Perabot lama atau rosak jangan dibuang kerana anda mampu mengubahnya menjadi sesuatu yang baru dan lebih menarik. Seperti lelaki ini, dengan kreativiti dia miliki, perabot yang rosak berubah menjadi perabot baru. Secantik dari gudang malah fungsinya juga telah di ‘upgrade’.
D.I.Y?
Tiga abjad yang semakin popular dengan masyarakat kita sekarang ini. Gedung besar dan kedai serbaneka seperti IKEA, ‘Mr. DIY’, Daiso, Kaison dan sebagainya sudah tidak asing lagi bagi kita. Banyak barangan yang memerlukan kreativi kita untuk memasangnya atau mengubah fungsi asal.
Kadang-kadang, berpusu-pusu orang ke gedung perabot yang mahal tapi hanya sekadar mencuri idea dan ‘window shopping’. Hal ini kerana dengan kenaikan kos barangan, servis dan cukai segala bagai sekarang ini, membuatkan dahi kita terkerut-kerut melihat tanda harga sesetengah barang keperluan bila tiba waktu berbelanja. Alternatif lain harus dicari ialah DIY.
Ads
Makeover yang telah dilakukan oleh Encik Salleh Saad sememangnya harus diberi pujian, kerana hasilnya sangat kemas dan menarik. Apa yang dilakukan oleh En Salleh, pada asalnya sofa sulaman rotan yang dimilikinya ini telah rosak kerana kualiti rotan yang reput. Tambahan pula, pemilik membela kucing, dan kucingnya suka mencakar rotan tersebut. Hendak dibuang sayang, jadi pemilik telah membuat ‘ubah wajah’ terhadap sofanya itu.
Bahan-bahan yang telah digunakan adalah papan plywood 9mm, gam kayu, paku kecil, pemegang laci dan syelek warna mahogany.
Ukuran yang tepat telah dibuat mengikut saiz rangka sofa lalu di potong plywood mengikut saiz yang telah diukur.
Ads
Pemilik telah membuat penambah suai tiga laci penyimpanan pada bahagian bawah sofa.
Untuk pemasangan, pemilik hanya menggunakan gam kayu dan juga paku kecil.
Ads
Akhir sekali, kemasan telah dibuat dengan sapuan syelek bewarna mahogany.
Sumber: Salleh Saad
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tilam kebiasannya menjadi ‘benda wajib’ bagi sesebuah kediaman. Tak kiralah jenis King, Queen atau Single dan menggunakan pelbagai jenis material yang ada di pasaran. Ini kerana tilam yang empuk dapat membantu supaya tidur menjadi lebih lena.
Namun demikian, menjadi amalan tradisi turun temurun satu kampung apabila tidur ‘bertilamkan’ pasir pantai.
Keunikan sebuah kampung di Madura, wilayah Jawa Timur menjadi perhatian ramai kerana penduduknya tidur di atas pasir dan bukannya tilam, lapor laman berita Detik semalam.
Amalan Turun Temurun
Penduduk Kampung Legung Timur tidur di atas pasir kerana ia sudah menjadi amalan turun-temurun.
Berdasarkan klip video yang dimuat naik oleh seorang netizen di laman Instagram, kelihatan beberapa rumah yang mempunyai lantai seramik dan berdindingkan bata.
Namun, apa yang menarik adalah ketika netizen bernama Daeng itu memasuki bilik tidur, tiada katil atau tilam disediakan, sebaliknya ruang berisi pasir yang dibentuk menyerupai katil.
Bukan sekadar di dalam bilik, pasir yang banyak juga kelihatan di pekarangan rumah, di mana bantal dibiarkan di atas pasir untuk membolehkan penghuninya berehat.
“Bukan sekadar tempat tidur, pekarangan rumah juga dipenuhi pasir untuk penduduk duduk, baring dan bersembang,” kata hantaran tersebut.
Mengubati Penyakit
Sementara itu, portal berita Hops.id melaporkan, amalan tersebut dilakukan kerana penduduk kampung percaya pasir yang digunakan dapat membantu mengubati penyakit seperti gout, reumatik dan beberapa penyakit lain.
