Tahukah anda, reka bentuk menara jam Abraj Al Bait yang terletak di tanah suci Mekah telah dihasilkan oleh anak melayu tempatan, Datuk Wan Nazri Wan Aria yang sememangnya telah membanggakan nama Malaysia di persada dunia.
Menerusi satu hantaran di laman media sosial Facebook milik Richard Ker Digital telah berkongsi cerita serta kisah perjalanan di sebalik individu yang bernama Wan Nazri Wan Aria ini.
Untuk maklumkat anda, Anak kelahiran Melaka ini telah dibesarkan dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan di bandar Kuala Lumpur.
Beliau telah mendapat pendidikan awal sebuah sekolah yang terletak di Segambut dan kemudian melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum berkhidmat di salah sebuah syarikat tempatan.
Ketika beliau menjangkau usia 25 tahun, Datuk Wan Nazri telah mengorak langkah melanjutkan pengajian peringkat Ijazah dalam jurusan Kejuruteraan di University Of Stuttgart di German.
Setelah tamat pengajian tersebut, beliau pernah ditawarkan untuk berkerja oleh beberapa syarikat automotif di Eropah namun kesemua tawaran tersebut ditolak.
Ads
Oleh kerana minat yang mendalam terhadap Kejuruteraan Bangunan, beliau telah memohon jawatan di syarikat SL Rasch, yang merupakan salah sebuah syarikat arkitek terkemuka di German.
Pada mulanya, permohonan Datuk Wan Nazri telah ditolak oleh kerana status kewarganegaraan bukan rakyat tempatan. Kemudian beliau telah diberi tempoh selama 6 bulan percubaan untuk membuktikan kebolehan dirinya.
Akhirnya, syarikat arkitek berkenaan telah berjaya memenangi tender projek pembinaan tersebut dengan hasil idea rekaan menara jam oleh Datuk Wan Nazri.
Ads
Rentetan itu, beliau telah dilantik sebagai ketua penasihat untuk pembinaan projek tersebut dari awal sehingga bangunan menara itu siap sepenuhnya pada tahun 2012. Kini, Mecca Royal Clock Tower merupakan sebuah menara jam yang terbesar dan ketiga tertinggi di dunia.
Atas prestasi kerja beliau yang mengagumkan, Datuk Wan Nazri pernah ditawarkan perkerjaan oleh beberapa syarikat di Arab Saudi.
Pada tahun 2017, beliau telah menerima pangkat gelaran Datuk oleh Yang Di-Pertua Negeri Melaka.
Ads
Kini, beliau merupakan CEO kepada KOP Mantap Berhad kepunyaan Koperasi PDRM. Legasi kejayaan Datuk Ir Hj Wan Nazri Hj Wan Aria bukan sahaja telah membanggakan rakyat Malaysia malah seluruh rakyat di tanah suci Mekah.
Sumber: Facebook Richard Ker Digital
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Bila bercakap soal warna, kita bagaikan dipukau dengan pelbagai contoh yang ada. Malah ramai juga terpengaruh dengan paparan iklan atau jiran sebelah menyebelah. Jika boleh mahu sama atau lebih dramatik daripada mereka. Namun persoalannya adakah warna yang dipilih itu sesuai untuk anda atau sekadar tempelan belaka? Jadi bagaimana helah memilih warna yang sesuai dengan diri anda dan kediamannya? 5 gosip panas diperolehi daripada pereka…
Kisah Cahaya Matahari Menerobos Masuk Ke Rumah
Lihat cahaya semula jadi ruang kediaman anda. Adakah malap kerana tidak menghala terus ke simbahan cahaya matahari atau terang benderang terutama di waktu pagi mahu pun petang? Ini penting kerana ia mempengaruhi karakter warna yang bakal anda pilih. Agar seimbang, selesa malah menyerlahkan pula pilihan tata hias anda.
Pernah saya ditanya, bolehkah kita memilih warna ruang kediaman berdasarkan warna kegemaran kita. Bayangkan jika warna kegemaran kita ungu kelam dan coklat sawo matang. Dikenakan pula pada ruang makan yang tidak dapat cahaya matahari yang cukup. Terbukakah selera anda untuk makan di situ dengan dikelilingi rona yang begitu berkecamuk dan tidak keruan? Jika seleranya masih terbuka syukurlah..bagaimana ruang kelihatan sugul, ‘kotor’ dan membuat kita resah?Lebih memburukkan keadaan, suami makan di sebelah pun kita tak perasan . Masakan tidak, semua dah teradun sama dengan warna kerusi makan , dinding belakang dan warna kulitnya…yang nampak hanya gigi jer….
Bayangkan ruang kediaman anda diterangi mentari petang, ruang akan menjadi panas dan anda pula jenis orang yang panas badan terutama apabila pulang dari kerja? Pasti tidak keruan dan tidak amali dengan gaya hidup anda bukan? Manakala segala kemasan lembut anda berwarna merah cili dan jingga. Malah dindingnya diwarnakan dengan rona terang gemilang juga. Tidakkah anda rasa seperti di dalam ketuhar?
Carilah warna yang sejuk, yang selalu digunakan oleh produk spa. Warna segar dan mampu memberi rasa nyaman apabila melihatnya. Kita sewajarnya menyesuai warna yang sesuai untuk semua kelengkapan rumah. Bukan berimaginasi tanpa melihat realitinya. Bukan apa kelak kita juga yang rugi dan sakit hati. Tambah pula jika jiran yang ‘kepoh’ datang bertandang. Mulalah dia mengata itu ii serba tak kena macam pakar warna antarabangsa lagaknya.
Bagaimana pula jika kediaman anda terlindung dek blok depan dan kelam sentiasa? Apa usaha kita dalam menjadikan suasana lebih cerah dan menyalurkan tenaga positif? Anda boleh memilih warna terang. Tetapi wajarkah mewarna setiap kamar dengan warna berbeza? Nanti orang kata tadika pula.
Jadi cari kertas dinding yang mempunyai corak meriah warna. Flora, geometri, belang atau panorama. Pilihlah yg mana sesuai. Tidak perlulah sampai kesemua dinding. Cukup feature wall sahaja. Manakala rona lain cukup diwarnakan dengan rona asas seperti kuning krim , putih magnolia atau putih gading yang cerah dan selamat. Jadi terang dan kena pada ruangnya. Kita jangan lupa warna selalunya akan lebih hidup jiak terkena pancaran cahaya yang cantik dan menarik. Sama ada pencahayaan semula jadi atau tiruan, kita perlu bijak menangani perkara ini agar ruang nampak terancang dengan cukup rapi dan memberi manfaat kepada kita.
Untuk mengetahu gossip berikutnya tunggu esok ya…..
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Siapa yang suka makan lobak putih ni? Tahukan khasiat lobak putih ni banyak sangat. Apabila bercakap pasal lobak, pasti terbayangkan lobak merah, betul tak? Namun hakikatnya, lobak putih juga tidak kurang hebatnya.
White radish tergolong dalam keluarga kubis dan nama saintifiknya adalah Raphanus Sativus var. Longipinnatus.
Lobak ini telah digunakan berabad lamanya untuk tujuan perubatan Ayurveda. Ia boleh membantu merawat pelbagai jenis penyakit. Dalam komponen perubatan di China juga menggunakan lobak ini kerana ciri-ciri bau pedasnya (pungent).
Dari aspek pemakanan pula, ia boleh dimakan secara mentah, dimasak ataupun dijadikan jeruk.
Jom kita belajar tanam lobak putih ini cara CIKGU KEBUN. Mudah dan hasilnya cukup lumayan. Kalau macam ni punya hasil dah boleh buat pendapatan sampingan.
Bagi yang nak cuba tanam, Mohd Syafiq Ahmad Khasasi atau dikenali juga sebagai Cikgu Kebun berkongsi panduan penanaman serta tip untuk dapatkan umbisi yang besar.
Tip tanam lobak putih (white raddish) supaya cepat tumbuh dan umbisi besar
Tanam lobak putih ni memang syok sebab tanaman ini jenis nampak batang lobak keluar dari tanah bila dah matang. Paling best masa nak tuai, cabut dan pegang lobak tarik keluar dari tanah. Syok yaamat.
CK nak ajar macam mana nak tanam lobak putih, cara CK simple tapi hasilnya mantap.
1. Sediakan tong air
Cari tong air 200L belah 2, kalau tengok tong biru ni CK tak lubangkan. Sebab nak baja dan air 100% lobak ini ambil. Tapi jangan letak di tempat terbuka atau panas mesti letak bawah bumbung/ green house atau awning rumah.
ADVERTISEMENT
IKLAN
2. Buat campuran tanah
Bagi pokok jenis umbisi jangan guna tanah yang keras. Susah untuk lobak membesar. Boleh buat campuran macam ini; 2 baldi tanah sawit, 2 baldi tanah merah, 2 baldi sabut, 1 baldi sekam bakar, 1 baldi sekam mentah dan 500g baja wangi serbuk. Gaul semua campuran ini kemudian siram Soil treatment atau apa-apa Effective Microb (EM) untuk tanah.
3. Semai biji benih
Semai dulu biji benih lobak putih (boleh beli online) tapi jangan semai banyak. Sepokok satu lubang dalam tray semaian. Biji lobak putih jenis besar macam biji kangkung jadi cepat tumbuh. Kalau semai banyak macam CK, jenuh nak tanam. Kemudian pilih pokok yang betul-betul sihat untuk pindahkan.
4. Jarakkan sejengkal
Buat jarak sejengkal atau lebih setiap pokok, dan antara pokok. Sebabnya daun lobak putih tumbuh macam pokok sawi, lagi luas ruang lagi besar lobak kita akan dapat.
IKLAN
5. Siraman
Siraman kena ngam-ngam saja sebab CK tak lubangkan tong air sebelah bawah, jadi kalau air lebih nanti berenanglah lobak-lobak tu. Air siram basah saja, gunakan jari telunjuk cucuk dalam tanah. Kalau lembap tak perlu siram lagi.
6. Pembajaan
Cara pembajaan pula CK akan tabur baja wangi serbuk seminggu sekali dan siram dengan baja air LOF atau Single AB secara kerap tapi sikit-sikit. Lagi banyak kita buat pembajaan secara konsisten lagi besar lobak dan cepat hasil kita dapat. Disebabkan tempat tanam tiada lubang semua baja pokok dapat dengan banyak. Kesannya cepat pokok tumbuh membesar.
7. Kawalan serangga
Jangan lupa buat kawalan serangga seminggu sekali, secara semburan pada daun dan tanah. CK guna produk organik saja untuk buat kawalan ini.
8. Top up tanah
Bila nampak lobak putih mula keluar dari permukaan tanah, top up tanah. Tambah lagi banyak, lagi besar lobak akan dapat.
Insya Allah kalau buat yang CK ajar dalam 45-60 hari dah boleh tuai lobak putih. Bagus tanam atas bagi tinggi sikit macam buat rak, nanti nampak lobak putih ini menonjol atas tanah.
Pokok bunga kantan merupakan sejenis pokok herba saka yang biasa digunakan dalam masakan nusantara seperti laksa, nasi kerabu, asam dan pedas. Aromanya cukup wangi dan dapat menaikkan selera makan sesiapa saja. Selain itu, warnanya yang menonjol juga menjadikan bunga kantan sebagai salah satu aksesori hiasa yang menarik!
Walau bagaimana pun, nak biak tanaman ini bukanlah satu perkara yang mudah. Ia amat susah untuk berbunga dan oleh kerana itulah harganya dipasaran agak tinggi berbanding tanaman lain. Bunga kantan juga jarang ditanam secara komersial walaupun dengan permintaan yang tinggi.
Dengan perkongsian saudari Haninah Salim melalui laman Kebun Bandar di Facebook, beliau ada memberitahu petua bagaimana untuk membuatkan bunga kantan berbunga dengan kerap disamping sentiasa sihat dan selamat sebelum dituai. Mari cuba!
CARA PASTIKAN BUNGA KANTAN BERBUNGA KERAP & BANYAK SERTA SIHAT HINGGA WAKTU UNTUK DITUAI
1. Kantan mula berbunga biasanya selepas 2 tahun lebih ditanam. Kantan biasanya tidak memerlukan baja.
2. Untuk berbunga kerap:
Kantan gemar persekitaran yang basah dan lembab.
Kena rajin “bagi hujan” apabila hari tidak hujan dengan menyiram secara semburan halus ke atas.
3. Setelah mula mengeluarkan kudup bunga, letak potongan botol plastik untuk mengelakkan musuh tanaman.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!