Makeover Dapur Rumah Sewa Flat Guna KABINET PASANG SIAP, Nak Pindah Nanti Boleh Buka Balik!

Share

Makeover Dapur Rumah Sewa Guna KABINET PASANG SIAP, Nak Pindah Nanti Boleh Buka Balik! Ramai beranggapan, bila duduk rumah sewa buat rugi je kalau kita dekor cantik-cantik. Nanti yang untung tuan rumah.

Sebenarnya tak kisahlah walaupun rumah sewa, yang penting kita yang nak duduk selesa dengan dekorasi sedap mata memandang.

Tuan rumah pun lebih hargai penyewa yang pandai menghias dan menjaga rumah jika dibandingkan mereka yang hanya duduk dan menyawa alakadar sahaja.Silap-silap, penyewa yang pandai menjaga dan menghias rumah ni pemilik boleh bagi harga diskaun lagi sewaktu pindah nanti.

Pasang Kabinet Dapur Pasang Siap

Cuba lihat cara Siti Sara

hias dapurnya. Walaupun rumah sewa, kabinet dapur tetap digunakan tetapi yang jenis pasang siap. Memang cantik, barang-barang di dapur pun lebih kemas tersusun dalam kabinet yang bertutup. Pilihan rona kabinet dan dapur warna cerah membuatkan dapur ini tampak lebih luas dan lapang walaupun mempunyai keluasan yang terhad.
Dapur rumah sewa jenis flat. Asalnya dapur ni tak ada kabinet. Kami suami isteri ubah suai pasang kabinet knoxhult. Suami saya pasang sendiri, tempat sinki pun dia buat sendiri. Pilih kabinet ni sebab boleh dibuka dan bawa sekali bila pindah.
Baca juga: Walaupun Hanya Menyewa, Wanita Ini Berjaya Deko Kediaman Dengan Kos RM1500. Hasilnya Menakjubkan! IMPIANA: Cantik hasil makeover dapur rumah flat ini. Walaupun hanya tinggal menyewa tetap nak hias dapur dan pasang kabinet supaya dapat tinggal lebih selesa. Bagi yang tinggal di rumah sewa boleh jadikan inspirasi. Beli je kabinet dapur yang jenis pasang siap, supaya mudah dibuka apabila nak pindah nanti. Jadi tak lah rasa ‘rugi’ boleh juga pasang di rumah sendiri nanti.
Published by
Suhaidah Wahab