Makeover Tin Susu Jadi Tempat Letak Ubat Nyamuk, Tampak Unik & Kreatif

Share

Sudah bosan dengan bekas tempat letak ubat nyamuk yang sedia ada di rumah anda? Atau pun, bekas yang sedia ada telah pun rosak dan tidak boleh digunakan lagi? Jangan bimbang! 

Kini, sudah ada idea menarik yang boleh anda lakukan untuk bekas tempat letak ubat nyamuk di rumah anda. Bukan setakat itu sahaja, anda boleh buat sendiri sahaja bekas tempat letak ubat nyamuk ini. 

Apa yang menariknya lagi, anda boleh membuat bekas tempat letak ubat nyamuk ini dengan menggunakan barangan terpakai seperti daripada tin susu lama sahaja. 

Dengan ini, anda boleh berjimat-cermat dan tidak perlu pun berbelanja besar untuk menghasilkan bekas tempat letak ubat nyamuk ini. 

Selain anda perlukan tin susu kosong lama, anda juga cuma perlukan ‘hot glue gun’ dan cat semburan untuk mencantikkan lagi bekas tempat letak ubat nyamuk anda.

Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram

dan TikTok rasmi IMPIANA.

Baca artikel berikutnya: Tidak Boleh Guna Sebarang Cecair Pencuci, Ini Cara Betul Untuk Bersihkan Perabot Rotan

 

IKLAN