Apa beza madu asli dan tiruan? Banyak teknik untuk mengenali sama ada madu tersebut tiruan atau original. Kebanykkan kajian yang dilakukan di Malaysia, Indonesia dan USA, 80% madu dipasaran adalah tiruan. Jangan mudah percaya dengan penjual yang mengatakan madu dijual asli. Hal ini disebabkan ada antara peniaga yang nak mudah dan cepat untung akan mencampurkan air sebelum di botolkan dan ada yang lebih rajin mencapurkan beberapa bahan untuk meniru sifat atak karekter madu asli. Jadi, macam mana nak kenalpasti sama ada madu tersebut Asli atau pun tidak?

Sebaiknya anda beli dari peniaga yang dicadangkan oleh orang atau terus dari ladang. Ini kerana, teruji dan terbukti bahawa madu tersebut asli kerana rakan anda telah menggunakan nya. Selain itu juga, anda boleh cuba beberapa perkara laian.

1. Terdapat kerak atau gelang pollen
Kebiasaanya, madu yang telah dibotolkan akan mempunyai gelang atau kerak pada bahagian atas madu. Dalam tempoh seminggu pun gegelang ini akan wujud pada permukaan botol. Gelang tersebut sebenarnya merupakan pollen-pollen yang bersaiz mikro yang tidak dapat ditapis. Lama kelamaan ia akan terapung dan melekat pada botol

2. Menggunkan api
½ sudu besar madu dibakar di atas api lilin, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya palsu. Madu asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan (walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan secara 100%).Madu Asli Tidak Dihurung Semut, 8 Fakta Kurang Tepat Untuk Kenalpasti Madu Asli Dan Tiruan

IKLAN

3. Ujian struktur madu setelah dipanaskan
Madu palsu akan bertali jika ditarik menggunakan lidi semasa panas, madu asli pula terputus kerana struktur madu adalah gula natural berbeza dengan gula sintetik.

4. Larutkan madu di dalam air
Jika anda melarutkan sesudu madu di dalam cawan dan hasilnya air tadi bertukar menjadi keruh, secara logiknya ia merupakan madu asli. Madu asli diperkaya dengan khasiat pollen yang halus. Jika madu yang di larutkan kelihatn jernih seperti anda membancuh sirap, ini bermakna kandungannya tidak asli. Madu Asli Tidak Dihurung Semut, 8 Fakta Kurang Tepat Untuk Kenalpasti Madu Asli Dan Tiruan

IKLAN

5. Madu asli tidak dihurung semut
Fakta yang selalu digunakan ini kurang tepat. Secara saintifiknya, madu dikenali dengan nama sebagai fruktosa/glukosa/sukrosa/maltosa dan sewaktu denganya. Oleh itu, madu akan tetap dihurung semut kerana ia bersifat manis. Namun, memang ada yang tidak didekati semut kerana terdapat madu asli yang akan mengeluarkan gas (madu asli segar) yang akan membuatkan semut tidak tahan pada tekanannya dan mempunyai keasidan yang agak tinggi. Maka, semut bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu.Madu Asli Tidak Dihurung Semut, 8 Fakta Kurang Tepat Untuk Kenalpasti Madu Asli Dan Tiruan

6. Tidak beku bila diletakkan di dalam peti ais
Ini juga salah satu fakta yang kurang tepat mengenai madu. Madu mengandungi 18-22% kadar air. Maka, madu asli tetap akan keras di dalam peti sejuk jika dibiarkan dalam tempoh yang lama. Namun ia tidaklah mengeras seperti ais atau madu tiruan. Namun, kebanyakkan madu asli tidak akan mengeras kerana kuantiti air di dalam nya sangat sedikit.

IKLAN

7. Pembentukkan kristal
Ramai yang cakap, jika terhasil kristal pada madu ia banyak gula atau dicampur gula. Lebih mudah cakap tiruan. Sebenarnya, madu asli pun mengalami situasi bergini jika disimpan pada suhu tidak sesuai. Ini kerana, madu asli yang mengandungi glukosa yang tinggi akan keluar dari keadaan super tepu ’supersaturated’ secara spontan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan air. Jadi, jika terhasilnya permukaan kristal pada madu ia bukan indikasi yang tepat menyatakan bahawa madu tersebut tiruan

8. Madu boleh memasakkan telur
Madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Si penipu ini akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Awas, sangat berbahaya terhadap kesihatan organ dalaman! Madu Asli Tidak Dihurung Semut, 8 Fakta Kurang Tepat Untuk Kenalpasti Madu Asli Dan Tiruan

Sumber: https://www.facebook.com/madutualanghutan/

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI