cover photo (1)

Keindahan seni bina agung ini saling tidak tumpah seperti Taj Mahal di India dan Masjid Nabawi. Masjid yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan itu telah dibuka kepada umum dengan rasminya pada 20 September yang lalu.

Dengan kos hampir 100 juta ringgit, Masjid Sri Sendayan yang mampu menempatkan lebih 5000 orang jemaah pada satu-satu masa ini telah menjadi masjid terbesar di Negeri Sembilan.

Melalui konsep wakaf, masjid ini yang telah mula dibina sejak tahun 2015 itu dibiayai sepenuhnya oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abdul Rashid Hussain.

IKLAN

Selain mempunyai tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah, dewan solat kedua (800 jemaah) dan dewan solat wanita (800 jemaah), masjid ini turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid serta mempunyai pusat untuk anak-anak yatim yang boleh menempatkan 52 penghuni dan turut dilengkapi bilik ulangkaji serta dewan makan. Semuanya terletak dalam kawasan yang berkeluasan 4.5 hektar!

IKLAN

LIHAT Seni Bina Masjid Ini Pasti Buat Semua RINDU!LIHAT Seni Bina Masjid Ini Pasti Buat Semua RINDU! LIHAT Seni Bina Masjid Ini Pasti Buat Semua RINDU! LIHAT Seni Bina Masjid Ini Pasti Buat Semua RINDU! LIHAT Seni Bina Masjid Ini Pasti Buat Semua RINDU!

IKLAN

Foto kredit : Farhan Che Hassan

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI