru jenis LiFePo 24V 200AH, tunggu delivery beberapa hari saja lagi, just guna malam untuk beberapa jam sahaja.
Saya masih gunakan bekalan TNB, cuma sasaran saya untuk reduce sebanyak mungkin supply dari TNB. Kalau nak guna 24jam solar, kos bateri akan jadi bebanan dan saka poket. Saya bukan installer, saya bukan pakar, saya gemarkan DIY.
Saya beli sikit-sikit, belajar sendiri, buat sendiri. Just nak bagi motivasi & inspirasi kepada yg ada pasang angan-angan. Tips saya, beli sikit-sikit. Belajar dari bawah. Video pemasangan akan diupload ke channel saya (Arrazman Mydiy) kemudian….tunggu bateri sampai & test dulu lah.
Bagaimanapun sebelum anda mengambil keputusan untuk memasang panel solar, ketahui dahulu kelebihan dan kelemahan panel solar. Setiap sesuatu perkara itu pasti ada kelebihan dan juga kelemahan.
1. Bil elektrik lebih rendah
Walaupun kos pemasangan awal tak murah, rumah berkuasa solar akan menguntungkan anda dalam jangka masa panjang. Sebabnya, anda boleh menjimatkan sehingga 80% perbelanjaan elektrik bulanan anda!
2. Mengurangkan jejak karbon
Cahaya matahari sentiasa ada (kecuali kiamat la), tetapi minyak akan habis. Menggunakan tenaga solar di rumah bermaksud anda dapat mengurangkan pembebasan gas karbon. Selamatkan alam sekitar!
3. Potensi ROI dalam lima tahun
Walaupun harga panel dan kos pasang mahal, kos penyelenggaran rendah. Bukan hanya anda dapat untung balik dalam beberapa tahun, anda boleh jual lebihan kuasa menerusi sistem Net Metering. Panel solar juga akan meningkatkan nilai hartanah anda.
4. Guna insentif dan pembiayaan hijau
Banyak insentif dan pilihan pembiayaan bertujuan untuk mengurangkan beban bayaran pendahuluan pasang panel solar.
Misalnya, program U-Solar oleh UOB yang membantu anda bayar pakej solar untuk 12,18 atau 36 bulan dengan 0% kadar faedah menggunakan kad kredit UOB.
Walaupun insentif cukai solar masih kurang untuk hartanah kediaman, tapi untuk hartanah komersial ada banyak insentif menerusi Skim Pembiayaan Teknologi Hijau.
5. Boleh buat untung
Skim Net Metering (NEM) dan P2P disebut di atas adalah saluran jana keuntungan dengan menjual lebihan tenaga kepada TNB- jadi anda tak perlu pasang bateri simpanan yang mahal.
Kuota untuk NEM 3.0 adalah 100MW dan permohonan boleh dihantar kepada SEDA sehingga 31 Disember 2023.
1. Prosesnya agak rumit
Lepas pasang panel solar, anda tak boleh hanya goyang kaki. Untuk dapat kelebihan sepenuhnya dan jana ROI yang banyak, anda perlu buat kajian sendiri.
2. Jangan lupa aspek penyelenggaraan
Walaupun sistem panel solar tak perlukan penyelenggaran banyak, anda masih perlu pastikan pihak yang memasang memberikan jaminan kepada sistem yang anda pasang.
Ada syarikat yang hanya beri jaminan jika sistem itu dipasang oleh kakitangan mereka sahaja.
3. Tiada jaminan tempoh pulangan pelaburan
Memang akan ada anggaran masa bila anda boleh untung, tapi untuk mencapai ROI yang baik banyak perkara perlu dipertimbangkan.
Ini termasuklah keadaan cuaca, penggunaan tenaga rumah anda dan kemungkinan wujud kerosakan dalam sistem panel solar anda.
4. Hanya untung bila jual lebihan elektrik
Ramai orang Malaysia ingat yang pasang panel solar akan beri pendapatan pasif. Tapi perlu diingat yang skim NEM berdasarkan siapa hantar dulu sebab wujud kuota dan perlu dilihat sebagai kaedah untuk mengurangkan caj elektrik bukan untuk untung besar.
5. Bukan untuk semua benda
Waktu puncak tenaga solar diubah adalah ketika kebanyakan kita sedang bekerja di pejabat atau luar rumah. Maksudnya, tenaga konventional masih diperlukan kecuali anda ada bateri solar (yang kosnya boleh tahan tinggi).
Bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-17, Coway, syarikat Best Life Solution memperkenalkan identiti jenama yang diperbaharui semasa acara Brand Renewal yang diadakan di The Space, Menara Ken TTDI, pada Rabu.Inisiatif pembaharuan jenama ini selaras dengan ulang tahun ke-17 Coway dan menandakan komitmen berterusan Coway untuk meningkatkan kualiti hidup melalui produk inovatif dan perkhidmatan yang telus.
Semasa acara Brand Renewal, wakil-wakil dari Coway Malaysia berkongsi mengenai perjalanan dan evolusi jenama Coway sejak pertama kali ia memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2006. Coway telah mengembangkan penawaran produknya dari penulen air serta penulen udara kepada pengalaman peralatan rumah yang lebih holistik untuk orang ramai di Malaysia. Ini termasuk memperkenalkan rupa baharu Coway, perluasan perniagaan seperti Penyaman Udara Coway serta Kerusi Urut Coway terbaru.
Oleh itu, Coway juga percaya bahawa untuk mengekalkan relevansi jenama dan sebagai pendorong utama untuk membawakan gaya hidup yang lebih sihat, Coway komited untuk menjadi innovator and caregiver yang mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik – setiap saat setiap hari.
Duta jenama tempatan Coway Malaysia, Mira Filzah memeriahkan acara tersebut dengan kehadirannya di mana beliau berkongsi maksud “Change” dan bagaimana Coway telah mengubah hidupnya. Pelbagai produk Coway seperti penulen air CORE PLUS, Kerusi Urut Coway, Penyaman Udara Coway, penulen udara NOBLE dan banyak lagi telah dipamerkan semasa majlis tersebut.
Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi berkata, “2023 merupakan tahun yang hebat untuk kami di Coway Malaysia. Di samping meraikan tahun ke-17 kami berkhidmat untuk rakyat Malaysia, kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada detik-detik perubahan dalam kehidupan isi rumah Malaysia dengan produk dan perkhidmatan kami. Dan kini, kami melancarkan identiti jenama kami yang diperbaharui yang mewakili komitmen serta dedikasi kami terhadap inovasi, kualiti, dan kepuasan pelanggan, serta visi kami untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.”
Komitmen yang digalas oleh Coway 17 tahun yang lalu untuk menambahbaik kehidupan rakyat Malaysia tidak goyah dan akan terus memenuhi janji ini untuk membawakan pengalaman peralatan rumah yang holistik kepada rakyat Malaysia sebagai syarikat Best Life Solution.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Dengan hanya bermodalkan RM10, tak perlu batas atas tanah, anda boleh menanam sayur dalam beg plastik. Sesuai sangat untuk kawasan rumah dengan keluasan terhad. Bukan sahaja tidak memerlukan belanja yang banyak tetapi juga cara ini lebih praktikal terutama bagi mereka yang baru mula berjinak-jinak dengan aktiviti berkebun.
Melalui satu hantaran yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Matt Pucuk Tunas Garden berkongsi tip cara-cara untuk menanam sayur dalam beg tanah plastik.
Istimewanya melalui teknik penanaman ini, anda tidak perlu membeli pasu dan membuat batas di atas tanah yang lapang. Anda hanya perlu menanam sayur-sayuran di atas ‘batas’ di dalam beg tanah plastik sahaja.
1. Di bahagian bawah beg tanah plastik, cucuk dengan pensil lebih kurang dalam 30 biji lubang supaya akar serabut dapat turun ke bawah dan tahan lebih lama jika kurang disiram.
2. Potong bahagian atas beg tanah plastik bentuk kotak. Lipat bahagian atas sebagai penutup. Pastikan apabila dipotong petak pembukaan atas, ada lebih dalam dua hingga tiga inci dari tepi supaya tanah tidak terkeluar jika hujan. Setengah jam sudah siap semuanya.
3. Selepas itu boleh mula tanam benih pokok sayur yang anda ingin tanam.
4. Plastik akan mereput dalam tempoh satu tahun. Selepas itu gunakan semula tanah di dalam beg tanah plastik yang telah reput itu tadi. Tanah itu nanti akan ada lebih banyak bahan organik.
Teknik menanam sayur-sayuran di dalam beg tanah plastik ini sangat menjimatkan masa dan tenaga untuk mereka yang sibuk tetapi masih ingin hendak berkebun. Lubang ditebuk banyak di bahagian bawah beg tanah plastik supaya pokok sayur-sayuran dapat ditanam rapat-rapat. Jadi lebih banyak sayur-sayuran dapat ditanam dan dituai.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.