Pasir digunakan juga berasal dari Pantai Lombang yang terletak tidak jauh dari kampung tersebut.
Tradisi yang menjadi amalan dari zaman nenek moyang itu menjadi kebanggaan penduduk setempat.
6 Petua Ni Untuk Elak Nasi Yang Di Masak Cepat Basi. Nasi kalau lupa dipanaskan semalaman dan lupa pulak tu nak masuk peti sejuk, memang esoknya basilah. Nasi cepat basini bukan hanya disebabkan faktor tempoh ia telah dimasak. Teknik memasak juga mempengaruhi. Kalau nak elak nasi cepat basi, cuba ikut 6 tip ni.
1. Basuh beras sehingga bersih
Ada yang cakap, basuh beras banyak-banyak kali akan menyebabkan nutrisi dalam beras akan keluar. Akan tetapi, jika anda hanya mencucinya sekali, ia merupakan potensi utama menyebabkan beras cepat basi. Sebaiknya buat cucian 2 kali dan pastikan air basuhan keluar sepenuhnya dan cuci dengan betul-betul.
Nak mudah cuci beras, boleh guna penapis macam ni. Garenti semua air cucian dapat ditoskan. Klik je link ni untuk belian terus https://invol.co/cl9l323
2. Cuci periuk bersih-bersih
Periuk tidak dicuci dengan bersih pun atara salah satu faktor penyebab nasi dimasak cepat basi. Kotran nasi yang tersisa dan masih melekat adalah punca utama menyebabkan kehadiran bakteria yang boleh menyebabkan basi. Selain itu juga, ia akan menjejaskan fungsi periuk dan kualiti nasi.
3. Jus limau nipis
Sebelum nasi di masak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam put beras yang digunakan untuk menyukat air. Jangan khuatir, ia tidak akan menjejaskan rasa nasi anda, malah ia menjadi lebih harum dan tahana lama disebabkan kandungan asid dari limau tadi
4. Lap wap pada periuk
Kerap gemburkan nasi supaya ia masak merata dan wap yang terperangkap dalam nasi dapat dibebaskan. Dengan cara ini, nasi tidak menjadi lembab. Sebelum tutup semula nasi, lapkan dahulu penutupnya dengan kain bersih. Ia akan menjadikan nasi yang dimasak kering dan tahan lama
Selepas beras dicuci dan air untudk dimasak telah disukat, taburkan secubit garam di dalam periuk. Ia membantu menjadikan nasi lebih kenyal dan sedap. Jangan risau, nasi anda tak berasa masin pun, malah lebih enak dan tahan basi
6. Panaskan periuk terlebih dahulu
Perasan tak kalau masa rewan, periuk yang hendak dimasak nasi akan di barakan terlebih dahulu. Ia perlu dilakukan terutamanya bagi periuk yang menajdi bekas nasi basi. Berishkan periuk betul-betul, kemudian telangkup pada tungku dapur dan nyalakan api sedarhana. Bakar untuk tempoh 1-2 minit. Ia bertujuan membasmi kuman yang wujud ketika nasi basi tadi tersimpan di dalam periuk
IMPIANA : Kena cuba tip ni, barulah habuk susah nak melekat di kipas.
Kehadiran tumbuhan lengkapkan ciri semula jadi taman air
Selain daripada struktur penting untuk pembinaan air terjun, tanaman air juga perlu bagi menyerlahkan water feature ini. Rahsia kebaikan tumbuhan akuatik beroksigen (oxygenated), tanaman berlumpur (bog plants), tanaman air pinggiran (marginal plants) dan tanaman terapung (floating plant) telah banyak dikongsi oleh IMPIANA.
Tanaman ini telah terbukti berfungsi secara biologi untuk mengimbangi ekosistem kolam. Bagaimanapun, kebanyakan tanaman akuatik ini tidak menghasilkan bunga lalu menjadikan taman kurang menyerlah. Oleh itu, penulis ingin berkongsi dengan pembaca pilihan tanaman air pinggiran berbunga yang dapat membantu mengimbangi ekosistem sedia ada serta menceriakan air terjun di halaman anda.
Tanaman air pinggiran merupakan tanaman yang dapat hidup di dalam kawasan lembap atau tanah yang mengumpul kelembapan. Tanaman jenis ini biasanya kelihatan di pinggiran kolam ataupun ditanam di dalam pasu yang ditenggelamkan ke dasar kolam. Terdapat pelbagai pilihan tanaman air pinggiran yang boleh didapati dalam iklim tropika Malaysia, namun hanya sebahagian sahaja yang mengeluarkan bunga.
Antara tanaman air pinggiran berbunga yang boleh diterapkan di taman air anda adalah daripada keluarga Cannaceae. Rata-rata pembaca pasti mengenali spesies Canna yang mempunyai daun lebar dan bunga pelbagai warna seperti merah, kuning dan jingga. Kebiasaannya tanaman ini dijadikan tanaman di kawasan lapang kerana cara hidup yang memerlukan cahaya matahari penuh. Tetapi tahu kah anda Canna juga sesuai dijadikan tanaman pinggir kolam?
Canna glauca adalah antara spesies Canna yang mampu hidup di dalam air. Canna glauca menghasilkan bunga berbentuk rama-rama rona kuning dan kebiruan dengan sedikit palitan warna putih pada daunnya. Begitu juga spesies Canna yang lain, Canna glauca turut memerlukan cahaya matahari sepenuhnya. Cuma kelebihan Canna spesies ini adalah keupayaannya untuk hidup di dalam air. Daunnya yang lebar dapat dijadikan perlindungan buat ikan peliharaan di dalam kolam serta warna bunganya yang menarik menjadikan persekitaran taman lebih indah.
Selain daripada itu, terdapat juga tanaman air pinggiran berbunga ungu mampu menimbulkan kelainan kepada binaan air terjun anda. Pontederia cordata, Eichhornia crassipes dan Thalia dealbata adalah antara tanaman air pinggiran berbunga yang boleh hidup di dalam air. Penggunaan container adalah digalakkan ketika penanaman invasiveThali dealbata kerana ia dapat mengelakkan akarnya mengganggu liner kolam.
Selain warna ungu dan kuning, merah bunga Lobelia cardinalis juga dapat mengurangkan warna hijau senada pada taman air serta melembutkan struktur air terjun. Uniknya tanaman ini selain warna merah menyala bunga yang mencetuskan kelainan pada taman air, ia juga dapat menyingkirkan nitrogen, ammonia, nitrat dan mineral lain yang boleh menggalakkan pertumbuhan alga pada kolam melalui sistem biologi yang terdapat pada akarnya. Tanaman ini amat diperlukan untuk mengekalkan ekosistem pada taman air supaya rantaian ekologi di dalam kolam tidak terganggu serta menghasilkan pemandangan semula jadi di taman anda.
Bagi melembutkan suasana taman air yang sedikit meriah dengan warna-warna terang bunga, kehadiran Bacopa monnieri dengan bunga halus berwarna putih menjadikannya lebih sejuk mata memandang. Bacopa monnieri ini mempunyai dedaun lebat berwarna hijau pekat memudahkan anda mengadunkannya bersama tanaman air yang lain. Berbeza dengan Canna, Pontederia dan Thalia yang bersaiz tinggi, Bacopa akan menjalar dan merimbun mengikut platform yang menanggungnya.
Secara keseluruhannya, kehadiran air terjun di perkarangan halaman merupakan suatu elemen yang sangat baik dari segi visual dan penggunaannya. Selain mewujudkan pemandangan dramatik dengan kejernihan jatuhan airnya, air terjun juga mencipta keindahan dan persekitaran semula jadi bagi makhluk yang mendiaminya. Manakala, tanaman air pula memainkan peranan penting membantu memberikan keseimbangan kepada ekosistem elemen landskap tersebut.
Canna GlaucaPontederia CordataThalia dealbataLobelia cardinalis
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!