Nak dekor rumah nampak baru, tak semestinya perlu beli perabot dan aksesori tambahan. Yang sedia ada di rumah tu kita boleh diperbaharui atau baik pulih. Seperti yang dilakukan oleh Intan Nasirah. Meja lama yang masih kukuh di beri nafas baru dnegan menggunakan marbel vinyl yang di beli online. Berikt item yang digunakan oleh Intan untuk makeover meja makan
Saja nak share saya buat DIY meja makan.. asal meja nie owner lama punya. Sebab masih kukuh dan elok rasa sayang plak nak buang. Jadi saya transform bagi nampak baru
Bagi anda yang menyewa atau baru pindah masuk ke rumah baharu, item seperti perabot dan perkakas lain merupakan kelengkapan yang harus ada. Tetapi bergantung pada bajet dan keperluan masing-masing, tidak semuanya wajib beli baru. Anda boleh gunapakai semula perabot yang lama, ataupun DIY sendiri mana yang boleh. Lebih jimat dan bijak.
Melalui perkongsian saudara محمد اكمال اذىذى , disebabkan bajet yang terhad beliau telah mengambil langkah bijak untuk bina sendiri rak tv untuk ruang tamu kediamannya. Dan hasilnya, tidak mengecewakan!
Hanya dengan menggunakan paip pvc, sebuah rak tv yang moden dan ringkas telah terbina.
Mari ikuti perkongsiannya.
RAK TV DARI PAIP PVC Nak beli yg elok duit tak ramai…
Ini projek asal bole letak tv je…
BAHAN YANG DIPERLUKAN :
– pvc class 7
– join 3way & 4way
– aerosol spray flat black
– rubber wood
1.Rancang terlebih dahulu bentuk dan saiz rak tv yang ingin dibina sebelum menyediakan bahan keperluan.
2. Pasang dan sambungkan paip pvc dengan menggunakan joint
3. Screw rapat sekali dengan papan dan paip. Guna L bracket dan skru setiap 1′
– Pastikan pillar cukup untuk tampung berat yang kita nak. Kalau tv 50′ kena rapat pillar letak simen sekali dalam paip.
4. Cat hitam terus nampak lawa macam besi. Cat tu 1 tin cukup, cuma saya nak nampak tebal pakai 2 tin.
– Papan macam ni memang boleh beli ikut meter. Kayu saya beli dekat kedai jual kayu pallet, Ni saya tukar ramai rubber wood, nak lagi kemas pakai pinewood tapi modal keras.
5. HASILNYA
KOS YANG TERLIBAT :
1.Paip class 7 x3 batang – RM19
2. Cat – RM20
3. joint – RM20
4. Kayu saya beli sekeping 3’x6′ RM130 tapi yang diguna cuma 1/10 sahaja tak banyak, kos yang guna ni sekitar RM30
Idea yang cukup kreatif dan bernas ini sesuai sangat untuk anda yang mahu jimat dan sukakan cabaran ketika menghias rumah. Selamat Mencuba!
Gula-gula getah jika dikunyah mempunyai pelbagai manfaat. Antaranya termasuklah dapat menghalang kerosakan gigi dan membantu pencernaan. Tetapi malangnya, jika tersilap langkah chewing gum yang dibuang merata mungkin boleh merosakkan pakaian jika terlekat! Memang geli dan menjengkelkan, lebih-lebih lagi kalau terkena pada baju kegemaran.
Bukan mudah ya,nak tanggalkan gula getah daripada fabrik..Jadi, tak kan nak buang?
Nanti dulu, sebelum buang pakaian yang ternoda tu, apa kata anda cuba tip dan trik yang telah IMPIANA sediakan ni. 7 cara ringkas ini mungkin berkesan ;
TANGGALKAN CHEWING GUM PADA FABRIK
1. PETI SEJUK
Letakkan pakaian yang terbabit kedalam plastik kedap udara kemudian simpan kedalam peti sejuk. Biarkan sehingga beku. Apabila gula-gula getah sudah keras, ia akan dapat ditanggalkan dengan mudah
2. CUKA
Tuang cuka kedalam mangkuk dan panaskannya didalam ketuhar gelombang mikro atau microwave selama lebih kurang seminit. Apabila sudah panas, keluarkan mangkuk dari microwave kemudian celupkan pakaian yang terkena chewing gum kedalam cuka selama beberapa minit. Cuka panas akan memudahkan proses penaggalan menggunakan berus
3. SETERIKA
Lapikkan papan menggosok dengan kadbod atau apa apa lapisan yang selamat. Lekapkan bahagian pakaian yang terkena chewing gum pada permukaan kadbod kemudiam gosok kawasan yang tercemar tersebut sehingga chewing gum cair dan terlekat pada kadbod.
4. PENGERING RAMBUT
Gunakan pengering rambut dan perlahan-lahan hidup dan halakan pada gula-gula getah yang terlekat. Buat sehingga ia cair dan mudah untuk ditanggalkan. Hati-hati jangan sampai terkena tangan!
5. WD-40
Ini merupakan solusi paling pantas dan mudah. Hanya perlu semburkan sedikit WD-40 pada gula getah yang terlekat. Tunggu beberapa ketika dan boleh cabut dengan mudah tanpa merosakkan pakaian.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Rumah baru ni, Kebiasaanya pemaju dah siap pasangkan tinted cermin. Tapi, ada juga yang tidak. Seperti yang berlaku pada Muhamad Zahir.
1. Tint film – online store. Saya beli 5ftx100ft. Memandangkan tingkap rumah tak lebar sangat bawah 2.5kaki jadi saya minta seller cut tint by half jadi 2x (2.5ftx100ft) *terpulang kepada kelebaran tingkap rumah masing-masingNi link produk tint filem yang digunakan. Klik Sini https://invol.co/clrust kalau nak beli
3. Squeegee yang untuk tarik air 4. Pressure pump water spray 5. Air sabun *saya guna sabun cuci kereta
Banyak installation guide dalam YouTube versi bm dan english dan mudah difahami.
Side note* hati-hati dengan semasa handling tint film ni, kerap kena paper cut.
Sebelum
SelepasSebelumSelepas
Selamat mencuba/diy
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...