Jika nak ubahsuai lantai simen di rumah agar nampak cantik berseri, sebenarnya kita boleh guna Vinyl Sticker je. Memang jimat bajet, beli sticker ni tinggal pasang sendiri ala-ala Herringbone Stail. Hasilnya, memang cantik dan kemas lantai bilik yang dikongsikan oleh Muhamad Nur Faizul V ini, DIY pasang Vinyl Sticker dari Kedai Eco je.
Alhamdulillah.Tajuknya bukan tukang harini, tapi Tukang Lima hari tuan puan.Lima hari. Kisahnya niat dihati nak pasang carpet je, tapi tetibe terpikat pulak dengan vinyl sticker kedai RM2. Harga sama lebih kurang dengan shopee atas idea wife, makanya terhanguslah duit beli 140 pcs vinyl sticker ni.
Konon-konon nak canggih laa pasang ala-ala herringbone stail. Fuhhhh, agak mencabar mental dan fizikal. Sebab tu ambik masa 5 hari tu.(mungkin sifu-sifu 5 jam siap dah..haha)
Kalau tuan puan tak tau theorem pythagoras tak yah laa buat herringbone ni..hahaha..ok saya tipu.. haha.Ilmu belaja dari youtube, tengok kiraan semua dari youtube.
Alhamdulillah berjaya walaupun skirting tak siap lagi. Tadi hampir-hampir siap. Salah potong pulak kayu jadi pendek. So kita tunggu tahun depan laa tengok kayu tu membesar panjang tak..haha
Untuk tahun ni, project siapkan bengkel dan ofis sendiri. Kita sambung tahun depan.fuhh macam lama lagi.Video tak siap lagi untuk ditonton.Saya akan share cara saya pasang.Happy new year semua geng-geng tukang diy.
140 Keping, Kos RM294
Ikutkan harga dekat Shopee boleh dapat RM1.80, tapi boleh beli 2 kotak sahaja dan bila tambah postage harga sama je dengan dekat eco.So kita decide beli kat eco je..huhu modal hangus RM294 – 140pcs pakai satu bilik ada lebih. Boleh cover 190sqft ruang bilik.
Starting nak start keje, wajib ade L square dengan L 45°. Pembaris panjang, pisau. Vinyl Sticker ni siap ada gam, yang jenis vinyl kayu tu kena letak foam.
Mula-mula kena tanda center supaya kita tak lari dari landasan jalan yang benar. Permulaan ni yang seksa dan yang hujung-hujung. Yang tengah-tengah happy-happy je pasang.Mulakan dari tengah. Sekeping tu potong jadi segitiga sandwich. Bucu tepi tu duduknye kat tengah line. Lepas tu disilang-silang kiri kanan dengan berpandukan garis tengah tu.
Saya suke betul dengan tukul hijau tu. Melantun lantun sedapp jee ketuk-ketuk haha. Tukul beli dekat hardware. Time lekat tu, ketuk-ketuk bagi gam dia letak..so kuat laa lagi.
Fuhhh…puas hati betul dapat siapkan.
Tuu..hujung tu, papan mdf potong pendek. Kite tunggu tahun depan die membesar memanjang dengan jayanya..haha
Alhamdulillah. Sedap mata memandang, hasil keje sorang-sorang (bab tampal menampal, time membersihkan wife tolong sekali..hihihi)…lima hari tuan puan.haha
Mesti Baca:Cara Mudah Pasang Lantai Vinyl Gaya “Tulang Ikan”
Baca Lagi Di Sini:“Makeover” Bajet Dan Mudah Tangga Cantik Macam Ni Guna Vinyl RM 2 Je
Artikel Menarik:Ikut 5 Tip Ini Kalau Nak Rumah Bebas Bunyi Bising
IMPIANA:Menarik juga makeover lantai simen dekat rumah guna Vinyl Sticker Kedai Eco ala-ala Herringbone Stail ni. Lantai simen kosong terus nampak berseri bila buat macam ni.
Sumber:Muhamad Nur Faizul V
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI