Kerja-kerja cuci rumah ini selalunya mak-mak la yang kena buat bukan, mula angin satu badan bila ada anak-anak dan suami yang kurang membantu dalam hal kerja dalam rumah. Kini terdapat macam-macam cara dan langkah yang boleh anda lakukan untuk dapatkan rumah yang sentiasa bersih dan teratur. Kena la bijak kalau rumah cantik sentiasa.
IMPIANA hendak memperkenalkan vakum robot yang terkini dan semakin hebat, pendek kata WAJIB ada dalam setiap kediaman. Ia cukup memudahkan kerja-kerja rumah anda. Terdapat dua rangkaian yang mempunyai kelebihan tersendiri. Rangkaian pertama iaitu DEEBOT T9 9 dalam 1 dan DEEBOT N8 PRO. Apa perbezaan kedua-dua vakum ini?
DEEBOT T9 9 Dalam 1
Rangkaian DEEBOT T9, yang terdiri daripada DEEBOT T9 dan DEEBOT T9+, iaitu model pembersih vakum robot pintar yang pertama dengan ciri mengelak halangan 9-dalam-1, selain menggabungkan fungsi memvakum dan mengelap dengan penyegar udara bergerak. Rangkaian DEEBOT T9 telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri canggih yang lebih berkuasa dan lebih pintar berbanding model sebelumnya.
Rangkaian DEEBOT T9 dapat memudahkan kerja membersih rumah dengan 9 ciri hebat, termasuk teknologi TrueDetect 3D 2.0 untuk mengesan dan mengelak halangan secara strategik dalam masa nyata; TrueMapping 2.0 untuk menavigasi dengan tepat; Aplikasi ECOVACS HOME dengan Peta 3D, serta Sistem Mengelap Berayun Elektrik OZMO Pro 2.0 yang berkesan untuk menanggalkan kotoran degil dengan lebih cekap dan senyap, berbanding generasi sebelumnya.
Aplikasi ECOVACS HOME dengan Peta 3D dan Teknologi Mengelak Halangan dan Menavigasi Dipertingkatkan
DEEBOT T9
Teknologi TrueDetect 3D 2.0 menggunakan algoritma terkini untuk mengesan berbagai jenis halangan dengan cepat untuk mengelaknya secara strategik. Rangkaian DEEBOT T9 boleh mengesan objek sekecil beberapa milimeter, yang mana adalah sepuluh kali ganda lebih tepat berbanding produk yang menggunakan teknologi tradisional inframerah dengan julat mengesan 70-350 milimeter. Rangkaian DEEBOT T9 juga boleh menavigasi dengan lancar dalam persekitaran dalaman dan pencahayaan yang berlainan, walaupun dalam keadaan gelap-gelita. Teknologi TrueDetect 3D 2.0 membolehkan pembersih vakum robot mengelakkannya daripada terlanggar, tersepit, atau terhenti, supaya pengguna tidak perlu sentiasa mengawasi dan membersihkan robot.
Penggunaan TrueDetect 3D 2.0 dan TrueMapping 2.0 dengan Peta 3D akan membuat kerja pembersihan automatik semakin cekap dan memberi pengguna lebih kefleksibelan. Kedudukan tepat pembersih vakum robot boleh dicari dengan cepat melalui Peta-peta 2D dan 3D. Pengguna juga boleh menguruskan seluruh tugas membersih dengan bertukar-tukar antara Peta-peta 2D dan 3D melalui Aplikasi ECOVACS HOME yang baharu.
Aplikasi ECOVACS HOME yang baharu menawarkan ciri penggunaan intuitif untuk memperbaiki pengalaman pengguna dan mengukuhkan penjenamaan ECOVACS.
DEEBOT T9
Aplikasi ini mudah untuk dinavigasi, dan menawarkan pengguna laluan membersih yang optimum. Antara muka aplikasi menyepadukan semua ciri utama bagi memudahkan akses kepada fungsi-fungsi penting. Pengguna boleh menetapkan jumlah air yang digunakan, kuasa sedut, masa membersih, dan laluan untuk bilik-bilik berlainan. Rangkaian DEEBOT T9 adalah produk pertama dalam industri yang membersihkan lantai sambil menyegarkan udara. Penyegar udara ini bersambung kepada sistem bergerak DEEBOT, supaya pengguna boleh memvakum sambil menggunakan penyegar udara.
Ads
Pembersih udara ini mempunyai reka bentuk yang unik untuk melepaskan haruman terus ke lantai dan menghilangkan bau hapak dan haiwan peliharaan. Kipas di bahagian bawah penyegar udara pula berfungsi untuk meratakan sebaran haruman. Penyegar udara menggunakan kapsul boleh ganti, yang boleh bertahan sehingga 60 hari, dan menawarkan tiga jenis haruman. Pengguna boleh menggunakan Aplikasi ECOVACS HOME untuk membuka atau menutup penyegar udara bagi memanjangkan jangka hayatnya.
DEEBOT N8 PRO
ECOVACS ROBOTICS hari ini melancarkan Rangkaian DEEBOT N8 PRO di Malaysia yang menawarkan pelanggan penyelesaian membersih yang berkesan, tanpa kawalan tangan. Sebagai ahli penting pertama dalam rangkaian ini –Rangkaian DEEBOT N8 PRO menggunakan teknologi mengesan dan mengelak halangan TrueDetect 3D serta teknologi pemetaan dan menavigasi berasaskan laser TrueMapping. Ia turut dilengkapkan dengan Stesen Auto-Buang untuk mengurangkan keperluan membersih tong sampah robot, dan memudahkan kerja pembersihan bagi memastikan persekitaran yang selamat untuk kediaman anda.
Teknologi TrueDetect 3D dapat mengesan objek dengan tepat bagi melancarkan kerja pembersihan
DEEBOT N8 PRO
ECOVACS menggunakan teknologi lampu berstruktur TrueDetect 3D dan algoritma mengimbas 3D, untuk membenarkan robot mengimbas persekitaran bilik dengan tepat, dan mengesan halangan yang amat kecil untuk mengelakkan robot daripada terlanggar, terhenti atau tersepit. Rangkaian DEEBOT N8 PRO boleh mengelak dan membersihkan kawasan sekitar perabot serta objek-objek seperti kasut, tali wayar dan mainan kecil. Ia boleh mengimbas secara mendalam dan jauh untuk menghasilkan imej 3D bagi ruang dan objek sekecil saiz milimeter, dengan cepat dan tepat. Berbanding teknologi inframerah
tradisional, ia dapat mengesan objek 10X lebih tepat. Keupayaan robot untuk mengimbas permukaan gelap dengan baik membolehkannya mengecam perabot dan objek berwarna gelap dengan lebih tepat bagi mengelakkan pelanggaran, dan memastikan permaidani berwarna gelap tidak akan terlepas imbas.
Ads
Menggunakan Teknologi TrueMapping untuk Memeta Rumah dengan 2x Liputan dan 4x Ketepatan
Peta-peta lantai boleh dihasilkan dalam beberapa saat dengan teknologi memeta dan menavigasi berasaskan laser TrueMapping. Rangkaian DEEBOT N8 PRO boleh menavigasi rumah dengan baik, memilih bilik dan lantai untuk dibersihkan, dan menetapkan laluan pembersihan yang optimum bagi peta lantai masing-masing.
Rangkaian DEEBOT N8 PRO menggunakan ciri pengesanan laser dToF untuk meningkatkan keupayaan mengecam jarak sebanyak dua kali ganda, dan pengecaman objek sebanyak empat kali ganda. Jarak pengesanan ditingkatkan kepada 10 meter, dengan keupayaan mengesan objek sekecil dua milimeter. Rangkaian N8 PRO menggunakan algoritma industri terkini untuk mengimbas, memeta dan merancang laluan membersih yang cekap dengan lebih pantas dan tepat, bagi memudahkan kerja membersih rumah yang lebih besar. Fungsi Batas Maya boleh dikawal menggunakan Aplikasi ECOVACS Home, di mana pengguna boleh menyekat robot daripada memasuki dan membersih kawasan spesifik yang ingin dijaga privasinya.
