Perkara yang menjimatkan dalam dekorasi ialah benda yang boleh di DIY banyak membantu dan menjimatkan poket anda. Baru lah boleh extra kat tempat lain. Betul tak? Selain DIY sendiri langsir, ada juga yang boleh buat perabot sendiri. Tapi ada satu benda yang lagi penting berbanding perabot. Lantai kediaman. Ia menjadi faktor utama memberi keselesaan kepada tetamu yang hadir. Tapi harga karpet sekarang pun boleh tahan. Nak yang berkualiti dan cantik, mahu harganya lebih RM 300. Sebenarnya, anda boleh je make over karpet sedia ada atau buat je sendiri. Lagi cantik, Boleh ikut cita rasa anda dan tak perlu pening cari karpet yang bersesuaian dengan tema kediaman anda.
1. Make over rug yang membosankan
rug Scandinavian dari Batter Homes & Gardens.Untuk tutorial [klik sini]
Ads
2. Make over carpet berbulu ala Versace
Ads
3. Sulaman benang bulu pada rug
Ads
Selain gunakan cat atau pewarna untuk bentuk corak pada rug yang membosankan, boleh cuba guna teknik jahit atau sulaman [klik sini]
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Waktu emas perkembangan otak anak-anak adalah ketika mereka berusia dibawah 5 tahun. Masa ini semua yang diajar cepat je dapat. Adakalanya, anda tak perlu susah-susah ajar pun mereka tahu akan sesuatu melalui pemerhatian. Sebab itu, di pasaran terdapat pelbagai permainan, alat dan teknologi yang dihasilkan untuk merangsang otak dan minda anak anda. Adakalanya, nampak permainan-permainan ini macam tak perlu. Sebenarnya, ia amat membantu perkembangan minda anak anda.
Hakikatnya, mak-mak dan bapa-bapa ini bukan fikir benda tu tak perlu, tetapi lebih kepada nampak permainan pendidikan ni mahal. Betul tak? Contohnya seperti lampu tidur untuk anak yang ada corak-corak tu atau dipanggil sensory light. Nampak macam lampu tidur biasa sahaja. Sebenarnya sensory lamp ini mampu merangsang perkembangan visual dan minda anak anda. Tapi seperti biasa lah, di pasaran harganya boleh tahan juga. Namun, Puan Yatie Eimra mempunyai penyelesaian mudah dan jimat buat anak nya Fyydh. Puan Yatie DIY sendiri je sensory lamp untuk anaknya dengan menggunakan botol susu terpakai je.
Bahan-bahan:
Botol susu terpakai
Bekas plastik lutsinar String light
Gam uhu/ gam panas Selotape / double side
Bekas suis dan bateri
Cara-cara: 1. Lubangkan penutup bekas makanan di bahagian tengah untuk dimasukkan string light nanti
2. Buangkan puting pada botol penutup dan letakkan gam sekeliling bibir botol 3. Lekatkan penutup bekas makanan tadi dan pastikan kedudukan botol susu tadi di tengah-tengah. Biarkan gam kering sepenuhnya 4. Sambungkan string light pada kotak suis dan masukkan ke dalam botol melalui lubang yang telah dibentukkan pada penutup bekas makanan 5. Gunakan selotape untuk lekatkan bekas suis pada bahagian atas penutup yang telah disambung dengan botol susu 6. Sebagai pilihan, gunakan batu atau guli yang diisi di dalam botol untuk memastikan botol tadi berat dan stabil
7. Potong beberapa figura untuk membentuk kesan visual silhouette seperti haiwan, bintang dan sebagainya.
8. Untuk bentukkan permukaan solid pada bahagian terendak sensory lamp ni, Gunakan lekatan tisu untuk memastikan kesan silhouette tadi lebih menyerlah. Barulah tampal figura haiwan tadi. Tampal guna selotape untuk memudahkan ia di tanggalkan dan diganti dengan bentuk lain
8. Pasangkan bekas plastik tadi pada penutup yang telah dilekatkan bersama botol susu. dah siap
Bentuk silhouette yang terdapat pada lampu ini mampu merangsang skil kognitif anak saya. Bila tengok figura silhouette yang terdapat pada lampu tersebut, Fyydh boleh cuba teka. Di galakkan mak-mak buat lebih banyak figura yang menarik nanti boleh lah tukar-tukar. Bila anak dah tertidur, tutup lah lampu tu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!