Orang kata , untuk dapatkan hasil atau buah yang banyak dan berkualiti daun pada pokok perlu sihat. Jadi, untuk memastikan kesihatan daun terjami ia memerlukan baja foliar atau lebih mudah kata baja yang tinggi Nitrogen.

Sekali lagi petani muda berjaya, Nur Amirul Nur Azmi berkongsi respi penghasilan baja organik yang tinggi dengan Nitrogen

Bahan-bahan:
– 1 kg kangkung
– 1 kg Maman Pantai
– 2 kg gula merah
– 2 liter air tanpa klorin
– 1 sudu kecil kapur makan
– 1 butir ragi.

IKLAN

Maman Pantai Boleh Buat Baja Nitrogen Khas Untuk Daun

IKLAN

Cara-cara:
1. Kisar semua bahan-bahan yang di senarikan kecuali ragi
2. Masukkan bahan yang telah di kisar halus ke dalam bekas perapan dan taburkan ragi yang telah dihancurkan menjadi serbuk di bahagian atas
3. Tutup mulut bekas perapas dengan kain dan pastikan penutup balang ketat
4. Peram bahan-bahan tadi selam 2 minggu

IKLAN

Cara penggunaan, bancuh 20ml – 50ml untuk satu liter air. Sembur dibahagian daun

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI