Keselesaan dan keindahan sesebuah kediaman bukan lah diukur berdasarkan saiz mahupun jenisnya. Apa yang penting ialah perancangan yang rapi dan susun atur yang tepat. Ditambah pula dekorasi yang menarik, tidak kira apa jua jenis kediaman anda, pasti akan terlihat seperti mahligai indah buat penghuninya.
Pemilihan konsep bertepatan dengan bajet dan keperibadian pemilik merupakan salah satu aspek penting yang perlu diambil kira sebelum anda mula menghias. Rancang susun atur mengikut kegunaan dan pastikan ia sesuai dengan konsepyang telah dipilih. Elakkan konsep yang keterlaluan, keep it simple!
Seperti rumah teres kos rendah ini yang dihias dengan tema hitam putih, tampak ringkas tetapi kemas. Melalui perkongsian tuan punya kediaman kali ini, En Aslam Ahmad di Facebook, ilham dekorasi kediaman ini adalah daripada isterinya sendiri.
Ads
Keadaan rumah yang kecil serta merta nampak lebih luas dan lapang apabila dicat putih. Pemilihan perabot dan perhiasan yang minimal juga membuatkan kediaman ini lebih moden disamping bertepatan dengan tema yang telah tuan rumah pilih.
Sebuah dapur yang dilengkapi kaunter pulau atau “breakfast bar” boleh dikatakan sebagai solusi terbaik buat kediaman yang mempunyai ruang dapur yang terhad. Tidak perlu lagi bimbang dimana meja makan perlu diletakkan. Gabungan kaunter dan tempat duduk iniboleh menjimatkan banyak ruang selain menambah ruang penstoran jika dirancang dengan baik.
Disini IMPIANA sediakan beberapa idea yang boleh anda jadikan contoh dan inspirasi dekor. Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tidak kira apa pun jenis kediaman, sudah tentu anda mahukan yang terbaik dan yang paling selesa untuk didiami. Seperti pemilik rumah jenis apartment PPA1M ini yang bertugkus lumus menjadikan kediaman 1000 kaki persegi ini sebagai sebuah rumah dengan konsep scandinavian yang menarik dan selesa.
Menurut Endang Juliarti, rumah ini telah didiami selama 7 bulan dan walaupun masih baru, kesemua ruang telah dilengkapi dengan perabot dan kelengkapat yang secukupnya. Warna Elves Green dari Nippon Paint telah menjadi pilihan. Rona yang lembut dan ceria digabungkan dengan warna putih menjadikan segenap kediaman lebih tenang dan segar.
+ Tip dekorasi
1. Hias rumah mengikut bajet dan kemampuan.
2. Menggunakan bahan terpakai.
3. Beli pokok secara berperingkat.
4. Tetapkan konsep yang diingini.
5. Buat rujukan sebelum putuskan untuk beli sesuatu. Sama ada ia pratikal dan berbaloi.
6. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Menghias rumah sama seperti berkarya. Tiada yang betul, tiada yang salah dalam seni menghias kediaman.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
IMPIANA diberi peluang untuk menjengah kediaman milik peribadi pemilik kedai fabrik eksklusif Janine dan perabot Gudang yang terkenal dengan kualiti dan pembuatan yang cukup sempurna. Puan Karina Merican seorang yang lemah lebut dan kecil molek orangnya. Tetapi beliau cukup aktif dan fokus dengan apa yang dilakukan. Kediaman jenis semi-D di Desa Sri Hartamas ini bukanlah kediaman rasmi beliau, tetapi beliau tetap menyuntik aura ketenangan dalam hiasan yang meruntun peminat gaya dan cita rasa eklektik ini.
Jika dilihat secara terperinci sentuhan di setiap perabot yang menjadi hiasan dalam kediaman ini semuanya mempunyai cerita sebaliknya. Menarik bukan. Pemidang yang menjadi hiasan paling menyerlah di ruang tamu ini adalah perabot warisan daripada bonda tercinta Puan Karina Merican. Suntikan seakan ciri peranakkan ini membuatkan kediaman ini berasa seakan berada di sebuah resort percutian.
Tidak mahu bercerita panjang mengenai kediaman milik peribadi Puan Karina Merican, tetapi IMPIANA ingin berkongsi pendapat dengan pembaca sebalik kediaman beliau yang mungkin menjadi inspirasi kepada semua yang mengemar dengan ciri eklektik ini.
Sedap mata memandang kediaman ini, bukan? IMPIANA tertarik dengan kediaman pilihan kali ini, sebuah pemaju yang tidak asing lagi di dalam industri hartanah, siapa lagi kalau buka SP Setia. Kali ini kediaman jenis Semi-D berkembar dua tingkat menjadi tarikan. Lihat sahaja kawasan persekitaran dan juga kemudahan yang lengkap membuatkan kawasan perumahan ini pastinya menjadi tumpuan.
IMPIANA tertarik dengan komitmen dan usaha pemaju S P Setia ini. Banyak hartanah milik pemaju ini, berada di lokasi yang strategik. S P Setia memastikan pembangunan milikinya mempunyai ciri-ciri hebat untuk penghuninya. Pembangunan yang pesat di sekitar kawasan perumahan yang dibina menjadi tarikan utama pembeli. Akses yang lengkap serta persekitaran yang harmoni membuatkan ia bertambah menarik untuk didiami.
Verdale, rumah berkembar dua tingkat dengan keluasan tanah 40 kaki persegi x 80 kaki persegi dan bukaan rumah 3,118 kaki persegi ini memuatkan empat bilik tidur, empat bilik mandi dan satu powder room di tingkat bawah.
Menariknya kawasan kediaman yang di kelilingi dengan tanaman bunga Edence dan Florence koleksi musim bunga yang mewarisi keindahan dalam orientasi lingkaran yang unik di kediaman ini. Manakala, Twinkle Pavilion yang indah mencerminkan suasana yang ceria di samping taman permainan untuk kanak-kanak.
Setia Alamsari yang terletak di koridor Kajang-Bangi menjadi tarikan dan tumpuan. Dengan perbandaran bersepadu seluas 775 ekar dan konsep ‘Natured Inspired’ yang diketengahkan cukup mengujakan. Siapa yang tidak mahu miliki kediaman seumpama ini?
Setia Alamsari mempunyai tiga taman rekreasi dirancang dengan baik untuk memelihara dan mendorong penduduk di kejiranan ini hidup dalam suasana alam semula jadi yang terbaik.
Canal Park, dibina seluas 11.3 ekar dengan dilengkapi pavilion air, rumah pokok dan trek joging sepanjang 1.8 km di sekitar tasik untuk aktiviti keluarga yang sihat. The Lawn, sebuah lagi taman seluas 7.7 ekar dengan elemen rekreasi yang lebih ekstrem untuk golongan muda, dan The Waterfield, kawasan hutan seluas 10.45 ekar untuk pencinta alam menerokai pemandangan yang menenangkan dan menikmati keenakan kicauan burung.
Bayangkan anda memiliki kediaman di kawasan seperti ini, serba lengkap dengan kehidupan penuh harmoni. Tambahan lagi lokasi kediaman yang cukup strategik pastinya menjadi pilihan ramai. Hanya 5km dari Bangi Gateway Mall dan 9km dari Kajang Hospital, Setia Alamsari boleh diakses melalui Toll Bangi, Lebuhraya Utara-Selatan dan dari beberapa akses melalui Kajang dan Semenyih.
Bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar, dan inginkan kediaman yang lebih luas inilah kediaman yang IMPIANA sarankan. Verdale, rumah banglo dua tingkat yang mempunyai reka bentuk dalaman berkongsep terbuka dan inspirasi botani di luar rumah. Membuatkan rumah ini nampak lebih selesa dan elegan dalam ciri tersendiri.
Keluasan tanah 60’ x 115’ dan keluasan binaan 3,161 – 3,881 kaki persegi ini dapat mencipta sebuah rumah yang cukup luas untuk pemilik yang inginkan kediaman yang lebih selesa. Reka bentuk banglo ini juga terbahagi kepada empat jenis yang berbeza untuk pilihan pembeli.
Menariknya jika anda mengambil peluang saat ini untuk memiliki kediaman idaman ini anda bakal nikmati pulangan tunai sehingga 19%, ZERO wang pendahuluan, ZERO yuran guaman dan duti stamp ke atas SPA, pinjaman dan pindah hak milik (MOT).
Wow! Menariknya tawaran S P Setia berikan pada pembeli. Apa kata anda? Menarik atau tidak tawaran kali ini.
Bila dah beli rumah mesti nak dekor kan, inilah masanya rebut peluang dengan pakej menarik yang di tawarkan oleh pakar hiasan dalaman yang ada. Pastikan rumah yang anda miliki dan diami itu adalah rumah impian anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.