
Perkara yang menjimatkan dalam dekorasi ialah benda yang boleh di DIY banyak membantu dan menjimatkan poket anda. Baru lah boleh extra kat tempat lain. Betul tak? Selain DIY sendiri langsir, ada juga yang boleh buat perabot sendiri. Tapi ada satu benda yang lagi penting berbanding perabot. Lantai kediaman. Ia menjadi faktor utama memberi keselesaan kepada tetamu yang hadir. Tapi harga karpet sekarang pun boleh tahan. Nak yang berkualiti dan cantik, mahu harganya lebih RM 300. Sebenarnya, anda boleh je make over karpet sedia ada atau buat je sendiri. Lagi cantik, Boleh ikut cita rasa anda dan tak perlu pening cari karpet yang bersesuaian dengan tema kediaman anda.
1. Make over rug yang membosankan
rug Scandinavian dari Batter Homes & Gardens.Untuk tutorial [klik sini]
2. Make over carpet berbulu ala Versace
3. Sulaman benang bulu pada rug
Selain gunakan cat atau pewarna untuk bentuk corak pada rug yang membosankan, boleh cuba guna teknik jahit atau sulaman [klik sini]
Basuh Dahulu Telur Sebelum Disimpan, Perlu Ke?

Baru-baru ini ada terdapat di media sosial tentang seorang pengguna yang berkongsi cara mencuci telur sebelum ia disimpan kedalam peti sejuk. Menurutnya, tujuan mencuci dahulu telur yang dibeli itu adalah untuk menghapuskan kuman yang mungkin boleh menjangkiti. Bekas telur juga disarankan untuk dilupuskan terus agar kesihatan isi rumah tidak berada dalam risiko.
Maka pelbagai reaksi yang diterima, ada yang bersetuju dan ada juga yang membantah tindakan tersebut.
Jadi, perlu atau tidak kita mencuci telur sebelum disimpan? Mari ikuti penjelasan ahli kimia, Dr Fatimah Salim berkaitan perkara ini.
PERLU ATAU TIDAK BASUH TELUR SEBELUM PENYIMPANAN?
Sebenarnya telur secara semulajadi memiliki selaput perlindungan yang dipanggil “bloom” atau “cuticle” yang terbentuk daripada cecair faraj ayam semasa bertelur. Tujuan lapisan ini ialah untuk melindungi isi telur daripada dicemari. Kulit telur sebenarnya mempunyai liang-liang halus di seluruh permukaan yang telap kepada kuman dan bahan kimia meruap (aka gas) dari persekitaran. Sebab itu telur boleh berbau bawang (dari bahan kimia bersulfur) jika diletakkan bersama dengan bawang. Selain daripada itu, selaput ini juga bertindak dalam mengekalkan kelembapan dalam telur dengan cara mencegah air meruap keluar melalui kulit telur. Inilah sebab kepada pendapat yang tidak menggalakkan telur dibasuh sebelum disimpan.
Pun begitu, terdapat peraturan dalam USDA yang mengharuskan pencucian setiap telur yang dijual secara komersial. Ini kerana kulit telur yang mengandungi najis boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella. Sekiranya telur ini disimpan dalam peti sejuk tanpa dicuci, ianya boleh menyebabkan pencemaran silang berlaku (kuman boleh berpindah) kepada makanan lain yang disimpan, terutamanya makanan sedia makan. Kuman ini akan menghasilkan bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
Malangnya proses mencuci ini akan membuang bersama selaput perlindungan semulajadi tadi. Maka peranan ini digantikan dengan selaput buatan (biasanya mengandungi mineral berminyak) yang boleh dimakan pada permukaan telur.
Namun peraturan mencuci telur ini tidak digunapakai di Malaysia. Maka, telur yang kita beli masih lagi mempunyai lapisan perlindungan semulajadi. Sekiranya telur tidak disimpan dalam peti sejuk, telur tidak perlu dibasuh namun haruslah disimpan di dalam kartonnya. Selain daripada fungsi sokongan, menyimpan telur dalam kartonnya dapat melindungi telur daripada tekanan (aka pecah) serta mengekalkan kesegaran telur sehingga 45 hari daripada tarikh pembungkusan.
Sekiranya telur ingin disimpan dalam peti sejuk dan kulit telur tidak mengandungi najis, maka tidak perlu di basuh. Cuma boleh mengambil langkah berhati-hati dengan menyimpan telur dalam bekas tertutup untuk mengelakkan pencemaran silang.
Ketahuilah tujuan penyimpanan telur dalam peti sejuk ialah untuk
1) menghalang aktiviti kuman di mana suhu sejuk hanya menyahaktifkan kuman (kuman tidak mati),
2) memanjangkan jangka hayat telur melebihi tempoh 45 hari tadi, serta
3) menghalang bahan-bahan kimia meruap (aka gas) daripada persekitaran masuk ke dalam telur.
KESIMPULANNYA, pilihan sama ada membasuh telur atau tidak bergantung kepada cara penyimpanan telur itu. Sekiranya kulit telur mengandungi najis dan ingin disimpan di dalam peti sejuk, maka eloklah dibasuh untuk menghalang mencemaran silang. Namun sekiranya telur ditinggalkan di dalam kartonnya, maka eloklah tidak dibasuh untuk meningkatkan jangka hayat kesegaran telur. Apa-apa pun, telur haruslah dibasuh sebelum di masak.
*Semoga bermanfaat *
ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia
Baik Pulih Kipas Meja Yang Tak Rasa Angin, Modal Tak Sampai RM 10 Pun

Kebisaanya, putaran kipas perlahan atau kurang rasa angin berpunca dari habuk yang tebal pada bilah. Tapi kalau dah dibersihkan pun masih perlahan, cuba tukar kapasitor. Modalnya pun tak banyak. Bawah RM 10 sahaja. Hal ini bukan sahaja sesuai untuk kipas siling, malah tertakluk kepada kipas meja atau kipas berdiri. Seperti yang dikongsikan oleh Qamar Syams di adlam group Tukang Apa Hari Ini.
Alhamdulillah berkat ilmu perkongsian geng dan youtube, terima kasih, saya dapat DIY repair kipas (Brand Khind) yang masalah slow, apa yg saya buat:
1) buka casing belakang kipas (lap/cuci habuk apa yg patut, cabut suis letrik jgn lupa)
2) buka kapasitor, potong wayar (merah & kelabu, jgn potong hujung sgt nnt nak sambung payah)
3) p kedai elektronik/repair elektrikal beli kapasitor baru, harga dalam RM3-5 mcm tu (pastikan yg microfarad(uF) tu sama, saya punya 1.5 uF)
4) sambung kapasitor yang baru dgn wayar yg di potong tadi (saya sambung pakai connector), pasang power, test jalan ke tak bilah tu, Alhamdulillah pusing )
5) cuci², lap² bilah kipas dan jaring casing kipas depan
6) pasang casing, siap..
Tabur Je Sampah Ni Pada Pangkal Pokok Untuk Lebatkan Bunga

Tabur Je Sampah Ni Pada Pangkal Pokok Untuk Lebatkan Bunga . Pelbagai super-secret untuk melebatkan bunga telah berjaya LAMAN Impiana bongkar. Termasuklah dari segi penjagaan dan penyelengaraan yang ramai tak tahu.
Ada antara baja atau plant booster penggalak bunga yang dikongsikan LAMAN Impiana, aromanya agak menggangu terutama yang melibatkan perapan bahan seperti ikan mentah, telur dan sebagainya. Sebab itu, ramai yang tak sanggup.
Baca juga: Resepi Baja “Powerful” Dari Kulit Pisang Dan kulit Bawang Untuk Lebatkan Bunga Dan Pucuk
Namun, tak bermakna tanaman anda tidak peroleh khasiat yang mencukupi bila tidak menggunakan baja-baja tersebut. Ada juga bahan lain yang boleh digunakan sebagai baja pada tanaman tanpa perlu diperap. Antaranya:
1. Kulit telur
Kulit telur merupakan sumber terbaik kalsium. Ia berupaya mempertingkatkan daya kekuatan tanaman dalam proses pertumbuhannya. Bila pokok sihat dengan pertumbuhan yang baik, ia bukan sekadar menjadikan pokok ros anda tumbuh merimbun malah mempunyai daya tahan kepada sebarang jenis serangan penyakit. Penggunaan kulit telur sebagai baja dipangkal pokok mampu mencegah penyakit seperti Black spot dan menjadikan akar lebih kuat untuk menyerap nutrien.
2. Kulit pisang
Kulit pisang mengandungi potasium yang diperlukan oleh pokok ros untuk tujuan merangsang penghasilan bunga. Selain dari itu juga, kulit pisang mudah terurai. Ini menjadikan, akar ros lebih mudah menyerap baja yang dibekalkan.
3. Kulit citrus
Kulit citrus atau limau seperti lemon dan oren sesuai digunakan untuk meningkatkan keasidan tanah. Oleh itu, bagi tanaman yang memerlukan kadar tanah yang berasid seperti hydrangea, orkid, azalea, begonia dan sebagainya untuk menghasilkan bunga, taburkan kulit citrus pada permukaan tanah di sekitar pokok. Selain itu juga, anda boleh keringkan kulit citrus tersebut dan kisar apabila ia betul-betul kering dan gaulkan di dalam medium tanaman untuk meningkatkan kadar asid tanah. Tabur Je Sampah Ni Pada Pangkal Pokok Untuk Lebatkan Bunga
Bagi yang suka buat baja kompos cecair, boleh beli compost bin jenama BABA ni. Mudah sangat. Klik je sini https://invol.co/cl8xo2g