Prestasi membersih yang lebih berkuasa dengan kuasa sedutan 2600 Pa
DEEBOT N8 PRO
Sistem Penahan Tekanan Baharu kami berkesan untuk membekalkan tenaga dan tekanan vakum tinggi pada kadar bising minimum. Untuk memastikan pembersihan yang lebih berkesan, kuasa sedut bagi rangkaian DEEBOT N8 PRO telah dipertingkatkan kepada mod Max+ 2600 Pa. Berus Terapung 2.0 dilengkapkan dengan gantungan dan reka bentuk terkini untuk menangkap habuk yang tersepit antara rekahan-rekahan dalam. Berus terapung akan berayun secara menegak sahaja, untuk membersih dan menyedut dengan lebih berkesan, dan menangkap habuk atau zarah yang lebih besar.
Ads
Memvakum sambil mengelap dengan OZMO
Rangkaian DEEBOT N8 PRO dilengkapkan dengan pam air dan tangki air elektronik yang membolehkan anda mengelap sambil memvakum. Sistem Mengelap OZMO ECOVACS boleh membersih seluruh rumah dengan cekap tanpa perlu berhenti berulang-kali untuk mengisi tangki air. Rangkaian DEEBOT N8 PRO menggunakan sensor yang bertukar
secara automatik antara mengelap atau berhenti melembapkan kain, untuk memastikan proses pembersihan yang lebih selamat dan sekata. Tanpa pendakap kain, tangki air tidak akan cicir meskipun ia penuh. Pengguna boleh mengawasi pengeluaran air menggunakan aplikasi ECOVACS HOME.
Rangkaian DEEBOT N8 PRO ini juga datang bersama pad mop pakai buang yang baharu dan pembersih khas yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan membersihkan lantai. Teknologi Mengelap OZMO boleh menanggalkan 99.26% hingga 99% bakteria dan meninggalkan lantai anda dengan haruman semula jadi yang segar.
Kawalan Pintar untuk Membersih Dari Jarak Jauh
Rangkaian pembersihan automatik DEEBOT N8 PRO ini turut disokong oleh Aplikasi ECOVACS HOME. Pengguna boleh menggunakan telefon pintar atau peranti rumah pintar seperti Amazon Echo/Dot dan Google Home untuk memilih jadual pembersihan yang optimum bagi rumah mereka. Fungsi pemetaan baharu membolehkan pengguna menetapkan pelan membersih bagi setiap bilik, menggunakan berbilang kaedah membersih, dan menyimpan peta berbilang tingkat. Pengguna boleh mengawal robot, menjadualkan pelan membersih dan mengawasi status dari jauh.
Pembersihan Tanpa Kawalan Tangan dengan penggunaan Stesen Auto-Buang
Kebanyakan pembersih vakum konvensional di pasaran memerlukan anda membersihkan bekas sampah secara tangan, yang mana adalah agak leceh dan kotor. Aksesori Auto-Buang ini dilengkapkan dengan beg habuk pakai buang 2.5L dengan pemegang yang diperbuat daripada kertas asli, untuk mengurangkan kekerapan membersihkan bekas sampah sehingga 30 hari.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Glomac Berhad antara pemaju hartanah bumiputra terkenal yang telah memenangi pelbagai anugerah bagi pelbagai pembangunan hartanah di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.
Terbaru, pemegang saham Glomac Berhad (Glomac) meluluskan dividen akhir satu peringkat sebanyak 1.25 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan 2024.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Glomac, Datuk Seri FD Iskandar berkata, perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Glomac ke-40 yang diadakan baru-baru ini.
Datuk Seri FD Iskandar
Menurutnya, ini diterjemahkan kepada hasil dividen kira-kira 3.1% (berdasarkan harga penutupan 40 sen pada 30 April 2023.
“Pada tahun kewangan 2024, kumpulan mencatatkan hasil kumpulan sebanyak RM267.6 juta.
“Ini disumbangkan oleh kemajuan pembinaan di pembangunan perbandaran Saujana KLIA, Bandar Saujana Utama dan Saujana Perdana selain Plaza@Kelana Jaya dan 121 Residences merupakan dua pembangunan kediaman bertingkat tinggi di Petaling Jaya.
“Keuntungan sebelum cukai mencapai RM32.9 juta, dan keuntungan yang boleh diagihkan kepada pemilik syarikat ialah RM23.6 juta,” katanya pada sidang akhbar di Menara Glomac.
Catat Keuntungan, Jualan Baru Memberangsangkan
Pertumbuhan yang lebih kukuh ini disumbang terutamanya oleh aktiviti pembinaan berterusan, termasuk projek-projek pembangunan di perbandaran Saujana KLIA, Bandar Saujana Utama and Saujana Perdana, serta Plaza@Kelana Jaya dan 121 Residences, dua pembangunan kediaman bertingkat tinggi di daerah Petaling Jaya.
Ujarnya lagi, Glomac berjaya mencapai jualan baru yang lebih memberangsangkan pada 2024 meningkat 19 peratus kepada RM360 juta berbanding RM302 juta tahun lalu didorong kejayaan perbandaran kediaman di Lakeside Residences, Saujana Perdana, serta 121 Residences dan Plaza@Kelana Jaya.
Perancangan Masa Hadapan
Katanya, melangkah ke hadapan Glomac bersedia memacu jualan hartanah dengan rangkaian produk baharu hartanah kediaman dan komersial bernilai RM460 juta bagi tahun kewangan 2025.
“Ia menampilkan fasa baharu rumah dua tingkat dalam pembangunan perbandaran Glomac di Serai@SBR, Saujana KLIA dan Saujana Jaya di Kulai, Johor.
“Projek ini telah dilancarkan pada akhir Ogos 2024 dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM66 juta selain menyaksikan permintaan dan pendaftaran yang tinggi,” katanya.
Johor Bahru, 4 November 2018 – Johor Corporation (JCorp) telah melancarkan secara rasmi Arca Warisan (Heritage Cornerstone) di Pintu Gerbang Tenggara Ibrahim International Business District (IIBD). Acara tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji A. Rahim bin Haji Nin, Pegawai Kewangan Negeri Johor sebagai Wakil Rasmi Yang Berhormat Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, serta disaksikan oleh Yang Berhormat Dato’ Kamaruzzaman bin Abu Kassim, Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp dan Encik Dennis Ng, Pengarah Urusan Kumpulan United Malayan Land Bhd (UMLand).
“Warisan memainkan peranan penting dalam memartabatkan kedudukan masyarakat setempat, bukan sahaja untuk mengukuhkan identiti, tradisi dan amalan tempatan, tetapi juga membawa manfaat ekonomi. Persekitaran sosiobudaya yang sihat menggalakkan perniagaan dari berbilang budaya untuk membawa manfaat ekonomi tempatan, yang akhirnya memberi kesan kepada ekonomi keseluruhan di Johor Bahru. IIBD menjadi saluran bagi memajukan lagi pertumbuhan ekonomi keseluruhan, yang menjadi tunggak pembangunan bandar,” kata Yang Berhormat Dato’ Haji A. Rahim bin Haji Nin, Pegawai Kewangan Negeri Johor sebagai Wakil Rasmi Yang Berhormat Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.
Yang Berhormat Dato’ Kamaruzzaman bin Abu Kassim, Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp berkata dalam ucapannya, “Di samping memelihara warisan, kami berusaha meraikan kepelbagaian; dan menerusi kepelbagaian kami cuba merangkumkan semua pihak walaupun yang berada di luar sempadan Johor, Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Jelas bahawa keterangkuman seharusnya menjadi aspirasi yang dikongsi bersama antara warga tempatan dan antarabangsa, demi memastikan IIBD benar-benar progresif dan berjaya. Arca Warisan yang dilancarkan hari ini melambangkan kepelbagaian dan keterangkuman yang ingin kami ketengahkan di IIBD.”
Arca Warisan adalah yang kedua daripada empat arca penting yang bakal dilancarkan di dalam IIBD, manakala tiga lagi terdiri daripada Peluang, Daya Pergerakan dan juga Kelestarian Alam yang dilancarkan tahun lepas. Arca seni ini telah direka cipta oleh pengukir pemenang anugerah kelahiran Johor, Nizam Abdullah dan ditaja oleh UMLand. Pembinaan Arca Warisan ini merupakan sebahagian daripada Pelan Pengindahan Sungai Segget di bawah Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) dan membabitkan usaha sama dengan beberapa pihak berpentingan. Usaha ini adalah sebahagian daripada proses Bersama Membina IIBD yang diterajui oleh JCorp untuk membina kerjasama strategik dan menggalakkan kerjasama pelbagai agensi masyarakat dalam IIBD.
“UMLand berbangga untuk bekerjasama dengan JCorp dalam projek Arca ini, berganding bahu mencipta gaya hidup dan masyarakat bernilai tinggi di IIBD. Sememangnya warisan menjadi penyumbang penting kepada strategi pembangunan masyarakat demi masa depan yang lestari, dan kami bangga kerana terlibat menjadikan IIBD ruang yang terangkum untuk semua,” kata Encik Dennis Ng, Pengarah Urusan Kumpulan UMLand.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tertarik dengan Pengarah Eksekutif Malaysian Genomic Resource Centre Berhad dan Bintai Kinden Corporation Berhad yang masih mudah dan mempunyai kebolehan dalam perniagaan membuatkan ramai yang buka mata.
Beliau bukanlah seorang peniaga yang kebanyakkan kita lihat masa kini, mempelopori syarikat yang lebih serius dalam bidang perniagaan. Seorang yang berjiwa kental dan sentiasa bersemangat.
Noor Azri Bin Dato’ Seri Noor Azerai adalah seorang usahawan, telah mengasaskan sebuah syarikat swasta yang berpangkalan di London yang melabur dalam syarikat swasta lain di UK dan Eropah. Beliau juga telah membuat berita di Malaysia, kerana beliau menganggotai lembaga pengarah dua syarikat sebagai pengarah eksekutif. Berasal dari latar belakang kewangan dan pelaburan, Azri mengasah kemahirannya dengan berkhidmat di Maybank Investment Bank Bhd dan M&A Securities Sdn Bhd.
Beliau menerajui pemerolehan Bintai Kinden terhadap Johnson Medical International Sdn Bhd, sebuah firma pembinaan kemudahan perubatan dan kini menumpukan pada mengembangkan saluran perniagaan kepada pengguna Pusat Sumber Genomik Malaysia, satu-satunya pakar makmal klinikal genetik dan genomik tersenarai di negara ini.
Kenali personaliti beliau dengan lebih rapat.
Kongsikan personaliti diri anda
Dari kebanyakan orang, saya boleh dianggap ekstrovert tetapi sebenarnya campuran introvert dan ekstrovert. Saya berasa teruja bercakap dengan orang yang mempunyai pemikiran dan visi yang sama seperti saya! Saya suka berkongsi beberapa aspek/pengalaman yang saya rasa berguna kepada orang lain tetapi kadang-kadang apabila saya rasa terharu, saya akan berundur ke zon selesa saya dengan perkara yang saya hargai dan menyerang balik! Saya boleh bercakap dengan sesiapa sahaja pada kebanyakan masa dan saya suka memimpin dan bersuara dalam perkara yang saya tahu.
Dalam usia yang begitu muda, anda berjaya menjalankan 2 syarikat- MGRC dan Bintai. Apakah rahsia anda?
Tiada rahsia, tentang belajar daripada orang lain, mendengar nasihat yang baik daripada pasukan pengurusan kanan kedua-dua syarikat dan, sudah tentu, melakukan penyelidikan anda sendiri.
Menerajui syarikat bukanlah tentang operasi semata-mata, tetapi dapat melihat perkara secara holistik dan menghasilkan strategi yang kemudiannya boleh dilaksanakan. Kerja berpasukan adalah penting.
Apakah tiga tabiat yang paling penting untuk menjadi seorang usahawan muda yang berjaya?
Saya tidak akan mengatakan tabiat, tetapi saya menganggapnya sebagai nilai yang saya cuba amalkan sebaik mungkin.
Pertama, adalah ‘akauntabiliti’ – dengan tidak menuding jari kepada sesiapa tetapi hanya kepada diri sendiri. Ia boleh dilihat sebagai tindakan negatif, tetapi ia sebenarnya lebih besar daripada itu. Hanya dengan mendapati diri anda dipersalahkan, anda akan meletakkan kuasa di tangan anda – untuk berusaha untuk memperbaiki diri dan membebaskan diri anda daripada pendapat pihak ketiga.
Kedua, saya akan mengatakan ‘kesedaran diri’ – untuk menyedari kekurangan dan kelebihan anda. Berusaha untuk menekan kelebihan anda dan memperbaiki kekurangan anda.
Ketiga, dengan menjadi ‘boleh menyesuaikan diri’ – ‘cecair’ dan responsif kepada perubahan di sekeliling anda. Sebagai ahli perniagaan, anda akan menghadapi berjuta-juta bahagian bergerak dan setiap satu perlu dinilai secara holistik. Cuba untuk mendengar lebih banyak dan kurang bercakap – anda akan tahu apa yang saya cuba sampaikan. Dengar apa yang pasaran mahukan, dan berikannya!
3) Bagaimanakah hari anda bermula?
Seperti kebanyakan orang, tidur dengan nyenyak 6/7 jam – dan pada suatu pagi saya akan berjalan-jalan/berjoging di sekitar kawasan kejiranan saya. Kopi adalah satu kemestian bagi saya, ‘iced americano! Dan untuk memulakan kebanyakan mesyuarat yang membebankan fikiran saya sebelum makan tengah hari dan diteruskan dengan yang ringan selepas makan tengah hari.
5) Apakah aspek menjadi seorang usahawan yang mendorong anda untuk menjadi seorang usahawan?
Kebanyakan usahawan yang berjaya dikaitkan dengan kecenderungan memberi yang besar (monetari dan bukan monetari). Saya telah membesar di kalangan ahli perniagaan, taikun dan pembesar yang hebat – dan gembira kerana saya boleh memanggil sebahagian daripada mereka sebagai mentor, bermula dengan ayah saya. Mereka telah memainkan peranan penting dalam perkembangan saya sebagai seorang insan – mereka telah berkongsi pengetahuan/pengalaman/kebijaksanaan mereka, secara langsung dan perniagaan.
Tindakan dapat berkongsi pengetahuan/pengalaman anda kepada orang lain menyemarakkan hasrat saya untuk melakukan perkara yang sama kepada orang lain, menyumbang kepada masyarakat yang lebih besar.
Apakah cabaran terbesar untuk menjadi seorang usahawan?
Sememangnya semasa COVID-19, usaha untuk memastikan kapal terus berlayar adalah sesuatu yang sukar. Memikirkan beratus-ratus rakan sepasukan membuatkan saya terus mengharungi halangan dan gembira kami dapat bertahan!
Bagaimanakah anda kekal di atas trend industri?
Selain daripada membaca penerbitan industri, berita, dan artikel semasa. Satu yang saya rasa sangat berguna sebenarnya adalah dengan ‘hadir’ di lapangan. Ini kerana kebanyakan tindakan berlaku di dalam ‘parit’ iaitu. dengan pergi ke konvensyen industri, bercakap dengan pengamal/pemain/pesaing – kebanyakan masa anda akan menemuinya di sana. Dan akhir sekali, bersikap ‘terbuka’ dan ‘menyerap’ idea baharu akan menjadi kunci untuk anda menggunakannya
Sebagai seorang lelaki yang sibuk, bagaimana anda menguruskan masa anda secara peribadi dan profesional?
Saya sentiasa mengkhabarkan keharmonian kerja-kehidupan, kebanyakan masa berbeza dengan keseimbangan kerja-kehidupan. Saya dapati bahawa apabila anda benar-benar menikmati kerja, proses dan pengisaran – anda akan secara ajaib dapat mencari tempat yang manis. Ya, saya akui adalah satu cabaran bagi saya untuk memperuntukkan masa tetapi saya rasa anda secara automatik akan dapat memperuntukkan masa dengan orang yang anda sayangi. Lagipun, kita semua manusia dan kita semua mempunyai ‘jam’ yang sama (24 jam)
Ingin berjaya dalam hidup bukanlah satu perkara yang mudah segala rintangan dan halangan haruslah diharungi agar dapat dikecapi segalanya.
"Vented, Condenser & Heat Pump"- Kenali 3 Jenis 'Dryer' & Punca 'Overheat' Sebabkan Kebakaran. Mesin Pengering Pakaian (dryer) bagaikan satu keperluan dan gaya hidup buat pemilik kediaman masa kini. Ia dapat menjimatkan masa, lebih-lebih lagi bagi kediaman yang berkeluasan terhad seperti kondominium dan apartmen.